Di Internet, siapa cepat dia dapat. Untuk berjaya dalam perniagaan, kuncinya adalah untuk brubah cara dan teknik mengikut trend.
Siapa yang telah mulakan blog pada 2005, pastinya kini blog mereka telah menakluki muka surat hadapan search engine seperti Google. Siapa yang telah menggunakan Google Adwords sejak tahun 2008 pastinya perniagaan dapat meraih keuntungan yang besar ketika kos Adwords adalah rendah. Siapa yang telah mula menggunakan Facebook ads sejak 2010, pastinya telah mendapat pelanggan yang ramai ketika tiada pesaing dan harga iklan tidak semahal hari ini.
Trend berubah, begitu juga teknik dan strategi yang dilakukan oleh usahawan.
Kita telah menyaksikan syarikat berjenama besar juga akan gagal akibat tidak mengikut trend. Masih kah anda ingat dengan syarikat atau jenama KODAK? pastinya bukan. Itulah cara yang paling popular mengambil gambar bertahun dulu. Oleh kerana KODAK tidak mengikut trend, syarikat tersebut gagal ditelan syarikat yang lebih pantas mengambil alih arena foto digital.
Begitu juga dengan tekik dan cara promosi. Tidak seperti dulu, mengedar brochure dari rumah ke rumah mungkin adalah efektif. Tetapi, kini, tak sampai 10 saat apabila menerima brochure di peti surat, terus ke tong sampah kita buangnya.
Seperti yang disebutkan, arena perniagaan Internet juga berubah. Tiada lagi Altavista, tiada lagi Lycos, tiada lagi Friendster, dan kini mana perginya mySpace dan Foursquare. Sudah tidak seperti dulu.
Usahawan Internet perlu peka kepada berubahan trend perniagaan untuk sentiasa dihadapan pesaing dan dapat mengaut keuntungan yang lebih.
Untuk berjaya sebagai usahawan, apabila trend berubah, anda juga perlu berubah dan tidak hanya menggunakan cara lama. Lebih cepat anda dapat mengadaptasi dengan cara baru, maka lebih lancar perniagaan pada masa hadapan anda InsyaAllah!
[PENGUMUMAN: Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial, bersama Irfan Khairi kini dibuka untuk pengambilan baru tidak lama saja lagi, Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay 03-77292277]



A lesson yang kita perlu ambil adalah daripada Syarikat Apple. Pernahkah anda memasuki kedai Apple/Mac? Semua produk keluaran Apple cantik-cantik belaka. Daripada sekecil-kecil iPod nano yang very sleek looking, iPod touch yang kelihatan seperti teknologi 10 tahun akan datang, siapa pernah lihat MacAir pasti jatuh cinta dengan laptop yang hanya beberapa milimiter tebal, desktop iMac juga boleh tahan. Pendek kata, Apple menggunakan “kecantikan” untuk menarik pelanggan! (pasti produk & functionality juga berkualiti tinggi)



