Category Archives: Tip Motivasi

Angan-angan positif

“A picture paints a thousand words”. Beri gambaran yang jelas di fikiran anda bahawa matlamat anda telah tercapai. Gambarkan diri anda 1 tahun dari sekarang. Atau, 10 tahun dari sekarang.

Dengan berimiginasi gambaran anda berjaya di masa hadapan, ia juga akan membakar semangat anda untuk mencapai gambaran tersebut. Fikiran manusia dipenuhi dengan gambaran-gambaran dan bukannya perkataan. Penuhi fikiran anda dengan gambaran kejayaan anda di masa hadapan.

Berhati-hati, terlalu banyak mimpi di siang hari tanpa usaha dan perancangan, anda tidak jauh berbeza dengan angan-angan Mat Jenin!

Perancangan, blueprint, plan… semuanya perlu

Kata pakar motivasi “Gagal untuk merancang adalah merancang untuk gagal”

Jangan biarkan nasib menentukan arah tuju anda. Buat perancangan yang rapi- seperti kontraktor memerlukan plan untuk membina bangunan yang gagah berdiri. Anda juga perlu plan untuk mencapai menara gading.

Rancang langkah-langkah anda dengan terperinci- dalam masa 1 bulan, apa yang anda perlu buat? Sekiranya ia tidak menjadi, apakah alternatif yang lain?

Hukum alam mengatakan, apa yang anda beri dan taburkan, ianya akan menjadi hasil. Sekiranya anda merancang untuk taburkan sedikit usaha, maka, sedikitlah pulangan anda. Sekiranya anda merancang untuk menaburkan bergunung-gunung usaha, maka, hebatlah pulangan yang anda akan terima.

Mereka yang melanggar hukum ini adalah mereka yang sering ditpu dengan skim-skim piramid, skim cepat kaya, SCAM dan pelaburan yang hanya akan meleburkan wang sendiri. Termasuk lah peluang buat duit di Internet yang menipu… 😉

Dengan ilmu, semuanya boleh!

Manusia diberi anugerah akal fikiran yang merupakan anugerah yang paling istemewa sekali.

Bina satu senarai- apakah ilmu tambahan yang anda perlu ketahui untuk mencapai matlamat anda? Apakah kebolehan tambahan yang anda perlukan? Apakah pengalaman yang anda perlukan? Bolehkah anda mendapat bantuan orang lain sekiranya anda tidak mempunyai sesuatu kebolehan itu? Apakah maklumat yang paling penting atau kebolehan yang paling penting untuk andapunyai dalam mencapai matlamat anda?

Tanggungjawab anda adalah untuk mempelajari apa jua  yang anda perlu tahu dalam mencapai matlamat anda. Semua orang yang berjaya adalah orang yang berilmu dalam bidang mereka tersendiri 🙂

AWAS! Rintangan di hadapan anda

Dalam mencapai apa jua yang berbaloi, sudah semestinya akan terdapat rintangan di hadapan anda. Lagi besar matlamat anda, lagi besar rintangan yang anda perlu lalui. Ketahui rintangan-rintangan tersebut dan pelajari cara untuk menempuhinya terlebih dahulu. Ingin menjadi jutawan? Maka, didepan anda akan ada SEJUTA rintangan! Betul… saya telah melaluinya 😉

Anggap usaha anda dalam mencapai matlamat adalah satu perjalanan mencari ilmu. Setiap rintangan yang anda temui walaupun sekecil manapun akan memperbaiki diri anda untuk rintangan-rintangan yang lebih besar di masa hadapan. Ini menjelaskan bahawa, mereka yang berjaya didunia adalah tergolong daripada mereka yang berpengalaman menghadapi rintangan-rintangan tersebut.

Kejayaan yang cemerlang akan hadir apabila anda berjaya menguasai segala rintangan. Oleh itu, lakukan perancangan terlebih dahulu. Senaraikan apakah rintangan-rintangan yang akan muncul.

Tetapkan deadline matlamat anda

Matlamat tanpa deadline adalah tidak lengkap. Apa jua matlamat yang ditetapkan, tetapkan sama deadline untuk mencapainya. Bila kah deadline yang terbaik? 6 bulan? 1 tahun? 3 tahun? 5 tahun? Atau 10 tahun?

Kebanyakan orang tidak menetapkan deadline untuk menetapkan matlamat oleh kerana takut, matlamat tersebut tidak dapat tercapai sebelum deadline! Sekiranya tidak tercapai, ia akan mengurangkan motivasi sendiri! oleh itu, mereka biarkan tarikh untuk mencapai matlamat tersebut terbuka- bila-bila masa sahaja!

Itu adalah pemikiran yang salah. Dengan menetapkan deadline untuk matlamat anda, anda memberi satu sasaran yang jitu. Apa akan terjadi sekiranya anda tidak berjaya mencapai matlamat sebelum tarikh deadline? Senang sahaja! berikan satu tarikh deadline yang baru! Ia hanya akan mengajar anda untuk lebih berusaha dan lebih realistik dalam mencapai matlamat. 🙂

Cerminkan diri sendiri

Bukan untuk check diri anda hensem atau lawa. Saya yakin, kesemua yang membaca ini semuanya cun-cun belaka! 🙂

Di mana anda berada ketika ini? (bukan di bangku!). Pada ketika ini, apakah keadaan anda. Anda perlu ketahui di mana anda berada kini untuk mencapai matlamat masa depan anda.

