Category Archives: Tip Perniagaan

keyakinan pelanggan

8 cara untuk tingkat keyakinan di laman web perniagaan Internet!

Perniagaan Internet berbeza dengan perniagaan bersemuka. Di Internet, pelanggan tidak dapat melihat kita, atau berjumpa dengan kita. Oleh itu, kepercayaan dan kredibiliti menjadi antara penghalang untuk usahawan melakukan jualan.

yakin

Berikut adalah 8 perkara mudah yang boleh digunakan oleh usahawan untuk meningkatkan keyakinan dan kredibiliti perniagaan supaya mudah pelanggan melakukan belian.

1. Jaminan/Warranty

Beri jaminan atau waranti atau gerenti atas produk yang dijual. Ini mengurangkan risiko pembeli dan meletakkan risiko pada penjual. Contoh waranti adalah seperti pulangan wang/ganti/repair sekiranya produk rosak. Pembeli dapat merasa keyakinan dengan adanya jaminan.

2. Testimoni

Pelanggan akan membeli hanya selepas melihat orang lain mendapat manfaat daripada produk anda. Umpama restoran kosong yang sukar menarik pelanggan baru, restoran yang penuh akan sentiasa membuatkan orang beratur dan ingin cuba pula masakan mereka. Penuhkan laman web dengan testimoni pelanggan anda!

3. Logo bayaran

Logo bayaran seperti Visa dan Mastercard memberi kredibiliti pada sesuatu laman web. Sekiranya laman anda boleh menerima bayaran kad kredit seperti mengguna perkhidmatan PayPal.com, logo-logo ini boleh diletakkan di laman anda dan memberi gambaran yang lebih profesional.

4. Halaman mengenai kami/About Us

Jelaskan latar belakang anda dan perniagaan anda. Kredibiliti dan kepercayaan dapat dibina apabila prospek dan pelanggan mengetahui kisah/cerita perniagaan anda. Bak kata ‘tak kenal maka tak cinta’. Apabila anda kongsikan kisah perniagaan anda, maka pelanggan akan mengenali anda dan lebih mudah untuk melakukan belian.

5. Gambar anda/pasukan anda

Pengguna suka berurusan dengan manusia, bukan dengan perniagaan yang tidak bermuka. Psikologi manusia mempunyai hubungan dengan manusia yang lain. Dengan berkongsikan gambar anda dan pasukan anda, hubungan ini dapat dibina dan perniagaan anda akan nampak lebih mesra pelanggan.

6. Penggunaan Media Sosial

Zaman komunikansi dan informasi ini, hubungan adalah amat penting. Penggunaan media sosial dapat meningkatkan kredibiliti dengan cara sentiasa berhubung dengan pembeli dan bakal pembeli. Melalui hubungan yang berterusan melalui media sosial juga, jenama perniagaan dapat dibina.

7. Maklumat berguna

Pengguna sering mahukan informasi yang dapat membantu mereka. Dengan berkongsikan maklumat yang berkaitan dengan industri anda, dapat membantu pelanggan dan meningkatkan kredibiliti perniagaan anda supaya tidak hanya dilihat sekadar inginkan keuntungan semata-mata, tetapi juga membantu pelanggan dan orang ramai.

8. Tiada link mati

Link yang mati (broken link) di laman web memberi gambaran tidak profesional di laman web. Pastikan kesemua link di laman web masih hidup!

Oleh itu, pastikan anda juga mengikuti setiap cara diatas… sekiranya tidak, nanti perniagaan pula yang mati! 😉 Mudahan dijauhkan dari kita…

Sekiranya anda ingin pelajari cara memulakan perniagaan Internet dari rumah, sertai Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial bersama saya.

Program 6 bulan separuh masa ini telah membantu ramai dalam menjana pendapatan melalui Internet. Dibawah adalah gambar peserta-peserta kelas pertama pengambilan yang lepas.

Pengambilan terbaru kini di buka. Klik di sini untuk maklumat lanjut dan pendaftaran!

b24

usahawan jutawan

4 Kunci Menjadi Usahawan JUTAWAN

Apakah kunci-kunci untuk menjadi seorang usahawan JUTAWAN?

Menurut Dr Thomas Stanley, beliau telah melakukan penyelidikan keatas beratus-ratus usahawan jutawan dan mendapati 4 kunci yang perlu ada untuk menjadi seorang usahwan jutawan adalah…

usahawanjutawan

1. Kemahiran menjual produk dan idea sendiri

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa kebanyakan jutawan datangnya dari bidang perniagaan. Sebagai usahawan, apa yang penting adalah kebolehan seseorang itu menjual produk dan idea mereka. Seringkali mereka adalah tergolong dalam orang-orang yang pandai berkomunikasi, terutamanya komunikasi dalam menjual produk, perkhidmatan dan juga idea sendiri.

