Category Archives: Tip Motivasi

Kebahagiaan vs Kesengsaraan

Pakar psikologi mengatakan bahawa manusia melakukan sesuatu kerana dua perkara sahaja iaitu untuk mendapatkan kebahagiaan atau megelakkan kesengsaran.

Antara dua itu pula, secara psikologi mengelakkan kesengsaraan memberi lebih motivasi untuk melakukan sesuatu.

Dengan pengetahuan ini, anda mempunyai satu teknik motivasi yang hebat. Iaitu, fikirkan kesengsaraan atau kesusahan yang di alami oleh mereka yang hidup dikelilingi hutang. Mereka yang tidak berjaya. Mereka yang gagal dalam perniagaan.

Jadikannya untuk membakar semangat anda supaya anda elakkan diri anda dari kesusahan dan kesengsaraan. Sekiranya anda sendiri pernah mengalami kesusahan dan kesengsaraan, maka, kesan motivasi ini adalah lebih hebat!

Sebab itu ramai yang berjaya kini asalnya hidup susah. Mereka secara psikologi mempunyai teknik motivasi yang hebat- tanpa disedari!

Di mana nilai diri anda tertinggi?

Apakah tugas yang anda dapat lakukan yang memberi nilai paling tinggi pada diri anda sendiri atau syarikat anda. Anda akan mendapati terdapat 20% dari tugas anda yang akan memberi 80% kepada nilai/pulangan yang anda lakukan.

Tentukan apakah tugasan 20% teratas tersebut dan fokuskan segala usaha anda dan beri lebih masa untuk melakukan tugasan tersebut.

Kemudian, tentukan pula apakah tugasan 80% tersebut yang tidak memberi nilai yang tinggi kepada anda. Cari jalan untuk mengagihkan kerja tersebut, ataupun sekiranya boleh, hapuskannya dari rutin kerja harian anda.

Dengan melakukan ini, anda akan dapati bahawa fokus anda akan lebih kepada tugasan berproduktiviti tinggi sahaja. Teknik memberi fokus ini akan dapat menggandakan pendapatan anda dengan pantas.

ps: masih ramai yang kurang jelas mengenai licensing semalam. Insyaallah saya akan beri tip mengenai licensing esok dalam tip perniagaan! 🙂

Back to the Future

Ingat tak pada filem popular tahun 80-an bertajuk Back to the Future oleh Steven Spielberg dan dilakonkan oleh Michael J Fox? Tip kali ini bukan mengenai wayang gambar tersebut, tetapi, konsepnya dalam pembangunan diri.

Satu konsep yang sering digunakan oleh orang berjaya digelar “Back to the Future thinking”

Konsep ini bermaksud untuk anda bayangkan diri anda 1 tahun, 5 tahun atau 10 tahun dari sekarang. Bagaimanakah anda inginkan keadaan anda ketika itu? Sudah tentu cita-cita anda tercapai bukan?

Sekarang, dalam keadaan membayangkan diri anda di masa hadapan, tanya soalan kepada diri anda sendiri, 10 tahun lepas, atau 5 tahun lepas, atau 1 tahun lepas, apakah kepakaran atau ilmu anda perlu ada untuk capai tahap anda itu.

Lagi jelas anda dapat bayangkan diri anda pada masa hadapan, lebih tepat jawapan kepada soalan anda tersebut.

Jawapan tersebut adalah kunci untuk anda mencapai kejayaan masa hadapan.

Bagaimana untuk fikir di luar kotak?

Saya suka topik fikir diluar kotak ini. Semalam kita katakan ianya penting, tetapi, persoalannya, bagai mana hendak kita mencapainya?

Berfikir diluar kotak perlu menggunakan kreativiti dalam pemikiran, melihat cara penyelesaian pada sudut yang berbeza, serta berbeza dari status quo.

Berita baiknya adalah ianya boleh dilatih. Caranya adalah dengan banyak bertanyakan soalan; BAGAIMANA / HOW?

