Category Archives: Tip Motivasi

terlewat mencapai kejayaan

Adakah terlewat untuk capai kejayaan perniagaan?

Mungkin umur anda sudah cecah 30 tahun, 40 tahun, 50 tahun? bila tengok kembali, terasa terlewat pula untuk capai matlamat mulakan perniagaan.

Mana taknya, zaman ini, zaman Internet- hanya yang muda mudi sahaja yang pandai Internet. Bagi kita yang dah bergelar ibu-ibu atau bapa-bapa dan anak semakin membesar, kita rasa ianya tak sesuai pula untuk mulakan perniagaan. Walaupun satu ketika dulu berminat untuk mulakan perniagaan.

terlewat

Sekiranya anda fikirkan ia terlewat, fikirkan ini dahulu…

1. Ramai usahawan yang berjaya adalah pada lingkungan umur 30-an dan 40-an…

Bukan 20-an. Sememangnya terdapat kumpulan minoriti yang berjaya dalam perniagaan ketika muda, seperti saya sendiri mencapai matlamat RM1juta pada umur 25 tahun. Tetapi, ini hanyalah minoriti- kumpulan yang sangat kecil.

Lebih ramai lagi mencapai kejayaan perniagaan ketika 30-an, 40-an dan lebih. Bak kata, yang 5 series pun ada!

Anda pernah makan KFC? Pastinya pernah bukan. Colenel Saunders (pakcik berjanggut berpakaian putih tu) mencapai kejayaan perniagaan ketika berumur 70 tahun. Bila beliau bermula? Beliau bermula ketika 60 tahun. Jadi, apa lagi alasan kita?

2. Sebagai insan yang telah berpengalaman lama dalam hidup…

Tentunya anda lebih bijak dalam membuat keputusan perniagaan. Pengalaman jatuh bangun hidup, pengalaman bersama orang ramai, pengalaman mengambil keputusan, pengalaman network dan kenalan yang makin ramai, dan banyak lagi…

Kesemuanya ini akan memberi kelebihan pada diri anda untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Kelebihan ini tidak dimiliki oleh muda-mudi dalam lingkungan umur belasan tahun atau 20-an. Jadikan kelebihan kematangan pengalaman ini sebagai kekuatan anda dalam memulakan perniagaan.

3. Dunia sekarang dunia Internet dan Internet hanya untuk muda mudi sahaja yang pandai Internet?

Jawapannya adalah perlu belajar. Dulu anda tidak pandai membawa kereta. Tetapi, selepas belajar di kelas memandu perlahan-lahan anda akan tahu juga memandu kereta.

Sama juga dengan teknologi. Kalau tak pandai Facebook, Instragram, Google marketing, Email marketing dan sebagainya, tiada alasan untuk tidak belajar. Pastinya kini kematangan fikiran kita sudah tahu bahawa untuk berjaya, perlukan usaha dan ilmu.

Kejayaan perniagaan tidak mengira umur. Sekiranya itu matlamat kita untuk mulakan perniagaan, anda berhak memberi peluang ini kepada diri anda sendiri. Jangan lagi dilewat-lewatkan. Lagi kita tunggu, lagi kita akan rasa takut memulakan perniagaan dan tidak mulakan lagi.

Apa sahaja memerlukan ilmu dan usaha. Tidak kira umur, sememangnya kewajipan kita untuk terus mencari ilmu yang bermanfaat. Memulakan perniagaan juga adalah peluang mempelajari sesuatu yang baru!

Di Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial, ramai antara pelajar-pelajar saya adalah antara lingkungan umur 30 hingga 50 tahun. Yang sudah pencen 50+ juga ada! Sungguh memberi inspirasi melihat ramai yang ingin belajar dan memulakan perniagaan dan mengembangkan perniagaan mereka dari pelbagai latar belakang dan umur.

Sekiranya anda juga ingin memulakan perniagaan dan mendalami selok belok cara perniagaan yang sebenar, sertai kami untuk pengambilan seterusnya yang akan bermula tidak lama sahaja lagi. Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay di 03-77292277 sekiranya ingin berbincang. Jumpa anda di sana!

black_ik

 

bangun dari kegagalan

Bagaimana caranya untuk bangun dari KEGAGALAN -Siri#04 [Rakaman Tanya IK LIVE!]

