Monthly Archives: August 2006

Strategi Jutawan Internet Irfan Khairi

Ramai yang tanya saya apakah langkah pertama untuk menjadi jutawan internet?

Langkah pertama adalah untuk menetapkan matlamat menjadi jutawandi sini ada formula untuk mencapai apa jua matlamat anda…

Kemudian, bahagikan matlamat tersebut kepada unit yang lebih kecil.

Contoh, sekiranya matlamat anda untuk menjadi jutawan Internet adalah dalam masa 10 tahun, maka, ini bermaksud anda perlu mendapat keuntungan RM100,000 setiap tahun.

Ini bermaksud anda memerlukan RM8,333 setiap bulan.

Ini bermaksud anda memerukan keuntungan RM278 setiap hari.

Jadi, persoalannya adalah, bagaimana hendak memperolehi keuntungan RM278 sehari dari perniagaan internet anda? berapa banyak produk atau perkhidmatan anda perlu jual sehari untuk memperolehi RM278?

Dengan membahagi matlamat untuk memperolehi sejuta pertama anda kepada matlamat setiap hari, ia akan memberi gambaran dan sasaran yang lebih jelas.

Bukan sahaja untuk perniagaan internet, perniagaan bukan internet juga boleh menggunakan strategi ini.

Matlamat anda pula berapa tahun? Sehari, berapa keuntungan anda perlukan?

Bagaimana anda boleh maksimakan pulangan perniagaan Inetrnet anda? Sertai Workshop Jutawan Internet!

Backend product = keuntungan yang lebih!

Backend product adalah product tambahan untuk anda jual kepada pelanggan sedia ada anda. Konsep produk backend adalah simple sahaja, tetapi, ia dapat menambahkan keuntungan perniagaan anda dengan mudah.

Konsep backend adalah kerana pelanggan yang sedia ada lebih mudah membuat keputusan untuk membeli daripada anda berbanding dengan pelanggan baru.

Sebagai contoh, pelanggan yang membeli buku Rahsia JUtawan-Jutawan Internet Terbongkar akan diberi peluang membeli CD Rom Langkah 1-2-3 (produk back end).

Contoh, jika jualan buku Rahsia Internet adalah RM10,000 sebulan. Tetapi, dengan memberi pilihan membeli produk backend CD Rom, jualan CD pula adalah RM5,000 sebulan. Hasil jualan keseluruhan untuk 1 bulan adalah RM15,000.

Sekiranya tiada produk backend, maka, hasil jualan untuk bulan itu adalah RM10,000 sahaja. Dengan backend produk, tambahan jualan setahun adalah RM60,000! (RM5,000×12).

Selamat bercuti dan fikirkan hari ini, apakah produk atau perkhidmatan yang boleh dijadikan produk backend bagi anda?

Untuk maklumat lanjut dan tip tambahan produk backend, sila rujuk buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar Bab 30 mukasurat 109.

Formula untuk mencapai apa sahaja matlamat anda!

Sambungan daripada posting semalam mengenai goal setting…

Hari ini kita nak buat ulangkaji sediki (jadi, bukan Tip Satu Minit hari ini – posting panjang hari ini). Matlamat yang anda tetapkan semalam untuk dicapai sebelum tamat 2006 adalah amat baik. Sekarang, saya akan letakkan langkah-langkah yang anda perlu lakukan… sesetengah langkah sepatutnya dilakukan sebelum menetapkan matlamat lagi. Tapi, anda boleh check kembali.

Sekiranya anda mengikuti langkah-langkah ini, itulah formula untuk mencapai apa sahaja matlamat anda yang saya sendiri gunakan setiap hari!

Ulangkaji ok… semua ni pernah keluar di Tip Satu Minit, cuma kali ini saya susunkan mengikut turutan untuk topik “Formula untuk mencapai apa sahaja matlamat anda!”.
Enjoy! Klik pada (more…) di bawah untuk sambungan.
Continue reading Formula untuk mencapai apa sahaja matlamat anda!

Irfan Khairi – film star?

Jangan nak mimpi la film star! jadi host kira ok la lagi 🙂

Hari ini saya menjalankan shooting untuk satu program TV motivasi & perniagaan (gambar) – kali ini menjadi host untuk beberapa rancangan. Program apa? Tunggu!. 🙂

Berbeza sedikit dengan peranan ketika menjadi motivator jemputan “Menjana Impian” TV9 (By the way, menjana Impian sudah bermula di TV9)

Seperti selalu, saya amat berbesar hati apabila menerima sebarang jemputan dan diberi peluang berbagai pihak untuk sampaikan mesej-mesej pembangunan diri & perniagaan melalui media. Terima kasih banyak-banyak kepada semua pihak!

Ingin berkongsi tip hari ini, iaitu menulis matlamat (lagi!). Salah satu matlamat bertulis saya untuk tahun ini adalah untuk menjadi host rancangan TV. Alhamdulillah, tercapai hari ini.

