Category Archives: Tip Perniagaan

Huruf di laman web perniagaan Internet

Sebelum ni, saya ada sebut mengenai penggunaan warna yang pelbagai di dalam laman web akan memberi gambaran kurang profesional di sesebuah laman web.

Begitu juga dengan penggunaan huruf atau font yang pelbagai. Mengguna terlalu banyak font style akan memberi gambaran yang kurang profesional bagi sesuatu laman web.

Contoh, penggunaan font size yang pelbagai– size 3, size 4, size 5, size 6 dalam satu laman web. Juga, penggunaan font yang berbagai seperti Times New Roman, Arial, Helvetica, Script, Futura, dan sebagainya dalam satu laman web.

Sebaiknya, hadkan font style yang anda gunakan bagi size, tidak lebih dari 3 saiz. Bagi font juga, tidak lebih dari 2 jenis font. Ini akan memberi consistency kepada keseluruhan laman anda.

Kalau kita ingat kembali beberapa tip laman web yang pernah ditulis di sini:

  • Jangan guna terlalu banyak font syle
  • Jangan guna terlalu banyak warna
  • Jangan letak terlalu banyak iklan

ianya adalah asas kepada laman web yang simple. Sepertimana yang sering kita dengar konsep KISS- “Keep It Simple” 🙂

ps: Sertai Worshop Jutawan Internet sekarang! Tempat semakin terhad.

Ada apa pada nama?

Ada banyak! Nama adalah langkah pertama membina jenama perniagaan yang hebat 🙂

Membina jenama adalah antara strategi perniagaan yang penting. Langkah pertama dalam membina jenama adalah memilih nama perniagaan anda. Nama perniagaan sebaiknya mempunyai antara ciri-ciri tersebut dalam membina jenama yang kuat:

  1. Ianya patut menunjukkan manfaat perniagaan tersebut: RahsiaInternet, Air Asia & Microsoft
  2. Ianya patut menunjukkan ciri-ciri produk melalui perbuatan & warna: Sunkist Oranges, Petronas &  Burger King
  3. Mudah untuk disebut, dikenali dan diingat: Google, Yahoo & Amazon
  4. Berbeza dengan nama lain yang terkenal: McDonalds, Kodak & Toyota

Sekiranya mengandungi keempat-empat ciri tersebut- lagi baik!

Ianya dikatakan bahawa menggunakan nama sendiri adalah strategi yang baik oleh kerana menepati keempat-empat ciri-ciri diatas, contoh: Dell Computers, Aminah Hassan & Irfan Khairi! 🙂 Namun, perlu juga menggunakan strategi meningkatkan nama jenama untuk memastikan nama jenama kita terus dikenali.

ps: Sertai Worshop Jutawan Internet sekarang! Tempat semakin terhad.

Beri balik – give back!

Salah satu idola perniagaan saya adalah Tan Sri Syed Mokhtar Bukhari. Belum lagi berpeluang berjumpa dengannya… kalau berpeluang, that would be the day! 🙂

Satu pengajaran hebat daripadanya adalah untuk beri balik kepada masyarakat. Beliau melakukan ini melalui Yayasan Al Bukhari. Yayasan Ilham Budi yang saya sedang usahakan adalah hasil inspirasi daripada langkahnya.

Hadis ada menyebut, harta kita tidak akan berkurangan sekiranya berzakat & bersedekah. Ianya adalah amat benar. Lagi banyak anda memberi dengan ikhlas, lagi banyak anda menerima.

Saya teringat masa saya muda dulu (form 4 ke form 5), saya ada menghadiri Kursus Bina Negara. Dan ketika itu, ada satu ceramah yang amat hebat. Penceramah (tak ingat nama) menyebut tentang konsep sedekah (walaupun ceramah itu bukan seperti ceramah-ceramah agama yang selalu kita dengar, penceramahnya agak modern). Beliau menyeru untuk semua sedekah RM10. Pada ketika itu, maklumlah, kita budak sekolah menengah. RM10 tu banyak sangat!

