IK ambil tindakan undang-undang

Pernah tengok tak cerita “You Don’t Mess With The Zohan”? Well, kali ni, versi lain pula: “You Don’t Mess With The Irfan” πŸ™‚

Susulan kes mengenai SPAMMERS menggunakan nama saya dalam email mempromosikan skim buat duit di Internet…

Laporan kepada polis telah dilakukan dan siasatan sedang dijalankan. Dalam kes sebegini, pihak polis akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi.


Metro Ahad Hari ini 28hb Disember 2008. Page 2.

Berita terkini: Identiti dan maklumat peribadi seperti lokasi dan tempat pekerjaan pihak terbabit telah dikenalpasti. Tindakan akan dijalankan.

Pihak media juga mengambil berat kes ini, bagi yang membeli Metro Ahad hari ini, buka mukasurat 2.

Berikut adalah antara sebab mengapa tindakan undang-undang mesti saya lakukan:-

  1. Email sebegini yang mempergunakan nama saya telah menjatuhkan kredibiliti saya sebagai pakar perniagaan Internet kerana melibatkan saya dengan skim-skim piramid sebegitu. Sebagai seorang pakar perniagaan Internet dan perunding perniagaan Internet, salahguna nama sebegini adalah satu “fitnah” yang mencemarkan dan menjatuhkan nama, imej dan maruah saya.
  2. Sebagai seorang motivator di IPT-IPT tempatan, email sebegini juga mencemarkan kredibiliti saya sebagai pakar motivasi dan penceramah bebas. Menyamarkan nama saya di dalam email menganggu kredibiliti saya sebagai seorang motivator kepada generasi-generasi muda. Oleh yang demikian, ianya adalah perkara yang saya pandang amat serius.
  3. Dengan menyamarkan nama saya, dan bertujuan mengaburkan mata orang ramai yang kurang pengetahuan perniagaan Internet untuk turut serta skim buat duit sebegini. Ianya adalah satu tipu muslihat untuk melariskan jualan kepada skim cepat kaya yang diri saya tidak pernah terlibat dan tidak akan terlibat.
  4. Penyebaran email sebegini menjatuhkan jenama saya di mata pelanggan korporat yang melantik saya atau bakal melantik saya sebagai duta perniagaan mereka. Sekali lagi, pencemaran sebegini akan merugikan pihak saya dalam memperolehi peluang-peluang menjadi duta untuk masa yang akan datang. Oleh yang demikian, langkah yang tegas mesti dilakukan.
  5. Pihak yang menggunakan nama saya dikatakan telah mendapat keuntungan melebihi RM20,000. Wang tersebut adalah hasil daripada penipuan, maka, ia dikira sebagai kegiatan jenayah siber. Sebarang jenayah siber adalah tanggungjawab bersama untuk dibawa ke muka pengadilan.
  6. Sebagai seorang di dalam industri perniagaan Internet, dan sering dilihat sebagai “ikon” perniagaan Internet Malaysia, sekiranaya saya tidak melaporkan dan mengambil tindakan undang-undang, maka ia hanya menjatuhkan martabat perniagaan Internet di Malaysia. Makin ramai orang tidak akan percayakan industri perniagaan Internet. Dengan mengambil tindakan undang-undang yang tegas, ia akan menunjukkan kesungguhan industri ini dalam mencegah dan membenteras skim-skim buat duit sebegini.
  7. Sekiranya saya tidak mengambil tindakan undang-undang, lepas ni, semakin menjadi-jadilah dengan sewenang-wenangnya sesiapa sahaja akan mempergunakan nama saya untuk kepentingan masing-masing. Jadi, untuk melindungi diri saya sendiri dan juga rakan-rakan usahawan Internet yang lain atas segala tuduhan di masa yang akan datang, tindakan undang-undang mesti dilakukan.
  8. Dan yang penting sekali adalah, tindakan undang-undang di ambil supaya tiada lagi orang ramai tertipu dengan skim-skim sebegini di Malaysia dan rakyat Malaysia lebih mengetahui tentang kesalahan skim sebegini!

Perkara sebegini telah terjadi pada saya sejak tahun 2005 lagi dan setiap kali ia terjadi, saya akan mengambil tindakan undang-undang.

