Tak pandai speaking… semua orang pandai speaking, sebab speaking maksudnya bercakap 🙂 Tapi yang selalunya yang dimaksudkan adalah, tak pandai berbahasa Inggeris… tak pandai speaking la tu.
Dua hari lepas ketika saya di rancangan HOT Hello On Two, ada pemanggil (namanya Audrey) membuat panggilan ke studio ketika live on air dan memuji bahasa Inggeris saya. Pelik juga oleh kerana pemanggil-pemanggil yang lain bertanya mengenai Internet, tetapi Audrey memuji bahasa Inggeris saya dan mengatakan “…sounds like music to my ears” (Thank you very much Audrey!).
Bagi anda yang mengenali saya, saya lebih selesa berbahasa Malaysia (Bahasa Melayu ke bahasa Malaysia?:) ). Menulis buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet pun berbahasa Malaysia pada mulanya (kemudian bari di alih bahasa ke Inggeris). Kalau bercakap dengan kawan-kawan pun, berbahasa Malaysia. Tip satu minit ini pun berbahasa Malaysia.
Jadi, apakah tip untuk fasih berbahasa Inggeris?
Walaupun saya bercakap bahasa Malaysia, menulis bahasa Malaysia, bergaul dalam bahasa Malaysia, tetapi…
Saya berfikir dalam bahasa Inggeris. Setiap masa, saya bercakap dengan diri saya sendiri dalam bahasa Inggeris. Sekiranya ada masalah, saya selesaikannya dalam kepala menggunakan bahasa Inggeris.
Saya dapati, berfikir dalam bahasa Inggeris dapat memperbaiki dan membuatkan saya lebih fasih berbahasa Inggeris. Tambahan, bila kita berfikir, orang tidak tahu yang kita sedang melatihkan diri sendiri sehari suntuk setiap masa.
Kini, dengan banyak berlatih berbahasa Inggeris dalam fikiran, untuk memberi ceramah/talk sehari suntuk dalam English pun tiada masalah.
Berbahasa Inggeris adalah agak penting dalam dunia perniagaan untuk meluaskan lagi pasaran anda.
So, to improve your English, think in English 🙂