Siapa yang tidak pernah gagal, dikatakan mereka tidak pernah mencuba. Untuk mencapai kejayaan, pastinya kita akan bertemu dengan kegagalan.

Amat sukar menghadapi kegagalan namun perlu bangun semula dalam mengejar impian. Tetapi apakah caranya?

Soalan utama ini saya kupaskan dalam sesi rakaman #TanyaIKlive di bawah…

carabangun

Untuk siri #4 TanyaIK Live, saya menjawab soalan-soalan berikut:

  1. Komen IK tentang perniagaan berbentuk MLM?
  2. Cara terbaik menjual produk berbentuk affiliate
  3. Adakah bagus memulakan perniagaan dengan pinjaman wang?
  4. Soalan Utama: Bagaimana caranya untuk bangun dari KEGAGALAN

Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan di Internet atau mengembangkan perniagaan sedia ada anda di Internet, sertai Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial pengambilan terbaru!

Tapi perlu pantas oleh kerana TEMPAT TERHAD! Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay di 03-77292277.

 

kenapa berjaya

Apa yang membuatkan seseorang itu berjaya? 2 perkara sahaja.

Masa saya muda remaja dulu, sering saya tanya pada diri sendiri, apa yang membuatkan seseorang itu berjaya? Melihat usahawan hebat berkereta besar, artis dan selebriti barat punyai rumah yang mewah, mereka yang berpangkat tinggi golongan koprat mengendalikan wang berjuta.

apaberjaya

Masa muda remaja, saya jenis yang pendiam dan tidak berapa suka bergaul dengan orang (tak macam sekarang!). Dan bila pendiam, ramai antara kita banyak berfikir dan memerhati sekeliling. Begitu juga saya dalam mencari jawapan soalan tersebut.

Sememangnya terlalu banyak jawapan kepada soalan apa yang membuatkan seseorang itu berjaya. Namun, bila diperhatikan dengan lebih terperinci, sebenarnya ia kembali kepada 2 perkara sahaja. Dan dua perkara ini yang saya amalkan dalam hidup, dan juga perniagaan…

1. Orang yang berjaya mempunyai matlamat dan visi yang jelas

Mereka yang berjiwa “usahawan” adalah mereka yang sering dapat idea dan mahu lakukan sesuatu. Mereka mempunyai banyak matlamat dan visi apa yang perlu dilakukan. Namun, masalahnya adalah apabila terlalu banyak yang hendak di buat, maka satu pun tak menjadi.

Matlamat dan visi perlu jelas. Lebih jelas, lebih baik. Ianya perlu tepat dan terperinci. Adakalanya kita mempunyai matlamat yang tidak jelas, hanya kerana takut untuk perincikan matlamat tersebut kerana takut tidak tercapai. Ini adalah kesilapan.

Lebih tepat matlamat kita, lebih jelas visi kita dapat lihat, lebih fokus kita akan jadi dalam mencapai matlamat tersebut.

Umpama kanta pembesar (magnifying glass) dibawah cahaya sinar matahari akan menumpukan dan memberi fokus kepanasan sehingga boleh terjadinya api. Begitulah juga dengan matlamat kita. Lebih tertumpu, maka lebih panas kita dalam mencapai matlamat itu! 😉

2. Orang yang berjaya akan berusaha dan mencari jalan peyelesaian dan bukan alasan.

Pelbagai kisah kejayaan yang kita dengar bermula dari kisah kegagalan dan kisah kesusahan. Kegagalan dan kesusahan umpama menjadi pencetus jalan kejayaan seseorang.

Mengapa terlalu banyak kisah begini yang kita dengar?

Sebabnya adalah mereka yang gagal dan dalam kesusahan selalunya akan tersentuh naluri mereka untuk keluar dari kegagalan dan kesusahan dengan apa cara sekali pun. Dalam dunia haiwan, ini dikenali sebagai “survival instinct”- naluri untuk terus hidup.

