Selamat bercuti!
Biasanya hari Ahad, tidak ramai yang mengunjung Tip Satu Minit (tidak seperti hari kerja). Hari ini saya ingin berkongsi salah satu perancangan saya dengan anda… rugi lah siapa tak masuk 🙂
Kini saya sedang berbincang dengan beberapa pihak untuk mewujudkan sebuah institusi berkaitan dengan e-dagang. Tujuannya untuk melahirkan lebih ramai pakar perniagaan Internet yang bertauliah di Malaysia.
Salah satu sebab saya akan ke UK lepas raya nanti (selain dari melancarkan buku SOIMR di sana) adalah untuk berbincang dengan pihak di sana untuk membawa persijilan/pengiktirafan UK ke Malaysia dalam bidang e-dagang…
Jadi, sekiranya Tuhan murahkan rezeki kita semua, akan wujudnya…

psst… ni bukan nama & logo final. Ini nama & logo proposal sahaja… yang real & final tak tahu lagi (takpun biarlah rahsia) 🙂 Tip hari ini adalah untuk mengikut saranan kerajaan, iaitu untuk menjadi rakyat Malaysia/Melayu Glokal. Berfikiran lokal, berfikiran global.
Tak kira lah kita orang Malaysia semua berbadan kecik (berbanding dengan mat salleh)… tapi fikiran kena BESAR! Sebenarnya, tiada yang mustahil, melainkan apa yang mustahil di dalam fikiran kita sahaja (4 minute mile… benteng di minda).
Doa-doakan okay! Doa bulan Ramadhan 😉



Memberi jaminan atau guarantee adalah satu cara untuk menambahkan keuntungan perniagaan anda. Jaminan merupakan satu kaedah meningkatkan kepercayaan orang ramai untuk menjadi pembeli.