Pastikan anda ketahui di mana anda berada kini oleh kerana itu adalah titik permulaan perjalanan anda. Lebih jelas anda dapat fahami keadaan anda kini, lebih jelas anda dapat melihat jalan ke arah pencapaian matlamat.

Sebagai contoh, sekiranya anda inginkan bebas kewangan, duduk dan ambil masa untuk melihat keadaan kewangan anda kini secara jujur. Sekiranya matlamat anda adalah untuk memulakan perniagaan, anda perlu ketahui dimanakah tahap ilmu perniagaan anda ketika ini. Sekiranya anda bermatlamat untuk menambahkan keuntungan perniagaan anda, anda perlu lihat kedudukan keuntungan perniagaan anda ketika ini dan dari mana datangnya keuntungan tersebut supaya anda tahu bagaimana caranya untuk melipatgandakan keuntungan anda.

Tulis… jangan tak tulis!

Sejak saya menulis di ruang motivasi majalah MASKULIN, entah berapa kali saya mengulangi petua ini. Di dunia, hanya 2% daripada golongan dewasa yang menulis matlamat mereka sendiri. Baki 98% yang lain mungkin tidak mempunyai matlamat hidup, ataupun, sekiranya ada, tidak menulisnya.

Menulis matlamat anda adalah seperti anda membuat perjanjian dengan diri anda sendiri. Matlamat tersebut akan tersemat di fikiran anda dan sentiasa mengingati anda secara sedar, ataupun separa-sedar untuk anda mencapaikannya.

Matlamat yang tidak tertulis adalah seumpama angan-angan sahaja (ini lah angan-angan Mat Jenin modern). Apabila anda menulis matlamat anda di atas kertas, ia menjadi sesuatu yang nyata- boleh di sentuh. Anda telah membawa matlamat di imaginasi kepada bentuk yang anda dapat mengenggamkannya!Sama dengan tujuan matlamat anda… anda ingin menggenggamnya! 

Matlamat yang realistik

Dalam menetapkan matlamat anda, anda perlu realistik. Matlamat yang realistik akan membantu dan motivasikan anda untuk memberi keyakinan. Sebagai contoh, matlamat untuk menambahkan pendapatan anda 2-3 kali ganda dalam masa setahun mungkin tidak realistik. Tetapi, matlamat untuk menambahkan pendapatan anda sebanyak 20%-30% dalam masa setahun adalah lebih realistik!

Matlamat yang tidak realistik hanya akan melemahkan motivasi diri anda apabila ianya tidak tercapai. 🙂

Yakin dengan diri sendiri!

Lagu yang sering bermain di kepala saya sejak dulu sehingga kini “Jika kau fikirkan kau boleh, kau boleh melakukan. Jika kau fikirkan ragu-ragu, usaha mu tidak menentu”. Lagu yang popular pada 80-an. Ya, bunyinya amat cliché, tetapi lagu yang simple ini mengandungi mesej yang amat besar!

Dalam usaha untuk mencapai apa jua cita-cita anda, anda perlu mempunyai keyakinan di dalam hati bahawa cita-cita tersebut akan dicapai! Dengan keyakinan yang tinggi, ia akan menjadi penggerak kepada anda untuk tidak menoleh kebelakang lagi.

Keyakinan bukan bermaksud untuk menjadi bongkak dan taksub! anda tidak perlu meyakinkan orang ramai. Anda hanya perlu meyakinkan diri anda sendiri sahaja. Usah risau dalam meyakinkan orang ramai! anda perlu tunjuk bahawa cita-cita anda tercapai- itu sahaja yang akan meyakinkan orang ramai.

Bagaimana hendak meningkatkan keyakinan anda? Mainkan lagu di atas tadi berpuluh-puluh kali di dalam kepala anda!;) Katakan kepada diri anda sendiri berkali-kali bahawa “You can do it!”

Bantuan & motivasi bagi yang sudah berjaya…

Sekiranya seseorang itu sudah berjaya, perlukah lagi sebarang bantuan & motivasi?

Sudah tentu! Tidak kira tahap mana kejayaan anda, anda masih perlukan bantuan & motivasi untuk memberi daya “tolak” kepada anda untuk terus mencapai kejayaan yang lebih tinggi. Tiger Woods masih mempunyai “coach” dalam bermain golf. Begitu juga Michael Schumacher memerlukan penasihat untuk memperbaiki perlumbaannya. Sama juga dengan pemain-pemain bola sepak hebat dunia, David Beckham, Ronaldinho dan lain-lain.

Sedangkan mereka yang sudah berjaya masih memerlukan bantuan dan motivasi untuk terus berjaya, bagi mereka yang belum mencapai matlamat pula, daya “tolak” yang lebih kuat diperlukan untuk mencapai kejayaan! 🙂

Bagi saya sendiri juga, masih memerlukan bantuan & motivasi untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang! Doa-doakan saya ok?