  • Bagaimana hendak memudahkan kerja ini?
  • Bagaimana hendak mempercepatkan kerja ini?
  • Bagaimana hendak megurangkan kos?
  • Bagaimana hendak menambahkan kualiti, di samping mengurangkan kos?
  • Bagaimana hendak melakukan dengan lebih efisyen?

… dan sebagainya! Menurut pakar motivasi Anthony Robbins, hidup anda akan bertambah baik selaras dengan soalan-soalan yang anda tanya pada diri anda. Dengan bertanyakan soalan, ia melatih anda untuk berfikir. Penuhi hari anda dengan bertanyakan soalan dan memberi jawapan yang bernas.

Seperti perkara-perkara lain, practice makes perfect. Dan berfikir di luar kotak adalah sesuatu yang anda boleh anda practice, to make it perfect!

Kalau ada cerita mengenai “Thinking outside the box” , boleh kongsikan lagi supaya sama sama dapat lebih memahami maksud dan konsepnya! Klik pada comments! 🙂

Fikirkan tak boleh!?

Perasaan ini sering berada pada majoriti masyarakat. Ramai memandang rendah dengan kebolehan diri sendiri- perasaan fikirkan tidak boleh.

Perasaan ini adalah perasaan yang sering bercakap pada diri sendiri bahawa “Saya tidak boleh melakukannya. Saya akan gagal”. Setiap kali peluang atau keadaan hadir didepan anda, pemandangan anda menjadi kelabu dengan fikiran tidak boleh ini.

Pakar psikologist, Abraham Maslow mengatakan; memandang rendah dengan kebolehan sendiri terjadi adalah kerana secara sedar ataupun tidak, seseorang itu telah menerima di fikirannya bahawa tiada apa yang dia boleh lakukan untuk mengubah keadaan dirinya.

Teringat saya dengan cerita Eddy Murphy The Nutty Professor (di mana Eddy Murphy menjadi seorang yang gemuk Professor Sherman) dan ketika beliau ingin menurunkan berat badannya, beliau ke gym dan bersenam sambil berkata “Yes I can!! Yes I can!”.

Anda juga perlu menjadi seperti ini (bukan menjadi gemuk!). Setiap kali anda ingin membuat perubahan kepada diri anda, lawan fikiran dalaman anda yang sering mengatakan “tidak boleh” kepada “Saya Boleh! Saya Boleh”. Teknik melawan fikiran tidak boleh ini dinamakan affirmation dan walaupun bunyi kelakar (corny), ia amat efektif. Ulangkan dengan megucap “Saya boleh” berkali kali… perlu ucapkan! Bukan cakap dalam hati sahaja…

Saya pula selalu membayangkan Professor Sherman setiap kali! Mesti saya tersenyum ketika berhadapan dengan keadaan “Fikirkan Tak Boleh”.

Hello Julai 2006!

Pejam kelip pejam kelip, dah masuk bulan Julai 2006! Berakhirnya Jun 2006…

Tip Satu Minit pun sudah berusia 2 bulan. Seperti bulan lepas dan bulan yang akan datang, setiap kali masuk bulan baru, tiada tip diberikan. Setiap kali hari pertama bulan baru, kita gunakan untuk reflect pada diri kita sendiri. Sejak 2 bulan lalu…

  • adakah terdapat perubahan positif kepada diri anda?
  • tip yang mana anda telah cuba gunakan?
  • tip yang mana yang anda masih menunda-nunda belum lakukan?
  • tip mana yang memberi impak paling besar kepada diri anda?

