Category Archives: Tip Perniagaan

Kejayaan adalah seperti magnet

Orang yang berjaya, akan menarik orang yang berjaya yang lain menghampiri mereka seperti magnet.

Pernah saya menulis tip mengenai “success breed success”. Ini adalah sebabnya…

Apabila seseorang itu berjaya, mereka akan dapat menarik orang-orang berjaya yang lain menjadi bulatan kenalan. Oleh sebab kita akan menjadi seperti orang-orang disekeliling kita, maka, seseorang itu akan bertambah kejayaannya oleh kerana dapat “associate” dengan mereka berjaya yang lain.

Kejayaan pertama adalah yang paling sukar. Tetapi, sekali anda mencapai kejayaan yang pertama, kejayaan kedua, ketiga, keempat dan seterusnya akan menjadi semakin mudah oleh kerana kejayaan adalah seperti magnet!

Nama produk asal mana?

Terdapat juga strategi promosi menamakan produk anda untuk memberi tanggapan “asal” produk tersebut dari negara lain.

Anda tahu kasut jenama BONIA? Adakah ianya dari France?

Anda tahu pakaian berjenama GIORDANO? Adakah ianya dari Italy?

Anda tahu bateri kereta berjenama YOKOHAMA? Adakah ianya dari Jepun?

Jawapannya:

BONIA adalah produk Malaysia… sekarang anda tahu!

GIORDANO adalah produk Hong Kong

YOKOHAMA adalah produk Malaysia

Strategi menamakan produk untuk memberi tanggapan dari negara lain adalah salah satu strategi promosi memberi posisi yang setanding dengan produk keluaran luar negara.

Adakah anda tahu produk-produk lain yang menggunakan strategi ini? Ada banyak… 🙂

Perubahan musim dalam perniagaan

Secara purata, sesuatu perniagaan tidak mendapat keuntungan pada tahun pertama– kalau ada, jumlahnya agak kecil. Tahun pertama sering dianggap tahun “belajar”.

Masuk tahun kedua, ianya menjadi tahun “implementasi”. Dengan mengenal pasti trend perniagaan yang berlaku pada tahun pertama, perniagaan dapat memperbaiki segala kelemahan.

Kebiasaannya sesuatu perniagaan mendapat keuntungan yang lumayan pada tahun ketiga.

Sebelum anda memulakan perniagaan, fikirkan perubahan musim perniagaan ini. Adakah anda sanggup membangunkan perniagaan anda sehingga 3 tahun yang akan datang? Atau anda hanya melihat keuntungan jangka pendek? Bolehkah anda mendapatkan modal pusingan untuk menampung perniagaan anda selama 3 tahun yang akan datang? Sanggupkah anda dedikasi diri anda kepada perniagaan anda untuk jangka waktu panjang?

Lebih dari 90% perniagaan gagal dalam tahun pertama. Mana tidaknya… tahun pertama adalah tahun belajar!

*Research di atas adalah pada perniagaan bukan Internet. Untuk perniagaan Internet, perubahan adalah lebih pantas berbanding dengan perniagaan bukan Internet.

Adakah anda akan membeli online?

Semalam ketika “Hello on Two”, satu soalan survey SMS telah disampaikan kepada para penonton. Soalannya berbunyi…

Would you buy products or services through the Internet?
Berikut adalah keputusan survey tersebut:

  • 19%Yes. When it’s easy and convinient
  • 47%Yes. Only from a few websites
  • 34% – Absolutely NOT.

Dari keputusan survey tersebut, 66% mengatakan YA dan 34% mengatakan tidak.

Ini menunjukkan, majoriti masyarakat Malaysia sudah sedia menerima perniagaan Internet sebagai medium membeli. Ini adalah berita baik bagi mereka yang mempunyai perniagaan Internet atau dalam perancangan memulakan perniagaan Internet!

Keputusan juga adalah positif oleh kerana perniagaan Internet kini masih lagi di tahap awal dan dalam masa 2-3 tahun lagi, semakin ramai akan menggunakan Internet sebagai medium membeli.

Sesiapa yang ada perniagaan Internet sekarang, sudah pasti dalam masa 2-3 tahun nanti akan berada dalam keadaan yang baik oleh kerana telah “lama” berada di Internet dan dapat membina kepercayaan dan kredibiliti dalam masa itu.