Ramai yang masih lagi ragu-ragu dengan menulis matlamat. Apa tidaknya, kajian mengatakan 98% orang dewasa TIDAK menulis matlamat. 3 sebab utama mengapa seseorang tidak menetapkan matlamat menurut kajian:

1. Tidak tahu cara menetapkan matlamat kerana tidak pernah didedahkan.

2. Tidak percaya MENULIS matlamat memberi faedah. Kebanyakan kata mereka “fikir” sahaja matlamat dan tidak menulis.

3. Takut menetapkan & menulis matlamat oleh kerana takut tidak akan dicapai.

Salah satu cara efektif menetapkan matlamat di panggil “Public declaration”. Ia bermaksud, mengumumkan pada orang ramai.

Public declaration dalam matlamat adalah amat efektif. Salah satu public declaration saya adalah tahun lepas di dalam majalah Maskulin (keluaran Julai) yang mengatakan matlamat saya adalah menjadi ikon perniagaan Internet di Malaysia. Insyaallah, kini sudah tercapai!

Apa kata kita buat satu latihan secara real-time. Macam Reality TV la ni!

Apa kata, anda klik pada “comment”, dan tulis 5 matlamat anda yang anda ingin capai sebelum berakhirnya 2006. Kira, matlamat jangka pendek (4 bulan sahaja).

Nanti hujung tahun, kita tengok, efektif atau tidak menulis matlamat secara Public declaration- semua orang di Internet boleh melihat matlamat anda!.
Harapnya sesiapa yang serius sahaja menulis. Kalau tak serius, matlamat tidak akan tercapai. Have fun & good luck!

Jawapannya: Burger yang “sistematik”!

Memang hebat jawapan anda semua. Memang betul,”branding” termasuk logo, warna, slogan, marketing plan, budget semuanya membuat orang memilih McDonalds. Semua tu kita dah bincang sebelum ni… dan akan dibincangkan lagi.

Tetapi, jawapan dan tip hari ini adalah, McDonalds’s mempunyai suatu “sistem” iaitu business system mereka.

“The answer is obvious: McDonald”™s is excellent at business systems. The reason so many talented people are poor is because they focus on building a better hamburger and know little to nothing about business systems.”
– Robert Kiyosaki

(tq i.m.h.o, tak perlu saya type… main cut & paste your post sahaja :))

Maksud “business system” amat luas. Untuk tip ini, kita focus pada “sistem” yang boleh diimplementasikan pada perniagaan kecil-kecilan.

Sistem ini hadir dalam semua perniagaan franchise. Iaitu, tak kira la sesiapa sahaja kita letak di dapur McDonald’s tu, burger, fries, apple pie, ayam goreng, semuanya keluar sama sahaja setiap kali.

Sistem ni seperti satu manual untuk diikuti semua orang. Kalau nak buat burger, Langkah 1 apa? Langkah 2 apa? Langkah 3 apa? Ada step by step mudah untuk di ikuti. Sama juga untuk buat fries, ayam goreng, bubur, apple pie dan sebagainya. Termasuk lah uniform, bila nak senyum, bila nak basuh tangan, cara2 basuh tangan, kebersihan, apa nak ditanya pada pelanggan seperti “Nak tambah fries tak?” 🙂 (Quality control termasuk… bagi yang jawab quality control, dapat 1/2 markah)

Dengan adanya sistem mudah ini, perniagaan McDonald’s boleh diduplikasikan dan dikembang. Orang ramai juga akan mendapat produk dan perkhidmatan yang sama sahaja tidak kira McDOnald’s mana yang mereka lawat, mereka tahu apa yang mereka akan dapat.
(No element of surprise)

(Yang jawab “aturan kerja” dapat full mark!)

Menurut buku E-Myth oleh Michael Gerber, untuk perniagaan kecil-kecilan maju, perlu mempunyai sistem juga. Anggap perniagaan kecil-kecilan anda seperti satu franchise. Buat satu manual step-by-step yang mudah diikuti jadi, sesiapa sahaja yang handle, boleh menjalankan perniagaan anda- walaupun anda tiada disitu. Itu akan menjadi sistem anda.

Dengan mempunyai sistem manual yang mudah diikuti, anda boleh duplikasikan perniagaan anda, maka, anda juga boleh duplikasikan keuntungan perniagaan anda. Tapi ingat, sistem anda perlu dipermudahkan seperti McDonald’s- tidak perlu chef pakar untuk kendalikan, budak2 lepas SPM pun boleh…- sebab itu juga burger McDonalds tak begitu sedap. Sekiranya buat sedap-sedap, nanti sistem menjadi complex.

Pengajarannya juga adalah, untuk berjaya dalam perniagaan, tidak semestinya anda mempunyai produk yang jauh lebih hebat dari pesaing anda (tak semestinya burger anda lagi sedap). Tetapi, sekiranya anda mempunyai sistem bisnes yang sistematik dan boleh diduplikasikan, anda boleh mengembangkan perniagaan dan keuntungan anda.

Kalau dicampurkan dengan elemen-elemen jawapan anda mengenai marketing, lagi cantik!

tambahan: Perasan tak sekiranya anda memasuki 7-eleven, ada bunyi “Ting Tong”, lepas tu pekerja di dalam ucap “Selamat petang encik!”, susunan rak2 semua 7-eleven hampir sama, cuba check susunan kotak rokok di mana-mana 7-eleven- sama sahaja, di kaunter pula pekerja beruniform akan tanya “Encik tak mahu beli roti?”… semua tu adalah sistem manual bagi 7-eleven. Boleh diduplikasikan. Keuntungan pun berganda.

