Walaupun selalu kita dengar berfikiran positif dimestikan untuk berjaya, adakalanya, berfikiran negatif juga dapat membantu dalam kejayaan. Seperti…
- Berfikiran negatif dapat memberi amaran kepada kita tentang bahaya
- Berfikiran negatif dapat membantu kita mengenali apa yang kita tidak mahu, sesuatu yang kita tidak inginkan dan sesuatu yang tidak memberi kegembiraan kepada kita
- Berfikiran negatif dapat memberi kita cara memulihkan sesuatu dengan langkah-langkah positif yang menjadi suatu refleks apablia membuat keputusan.
Anggap berfikiran negatif sebagai amaran untuk mengelakkan daripada sesuatu berlaku. Sebagai contoh, untuk menjalankan perniagaan, terdapat risiko seperti tiada permintaan atas produk anda (berfikiran negatif). Namun, sebagai usahawan yang berjaya, fikiran ini dapat membantu dalam memberi cara pemikiran yang lebih kritikal dalam mencari niche permintaan anda sendiri (berfikiran positif yang akan dapat memberi keuntungan).
Sama juga keadaan di mana menyertai sebarang skim cepat kaya atau pelaburan yang meragukan. Pastinya terasa was-was dan mempunyai perasaan negatif terhadap “peluang-peluang” sebegini. Perasaan negatif tersebut semestinya adalah benar.
Sememangnya sebagai usahawan, kita perlu mengambil risiko. Namun, bukan risiko sebarangan ataupun melakukan sesuatu membuta sahaja dengan alasan “berfikir positif”. Risiko yang perlu diambil adalah “calculated risk” – risiko yang telah diselidik sedalam-dalamnya kebaikan dan keburukan.
PS: Ingin menjadi usahawan Internet? Dapatkan bantuan dan bimbingan melalui Program Intensif 6 bulan Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial bersama Irfan Khairi. Pengambilan terbaru kini dibuka. Klik di sini untuk maklumat lanjut.



A lesson yang kita perlu ambil adalah daripada Syarikat Apple. Pernahkah anda memasuki kedai Apple/Mac? Semua produk keluaran Apple cantik-cantik belaka. Daripada sekecil-kecil iPod nano yang very sleek looking, iPod touch yang kelihatan seperti teknologi 10 tahun akan datang, siapa pernah lihat MacAir pasti jatuh cinta dengan laptop yang hanya beberapa milimiter tebal, desktop iMac juga boleh tahan. Pendek kata, Apple menggunakan “kecantikan” untuk menarik pelanggan! (pasti produk & functionality juga berkualiti tinggi)



