Monthly Archives: March 2007

Networking- kualiti, bukan kuantiti

Kita sedia maklum, networking adalah baik untuk perniagaan oleh kerana ianya dapat meluaskan pasaran. Dalam ebook 101 Cara Promosi ada menekankan.

Apa yang penting dan ramai teranggap salah adalah, network menjadi efektif cuma apabila terdapat kualiti di dalam network tersebut. Bukan, kuantiti. Kuantiti, mungkin ramai sudah ada… seperti kenalan yang ramai (network juga).

Yang penting adalah kualiti network tersebut. Secara peribadi, network saya tidaklah besar- tetapi, kerjasama dengan network saya yang kecil ini mempunyai kualiti yang tinggi dalam menyebarkan perniagaan.

Jadi, networking, tidak semestinya baik. Tetapi, kualiti sesuatu networking adalah lebih penting 🙂

ps: berjumpa sembang-sembang kosong di kedai kopi, network juga… tetapi tak berkualiti. jadi, bersembanglah perihal-perihal yang boleh menaikkan perniagaan & motivasi diri.

Up to date & trendy

Anda kenalkan anak patung Barbie doll? (dah sebut “patung”, sebut “doll” lagi tu :))

Tahukah anda Barbie telah berada di pasaran sejak 40 tahun yang lalu? (lagi tua dari saya Barbie ni) Rahsia kejayaan Barbie doll, adalah untuk sentiasa up to date & trendy. Barbie tetap sama, tetapi fashion berubah-ubah untuk mengikut zaman.

Strategi perniagaan Barbie boleh digunakan untuk sebarang perniagaan- iaitu mengikut trend semasa dan berubah mengikut zaman. Perniagaan anda mungkin sama, tetapi pendekatan yang diambil diubah mengikut zaman. 🙂

Tidak pakar, tak mengapa!

kslogo.gifSabtu lepas di Nescafe-KickStart, TV3 saya ada memberi komen kepada salah seorang peserta “… If you’re not an expert, you shouldn’t even try”

Merujuk kepada tip hari ini. Sekiranya anda bukan seorang pakar, jangan mengaku pakar. Tidak salah sekiranya anda tidak mengaku pakar dalam sesuatu bidang sekiranya kepakaran anda bukan dalam bidang tersebut.

Sekiranya ada yang tanya mengenai sesuatu diluar bidang atau kepakaran anda, katakan saja ianya bukan kepakaran anda- dan rujuk mereka kepada seorang yang pakar. Ini sebenarnya menambahkan kredibiliti anda.

Bak kata mat salleh, don’t be jack of all trades and master of none!

Juga menjadi masalah apabila kita bukan pakar, dan memberi nasihat atau maklumat yang salah kepada orang lain :). Tu yang saya sebut “… If you’re not an expert, you shouldn’t even try”- Nasihat untuk semua!

Irfan Khairi dalam Gedik Santai, TV3

Hari ini saya dijemput sebagai tetamu program baru TV3, Gedik Santai bersama host Kak Engku & Sharifah Azranirah. First time mengenali keduanya. Memang Kak Engku & Sharifah Azranirah sangat friendly dan kelakar orangnya. Berbual dengan mereka di back stage seperti dah kenal lama!

Dalam program sitcom/talk-show ini, Sharifah Azranira melakonkan watak “Gedik” dan Raja Azura melakonkan watak “Santai”. Dua rakan baik yang berperangai berbeza. Sorang gedik, sorang santai membincangkan isu semasa bersama tetamu undangan.

gediksantai.jpg

Siri pertama program ini bertajuk “High Maintenance” juga turut serta Syafinaz & Zahida Rafiq.

Terima kasih kepada pembaca2 Tip Satu Minit yang juga turut hadir dan beri sokongan di Sri Pentas 2. Tak sempat pula berbual lama oleh kerana saya ada program selepas itu. Insyaallah, lain kali kalau ada rezeki, boleh minum2.

Gedik Santai akan mula ditayangkan di TV3 pada hujung bulan ini.

Tip hari ini (kesimpulan saya ketika show tadi), dalam perniagaan, penampilan diri adalah penting. Kita perlu memberi daya tarikan melalui penampilan untuk menambat hati pelanggan. Tak boleh pula kita approach pelanggan dengan keadaan kita tidak terurus.

Mengalih bahasa perniagaan Internet

Cara mudah untuk menggandakan pendapatan perniagaan Internet anda adalah, dengan mengalih bahasa untuk mendapat pasaran yang lebih luas. Sekiranya produk/perkhidmatan berbahasa Malaysia, alihkan kepada English. Sekiranya berbahasa Inggeris, alihkan kepada BM.

Seperti yang dilakukan dengan buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar, dialih bahasa kepada English untuk meluaskan pasaran- Secrets of Internet Millionaires Revealed.

Produk sudah ada, cuma alih bahasa sahaja.