2. Mempunyai semangat persaingan yang tinggi

Seringkali dalam mencapai kejayaan, kita perlu bersaing- sama ada dalam perniagaan atau dalam tangga koprat. Namun begitu, persaingan yang paling penting sekali adalah persaingan dengan diri sendiri, iaitu untuk mencapai kejayaan yang lebih daripada pencapaian kita sebelum ini setiap masa.

3. Mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi

Hanya 2% sahaja daripada kita adalah ketua yang boleh memimpin. 2% itulah seringkali mereka yang berada teratas di dalam industri masing-masing. Pepatah berbunyi “Leaders are readers”, mereka yang memimpin selalunya banyak membaca untuk menambahkan ilmu dalam bidangnya tersendiri. Dengan ilmu, ia akan memudahkan kita mengurus dan mengetuai industri kita. Jutawan perlu cekap dalam menguruskan diri, perniagaan dan juga orang lain

4. Mencintai karier dan perniagaan

Tidak dapat dinafikan lagi, mereka yang bergelar jutawan sememangnya melakukan apa yang mereka suka. Tidak kira sama ada bekerja makan gaji ataupun menjalankan perniagaan, mereka adalah peminat setia kepada industri yang mereka jalani. Mencintai karier dan perniagaan masing-masing adalah bagaikan petrol yang tidak akan kontang bagi sebuah kereta. Keghairahan akan membawa kita mencapai kejayaan tanpa mengira  penat lelah.

Persoalannya adalah: adakah anda memiliki 4 kunci di atas? 

[PENGUMUMAN: Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial, bersama Irfan Khairi kini dibuka untuk pengambilan baru tidak lama saja lagi, Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay 03-77292277]

 

cara berbelanja

8 Perbelanjaan yang menambahkan rezeki!

Bila sebut tentang ‘perbelanjaan’ tentunya kita rasa seperti duit keluar dan rezeki pun berkurang. InshaaAllah lepas ni, jangan fikir begitu lagi sebab bila duit keluar, bukan bererti rezeki kurang. Malah, bila duit keluar dengan cara dan niat yang betul, rezeki akan datang berkali-kali ganda

belanja8

“Harta tidak akan berkurang karena sedekah. Allah pasti akan menambah kemuliaan seseorang yang suka memaafkan. Juga tidaklah seseorang itu merendahkan diri karena Allah, melainkan ia akan diangkat pula derajatnya oleh Allah.” – Hadis Riwayat Muslim, Abu Hurairah ra

Berikut adalah 8 perbelanjaan yang menambahkan lagi rezeki kita. Maka, jangan fikir dua kali untuk berbelanja lepas ni ya…

1. Berbelanja di jalan yang Allah redhai

2. Berbelanja pada orang yang memerlukan

3. Berbelanja dalam melanjutkan haji dan umrah

4. Berbelanja dalam berhijrah ke jalan Allah

5. Berbelanja kenalan dan keluarga eratkan silaturrahim

6. Berbelanja pada isteri – bertambah berkat suami!

7. Berbelanja kepada penuntut ilmu

8. Berbelanja dalam mencari ilmu

Jadi, berbelanjalah pada perbelanjaan yang menambahkan rezeki. Bagi isteri-isteri yang membaca ni, apa kata share di Facebook dan highlightkan nombor #6 di atas khusus untuk suami anda! 😉

[PENGUMUMAN: Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial, bersama Irfan Khairi kini dibuka untuk pengambilan baru tidak lama saja lagi, Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay 03-77292277]

perubahan impak besar

5 Perubahan kecil perniagaan yang memberi impak besar keuntungan

Kadangkala, untuk memberi impak lebih hebat dan profesional pada perniagaan anda, tidak memerlukan perubahan yang besar dan kos yang tinggi.

Beberapa perkara yang mudah sahaja dapat memberi persepsi perniagaan anda supaya kelihatan lebih besar dan hebat.

impakbesar

Berikut adalah 5 perubahan yang perlu…

1. Mempunyai logo perniagaan

Perniagaan akan kelihatan lebih profesional apabila mempunyai logo. Ia memberi persepsi perniagaan yang teguh. Logo yang terbaik adalah logo yang kelihatan simple. Kebiasaannya mempunyai 2-3 warna.

Cuba lihat jenama2 besar keliling kita, kesemuanya mempunyai logo. Ini kerana, orang lebih mudah mengingati visual berbanding tulisan sahaja. Dan apabila orang ingat, maka jenama akan terbina. Klik di sini sekiranya perniagaan anda memerlukan logo profesional.

2. Video kata-kata aluan dari pemilik

Video memberi kredibiliti kepada sesuatu perniagaan. Sekurang-kurangnya hasilkan kata-kata aluan pemilik perniagaan menceritakan sedikit latar belakang diri, perniagaan dan juga apa yang dijual dalam bentuk video. Tak perlu panjang, 2-3 minit sudah memadai supaya orang mengenali kita dan lebih yakin dan tahu mengenai kita dan perniagaan tanpa perlu membaca.