Tetapi penceramah itu kata, beliau GUARANTEE yang beberapa hari lepas kita sedekah tu, kita akan dapat balik jumlah tersebut dan selalunya lebih daripada itu! Apa yang saya tertarik sebab penceramah tu kata “guarantee”. Selalu penceramah lain akan kata “Insya-Allah” 🙂

So, I gave it a shot. Lepas Kursus Bina Negara, saya pun sedekah RM10 di masjid. Memang berat masa tu… 🙂

Beberapa hari kemudian, bagaikan magic, memang betul. Saya menerima RM50 daripada abang saudara yang balik dari bekerja di luar negara. Pada ketika itu, saya amat terkejut bahawa it works! Sememangnya harta tidak akan berkurangan sekiranya kita bersedekah!

Lepas sekolah menengah (umur 18 tahun), saya mulakan quest saya menjejak langkah-langkah jutawan. Oleh kerana buku2 berkisar jutawan berbahasa Malaysia tidak banyak (takde pun), so, saya baca buku mat salleh. Kisah-kisah mat salleh jutawan & billionaire juga menyebut tentang konsep ini. Konsep memberi balik… giving back. Atau lebih dikenali dalam buku2kekayaan mat salleh sebagai… thithing.

Ramai jutawan dan billionaire melakukan ini sehinggakan ianya amat sukar mencari mereka yang berjaya yang TIDAK “beri balik” kepada masyarakat. Satu perkara saya pelajari yang amat penting adalah untuk anda beri balik. Give back. Mereka yang menjadi jutawan & billionaire mengamalkan konsep ini sebelum mereka mencapai apa-apa kekayaan pun.

Enjoy atau gunakan pendapatan yang anda terima untuk lifestyle anda, tetapi, dalam pada itu, beri balik kepada masyarakat. Apabila anda memberi balik, anda akan merasakan bahawa harta & kekayaan ada banyak dan berlebihan di dunia ini (abundance). Dengan memberi balik, ianya akan datang semula kepada anda dalam berbagai bentuk dan secara berlebihan 😉

So, why not, sedekahkan RM50… RM100… atau lebih ke mana-mana, dan yakini bahawa anda akan dapat balik tidak lama lagi.

~Pesanan Yayasan Ilham Budi

ps: Memberi balik, bukan sekadar memberi balik wang sahaja, malah, anda juga boleh beri balik dari segi usaha, tenaga dan masa anda 🙂

pps: American Idol pun Give Back juga. Lihat pulangan balik nya 😉

Cita-cita yayasan saya tercapai!

2 tahun lepas, November 2005, Mingguan Malaysia menemuramah saya…

mingguan.jpg

Apa makna wang pada Irfan?

Walaupun saya kata wang perkara kedua dalam hidup, tetapi saya tidak pernah ada tanggapan negatif pada wang. Sesetengah orang kata, duit banyak bukan boleh bawa masuk ke kubur. Tetapi kita kena terima hakikat dengan duit, kita boleh buat keluarga gembira selain kalau kita mati pun, wang masih berguna kerana kalau kita ada yayasan, ia masih boleh membantu kerana ia merupakan amal jariah berterusan kita.

Pernah terfikir untuk menubuhkan yayasan sendiri?

Memang ini sebahagian daripada perancangan saya. Dan saya rasa ini konsep yang sepatutnya mereka yang mampu, amalkan.

Alhamdulillah, kini saya memiliki sebuah yayasan sendiri! Setelah sekian lama saya merancang, kini terbuka lagi pintu rezeki saya dengan Yayasan Ilham Budi.

yiblogo.jpg

Panjang cerita penubuhan Yayasan Ilham Budi ini. Yayasan ini dilancarkan semula atas usaha pengasas Nizal Mohammad dan saya sebagai pengarah. Insyaallah nanti majls pelancaran semula, boleh cerita sejarah manis yayasan ini 🙂

Penglibatan saya dalam Yayasan ini probably one of the highlights untuk tahun ini. berbagai rancangan saya & Nizal susunkan untuk membantu masyarakat. Saya dan Nizal mempunyai passion yang serupa iaitu melihat belia-belia kita mencapai kecemerlangan diri dalam segala aspek.

Antaranya yang terdekat adalah, majlis “Bicara Ilham” sebagai pembuka aktiviti…

Untuk “Bicara Ilham” kami akan menyediakan platform dimana sesiapa sahaja dapat berkumpul dan network sesama sendiri. Kata mat salleh, Networking High-Tea. Tapi, kita tak buat macam mat salleh… kita buat Malaysian style! 🙂 Bicara Ilham akan di hoskan oleh Nizal dan saya sendiri. Jadi, hadirin semua adalah tetamu jemputan kami!