Cerminkan diri sendiri, oleh kerana ruang Tip Satu Minit ini tidak ada gunanya sekiranya tip-tip tidak dimanfaatkan oleh anda. Lebih kurang setiap kali masuk bulan baru, anda perlu buat “post-mortem” pada diri anda sendiri. Saya juga akan lakukan untuk memperbaiki lagi tip-tip yang akan datang 🙂

Beberapa update dan permintaan:

1: Ingin meminta jasa baik penghuni-penghuni komuniti Tip Satu Minit untuk memberi TESTIMONIAL mengenai Tip Satu Minit. Testimonial akan digunakan untuk tujuan promosi Tip Satu Minit supaya dapat menarik lebih ramai pengunjung ruang tip kita ini- supaya lebih ramai dapat manfaat. Klik pada “comment” untuk memberi testimonial. Syarat: perlu beri nama penuh dan lokasi anda. (nama glamour tak main! 🙂 )

2: Tidak lama lagi, atas permintaan beberapa ahli, kami akan buka “registration” untuk anda yang memberi comment. Ini akan memudahkan anda supaya next time nak beri comment, tak perlu isi nama. Semua dah siap “save” dalam PC anda. Ini juga mengelakkan dari salah guna nama anda di Tip Satu Minit oleh mereka yang tidak bertanggungjawab (belum pernah terjadi lagi… cuma langkah berhati-hati)

3: Insyaallah bulan Ogos nanti, ada surprise untuk ahli-ahli Tip Satu Minit. Ini juga sebabnya anda perlu daftar nanti sebagai ahli berdaftar (percuma je). Ahli berdaftar sahaja yang akan terima surprise ni… 🙂

4: Untuk maklumat lanjut berkenaan Workshop Jutawan Internet saya, sila ke http://www.rahsiainternet.com/workshop . Di situ saya akan kongsikan tip-tip supaya anda mendapat daya saingan yang hebat apabila berniaga (Internet dan juga bukan Internet) sehingga dapat menewaskan pesaing-pesaing anda.

Kita jumpa di Tip Satu Minit esok untuk tip seterusnya…. 🙂

Mengurus masa… yang mana hendak didulukan?

Dalam pengurusan masa, sekiranya anda mempunyai banyak tugasan yang perlu di lakukan dalam sehari, yang mana patut anda mulakan dulu?

Pakar pengurusan masa berpendapat bahawa anda patut mulakan tugasan yang paling BESAR dan paling SUSAH terlebih dahulu. Lakukannya di awal pagi sebelum melakukan tugasan-tugasan yang lebih kecil.

Hakikatnya, lebih ramai yang suka melakukan dan menyiapkan kerja-kerja kecil sehingga siap terlebih dahulu sebelum memulakan kerja yang besar.

Kebaikan memulakan kerja yang susah dahulu di awal pagi adalah, kebanyakan insan paling produktif di awal hari berbanding dengan lewat. Sekiranya kerja besar dilakukan pada lewat hari, produktif menurun dan masa yang diambil untuk menyiapkan kerja besar tersebut berganda-ganda!

Saya sendiri sering mengikuti petua ini dan mendapati produktiviti bertambah. Anda patut mencubanya! 🙂

Erti kejayaan?

Malam tadi Usik-Usik Chef Wan di TV9 disiarkan temubual Chef Wan bersama saya, Siti Nurhaliza & Cik Azlina (pengasas D’Nevachee) bertajuk “Anak Melayu Jutawan”.

Salah satu soalan yang menarik minat saya dari Chef Wan kepada kami adalah:

“Apakah erti kejayaan?”

Untuk berjaya dalam kehidupan, kewangan dan perniagaan, anda perlu tahu erti kejayaan. Bagi anda, apakah erti kejayaan?

Mari kita berkongsi tip!

ps: Siapa tahu jawapan saya kepada soalan itu?

Kena kritik… apa nak buat? Kena sindir… apa nak buat?

Sebelum ini banayk tip-tip saya menyentuh faktor dalaman diri untuk berjaya- seperti takut kegagalan… tiada keyakinan diri… dan sebagainya.

