Category Archives: Perniagaan Internet

Perniagaan online, promosi offline?

Comment semalam ada menyebut tentang ini dan saya tergerak hendak menyentuh berkenaannya hari ini.

Perniagaan Internet tempatan especially, tidak seharusnya bergantung 100% kepada promosi online sahaja. Ini kerana:

  • Di Malaysia, masih ramai yang tidak mempercayai perniagaan Internet. Oleh itu, promosi offline boleh menjadi sebagai jambatan untuk mencapai mereka yang tidak percaya menjadi percaya oleh kerana iklan offline memberi kesan psikologi bahawa sesuatu perniagaan Internet itu wujud secara nyata (bukan sekadar maya sahaja).
  • Di Malaysia dikatakan lebih daripada 10 juta pengguna Internet. Yang tidak mengguna Internet hampir 20 juta lagi. Jadi, it makes sense untuk meluaskan pasaran dengan cuba mencapai pasaran yang lebih besar yang tidak dicapai oleh perniagaan Internet.
  • Dalam ebook 101 Cara Promosi menyatakan 1+1 dalam promosi, tidak menghasilkan 2. Tetapi, mungkin 5… 10… 20? Oleh itu, gabungan promosi online dan offline akan melipat kali ganda keberkesanan suatu promosi.

Ada juga yang kata, kalau camtu, baik tak payah buat perniagaan Internet. sebab bukan 100% melalui Internet. 

Back to the basic. Apakah matlamat sesuatu perniagaan? Sudah tentunya untuk mendapat keuntungan yang maksima. Oleh itu, adalah lebih wajar memaksimakan untung tidak kira melalui media promosi apa sahaja.

Bak kata Donald Trump “Focus on the goal, NOT the weapons!” 😉

ps: Yahoo, Google, Amazon, GoDaddy dan sebagainya semuanya walaupun perniagaan Internet, tetapi tetap menjalankan promosi offline secara meluas. Untuk mengetahui 101 Cara Promosi, lawati http://www.rahsiainternet.com/carapromosi

Pakejkan produk-produk (atau perkhidmatan) anda

Idea yang mudah yang boleh menambahkan jualan produk-produk (atau perkhidmatan) anda.

Satu minggu lepas, kami telah menggabungkan Buku RJJIT, CD Rom Langkah 1-2-3, Ebook Cara Promosi dan diskaun Workshop Jutawan Internet menjadi satu “Pakej Belajar Dari Rumah” http://www.rahsiainternet.com/pakej

Sambutan yang amat memberangsangkan!

Sekiranya anda mempunyai beberapa produk yang berkaitan, gabungkan kesemuanya menjadi satu pakej pada harga istimewa. Dengan menyediakan pakej, ia memberi tanggapan nilai yang lebih tinggi kepada pembeli.

Syarikat gergasi seperti Disneyland juga menawarkan pakej percutian seperti, tambang kapal terbang, tempat penginapan di Disneyland Resort (hotel), makan-minum di resort, pengangkutan dari Disneyland resort ke Disneyland Theme Park dan tiket masuk theme park sekeluarga. Semuanya menjadi satu pakej yang lengkap pada harga istimewa.

Sekiranya syarikat besar melakukannya, kita yang perniagaan kecil juga patut mencontohinya 🙂

Perniagaan Internet separa automatik

SOALAN: Kalau boleh En Irfan tlg tmbh sedikit bagaimana kita boleh menjalankn perniagaan internet secara automatik.

Ada juga salah tanggapan di mana, perniagaan Internet dijalankan secara automatik memerlukan 100% automatik. Tidak semestinya.

Sebagai contoh, menjual ebook online, boleh dikatakan auomatik (100%) di mana pembeli melakukan order online menggunakan kad kredit, dan kemudian boleh download ebook secara menerus. Namun di Malaysia terutamanya, untuk menjalankan perniagaan 100% automatik adalah agak sukar oleh kerana masih ramai pembeli prefer melakukan bayaran menggunakan cara tradisional seperti bank-in, wang pos atau online banking, yang memerlukan interaksi manusia dalam pemprosesan order.