“Bicara Ilham” dicadangkan akan dijalankan setiap bulan, dan dalam setiap perjumpaan, kita akan menjemput seorang tetamu istemewa untuk memberi talk mengenai kejayaan selama 30 minit.

Sudah pasti, tetamu istemewa adalah ikon-ikon (antaranya jutawan-jutawan) Malaysia yang dibanggakan! Sebenarnya, ramai ikon-ikon Malaysia ingin berkongsi pengalaman dan tip kejayaan kepada orang ramai, tetapi, tiada platform untuk melakukannya.

Exposure nizal & saya telah menemukan kami dengan ramai ikon-ikon yang dengan ikhlasnya ingin berkongsi strategi kejayaan dan pengalaman dengan anda semua. 

“Bicara Ilham” bertujuan untuk menjadi platform bagi mereka menyampaikan mesej kejayaan mereka dengan tujuan memberi inspirasi dan motivasi di samping berkenal dan bertukar fikiran di sesi networking.

“Bicara Ilham” pertama adalah soft-launch untuk Yayasan Ilham Budi. Bagi mereka yang berminat- saya harap ramai berminat, nanti datang beramai-ramai ok?

Harapan saya, untuk fasa awal Yayasan Ilham Budi adalah mengumpul lebih ramai belia-belia kita yang mempunyai cita-cita tinggi untuk mencapai kecemerlangan. Moga platform networking ini dapat digunakan oleh orang ramai 🙂

Tarikh & tempat (Area KL)  untuk “Bicara Ilham” pertama akan diumumkan tak lama lagi! Ini kira teaser untuk anda 😉

Special thanks to my brother, Nizal Mohammad for making my dream a reality 🙂

Masalah harga rendah

Mungkin anda pernah dengar pesanan ini, sekiranya meletakkan harga terlalu rendah, ia akan memusnahkan pasaran harga sesuatu industri akibat perang harga.

Contoh, sekiranya peniaga nasi ayam di sesuatu kawasan itu menurunkan harga Nasi ayamnya dari Rm2.50 kepada RM2.00, ini akan menyebabkan usahawan nasi ayam yang lain di kawasan itu juga turut mengurangkan harga ke RM2.00. Lama ke lamaan, harga akan semakin kurang akibat perang harga, dan keuntungan juga kurang. Bila untung kurang, perniagaan pun gulung tikar. 🙁

Sebab itu perang harga bukan suatu pilihan yang baik.

Sebagai usahawan yang bijak, kita perlu lari daripada perang harga. Biar peniaga-peniaga lain berperang harga tanpa effect perniagaan kita. Bagaimana untuk melakukan?

Lihat bagaimana Chicken Rice Shop boleh menaikkan harga kategori nasi ayam tanpa menghiraukan gerai-gerai nasi ayam sekiranya gerai nasi ayam turun harga. Lihat bagaimana Telekitchen & Signiture Kitchen yang mengenakan harga 2-3 kali ganda syarikat-syarikat pembinaan rak dapur yang lebih kecil.

Jawapannya adalah, membina jenama perniagaan anda! Jenama akan mengubahkan perniagaan anda supaya pelanggan tidak melihat pada harga, tetapi jenama. Sebab itu juga barangan berjenama di shopping complex yang berharga 5-10 kali ganda produk tidak berjenama masih mendapat pasaran yang besar.

ps: Sertai Workshop Jutawan Internet sekarang!

Ada orang nak beli ke?

Ok, hari ini saya pula nak tanya anda soalan 🙂 Soalan ini memang sering saya terima. Mungkin anda juga pernah dengar soalan sebegini, atau anda sendiri pernah tanya soalan ini.

Apabila merancang untuk memulakan perniagaan, satu perkara menjadi tanda tanya dan juga menghalang kita mengambil langkah memulakan perniagaan tersebut. Soalannya adalah:

Ada orang nak beli ke produk/perkhidmatan ini?

Bagaimana caranya hendak mejawab soalan ini? Apa yang perlu kita lakukan untuk memastikan jawapan ini?

Bagaimana Mr.A melakukannya?