Nanti, insyaallah saya akan jelaskan di sini kepada anda bagaimana hendak melakukan tindakan undang-undang sekiranya perkara yang tidak diingini terjadi pada anda pula. Tak kiralah sama ada nama digunakan, orang ciplak ebook anda, or orang lakukan fitnah keatas anda di Internet. Semua ini adalah penting untuk melindungi kredibiliti sesiapa sahaja terutamanya dalam bidang perniagaan.


Biarlah ini menjadi amaran bukan sahaja kepada mereka yang saja ingin mengambil kesempatan atas nama saya sahaja, tetapi sesiapa sahaja yang mengendalikan tipu helah di Internet. Jangan fikirkan pihak berkuasa tidak dapat mencari anda.

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga

DON’T MESS WITH THE IRFAN πŸ™‚

ps: Apa pendapat anda mengenai tindakan undang-undang ini

pps: Sesiapa yang mendapat email spam yang menggunakan nama saya, kalau masih tersimpan dalam trash/spam/inbox masing-masing, boleh forwardkan kepada info@rahsiainternet.comΒ  πŸ™‚
ppps: Sekiranya anda mempunyai blog, tersangat dialu-alukan untuk anda link ke posting ini supaya lebih ramai akan tahu apa akan terjadi dan akibatnya sekiranya menyalahgunakan Internet! πŸ™‚

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

76 thoughts on “IK ambil tindakan undang-undang

  1. tersangat wajar supaya SPAMMERS masa kini dan bakal SPAMMERS tahu yang perbuatan mereka itu boleh dikenakan tindakan undang-undang..

    lagipun dah muak rasanya mendengar, melihat, mendapat emel, brosur tentang segala macam bentuk skim piramid..cuma nama saja berbeza

    cuma, diharap, ia tak senyap begitu sajalah, ada follow up kepada kisah tindakan undang-undang ini πŸ™‚

  2. Terima kasih IK kerana bertindak bijak. Saya lebih suka tindakan undang-undang di ambil kepada mana2 pihak yang tidak beretika dan sewenang2nya menggunakan nama dr.irfan.

    Sebagai generasi muda saya tidak mahu ada pihak2 yang lain akan memikirkan perniagaan internet ialah”menipu” dan ”penipu”. Dengan adanya ikon perniagaan internet sperti IK ianya dapat menyedarkan kepada mana2 pihak dan membuka mata mereka untuk melindungi perniagaan internet yang sebenar dan beretika.

    Saya berharap IK dapat menerangkan bagaimana untuk melindungi daripada masalah ini dan hendak mengambil tindakan undang2 sekiranya perkara yang tidak diingini terjadi.

  3. Salam alaikum Tuan Irfan,

    Saya juga menerima beberapa kali e-mail atas nama Tuan. Cuma apabila dia memperkenalkan jenis bisnes ‘beri duit’ tambah duit memang sangat sangsi.

    Dahulu lagi Tuan IK sudah menguar-uarkan berkenaan hal ini. Masih lagi ada yang tertipu.

    Saya ada hipotesis tersendiri.

    Lelaki terbabit menjadikan dirinya sebagai wakil atau staff Rahsia Internet.

    Mungkin pada masa akan datang, wajah staff Tuan IK yang saya temui dahulu juga perlu ditonjolkan dalam laman web Rahsia Internet. Ini bagi memudahkan orang mengecam siapa staf dan siapa pendusta dalam aktiviti ini.

    Sekadar cadangan.

    Apa pandangan Tuan IK?

    ZAMRI MOHAMAD
    Penulis Buku di Malaysia
    http://www.zamrimohamad.com

  4. laaa..yeke saya selalu dapat email yang mana penghantarnya guna nama Irfan Khairi.tapi saya ignore jek..nak tanya tapi cam remeh je hal tuh..sebab benda2 yg dia promote semua yg cam biasa2 je and cam IM kelas bawahan yg lain.

    da kena cekup ke mamat tuh

    kesian lakk..saya faham yela nak naek bukan senang.tapi guna nama org lain tu tak bagus la kan

  5. Salam
    Saya juga pernah terima email guna nama IK lebih teruk dari email ni.Kurang2 email ni kalau kita baca je dah tahu bukan IK. Email yg saya terima siap guna nama DR Irfan Khairi lagi dan email IK lagi. Patut org macam ni cekup dulu. Kalau IK nak saya boleh forward pada IK.

    sebagai cadangan IK patut paten je nama IK jadi org lain tak leh gunakan. Sebab nama cam IK banyak kat malaysia.