Apabila dalam keadaan susah dan gagal, seringkali kita akan usaha lebih kuat dan lebih hebat. Kita sudah merasa kesusahan dan kegagalan dan kita tidak mahu lagi dalam keadaan sedemikian.

Semangat ini akan membuatkan seseorang itu mencari pelbagai penyelesaian dan tidak lagi mencari alasan untuk berjaya. Kerana juga, mungkin alasan yang membuatkan mereka gagal dan alasan juga yang membuatkan keadaan mereka susah. Apabila menyedari keadaan ini, maka, alasan sudah tidak lagi bermakna dan hanya akan mencari penyelesaian.

Baca sahaja kisah kejayaan mereka yang hebat diserata dunia, dari pemilik Body Shop, sehingga pemilik KFC. Dari Oprah Winfrey, sehingga Richard Branson. Dari Dato Husammidin (pengasas Karangkraf) sehingga la kiah saya sendiri (Irfan Khairi!) yang tidak lari dari 2 perkara penting ini. Iaitu, punyai matlamat dan visi yang jelas DAN berusaha mencari jalan peyelesaian dan bukan alasan untuk mencapai matlamat!

PS: Bagi anda yang ingin mencari kejayaan dalam perniagaan Internet, sertai saya selama 6 bulan (separuh masa) di Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial.

Program ini telah melahirkan paling ramai usahawan Internet di Malaysia bersama bantuan dan bimbingan untuk semua peserta. Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay di 03-77292277.

PPS: Jangan lupa, bagi anda yang berada jauh dari Kuala Lumpur juga boleh menyertai program ini 100% secara online. Klik di sini sekiranya anda jauh dari KL.

 

langkah jutawan

3 Langkah Menjadi Jutawan -Siri#03 [Rakaman Tanya IK LIVE!]

Live broadcasting kini menjadi trend! InshaaAllah pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat jam 9.00 malam, saya akan kendalikan sesi #TanyaIK[LIVE] di Facebook saya sekiranya tiada aral melintang (tak janji ya). Ada yang bertanyakan saya juga bagaimana sekiranya ingin kendalikan live broadcasting. Soalan ini juga terjawab di bawah…

3langkahjutawan


Untuk siri #3 TanyaIK Live, saya menjawab soalan-soalan berikut:

1. Cara terbaik pelancaran produk
2. Tip dalam penulisan
3. Cara mengurangkan kos perniagaan online
4. Apa bezanya FB Mention dan Periscope
5. Soalan Utama: 3 Langkah untuk menjadi Jutawan

Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan di Internet, sertai Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial! Tapi perlu pantas oleh kerana TEMPAT TERHAD! Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay di 03-77292277.

 

cara kejayaan

3 Cara Percepatkan Kejayaan -Siri#02 [Rakaman Tanya IK LIVE!]

Tiba masanya untuk siri #2 Tanya IK LIVE! Kali ini saya menjawab persoalan utama: 3 Cara Percepatkan Kejayaan. Ada ke cara nak capai kejayaan dengan pantas? Ada… Ikuti rakaman ini ya!

3caracepat

Format Tanya IK LIVE adalah, ketika mengendalikan 1 siri, saya akan beri satu topik utama ketika live, kali ini, iaitu “3 Cara Percepatkan Kejayaan”. Sebelum menjawab soalan ini, saya akan menjawab 3 soalan secara rawak dari mereka yang mengikuti siri LIVE ini di Facebook saya.

Sekiranya anda ingin mengikuti secara LIVE dan berinteraksi dengan saya, jangan lupa like Facebook saya di www.facebook.com/irfankhairi.fb

Perkongsian kali ini…

1. Perniagaan Internet terbaik untuk beginner
2. Bisnes partner keluarga terbaik atau tidak melibatkan keluarga?
3. Bagaimana cara hasilkan logo terbaik
4. Soalan Utama: 3 Cara Percepatkan Kejayaan

Saksikan rakamannya di bawah…

Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan di Internet, sertai Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial! Tapi perlu pantas oleh kerana tempat TERHAD! Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay di 03-77292277.