Meletakkan gambar pemilik perniagaan akan membina kepercayaan pelawat. Namun, dengan meletakkan video, kesan ini akan berganda. Antara cara untuk menjadikan perniagaan anda popular, adalah dengan menggunakan pemasaran video. Klik di sini untuk mempopularkan perniagaan anda.

3. Laman web yang cantik dan tersusun

Tingkatkan kepercayaan pelawat dengan laman web yang cantik dari segi visual. Laman web yang kelihatan tidak profesional akan mengurangkan keyakinan orang ramai. Laburkan pada pereka cipta yang boleh menghasilkan laman yang menarik untuk dilihat.

Menarik tidak bererti kompleks dengan animasi dan kesan bunyi, tetapi, sesuatu yang simple dan kelihatan profesional. Fikir seperti laman web Apple, Zalora dan Microsoft. Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan Internet yang berjaya, klik di sini.

4. Link ke laman sosial yang pelbagai

Ketika zaman komunikasi kini, perniagaan perlu bina hubungan bersama prospek dan pelanggan. Sekurang-kurangnya gunakan 1 media sosial, seperti Facebook untuk perniagaan anda. Namun, terbaiknya gunakan 3 platform media sosial seperti Facebook, Instagram dan YouTube.

Lebih banyak media sosial yang digunakan, lebih mudah untuk membina hubungan dan mencapai lebih ramai prospek dan pembeli. Apabila terjalin hubungan sosial, lebih ramai pelanggan yang anda akan dapat. Klik di sini untuk ketahui teknik dan strategi berniaga di Media Sosial.

5. Mempunyai bahan-bahan promosi offline profesional

Gandakan lagi promosi dengan bahan-bahan promosi seperti kad bisnes, brochure, leaflet, poster dan lain-lain. Kos untuk percetakan tidak mahal kini, namun dengan mempunyai bahan promosi offline juga, anda dapat mencapai pasaran orang ramai yang anda temui.

Bahan promosi offline akan menunjukkan bahawa perniagaan anda lebih serius berbanding pesaing yang tidak memilikinya. Ingin memiliki jenama yang lebih profesional? Klik di sini.

PS: Hanya beberapa tempat sahaja tinggal untuk Seminar Perniagaan Popular pada hari Sabtu 29hb Ogos ini. Klik di sini untuk maklumat dan pendaftaran online.

fbpromo

berhenti kerja

Bila masa terbaik untuk berhenti kerja dan mulakan perniagaan?

Salah satu soalan cepu emas yang sering ditanya pada saya mengenai kerja dan berniaga adalah, bilakah waktu terbaik untuk berhenti kerja dan mula berniaga? Adakah patut berhenti kerja sekarang dan terus mulakan perniagaan?

Pilihannya di sini ada dua sahaja:

  1. Sama ada berhenti kerja dan mulakan perniagaan
  2. Mulakan perniagaan sambilan sebelum berhenti kerja

Untuk menjawab soalan ini, suka saya kongsikan pengalaman saya sendiri dalam menjawab soalan ini lebih 15 tahun lalu.

bila nak Berhenti Kerja untuk berniaga

Ketika itu saya bekerja makan gaji sebagai konsultan multimedia di sebuah syarikat di UK. Gaji bulanan saya boleh tahan juga, maklumlah, baru lepas grad dan mendapat rezeki gaji tinggi oleh kerana kebolehan yang saya ada dalam bidang multimedia.

Ketika itu kalau ‘diconvert’ kepada duit Malaysia, adalah dalam lingkungan RM10,000 juga. Memang hidup pun terasa selesa kerja dari 9 pagi hingga 5 petang setiap hari.

Namun, minat saya dalam bidang perniagaan sungguh mendalam di mana saya ingin menjalankan perniagaan dari rumah supaya lebih flexible dan tidak lagi terikat dengan waktu kerja 9 pagi hingga 5 petang.

Dalam waktu yang sama itu, saya memulakan perniagaan Internet secara separuh masa. Waktu kerja, memang fokus pada kerja, tetapi balik rumah, dari petang hingga lewat malam menjalankan perniagaan dari rumah.

Memang penat, memang tiada masa. Tetapi, untuk mencapai kejayaan, perlukan pengorbanan. Kalau semua senang sahaja, pastinya semua orang dah lakukan sebab kerja senang itu mudah.

Itulah rutin saya selama 2 tahun, bekerja, dan menjalankan perniagaan dari rumah melalui Internet. Sehinggalah pendapatan saya di Internet Alhamdulillah mencecah RM20,000 sebulan, barulah saya berasa yakin untuk berhenti kerja makan gaji yang memberi bayaran RM10,000 sebulan – dua kali ganda!