  6. Tak ke gambar “DONÒ€ℒT MESS WITH THE IRFAN” tu ciplak gak? πŸ˜‰ saja nak tau.

    Saya sokong 100% tindakan Irfan untuk mengambil tindakan kepada yang menggunakan nama anda. Go Irfan!!! πŸ˜€

  7. guna nama orang lain untung kepentingan diri mmg salah etika. tindakan perlu diambil.

    niche marketing and industri make online money nih dah makin panas, nama bro plak macam dah sinonim dengan perniagaan internet nih, mmg jadi sasaran utama scamers.

  8. saya amat bersetuju dgn tindakan saudara Irfan. Saya juga pernah menerima email yg menggunakan nama saudara irfan khairi… saya telah memaklumkan kepada rakan saya iaitu saudara Bearnerd..dan beliau telah memaklumkan kepada saudar Irfan..rasanya

    sesungguhnya, memang wajar dikenakan tindakan kerana mencemarkan nama Saudara..

  9. patutnya awal2 kena warning dengan tegas agar ia tidak berleluasa sebagaimana kes2 yang kena warning terdahulu. kes2 sebelum ini sekadar warning atas angin dan sekarang tibalah masanya untuk bertindak…

  10. Ya saya amat bersetuju saudara Irfan mengambil tindakan undang2 kepada mereka yang tidak bertanggungjawap menggunakan nama saudara sewenang2nya bagi melakukan tipu helah di internet.

    Mungkin lepas tindakan ini nanti, tiada lagi yang berani membuat jenayah siber sebegini. Amin.

  11. memang patut pun. saya pernah je nmpk dn sound org yg gune nama irfan khairi, tapi dia tak balas. mmg lah orang yg tau serba-sedikit pasal IT tau yg mmg itu bukan IK yg sbnr.

    tpi utk yg baru nk kenal internet, x pasal2 kena tipu.

    apapun, tindakan yg wajar.

  12. Salam.. Saya pun terima email nama IK… Nanati saya tengok kalau ada boleh la di forwarkan… selalunya saya delete sebab tak percaya itu adalah IK… πŸ™‚

  13. Salam IK.

    Sayapun dapat email IK tapi bukan seperti dalam blog IK nanti saya cari dan forward sebab yg ni lagi dasyat siap mengaku lagi sebagai IK.

    Ini pendapat saya, apa yang saya perhatikan dlm blog IK dari email si Spammer ni dia terut bagi contoh kejayaan IK sebagai jutawan internet. Jadi kat sini susah sikit kalau kita nak dakwa dia menyamar sebagai IK. Kalau dia letak perkataan saya je…itu baru terus terang menyamar. Walau bagainapun dari segi etika memang salah. Mungkin org ramai anggap sebagai nick name je,.

    Nak tanya IK, seseorang itu boleh tak guna nama samaran untuk promote sesuatu produk
    dalam internet? Kat malaysia dah ada belum undang tentang SPAM? kalau kat Singapura dah ada.

  14. Bravo Sifu!!…I memang lama dah nak tgk penipu online ni dipenjarakan!!

    “Guna nama tu satu hal lah salahnya…tetapi kesalahan dia mengambil duit orang ramai berpuluh ribu tu?!!”

    Kita semua pandai IT oklah tak terkena, whatabout mereka yang baru-baru tahu buka internet. Contohnya Kakak saya sendiri kehilangan 6ribu, abang 14ribu…

    Dan penipu ni pulak, kononnya mencari nafkah untuk keluarga yang dalam kesusahan…cerita pun sedih, semua orang pun kesian…walhal, dia collect beribu-ribu…

    Yang teraniaya, keluarga saya, orang-orang kampung, mak cik2 yang baru mengenal internet, ribu-ribu habis duit simpanan, ada dia nak fikir???

    He/she have a choice …but the choice that he/she makes is to be cyber criminal!! Justice have to be done! WITH NO MERCY!!!