 

3 Cara Meningkatkan Keyakinan Diri -Siri#01 [Rakaman Tanya IK LIVE!]

Beberapa minggu lepas, Facebook telah melancarkan fungsi baru, iaitu “Facebook Mentions” yang merupakan sebuah apps khusus untuk mereka yang mempunyai Page Facebook yang “verified” (telah disahkan).

Oleh kerana Page Facebook saya www.facebook.com/irfankhairi.fb adalah varified (punyai tanda kecil berwarna biru disebelah nama saya), maka mulai minggu ini, saya mencuba salah satu fungsi Facebook Mentions, iaitu Live Video Post yang membolehkan saya berinteraksi dengan followers Facebook saya secara langsung / LIVE!

Dari masa ke semasa, saya akan menjalankan sesi “JOM LIVE bersama IK” yang saya akan kongsikan strategi dan teknik motivasi, perniagaan dan kewangan selama 20-30 minit secara langsung.

Untuk percubaan pertama “JOM LIVE bersama IK”, saksikan video rakaman live di atas yang menjawab persoalan:

1. Cara meramaikan Fans di Facebook
2. Cara membuang perasaan MALU
3. Tip mendapat murah rezeki!
4. Soalan Utama: 3 Cara Meningkatkan Keyakinan Diri*

*Maaf, Silap sebut dalam rakaman. Bukan “tukang kayu” tetapi “tukang besi”. Maaf… Tu la dianya bila live dan tersasul. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Semoga memberi manfaat dan pastikan anda LIKE Facebook page saya supaya tidak terlepas JOM LIVE akan datang!

PS: Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial telah dibuka! Peluang untuk anda sertai pengambilan program 6-bulan separuh masa ini. Tapi perlu pantas oleh kerana tempat adalah terhad dan sentiasa dipenuhi! Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay di 03-77292277.

cabaran perniagaan

4 Cabaran Bakal Usahawan (usahawan baru)

Terutamanya bagi bakal usahawan dan usahawan baru, tentunya pelbagai persoalanan yang bermain di kepala. Antara soalan-soalannya ada yang sehingga membuatkan diri sendiri takut untuk memulakan perniagaan! Jangan sehingga begitu… dalam apa sahaja masalah dan kerisauan, pastinya ada penyelesaian yang dapat merungkaikan kerisauan itu.

Berikut adalah antara 4 top cabaran yang sering difikirkan oleh bakal usahawan, dan penyelesaian mudahnya…

4cabaran

1. Tak tahu nak mula di mana?

Mulakan sesuatu walaupun sedikit. Memulakan sesuatu itu akan memberi momentum dan semangat kepada diri kita untuk meneruskan usaha. Tidak kira apa sahaja perniagaan, mungkin mulakan sesuatu itu adalah semudah memulakan Facebook page atau Instagram untuk perniagaan itu (walaupun perniagaan belum bermula).

Apa yang penting- bermula sesuatu untuk memulakan momentum anda!

2. Takut bukan pakar

Tidak perlu jadi pakar untuk berniaga. Ketika saya mula berniaga saya bukan pakar periagaan Internet. Ketika saya mula mengajar kendalikan seminar atau workshop dan kelas, saya bukannya speaker pakar. Lihat sahaja chef-chef pakar di TV. Adakah mereka terus jadi pakar dan keluar TV? Ataupun bermula sedikit demi sedikit sehingga menjadi seorang yang pakar dan dikenali?

Kepakaran akan datang dengan pengalaman. Tapi, kalau tak bermula, mana nak dapat pengalaman bukan?

3. Nanti orang kata kita gila

Mulut orang kita tidak boleh tutup. Tambah-tambah mereka yang jenis takut pada perniagaan. Pastinya kata kita gila kerana memulakan perniagaan. Tapi, yang sering memberi kata-kata negatif adalah mereka yang tidak berpengalaman dalam berniaga.

Berjumpa dengan mereka yang berpengalaman dalam berniaga pastinya mereka akan memberi semangat kepada anda untuk teruskan usaha!

4. Takut gagal diri dan kelaurga

Takut gagal adalah musuh utama. Gagal akan memberi pengajaran. Tetapi, takut gagal akan membuatkan kita tidak mengambil langkah pertama. Apatah lagi takut gagal dan melibatkan keluarga yang mempunyai high hopes untuk kita berjaya.