Tetapi ada juga faktor luaran yang boleh mengakibatkan kita tidak mencapai kejayaan. Iaitu, kritikan orang lain terhadap usaha kita serta sindiran orang lain terhadap usaha kita. Kadangkala kritikan dan sindiran itu datangnya dari orang-orang yang rapat dengan kita seperti kenalan, atau ahli keluarga sendiri.

Kritikan dan sindiran pada asasnya datang dari zon selesa juga. Ingat tak tips saya mengenai zon selesa diri kita sendiri yang mengakibatkan malas?

Well, kritikan dan sindiran orang sekeliling juga adalah akibat zon selesa. Tetapi, zon selesa bagi pihak mereka pula. Mereka seakan “tidak selesa” oleh kerana kita berusaha untuk berjaya lebih dari mereka. Sindiran dan kritikan yang bersifat negatif adalah semata-mata untuk menarikkan kita kembali kepada “zon selesa” mereka iaitu tidak berusaha untuk mencapai kejayaan.

Apa yang anda boleh buat? Anda telah cuba berfikiran positif, tetapi sindiran dan kritikan terasa amat hebat sekali!

Tip saya adalah, maafkan mereka yang mengkritik dan menyindir anda. Sekiranya anda memaafkan mereka, anda akan merasa satu bebanan atau dendam hilang dari diri anda. Maafkan mereka oleh kerana mereka tidak nampak usaha anda adalah untuk memperbaiki diri anda sendiri pada masa yang akan datang. Selepas memaafkan mereka, go ahead dan teruskan usaha anda untuk mencapai kejayaan!

Kan saya kata, untuk berjaya bukanya senang 🙂

 

Tempat terhangat untuk melabur RM1,000, RM5,000 atau RM10,000!

Sekiranya anda mempunyai wang sebanyak RM1,000, RM5,000 atau RM10,000, di manakah tempat terbaik dan terhangat di pasaran untuk anda laburkan wang anda untuk mendapat pulangan yang maksimum?

Jawapannya adalah, laburkan pada diri anda sendiri! Gunakan wang itu untuk meningkatkan ilmu anda dalam mencari pendapatan yang lebih!

Sememangnya jumlah RM1,000, RM5,000 atau RM10,000 boleh dilaburkan di institusi kewangan untuk pulangan mungkin 10%… atau 12%? Tetapi, sekiranya anda melaburkan untuk meningkatkan ilmu anda dalam bidang perniagaan (contohnya), ia dapat melipat kali gandakan pendapatan anda sehingga 100%…200% dan selalunya lebih dari itu sekiranya anda melabur secukupnya dalam ilmu.

Izinkan saya beritahu satu rahsia kepada anda (Rahsia orang kaya!). Bagi yang melabur jumlah seperti di atas, sehingga berpuluh-puluh ribu di institusi kewangan, pulangan mungkin dalam 10%-12%. Tetapi, bagi mereka yang mempunyai dana yang lebih besar (beratus ribu), terdapat lebih banyak peluang pelaburan yang disediakan badan kewangan yang memberi pulangan sehingga 30% dan lebih. Peluang pelaburan ini tidak dibuka kepada umum walaupun melalui bank tempatan- ia diberi kepada mereka yang berpendapatan tinggi sahaja. Sebab itulah orang-orang yang kaya, menjadi LEBIH kaya kerana dana yang banyak memberi peluang pulangan pelaburan yang lebih tinggi.

Oleh itu, tempat pertama untuk anda melaburkan wang anda adalah kepada ilmu anda sendiri untuk melipat kali gandakan ilmu anda dan ia juga akan melipatkali gandakan pendaptan anda!

Laburkan wang anda pada ilmu dengan membaca buku perniagaan, buku motivasi, menghadiri kursus (seperti Workshop Jutawan Internet! :)), kaset motivasi dan sebagainya yang dapat meningkatkan keupayaan anda menjana pendapatan yang lebih. Jangan kedekut dalam melabur pada ilmu oleh kerana pulangan yang anda akan dapat adalah berkali-kali gandanya!