Baru-baru ini, saya berkesempatan berbual dengan seorang jutawan (kita gelarnya Mr.A) yang mempunyai beberapa perniagaan. Saya sering kagum dengan mereka yang menjalankan beberapa perniagaan sekali gus yang melibatkan ramai pekerja oleh kerana, bagaimana dirinya mencari masa untuk mengendalikan kesemua perniagaan???

Jawapan Mr. A adalah, kerjanya hanya memulakan perniagaan, dan melantik seorang pengarah atau pengurus perniagaan itu. Segala keuntungan perniagaan itu, beliau mengambil 30% sahaja. Namun, beliau tidak perlu mengendalikan perniagaan itu- hanya menubuhkan sahaja.

Ini memberi kebebasan kepadanya untuk membina perniagaan lain dan melantik pengurus & pengarah untuk perniagaan yang lain pula. Perniagaan ini juga beliau mengambil 30%, namun, membebaskan masanya memulakan perniagaan yang lain.

Saya juga bertanya. Mengapa 30%? Selalunya, pengasas perniagaan mengambil sekurang-kurangnya 50% keuntungan. Baru puas hati 🙂

Beliau berkata, sekiranya mengambil 50% keuntungan, memang puas hati 🙂 Tetapi dimana dirinya tidak terlibat dalam pengendalian, ia akan mengurangkan motivasi pengurus & pengarah perniagaan tersebut. Dengan mengambil 30%, jumlahnya adalah kecil dan berpatutan untuk dirinya tidak bekerja. Masanya lebih efektif di tumpukan untuk membina lagi perniagaan lain.

Amat bijak. Sekiranya masanya bebas dan mendirikan 10 jenis perniagaan, Mr.A menerima 30% x 10 atas keuntungan setiap satu perniagaan yang ditubuhnya. Dan masih tidak memerlukan dirinya untuk mengendalikan walaupun satu perniagaan.

At a larger scale, konsep ini juga di lakukan oleh billionaire-billionaire di dunia yang memiliki berbagai-bagai jenis perniagaan besar multi-million-dollar. Perniagaan mereka tetap berjalan walaupun tanpa kehadiran mereka.

Fikirkan, bagaimana anda boleh membina satu perniagaan, yang tidak memerlukan diri anda untuk perniagaan tersebut dijalankan. Ataupun, mungkin suatu hari nanti anda boleh membebaskan masa anda dari perniagaan anda dan memulakan beberapa lagi perniagaan menggunakan konsep ini.

*Tip bonus Mr.A* Mr. A juga mempunyai konsep yang bijak iaitu kesemua perniagaan yang dimulakan tidak menggunakan wangnya sendiri, tetapi menggunakan pinjaman dari institusi kewangan. Kejayaan perniagaan pertama memudahkan mendapat pinjaman seterusnya dari institusi kewangan untuk perniagaan kedua, dan kitaran ini berulang untuk setiap perniagaan dan pinjaman.

Melabur keuntungan perniagaan secara automatik

invest.jpg*PENTING: Tip hari ini merujuk kepada pelaburan offline dan BUKAN pelaburan Internet. Moga dijauhkan dari pelaburan Internet yang sering diperkatakan hari ini*

Semua tahu bahawa kita perlu create multiple-streams-of-income. Betapa pentingnya aliran pendapatan berganda.

Salah satu caranya adalah melabur keuntungan perniagaan kita. Sebaiknya, lakukannya secara automatik. Bukan melabur pada pelaburan Internet. Tetapi, laburkan di Institusi kewangan yang sah. Sebaiknya offline 🙂

Setiap bulan lakukan auto debit ke akaun perniagaan anda untuk menyalurkan keuntungan perniagaan anda ke akaun pelaburan. Tidak kisah, sedikit, ataupun banyak, tetapi, setiap bulan, ianya dilakukan secara automatik.

Auto-Debit adalah instruction yang anda beri kepada bank anda untuk mengeluarkan sejumlah wang secara automatik ke sesuatu akaun yang lain setiap bulan. Dalam tip ini, ia disalurkan ke akaun pelaburan pula. 

Sekiranya anda lakukan auto debit ke akaun pelaburan untuk mendapat pulangan (kini terdapat banyak akaun pelaburan berteraskan pelaburan Islam yang boleh memberi pulangan ><15%) katakan RM1,000 setiap bulan. Berapa lama perlu tunggu untuk wang tersebut menjadi RM1,000,000? Lebih kurang 18 tahun sahaja.