Di sinilah perlunya kefahaman dan perbincangan bersama keluarga. Pernigaan bukan semuanya indah dan berjaya sahaja. Kegagalan adalah sebahagian daripada apa yang perlu dilalui untuk berjaya. Terutamanya suami dan isteri perlu memahami ini dan memberi sokongan antara satu sama lain.

Sebelum berniaga, duduk berbincang bersama suami dan isteri terlebih dahulu supaya kedua-dua pihak faham ada kebarangkalian kegagalan dalam perniagaan. Dan sekiranya ini berlaku, sokongan adalah amat perlu untuk bangun semula dan cuba lagi.

*Anda seorang usahawan baru? Dapatkan bimbingan, bantuan dan juga sokongan rakan-rakan usahawan yang lain di Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial. Program keusahawanan Internet pilihan #1 Malaysia bersama Pakar Perniagaan Internet, Irfan Khairi. Tempat semakin terhad dan akan bermula tidak lama sahaja lagi! Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay di 03-77292277.

girls

rezeki haram

8 Akibat Rezeki yang Haram!

Tidak semua rezeki halal. Ada juga rezeki yang haram. Mungkin kita boleh menipu orang ramai dengan rezeki tidak berkat, tetapi kita tidak boleh menipu Allah swt. Jauhkan dari memperolehi rezeki yang tidak berkat kerana…

8akibat

1. Tidak akan berasa puas dengan apa yang ada.

Tidak kira berapa banyak yang kita dapat, ia pasti terasa tidak cukup. Lagi banyak dapat, lagi banyak yang nafsu mahu lagi dan lagi. Manakala rezeki yang halal dan berkat, Allah swt akan cukupkan bagi kita.

2. Harta yang dapat tidak berkat untuk keluarga dan anak-anak!

Rezeki yang kita dapat akan menjadi pemakanan, tempat tinggal, pakaian keluarga, pembelajaran dan berbagai lagi. Segalanya akan menjadi tidak berkat.

3. Selalunya rezeki yang haram datang daripada mengzalimi dan menindas orang lain.

Sekiranya orang lain tertindas untuk mengkayakan diri sendiri, di situlah petanda rezeki yang kita terima tidak diberkati Allah swt.

4. Hati tidak akan rasa tenang dan sering melanda masalah dan stress.

Pada zahirnya dilihat mempunyai kereta besar, rumah besar dan segalanya mungkin besar. Namun, masalah dan stress dijiwa juga besar yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar orang ramai.

5. Diri, isteri, suami dan anak akan lebih cenderung melakukan kejahatan…

…akibat rezeki haram. Sebagai suami atau isteri, perlu menunjukkan contoh yang baik kepada keluarga. Sekiranya contoh yang ditunjukkan adalah memperolehi rezeki yang haram, maka yang haram itu akan menjadi kebiasaan dilakukan oleh keluarga.

6. Kebahagiaan dan kejayaan sebenar tidak akan tercapai…

…dengan sumber yang tidak berkat dan haram. Kebahagian dan kejayaan hanyalah sia sia sekiranya mengejar dunia dengan rezeki haram. Kejar akhirat, dan dunia akan mengejar kita.

7. Dibenci oleh orang ramai dan hilang kepercayaan dan kredibiliti…

Kepercayaan dan kredibiliti perlu dibina. Sukar untuk membina kepercayaan orang, namun amat mudah hilang kepercayaan apabila memperolehi rezeki dari punca haram.

8. Dibenci oleh Allah swt dan diberi istidraj…

…iaitu rezeki yang akan melalaikan dan memusnahkan diri dan keluarga sendiri. Mungkin balasan tidak di dunia, tetapi balasan di akhirat kelak.

Mudahan dijauhkan dari kita rezeki yang haram!