Masa hadapan yang baik bagi bakal-bakal usahawan Internet 🙂

Membuat keputusan yang salah?

Dalam perniagaan, semestinya anda akan sering berada di dalam keadaan di mana anda perlu membuat keputusan.

Kita tidak akan lari daripada membuat keputusan yang salah. Sekiranya terjadi keputusan yang salah…. siapa yang anda hendak salahkan?

Orang yang berjaya menyalahkan diri sendiri apabila tersilap membuat keputusan. Walaupun, sekiranya terdapat pihak lain yang menyebabkan kesilapan dalam keputusan yang anda lakukan, ataupun perancangan anda tidak menjadi oleh kerana pihak yang lain, jangan menyalahkan pihak yang lain.

Salahkan diri anda sendiri dan letakkan tanggungjawab tersebut pada diri anda. Dengan menerima kesalahan tersebut adalah dari pihak anda sendiri, ia akan menjadikan anda lebih kritikal dalam membuat keputusan pada masa hadapan.

Dengan menyalahkan pihak lain, anda seperti melepaskan tanggungjawab dan sukar untuk anda perbaiki diri sendiri.

Selamat bercuti!

Penjaga zoo popular maut- tip hari ini!

By now mungkin anda telah dengar berita Steve Irwin dari rancangan Crocadile Hunter maut disengat stingray. Steve Irwin adalah antara personaliti TV favourite saya sebaris dengan Jamie Oliver (Naked Chef) dan Ian Wright (Travel Channel). Sebab nya…

Sebelum Steve Irwin, siapa sangka seorang penjaga zoo boleh jadi popular?

Sebelum Jamie Oliver, siapa sangka seorang chef yang memasak masakan simple sahaja boleh jadi popular?

Sebelum Ian Wright, siapa sangka pengembara “backpackers” ni boleh jadi popular?

Tip kali ini adalah, tidak kira apa sahaja industri anda, terdapat peluang untuk anda “popularkan” diri anda di dalam industri tersebut sekiranya mengenakan sedikit kreativiti kepada diri anda sendiri.

Menjadi popular adalah strategi perniagaan. Orang ramai lebih suka memilih yang popular berbanding dengan yang kurang popular- psikologi manusia!

Soalannya adalah…. bagaimana hendak menjadi popular? Berikut adalah 3 tips:

  • Be passionate sehingga orang ramai boleh nampak passion anda (lihat cara Ian Wright bercakap mengenai pengembaraan)
  • Be very good at what you do. (lihat cara Jamie Oliver memasak)
  • Be different- lakukan sesuatu diluar jangkaan orang ramai (lihat cara mendiang Steve Irwin bermain dengan buaya dan ular)

Popularity boleh menjadi strategi perniagaan yang baik jika digunakan dengan cara betul. Selain daripada 3 personaliti di atas, Donald Trump, Richard Branson dan Bill Gates adalah 3 billionaire yang sering menggunakan popularity dalam perniagaan.

Cuma, kalau nak popular, tak boleh la malu-malu cat (meow!) 🙂

Jutawan murah… jutawan mahal

Yang mana lebih menguntungkan?

Menjual barang mahal kepada sedikit orang

atau…

Menjual barang murah kepada ramai orang?

Sejarah telah menunjukkan dari perniagaan-perniagaan yang lepas, sememangnya menjual barang mahal kepada sedikit orang lebih menguntungkan. TETAPI…

Kebarangkalian untuk seseorang usahawan menjadi JUTAWAN adalah lebih sekiranya menjual barang murah kepada ramai orang.

Sebagai contoh, tidak ramai penjual kereta Ferrari di Malaysia. Namun, boleh dikatakan kesemuanya adalah jutawan…

Tetapi, RAMAI usahawan gula-gula, kicap, serunding, ubat gigi, sabun mandi, air kordial, baja dan barang-barang harian lain yang telah menjadi jutawan.

Peluang (kebarangkalian) menjadi jutawan dengan menjual barang murah kepada ramai orang adalah lebih berbanding dengan menjual barang mahal kepada sedikit orang.