  15. Salam,hmm…tak elok betullah perangai,kenapa sanggup gunakan orang lain utk kepentingan sendiri,tapi rasanya duit yg diorang dapat tu takkan kemana maklumlah duit tak berkat,betul tak IK.. πŸ™‚

  16. Tindakan yg amat wajar. Hampir tiap hari saya dpt email meggunakan nama “Irfan Khairi” tp saya tahu itu cuma penyamaran yg tak beretika langsung. Penyamar tu tak tau yg saya dah lama mengikuti perkembangan IK. Dari pembeli buku RJJIT hinggalah ke pembaca blog ini saya tahu dan kenal sangat. Ni tiba2 jer ada email mengaku jadi Irfan Khairi. Yes dont mess up with irfan :). Email tu semua saya dah delete..menyampah saya tengok.

    Info Tambahan :
    Ada beberapa email yang saya dapat juga cuba mempromosi email dan nama org dgn harga RM20 ( dlm tempoh yg amat terhad – promosi konon ) Ahah tergelak saya tengok. Bukan sikit tp 500,000 email. Conclusion saya buat sendiri : C penyamar tu mesti pelanggan email distributor tu.

    TQ
    Miclee
    Sabah.

  17. memang wajar Ambik tindakan..oranG seperti ni lah YanG mencemarKan imej perniagaan Online ni dan membUatkan oRang ramai takus denGAn Business OnLine

  18. Kenapa la nak guna nama orang lain kan. guna nama sendiri ler..itu la sifat manusia yg sentiasa ada perasaan dengki nak ikut jalan pintas jer. x ada jalan pintas nak berjaya. kena usaha la spammers.

  19. oh yeahh..padan muka la si spammers tu.nak bisnes tak pandai, nak menipu pulak.as razzi said, org yg reti tu pandai la nak buang ke spam box, yg tak pandai tu semua percaya. sy memula dpt excited plak, then tgk spammers, menyampah giler.

    sila saman dia hoyeh hoyehh

  20. mmg patut tindakan undangΒ² diambil…
    Harap Irfan boleh ajar camne nak protect produk kita dan macam mana cara untuk mengambil tindakan undang-undang

  21. saya tahu “lelaki” yang saya nak saman tu membaca blog ini. dan membaca setiap posting di sini.

    Bukan setakat tu sahaja… malahan, meyamar dan menipu lagi sebagai orang lain dan meninggalkan reply di sini.

    Cuba anda (pembaca blog ini) lihat di atas… agak-agaknya siapa “lelaki” tersebut???

    Pesanan akhir: Don’t Mess With The Irfan πŸ™‚

    CIKGU J***I**S… I’LL SEE YOU IN COURT!

  22. Lama tak singgah sini.. Ada kontroversi rupanya kat sini..
    APa pun saya setuju tindakan undang-undang diambil bagi membersihkan bukan sahaja nama ‘Dr’ tetapi semua yang terlibat dalam perniagaan internet akan terkena tempiasnya..

  23. Hayyyo!!! ….cikgu ke IK??

    Ish!ish!ish!…hancur!…amat memalukan! Awak sebagai pendidik, sepatutnya awak mempamerkan contoh dan tauladan yang baik.

    Begini ke caranya awak mendidik? Adoi…sedih saya macam ni dan nampak gaya nama tu macam Cikgu Melayu pulak tu kut??

    Nak kata bodoh, cikgu lak…mesti ada kelayakkan. Nak kata pandai, dah terkantoi…then menyamar pulak kat sini? cerdik lah sikit…ingat Ik tak boleh check ke IP address tu…I sey man!

    Kalau lelaki seperti kata IK tu…mesti dia menyamar dgn nama wanita. Kalau wanita, yang tak menyokong tindakan Ik kat sini, … macam jelas je orang tu πŸ˜†

    Bersiap-sedialah!…masa untuk anda pulak kerugian…sekarang baru tau macamana orang lain yang kerugian akibat perbuatan awak tu!

  24. sy dah lama dah dpt email2 yg promote biz esp affiliate yg guna nama irfan khairi dari 2-3 thn lepas …tp dah delete. Mybe nak kelirukan newbies yg x tau apa-apa. Tp bg yg kaki internet ni…dah tau sangat taktik depa ni…

  25. Aduyai.. Apa la.. Cikgu???!!

    Spam nie memang dah lama berlaku.. Cuma semakin ramai yg sedar kesan utk perniagaan mereka..

    Apa pun tindakan ini perlu utk melindungi kredibiliti kita serta perniagaan kita.