[PENGUMUMAN: Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial bersama Irfan Khairi akan bermula dalam masa beberapa hari sahaja lagi. Tempat adalah amat terhad. Sekiranya anda ingin memulakan dan mengembangkan perniagaan di Internet, tempah tempat anda hari ini. Klik di sini untuk maklumat lanjut.]

ontable

cara yakin diri

2 Cara tingkatkan keyakinan diri

Tidak dinafikan lagi, salah satu kunci kejayaan adalah perlu mempunyai keyakinan diri. Malah, dalam mana-mana buku motivasi, atau ceramah motivasi, sering ditekankan tentang keyakinan diri. Kalau tiada keyakinan diri, maka, langkah permulaan dalam mencapai kejayaan pun akan jadi sukar.

2carayakin

Keyakinan diri termasuk juga, tidak yakin bercakap dihadapan orang ramai (salah satu yang top), tidak yakin nak mulakan perniagaan, tidak yakin membuat jualan, dan macam-macam lagi isu keyakinan diri.

Berikut adalah 3 cara untuk meningkatkan keyakinan diri dengan pantas.

1. Ubah suara dalam diri sendiri

Seringkali tidak yakin dengan diri sendiri berpunca dari suara yang terkandung di dalam diri sendiri. Suara-suara di dalam kepala dipenuhi dengan kata-kata negatif seperti “takut”, “sukar”, “tidak boleh”, “gagal”, “susah”, “masalah”, “risau” dan banyak lagi.

Apabila kita sering fikirkan perkara-perkara yang negatif dalam kepala kita maka, lama kelamaan, ia akan menjadi sebahagian daripada diri kita sendiri dan keyakinan diri akan terganggu.

Namun, mengubahkkan suara dalaman diri sendiri boleh dilakukan dengan cara berdialog dengan diri sendiri melalui kata-kata positif sahaja.

Setiap kali terfikir sesuatu yang negatif, ubahkannya dalam fikiran anda. Takut menjadi berani, sukar menjadi mudah, tidak boleh menjadi boleh, gagal menjadi berjaya, susah menjadi senang, masalah menjadi penyelesaian, risau menjadi tenang dan sebagainya.

Setiap kali terfikir perkataan negatif, cari lawannya dan sering gunakan yang positif sahaja dalam minda. Tidak lama nanti, anda juga akan sering menjadi positif dan mendapat keyakinan dalaman diri.

Juga perlu ingat, suara dalaman diri sendiri adalah 100% pilihan dan tanggungjawab diri sendiri untuk diubah.

2. Ubah persekitaran di luar

Wujudnya kata-kata negatif ini sebenarnya berpunca dari luaran, mungkin pengalaman sekeliling, atau kata-kata orang lain, dan mungkin juga pengalaman diri sendiri sebelum ini.

Memang betul, adakalanya sukar untuk kita mengubah persekitaran kita. Mungkin kenalan dan keluarga sedia ada tidak memberi sokongan kepada diri kita, membuatkan diri terasa kurang yakin. Begitu juga dengan berita atau masalah lain yang dihadapi pastinya juga akan memberi impak pada keyakinan diri.

Walaupun ada perkara yang tidak dapat diubah secara luaran (tidak seperti suara dalaman diri yang sememangnya boleh diubah), sekurang-kurangnya tanggungjawab kita juga adalah untuk mengurangkan gangguan negatif luaran sebaik mungkin.

Sekiranya kenalan atau ahli keluarga tidak memberi sokongan pada matlamat yang kita hajati, tidak perlu berkongsi matlamat atau usaha tersebut dengan mereka. Sekiraya berita-berita di akhbar dan TV membuatkan kita rasa sedih atau marah, kurangkan membaca-berita-berita tersebut.

Sekiranya berita itu datangnya dari Facebook sendiri, anda boleh menapis page-page yang memberi kesan negatif kepada diri anda dengan cara unfollow. Juga, sekiranya terdapat masalah-masalah lain yang menganggu kita, secara berperingkat cari penyelesaiannya. Apa sahaja masalah pasti ada cara penyelesaian.

Mungkin sukar, tetapi perlu cuba sedaya upaya untuk jauhkan daripada perkara-perkara yang memberi kesan negatif pada diri sendiri.

Untuk mencapai kejayaan, keyakinan diri adalah amat penting. Dengan dua langkah di atas, anda juga boleh mengubah diri untuk lebih yakin pada apa sahaja matlamat dan usaha yang anda tujukan.