Sebelum memulakan perniagaan, fikirkan ini. Yang mana kah pendekatan anda? Menjual barang mahal atau menjual barang murah?

Mulut ke mulut ke mulut…

Eh, jangan difikir yang bukan-bukan 🙂 maksud saya, “Word of Mouth” marketing… pemasaran mulut-ke-mulut.

Terdapat laporan perniagaan mengatakan 60% daripada pelanggan anda datangnya daripada pemasaran mulut-ke-mulut. Amat besar jumlah tersebut, oleh itu, jangan pandang rendah teknik pemasaran ini.

Pemasaran mulut ke mulut adalah apabila orang ramai yang mempromosikan perniagaan anda tanpa sebarang upah. Pemasaran mulut ke mulut adalah amat efektif oleh kerana pihak yang lain (bukan pihak anda) yang mempromosikan perniagaan anda. Ini memberi gambaran yang adil dan tidak bias.

Bagaimana hendak menghasilkan teknik pasaran ini? Salah satunya adalah menghasilkan produk atau perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan memuaskan hati pelanggan-pelanggan anda. Pelanggan yang berpuas hati akan mudah mengsyorkan perniagaan anda kepada kenalan mereka secara percuma.

Ramai yang menyertai Workshop Jutawan Internet membuat keputusan menyertai oleh kerana promosi mulut-ke-mulut yang disampaikan oleh bekas peserta. Bagi Workshop Jutawan Internet, promosi mulut-ke-mulut adalah amat efektif!

Berikan produk dan perkhidmatan yang terbaik, dan ini akan menghasilkan satu chain reaction pemasaran mulut-ke-mulut yang amat hebat!

Perniagaan yang berubah

Menurut majalah perniagaan Inc., hampir kesemua perniagaan yang mencapai kejayaan yang cemerlang pada ketika ini, pada asalnya bukan seperti perniagaan yang dirancang. Pada asalanya, perancangan adalah untuk menjalankan perniagaan lain, namun, ditengah jalan, segalanya bertukar menjadi perniagaan yang berbeza.

Mengapa ini terjadi? Adakah perancangan tidak diperlukan dalam perniagaan oleh kerana perniagaan anda akan berubah jua?

Sebenarnya peracangan perniagaan adalah penting. Lebih rapi perancangan anda, lebih baik. Proses perancangan yang rapi inilah yang akan mendedahkan kelemahan-kelemahan idea perniagaan anda yang asal dan dalam jangkamasa tertentu, perancangan inilah yang akan mengubahkan hala tuju perniagaan anda

Dalam menjalankan perniagaan, anda perlu flexible oleh kerana, kejayaan sesuatu perniagaan mungkin bukan seperti yang anda rancangkan.

Lebih rapi perancangan anda, lebih baik. Walaupun, pada asalanya, hala tuju perniagaan anda adalah ke arah lain.

Idea dari negara luar… dibawa ke Malaysia

Sempena hari merdeka ini, apa kata kita “curi” idea dari negara penjajah 🙂

Apa kata anda ambil idea-idea perniagaan yang wujud di negara luar dan implimentasikan di Malaysia? Sekiranya ini dilakukan dengan betul, amat sukar untuk perniagaan anda gagal.

Di negara luar, telah lama perkhidmatan penerbangan kos rendah dijalankan seperti Easy Jet dan Ryan Air. Kini, dengan konsep yang sama diimplementasikan di Malaysia, wujud Air Asia.

Di negara luar, Robert Kiyosaki, Suze Orman, Aaron Hill adalah pakar kewangan peribadi terkenal. Kini, dengan konsep yang sama diimplementasikan di Malaysia, wujud Azizi Ali.

Di negara luar, Corey Rudl, Ken Evoy, Rosalind Gardner adalah Internet marketer yang telah lama bertapak. Kini, dengan konsep yang sama diimplementasikan di Malaysia, wujudlah Irfan Khairi 🙂

Dulu kita di jajah negara luar, apa kata kita jajah pula idea negara luar dan implementasikan di Malaysia. Jika idea perniagaan tersebut boleh berjaya di negara luar, besar kemungkinan ia juga boleh berjaya di Malaysia!

Selamat menyambut hari kemerdekaan! 🙂