Tetapi, bagaimana pula menjual barangan online, tetapi  anda mengupah seseorang untuk melakukan proses pengambilan order, pembungkusan & penghantaran? Bagi anda (pengusaha), ini pun automatik juga oleh kerana anda telah sediakan satu sistem di mana kesemuanya dijalankan secara automatik untuk anda.

Sebagai contoh, CD Rom 1-2-3 memerlukan seseorang mengambil stok, mengambil order, membungkus & membuat penghantaran. Dari segi zahirnya, bukan automatik oleh kerana memerlukan campurtangan manusia. Tetapi, bagi saya yang mengusahakannya, saya sudah sediakan sistem dan krew kami akan handlekan kesemuanya. Jadi, bagi saya, ia masih lagi automatik oleh kerana terdapat satu sistem 🙂

Jadi, tak semestinya dalam jual beli online, dilakukan 100% automatik. Sekiranya kita ciptakan sistem dimana perniagaan itu boleh dijalankan dengan campur tangan minima, dan waktu kita bebas melakukan perkara lain, ia juga merupakan aliran wang automatik kepada kita sebagai usahawan.

Adakah irfan pernah jatuh teruk dalam perniagaan? dan sekiranya ya, bagaimanakah boleh bangun semula?

Soalan Pakdi ni soalan favourite wartawan media tanya saya :). media selalu inginkan cerita kegagalan dan susah payah (jatuh teruk) dalam perniagaan untuk dijadikan iktibar pembaca. Namun, saya tidak mempunyai cerita kegagalan yang ketara.

kegagalan pun pada awalnya, tahun pertama saya melakukan perniagaan Internet, selama 1 tahun hanya 3 pelanggan sahaja saya dapat. Kiranya gagal, namun, kalau nak dilihat modal permulaan- hanya RM500. Jadi, takde la bankrupt! 🙂 Sebab modal pun kecil… kalau gagal pun, takde la jatuh teruk.

Namun, ingin saya kongsikan, kejayaan saya adalah daripada banyak mempelajari ilmu kejayaan & ilmu perniagaan. Sebelum memulakan perniagaan, saya lengkapkan diri saya terlebih dahulu dengan ilmu yang diperlukan. Ketika belajar, saya bekerja sebagai cleaner/tukang cuci untuk mendapat wang saku lebih untuk membeli buku motivasi/kejayaan dan menghadiri seminar-seminar kejayaan dan perniagaan.

Alhamdulillah, segala penat lelah dan pelaburan atas diri sendiri memberi pulangan. Jadi, dari segi kegagalan teruk, tiada kisah kegagalan yang boleh dikongsikan. Tetapi dari segi berusaha dari bawah dan tidak berputus asa walaupun gagal, itulah antaranya yang boleh dikongsikan 😉

Perniagaan Internet & keluarga

Kali ini saya ingin menjawab 2 soalan yang berkaitan. Terima kasih kepada yang menyoal 🙂 

SOALAN: Kalaulah di dunia ini, cuma terdapat 1 CARA sahaja untuk memperolehi duit yang banyak, iaitu melalui internet, model apakah yang Dr akan pilih dan rekomenkan?

Hmmm… minta 1 cara. Tapi saya ada 2 cara bagaimana? Ok, saya pilih satu sahaja… jawapannya adalah: mencipta produk sendiri, dan menjualnya di Internet! Contoh seperti buku RJJIT, CD Rom Langkah 1-2-3 dan Cara Promosi. Sebabnya adalah, perniagan boleh dilakukan dengan automatik dan keuntungan anda terima hampir 100%. Bagi yang berminat mencipta produk sendiri, Workshop Jutawan Internet ada menceritakan panjang lebar.