    Semakin hari semakin ramai pengguna baru, maka dgn tindakan bro IK semakin ramai yg terselamat.. πŸ˜€

  26. Assalamualaikum

    Saya ingin memohon maaf sekali lagi dengan DR. Irfan Khairi. Saya dan isteri memang mengikuti blog DR Irfan Khairi. Memang saya akui yang tinggal 1 reply kat kat blog bukan saya tetapi isteri saya yang bimbang dengan keadaan saya yang tak makan dan tak tidur selama beberapa hari. Dia tulispun tanpa pengetahuan saya. saya tak kisah sangat semua tomohan itu, saya rasa memang patutpun saya terima.

    Saya sekali lagi di sini ingin memohon maaf kepada Dr. Irfan berkenaan salah satu reply kat blog tu. Saya berharap sangat Dr IK tidak mengambil tindakan apa-apa terhadap saya. Saya percaya kalau Dr IK ambil tindakan terhadap saya, pasti akan menjejaskan dan mengelapkan masa depan saya, isteri dan anak-anak saya dan ibu saya yg uzur kerana sayalah tempat mereka bergantung selama ini.

    Di sini saya katakan, saya juga tidak mampu membayar peguam untuk diri saya sendiri. Kalau boleh saya ingn berjumpa dengan Dr IK secara personal ..untuk menjelaskan kedaan sebenar dan memohon maaf secara lisan, tak kisah kalau DR. IK nak maki hamun sayapun asalkan Dr IK jangan ambil tindakan undang2. saya merayu pada Dr IK.

    Selama ni memang Dr. antara idola saya dan memang bercita-cita nak jadi seperti Dr IK sampaikan anak saya yg bakal lahirpun insyaallah saya akan letakkan nama Mohamad Irfan … tetapi saya berani bersumpah dan demi Allah tak terlintas langsung nak menyamar sebagai IK dan tipu org ramai dengan website yg baru saya join itu. Mungkin di sini banyak perkara perlu saya belajar daripada Dr IK.

    Jadi saya berharap sangat, berilah peluang pada saya kali pertama dan kali terakhir.Saya amat sangat merayu simpati yg tak terhingga dari Dr. IK.

  27. Strong man stands for himself, stronger man stands for others …

    You are doing the right thing IK…

    Alternatively public juga boleh buat aduan ke Consumer Forum of Malaysia (CFM) di bawah Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia. Kes2 begini perlu dibawa ke atas supaya ada regulation & undang2 yg boleh lindungi public..

    Penjenayah macam ni taknak berhenti setakat ini sahaja. Kalau bukan kita, generasi kita akan datang yang kena!

  28. pertama… tahniah kepada Sifu Irfan, di atas tindakan ini semua. semoga pelbagai pihak ambil perhatian kepada perkara-perkara sebegini.

    ahaks! tak sangka sungguh ‘si dia’ tu ada komen di sini juga ya… cuma, saya tak dapat camlah yang mana satu… tampak ayat-ayat kesemuanya, menyokong kepada perkara ini. hmmm…

  29. orang2 yg macm ni lah yg membuatkan orng tak percaya sgn dunia internet.

    by bringing people like this to justice at least people feel safer next time.

  30. Saya sokong apa yang irwan dahnil katakan.

    Ermm..Agak2nya sapa orang tu irfan. Mesti irfan tahu org 2 tahu siapa, sbb guna ip address pun kita boleh kesan org tu dan tempat dia kat mana.

    Guna jejak pelawat memang dapat tahu. Teknik ini pun turut saya gunakan dalam bidang IT dan multimedia. Banyak caranya untuk mengesan org ni. Maybe irfan boleh preview gmbr org tu bila dah kena tangkap dah.

  31. Tindakan memang perlu diambil utk menjaga nama IK dan juga imej perniagaan internet.

    Sekarang ni mmg ramai bijak pandai, tapi ramai juga yg menggunakan kebijaksanaan nya utk menipu org ramai..

    Harap kerajaan ambil tindakan tegas pd diorang

  32. Untuk mengelakkan dari orang lain lak daripada disalah sangka πŸ™‚ “lelaki” yang saya maksudkan tu menyamar sebagai “Rohani” di atas. Wallahualam. Dan ya, dia seorang “cikgu”

    Tetapi, janganlah pula disebabkan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. saya support semua cikgu2 di Malaysia… kecuali cikgu yang nak kena tindakan saman ni…

    -ik

Leave a Reply

Your email address will not be published.