Simple tip, tetapi, tidak ramai yang melakukan auto debit ke akaun pelaburan setiap bulan. Bila tak lakukan auto-debit, sering kita terlupa untuk meletakkan sebahagian wang kita untuk dilaburkan.

ps: Walaupun sekiranya anda tidak menjalankan perniagaan, ianya adalah idea yang amat baik untuk anda melakukan auto debit sebahagian dari pendapatan bulanan anda ke akaun pelaburan. RM200-RM500 setiap bulan pun sudah memadai… kalau boleh, lebih!

pps: Alhamdulillah kini ada banyak peluang pelaburan berteraskan Islam yang disediakan oleh bank-bank tempatan yang memberi pulangan yang amat baik. Sebagai contoh, Selasa depan akan dilancarkan CIMB Islamic Funds. hubungi bank anda untuk bertanyakan mengenai akaun pelaburan yang disediakan 🙂

*PENTING: Tip hari ini merujuk kepada pelaburan offline dan BUKAN pelaburan Internet. Moga dijauhkan dari pelaburan Internet yang sering diperkatakan hari ini*

Perniagaan Internet B to B – maksima keuntungan

Sering kali perniagaan Internet di kaitkan dengan B to C (Business to Consumer). Iaitu, perniagaan menjual terus kepada pengguna. Sebagai contoh, menjual makanan kering terus kepada pengguna.

Satu aspek yang sering dilupakan dan barangkali boleh memaksimakan keuntungan perniagaan Internet adalah B to B (Business to Business). Ini pula bermaksud perniagaan menjual produk/perkhidmatan kepada perniagaan lain. Sebagai contoh, menjual makanan kering terus kepada kedai-kedai makanan.

Ada yang tanya, boleh jadi jutawan ke dengan hanya menjual produk seperti rempah atau keropok di Internet? Jawapannya, sudah tentu BOLEH dengan menjual dalam unit yang lebih besar (pukal) kepada peniaga-peniaga lain 🙂

Sekiranya menjual kepada pengguna, kebiasaannya, pengguna akan membeli dalam unit yang kecil. Tetapi, sekira menjual kepada kedai-kedai, belian adalah berbentuk pukal. Fikirkan bahawa terdapat berpuluh ribu kedai-kedai runcit halal dan juga kedai-kedai runcit cina dan india di negara-negara barat. Kedai-kedai ini boleh menjadi pelanggan anda sekiranya perniagaan anda adalah B to B.

Bukan sahaja untuk makanan, tetapi produk-produk lain juga seperti sekiranya menjual peta Malaysia, kita tidak bergantung kepada pengguna (pelancong) sahaja, tetapi, kita boleh menjual secara pukal kepada travel agent (perniagaan)– sepertimana saya pernah lakukan.

Buka fikiran kepada peluang-peluang perniagaan Internet. Sekiranya perniagaan Internet anda B to C, fikirkan bagaimana ia boleh menjadi B to B juga 🙂

Boleh putus asa dalam perniagaan…

Berulang kali saya sering sebut untuk “jangan putus asa”. Kejar impian anda sehingga tercapai.

Namun, ada kalanya, kita perlu berhenti melakukan apa yang kita lakukan. Bak kata Donald Trump:

Part of being a winner is knowing when enough is enough. Sometimes you have to give up the fight and walk away, and move on to something that’s more productive.

Sememangnya kita jangan putus asa mengejar impian kita, namun, ada kalanya kita perlu pertimbangkan bahawa kaedah yang kita lakukan tidak menjadi. Sekiranya itu terjadi, enough is enough. Tidak mengapa untuk putus asa oleh kerana kaedah yang lain mungkin lebih produktif.

Di sinilah anda perlu menggunakan instict anda atau naluri anda sama ada enough is enough.

Experience taught me a few things. One is to listen to your gut, no matter how good something sounds on paper. The second is that you’re generally better off sticking with what you know. And the third is that sometimes your best investments are the ones you don’t make.

Personally, saya juga pernah give up dan walk away dari beberapa usaha perniagaan walaupun telah laburkan sejumlah wang dan tenaga. Namun, semuanya menjadi pengajaran untuk lebih perihatin dalam mencapai impian 🙂