Tetapi kalau anda minta saya jawab 2 cara, cara kedua adalah menjalankan perkhidmatan di Internet. Contohnya adalah seperti grafik designer, editor buku, proofreader, copy writer, 3d animator dan sebagainya… Walaupun keuntungan anda akan terima hampir 100%, namun perniagaan ini sukar dijalankan secara automatik oleh kerana anda yang perlu memakan masa untuk menghasilkan kerja.

SOALAN: Apakah saranan Dr. untuk sy mengembangkan perniagaan ini tanpa menjejaskan kerjaya, masa untuk keluarga dan pada masa yang sama perniagaan dapat diteruskan?

Good question. Sebenarnya, mungkin ramai yang tahu, pada asalnya saya menjalankan perkhidmatan di Internet– sebagai grafik designer, mencipta cover buku, logo, consultation online. Tetapi, ianya memakan terlalu banyak masa dan tenaga. Namun, masa tu, tiada keluarga- bujang trang-tang-tang :), so, tak mengapa dari pagi sampai lewat malam menghadap komputer. Namun, kini masih lagi menjalankan perniagaan sebegitu, tetapi, tidak terlalu banyak seperti dulu. Dah cut-down!

Kini, dah berumahtangga perlu bahagi masa dengan cekapnya. Jadi, time management memainkan peranan penting. Terutama sekali, model perniagaan juga menggunakan model perniagaan mencipta produk sendiri, dan menjualnya di Internet. Jadi, perniagaan boleh dijalankan secara automatik dan masa tidak terlalu banyak terluang dihadapan komputer.

Sebagai contoh, kalau dulu nak buat grafik, 3-4jam hanya untuk siap satu kerja pelanggan. Kini dalam masa kurang 5 minit boleh siap order pelanggan membeli buku/cd atau ebook.

Sebagai tambahan, perlu berdisiplin dari segi, walaupun kerja di rumah, perlu ada “waktu pejabat” juga. Bukan bermaksud kerja di rumah relaks duduk depan TV… tetapi, time kerja, masuk bilik pejabat SOHO, dan fokus lakukan kerja2 sepatutnya.

Sebagai tambahan, memandangkan perniagaan Internet dilakukan dari rumah, apa kata anda sertakan sekali keluarga dalam perniagaan anda. Dengan ini, ia menjadi perniagaan keluarga dan dapat merapatkan lagi hubungan sesama keluarga.

Mengalih bahasa perniagaan Internet

Cara mudah untuk menggandakan pendapatan perniagaan Internet anda adalah, dengan mengalih bahasa untuk mendapat pasaran yang lebih luas. Sekiranya produk/perkhidmatan berbahasa Malaysia, alihkan kepada English. Sekiranya berbahasa Inggeris, alihkan kepada BM.

Seperti yang dilakukan dengan buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar, dialih bahasa kepada English untuk meluaskan pasaran- Secrets of Internet Millionaires Revealed.

Produk sudah ada, cuma alih bahasa sahaja.

Pengambaran VCD/DVD “OK, Let’s Talk!”

Hari ni saya menjalankan shooting satu product VCD/DVD bersama Nizal Mohammad. Product tersebut bertajuk “OK, Let’s Talk”. Tak dapat pula post gambar hari ini sebab tak bawa camera! 🙂

Shooting went well. Ini merupakan produk pertama daripada brother Nizal kita; satu ala-ala talk show Nizal bersama saya mengenai Komunikasi & Wang. Agak sukar bagi saya to keep up sebab Nizal sudah profesional bab-bab talk show ni!

Produk tersebut akan di jual dan juga diberi percuma kepada peserta NizalTalk! apabila siap nanti.

Tip hari ini (tip cuti Tahun baru Cina), adalah untuk anda ciptakan produk sendiri! Dengan mencipta produk sendiri, ia akan menjana passive/residual income kepada diri anda. Dalam erti kata lain, kerja satu kali, income akan anda terima sampai bila-bila (selagi produk dijual).

Lebih banyak punca passive income anda, lebih banyak pendapatan anda di masa hadapan!

