Baru-baru ini, ada rakan saya tanya saya soalan yang agak menarik. Simple, tetapi menarik. Soalannya:
Do you start a business that has many competitors, some competitors, or no competitors at all? (Adakah anda mulakan perniagaan yang sedia ramai pesaing, tidak ramai pesaing, atau tiada pesaing langsung?)
Jawapan saya adalah- saya sering mulakan perniagaan yang tiada persaingan (perniagaan Internet dan juga bukan Internet).
Tahun lepas ketika buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet dikeluarkan, saya keluarkannya oleh kerana tiada persaingan. Apabila saya memulakan Workshop Jutawan Internet, ia adalah kerana tiada persaingan (workshop berbahasa Malaysia), CD Rom Langkah 1-2-3 juga tidak mempunyai persaingan ketika ia mula keluar. Produk Strategy X yang akan datang juga tiada persaingan (sebab itu perlu keep a secret dulu!).
Di Malaysia, masih banyak ruang-ruang perniagaan Internet yang belum ada persaingan lagi.
Sebagai contoh terdekat ini adalah Seminar Komunikasi Efektif Nizal Mohammad– tidak mempunyai persaingan walaupun ramai pakar komunikasi di Malaysia (yang lain tiada online presence, cuma offline). Laman web akan dilancarkan dalam beberapa hari sahaja lagi.
Buka fikiran dan lihat bagaimana perniagaan bukan Internet di Malaysia boleh di bawa ke Internet dan mendapatkan keadaan tiada persaingan! Dan apabila tiada persaingan, anda akan menjadi pertama memasuki fikiran pengguna! Rujuk buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar m/s 60 π