*Ramai yang telah mula menjalankan perniagaan melalui Internet. Dari perasaan tidak yakin, hingga boleh menjana pendapatan tambahan melalui Internet. Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial, bukan sahaja menunjukkan teknik dan strategi memulakan perniagaan dan menjana pendapatan melalui Internet.

Tetapi juga membantu dari segi membina keyakinan usahawan dalam memulakan dan mengembangkan perniagaan sendiri melalui komuniti usahawan-usahawan online yang sama-sama ingin mencapai matlamat yang sama.

girls

Pengambilan terbaru kini dibuka tidak lama sahaja lagi dan tempat semakin dipenuhi. Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay di 03-77292277.

strategi kewangan

Strategi PERTAMA dalam memperbaiki kewangan

“Wang bukan segala-galanya , tetapi segala-galanya memerlukan wang”. Ada betulnya juga kenyataan itu. Sememangnya kita tidak mahu menjadi seorang yang materialistik dan mata duitan, tetapi, tidak dinafikan, wang memainkan peranan yang amat penting dalam hidup seharian kita.

strategi1

Ada juga yang mengatakan, prioriti utama hidup bukanlah pada wang, atau matlamat hidup bukan mengejar wang. Saya amat hargai konsep tersebut, tetapi, walaupun ia bukan prioriti utama, wang tetap memainkan peranan dalam hidup anda. Oleh itu, mengetahui strategi kewangan pastinya dapat membantu gaya hidup kita.

Jadi, persoalannya adalah apakah matlamat kewangan anda? Apabila kita mempunyai matlamat kewangan, ia akan memudahkan kita menghasilkan strategi untuk mencapai matlamat tersebut. Bayangkan perlawanan bola sepak tanpa tiang gol. Pastinya tidak ke mana perlawanan tersebut kerana tiada sasaran. Jurulatih juga tidak tahu cara menyusun strategi untuk menang bila tiada tiang gol.

Pelbagai strategi yang kita perlu pelajari mengenai wang seperti cara menjana wang, cara melabur wang, cara menggunakan wang untuk dapatkan wang, cara kongsi dan sedekahkan wang kita dan sebagainya supaya hidup kita lebih bermakna dan kita dapat rasa bahagia dalam jiwa.

Strategi pertama adalah, gambarkan matlamat anda…

Dimanakah anda lihat keadaan kewangan anda pada hujung bulan ini? Atau 6 bulan akan datang? Atau tahun hadapan? Adakah anda berpuas hati dengan keadaan atau anda ingin meletakkan matlamat kewangan yang lebih tinggi?

Bagaimana pula gambaran kewangan anda 3 tahun akan datang? Atau 5 tahun akan datang? Atau 10 tahun akan datang? Adakah anda melihat diri anda seperti keadaan sekarang, atau ingin melihat diri anda mempunyai progres yang berlipat kali ganda dan mengubah keadaan kewangan kearah yang jauh lebih baik?

Semua ini memerlukan strategi dan strategi bermula dengan matlamat anda hari ini. Ambil pen dan kertas, tuliskan matlamat kewangan anda. Apakah matlamat kewangan jangka pendek anda, dan apakah matlamat jangka panjang anda.

98% dari orang dewasa tidak mempunyai matlamat kewangan. Jangan jadikan anda sebahagian dari statistik ini oleh kerana mereka yang berjaya dalam kewangan adalah mereka yang mempunyai matlamat dan strategi mencapai matlamat tersebut.

*Ramai yang telah mula menjalankan perniagaan melalui Internet. Dari perasaan tidak yakin, hingga boleh menjana pendapatan tambahan melalui Internet. Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial, bukan sahaja menunjukkan teknik dan strategi memulakan perniagaan dan menjana pendapatan melalui Internet.

Tetapi juga membantu dari segi membina keyakinan usahawan dalam memulakan dan mengembangkan perniagaan sendiri melalui komuniti usahawan-usahawan online yang sama-sama ingin mencapai matlamat yang sama.

girls

Pengambilan terbaru kini dibuka tidak lama sahaja lagi dan tempat semakin dipenuhi. Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay di 03-77292277.