Seperti Dato Dr Fadzilah Kamsah yang mempunyai banyak produk di pasaran di bawah nama beliau dari buku sehingga kaset/cd/vcd motivasi, sekiranya lebih dari 30 produk kesemuanya, dan setiap satu menjana sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan, pendapatan passive/residual di situ sahaja sudah RM30,000 setiap bulan (“contoh je ni… CONTOH!” – bak kata Dato’ :))

Seperti buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar, CD Rom Langkah 1-2-3 dan Ebook 101 Cara Promosi, kesemuanya menjadi aliran passive/residual income kepada saya buat tahun-tahun yang akan datang!

Irfan Khairi di Berita TV9

Siapa tengok berita di TV9 tadi? Sebentar tadi berita TV9 ada menemuramah saya mengenai perniagaan Internet.

Saya amat berterima kasih kepada pihak media oleh kerana memberi peluang perniagaan Internet dipaparkan di media sejak kebelakangan ini. Ini akan menambahkan lagi kredibiliti arena perniagaan Internet di Malaysia. Kali ini, Berita TV9 pula.

irfantv9.jpg

Kali ini, saya ditemuramah tentang ramai menganggap perniagaan Internet ini terlalu mudah, dan boleh goyang kaki sahaja. Lebih daripada 90% perniagaan Internet gagal oleh kerana kekurangan promosi.

Anda di Tip Satu Minit ketahui cara mengelakkan ini – www.CaraPromosi.com

Perniagaan Internet, sama seperti perniagaan bukan Internet. Anda tidak boleh lakukan sambil lewa sahaja. Bukan mudah untuk mencapai apa yang saya capai- namun, ianya tidak mustahil dan memerlukan banyak usaha.

Apa yang lebih menarik lagi tadi, bukan setakat saya sahaja keluar TV, malah usahawan Internet lain juga dipaparkan. Iaitu bekas peserta Workshop Jutawan Internet, Razzi Rahman daripada HalalGelatine.com!

razzitv9.jpg

Kali ini, saya extra happy oleh kerana anak murid juga turut dapat masuk berita atas kejayaannya! Tahniah to Razzi Rahman. Rujuk testimonial Razzi sebelah kanan page ini pada tahun lepas – kini masuk berita pula!

Sebenarnya, sejak 2 tahun lepas, salah satu target saya adalah untuk memaparkan lebih ramai usahawan Internet di media  – ini akan menambahkan lagi keyakinan terhadap perniagaan Internet.

Ada juga perancangan untuk memaparkan Internet Marketer Malaysia di media. Namun, sehingga kini belum ada rezeki lagi.

Insyaallah, saya akan sentiasa mempromosikan industri perniagaan Internet di Malaysia supaya ianya makin meluas dan lebih ramai boleh mendapat rezeki daripada perniagaan Internet 🙂

Bagi mereka yang ingin berjaya dalam perniagaan Internet, sertai Workshop Jutawan Internet dan ketahui bagaimana Razzi Rahman berjaya dalam perniagaan Internet menjual barangan local ke tahap global!

Tiru, ciplak dan copy… semua sama

Oleh kerana kita masyarakat Malaysia selalu terdedah dengan barangan ciplak disekeliling kita (dari vcd, dvd, jam tangan, baju dan sebagainya!), penyakit “ciplak” ada di merata-rata termasuk perniagaan Internet.

Ada yang tiru: contoh, ada Tip-Satu-Minit perniagaan Internet, ada pula Tip-Dua-Minit perniagaan Internet (contoh sahaja! kalau anda cari tak jumpa pun 🙂 )

Ada yang ciplak: contoh, memberi ebook secara percuma dimana ebook tersebut dijual oleh usahawan lain.

Ada yang copy: contoh, teks dari laman RahsiaInternet.com di copy and paste ke laman web sendiri.

Tiru, ciplak dan copy, semuanya lebih kurang sama sahaja. Di sini saya bukan nak sentuh perkara di atas ni betul/salah. Sebab saya pasti anda pun tahu betul atau salah! tak perlu tanya 🙂

Tanya pada diri anda sendiri, kalau orang buat pada anda (tiru, ciplak atau copy hasil kerja anda), boleh tak?

