Salah satu program TV favourite saya ketika ini adalah Rockstar: Supernova. Sebuah rancangan reality TV mencari penyanyi rock untuk kumpulan Supernova yang dianggotai oleh veteran-veteran rockers- Tommy Lee (Motley Crue), Jason Newsted (Metallica) & Gilby Clarke (Guns n Roses). Saya suka sebab sejak dulu memang minat dengan mereka… rockers old-school la katakan!;)
Saya baru ingin mula menulis tip kejayaan hari ini, apabila Dave Navarro (host/rockers) memberi satu nasihat yang amat baik kepada peserta.
“If you succeed, you need to have a thick skin. You will be a living target. You will have a bulls-eye behind your back”
Betapa benar kata-kata itu yang datangnya dari seorang rockers yang berjaya. Ia akan apply kepada anda juga!
Adakah anda sanggup menghadapi perkara-perkara negatif yang akan datang bersama kejayaan?
Apabila seseorang itu berjaya, akan bertambah mereka yang memusuhi anda. Makin ramai yang akan dengki dengan pencapaian anda. Makin ramai yang akan melemparkan kata-kata yang tidak berasas kepada anda. Dan paling sering sekali adalah, makin ramai yang akan cuba menjatuhkan anda apabila anda sudah berjaya!
Nasihat yang sama terdapat di dalam buku klasik “Thick Face, Black Heart: The Asian Path to Thriving, Winning and Succeeding” oleh Chin Ning Chu yang mengatakan, untuk menjadi seorang yang berjaya, anda perlu sedia menerima perkara-perkara negatif ini. Dalam erti kata lain, sekiranya anda sanggup menghadapi orang-orang tidak suka anda, maka, anda akan pergi lebih jauh!
Bukan hendak menakut-nakutkan anda untuk mencapai kejayaan, tetapi,lumrah hidup, ini yang akan berlaku– selain dari Dave Navarro dan buku Chin Ning Chu, pengalaman saya juga turut bersetuju dengan keadaan ini π
Adakah anda sanggup? Apa yang anda akan lakukan sekiranya ini terjadi kepada anda? Mungkin juga, pengalaman anda sendiri telah membuktikan ini?