Oleh kerana ramai balas, maka, panjang sikit tip kita hari ini 🙂

Burger mana lagi sedap?

Hari ini saya ada soalan penting untuk anda. Bukan main-main punya soalan ini 🙂 tetapi ada pengajaran yang amat hebat!

Soalan cepu emas untuk anda jawab…

Burger mana lagi sedap; burger McDonald’s atau burger yang di gerai tepi jalan? 🙂

OK. Soalan ni mudah sahaja… sebab rata-rata ramai akan kata burger gerai kat tepi jalan lagi sedap kan?

Soalan sebenarnya adalah…

Mengapa McDonald’s lebih berjaya walaupun burgernnya kurang sedap berbanding burger gerai? (walaupun McDonald’s bermula dengan gerai juga)

Silap-silap burger yang anda buat sendiri lagi sedap dari McDonald’s kan?

Konsep penting ni, esok saya akan jawab. Sebelum tu…

Maksima pulangan melalui program affiliate

Affiliate program adalah salah satu cara menjana pendapatan sampingan melalui laman web anda.

Sekiranya anda menyertai suatu program affiliate, salah satu cara terbaik untuk mendapatkan pulangan yang maksimum melalui affiliate link anda adalah dengan memberi review/testimonial/pendapat anda sendiri keatas produk yang anda promosikan.

Sebaiknya, anda pernah menggunakan produk yang ingin dipromosikan. Namun, sekiranya anda tidak pernah menggunakannya, maklumat anda perlu berdasarkan berita, reputasi dan kredibiliti.

Mempromosikan affiliate adalah lebih efektif dengan memberi maklumat/informasi mengenai produk tersebut. Informasi akan memberi pelawat laman anda dalam keadaan “ingin membeli”. Apabila mereka klik pada link anda dan tiba ke laman web utama, mereka kini sudah dalam keadaan “bersedia untuk membeli”!

Fikirkan bagaimana caranya untuk meletakkan pelawat anda dalam keadaan “ingin membeli”- dan bukan sekadar meletakkan banner sahaja dan mengharap pelawat anda akan klik dan membuat belian.

Juga, jangan lupa tip Iklan yang pasti menarik pelanggan!

Menulis matlamat… menulis lagi!

Semua tahu saya sering tekankan untuk anda tulis matlamat anda. Dengan menulis matlamat anda, ia akan menjadi sesuatu yang boleh dipegang dan boleh di lihat. Anda juga tahu, dengan menulis matlamat, ia akan masuk ke dalam minda (separuh sedar) anda dan ianya akan diproses untuk mencari peluang-peluang mencapai matlamat tersebut. Sudahkah anda menulis matlamat anda? Saya pasti sudah 🙂

Tetapi… menulisya sekali sahaja tidak mencukupi. Anda perlu menulis lagi… lagi… dan lagi. Salin kembali matlamat anda.

Menulis matlamat anda sekali sahaja memang akan memberi pulangan kepada anda. Cuba fikirkan sekiranya anda menulis matlamat yang sama berkali-kali. Ini akan menggandakan peluang anda untuk mencapai matlamat tersebut.

Agaknya bila kali terakhir anda tulis semula matlamat anda? 🙂

Apa yang anda fikirkan?

Ralph Waldo Emerson menulis “Seseorang itu akan menjadi apa yang difikirkan pada kebanyakan masa”. Apa yang anda fikirkan kebanyakan masa?

Mereka yang berjaya memikirkan kejayaan, memikirkan matlamat dan cara mencapai matlamat tersebut dan memikirkan pulangan yang akan diterima sekiranya matlamat tercapai.

Berhenti sebentar dan tanya pada diri sendiri. Pada hari ini, apa yang anda fikirkan pada kebanyakan masa.

Mulai sekarang, fikirkan kejayaan dan matlamat anda pada kebanyakan masa. Penuhi hari-hari anda dengan apa yang anda inginkan di dalam fikiran. Anda akan menjadi apa yang anda fikirkan pada kebanyakan masa.

Selamat bercuti!

Kuasa tiga untuk menarik pelanggan

Untuk menarik pelanggan menggunakan produk atau perkhidmatan anda sekiranya mereka pada asalnya menggunakan produk dan perkhidmatan pesaing anda adalah, gunakan teknik kuasa tiga.

Kuasa tiga bermaksud anda perlu mendapatkan 3 sebab mengapa produk atau perkhidmatan anda adalah lebih baik dari apa yang sedia ada di pasaran.

Sebagai contoh, produk anda lebih tahan lama, lebih murah dan penghantaran dilakukan dengan lebih cepat (3 sebab). Menggunakan teknik kuasa tiga dapat menarik pelanggan dari pesaing anda dengan lebih mudah.

Tip Satu Minit adalah lebih padat, lebih straight-forward dan lebih praktikal dari laman web yang lain. Itulah teknik kuasa tiga! 😉