Tetapi, isu yang saya nak bangkitkan adalah ini!

Jangan tiru, ciplak atau copy sebab ianya hanya menjatuhkan kredibiliti anda. Saya pernah melihat usahawan-usahawan yang meniru daripada sesuatu laman web. Perniagaan usahawan itu dah bagus dah. Idea pun bagus. Business model pun bagus. Tetapi, sayang seribu kali sayang… kenapa pula perlu tiru dari laman web lain? 🙁

Ia hanya menjatuhkan kredibiliti seseorang itu sebagai usahawan. Dan kredibiliti, sekali kalau dah jatuh, memang susah nak dinaikkan kembali.

Pendapat saya, buat penat sahaja! perniagaan semua dah cun. Tapi, mungkin kerana sifat terdesak atau tidak confident, membawa mereka meniru, ciplak dan copy!

Be creative! Jangan takut mencipta konsep/idea/teks sendiri, kerana itulah tanda-tanda usahawan yang berjaya 🙂

Perniagaan Internet… perlu 3 bulan (Magic Number)

Saya ada mendapat email dari bekas peserta Workshop Jutawan Internet iaitu Razzi Rahman pemilik halalgelatine.com hari ini. Amat teruja saya dengan emailnya yang mengatakan perniagaan Internetnya yang menjual gelatin halal kini mendapat sambutan hebat dari serata dunia.

Pelanggannya kini menjangkau United Kingdom, USA, Canada, Germany, New Zealand, Indonesia, Brunei dan banyak lagi! Dan beliau menjual produk! (yang perlu penghantaran pos)

Teringat saya pada mulanya apabila beliau (Razzi Rahman… dulu penyanyi, kini usahawan Internet!) memulakan perniagaan Internet, beliau sering menghubungi kami pada peringkat awal oleh kerana risau tiada pelanggan untuk sebulan dua yang pertama.

Nasihat saya adalah, dalam apa jua perniagaan Internet, secara purata, ia mengambil masa 3 bulan untuk mendapat pulangan yang memberangsangkan. Somehow, magic numbernya adalah 3 bulan.

Bekas peserta workshop yang lain juga mendapati ini adalah benar… selepas usaha 3 bulan, baru mendapat pulangan yang baik melalui perniagaan Internet!

Ia mengambil masa untuk perniagaan Internet anda dilawati, dikenali, kemudian, baru pelawat membeli.

Ambil langkah demi langkah oleh kerana perniagaan Internet bukan skim cepat kaya. Bina perniagaan anda dengan penuh semangat dan tanpa putus asa… dan tunggu the magic number 3 bulan untuk memihak kepada anda! 🙂

 

Blog perniagaan Internet

Sejak setahun dua yang lepas, blog (Web Log) telah menjadi satu trend di Internet. Contoh blog adalah Tip Satu Minit Ini 🙂

Walaupun terdapat banyak blog peribadi yang menyuarakan pendapat individu, namun, blog bertemakan perniagaan adalah agak kurang. Sekiranya anda mempunyai perniagaan, bina sebuah blog bertemakan perniagaan anda. Blog bertemakan perniagaan akan dapat membantu dari segi…

  • Memberi maklumat dan info baru dan terkini. Untuk menambahkan jualan perniagaan anda, anda memerlukan pelawat yang berulang ke laman web anda. Blog dapat menarik pelawat berulang dengan memberi fresh contents dan menambahkan lagi jualan sesuatu perniagaan Internet.
  • Memberi suara yang lebih personal dan tidak formal untuk dikenali pelawat dan bakal pelanggan. Pelawat lebih mudah mendekati perniagaanyang dikenali. Blog bertema akan dapat mengenalkan pelawat kepada industri blog tersebut.
  • Memberi pautan (links) yang berguna sebagai maklumat tambahan kepada pelawat.

Esok saya akan berikan beberapa tip blog perniagaan Internet…