Memberi jaminan atau guarantee adalah satu cara untuk menambahkan keuntungan perniagaan anda. Jaminan merupakan satu kaedah meningkatkan kepercayaan orang ramai untuk menjadi pembeli.
Katakan,sehari, anda berjaya menjual 5 produk anda (tidak memberi jaminan).
Tetapi, sekiranya anda memberi jaminan (mungkin money back guarantee, atau tukar produk yang rosak), jualan produk anda meningkat kepada 7 produk sehari.
Sebulan, jualan produk anda meningkat kepada 60 produk tambahan dengan memberi jaminan (7-5)x30.
Lazimnya, sekiranya memberi jaminan, terdapat pelanggan yang memulangkan produk anda (selalunya kecil sekiranya apa yang anda janjikan pada produk anda ditunaikan). Mungkin sebulan 15 pulangan barang diterima. Maka, secara kasar dilihat, jualan anda bertambah melalui memberi jaminan adalah 45 produk sebulan.
Sekiranya satu produk anda menerima keuntungan RM50, ini bererti dalam senario ini, sebulan penambahan keuntungan anda adalah RM2,250. Setahun, anda akan dapat meningkatkan keuntungan perniagaan anda kepada RM27,000!
Dengan memberi jaminan, anda berjaya meningkatkan keuntungan perniagaan anda oleh kerana bilangan pembeli turut bertambah. Dengan mempunyai produk yang berkualiti, pulangan yang diterima adalah kurang berbanding dengan penambahan jualan. Perbezaan disinilah terdapatnya peluang untuk menambahkan keuntungan perniagaan anda.