Mulai tahun ketiga, saya letak jawatan di pejabat untuk memberi fokus kepada perniagaan di Internet. Maka, cita-cita saya tercapai untuk menjalankan perniagaan sendiri pada waktu yang lebih fleksibel. Bukan itu sahaja, apabila berniaga, maka pendapatan tidak mempunyai had lagi.

Jadi, nasihat saya kepada bakal usahawan terutamanya yang masih bekerja, sebaiknya cari pengalaman terlebih dahulu. Pelajari bidang perniagaan yang ingin dijalankan dan mulakan kecil-kecilan secara separuh masa sambil bekerja.

Tidak perlu tunggu 2-3 tahun seperti saya, tetapi memadai untuk anda timba pengalaman sehingga diri sendiri terasa yakin dengan perniagaan yang dijalankan dan yakin untuk berhenti kerja makan gaji.

Pengalaman dan ilmu amat penting untuk berjaya dalam perniagaan. Bukan itu sahaja, cara ini juga akan mengurangkan risiko pendapatan anda.

Memang tidak salah untuk terus berhenti kerja dan mulakan perniagaan. Namun, sebaiknya, carilah ilmu dan pengalaman dahulu. Dunia perniagaan tidak semudah yang disangka.

Sekiranya anda ingin pelajari cara memulakan perniagaan Internet dari rumah, sertai Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial bersama saya.

Program 6 bulan separuh masa ini telah membantu ramai daripada mereka yang bekerja makan gaji untuk mula mendapat pendapatan sampingan melalui Internet. Dibawah adalah gambar peserta-peserta kelas pertama pengambilan yang lepas.

Pengambilan terbaru kini di buka. Klik di sini untuk maklumat lanjut dan pendaftaran!

b24

hilang rezeki

7 Sebab Hilangnya Rezeki Suami, Isteri dan keluarga

hilang rezeki

1. Usah bergaduh sesama suami isteri, lagi-lagi perihal duit. Berbincang dan cari persefahaman. Bila pasangan tidak redha dengan masing-masing, di situlah rezeki akan disekat…

2. Merungut dan merasa beban pada anak-anak. Berikan kasih sayang kepada anak-anak kerana setiap anak adalah rezeki Allah swt. Namun ibu dan bapa juga perlu mengusahakan rezeki untuk anak-anak tanpa merungut dan rasa beban.

3. Buangkan tabiat selalu mengeluh sesama suami isteri dengan apa yang tidak dimiliki. Banyak bersyukur dengan apa yang dimiliki tidak kira banyak atau sikit.

4. Jangan terlalu berkira-kira untuk mempermudahkan hal yang baik sekeluarga. Perlu ada tolak ansur dan dan faham sesama pasangan.

5. Jangan meninggikan suara dan gunakan kata-kata yang baik sahaja bersama suami, isteri dan juga anak-anak. Buangkan cara menakut-nakutkan ahli keluarga dan tanamkan layanan yang penuh mesra.

6. Sabar dalam menangani karenah suami, isteri dan anak-anak. Adakalanya sesuatu itu kita tidak suka. Tetapi, tetap perlu bersabar dan fahami keadaan pasangan dan anak. Nasihat dan cari penyelesaian secara baik.

7. Apabila kita putus mendoakan yang baik-baik untuk suami, isteri dan anak-anak. Sentiasa ingatkan mereka dalam doa dan juga sepanjang hari.

Dalam mengejar keuntungan atau kekayaan bila bekerja seharian, tiada gunanya sekiranya institusi keluarga di rumah tidak terbuka pada rezeki. Rezeki itu pelbagai, bukan hanya duit yang kita usahakan sahaja, tetapi juga pada keluarga tercinta. Namun, rezeki itu tetap perlu diusahakan.

[PENGUMUMAN: Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial, bersama Irfan Khairi kini dibuka untuk pengambilan baru tidak lama saja lagi, Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay 03-77292277]

nasihat untuk usahawan

4 nasihat untuk usahawan (dari pengalaman kegagalan saya)

Saya mula menjalankan perniagaan ketika tahun 2000. Perniagaan pertama saya gagal.

Bagaimana saya mengubahkan kegagalan tersebut menjadi kejayaan dan mendapat keuntungan RM1,000,000 3 tahun kemudian dari perniagaan yang sama? Dan kini 2015 syukur Alhamdulillah, perniagaan dikenali pula serata Malaysia?

Berikut adalah 4 nasihat untuk usahawan baru…

1. Gagal adalah pasti

Ketahui bahawa kegagalan adalah pasti. Kita usaha keras macam mana pun, gagal akan datang terlebih dahulu. Pada permulaan perniagaan, pastinya usaha amat penting. Tetapi, usaha tanpa arah hala yang betul adalah sia sia. Memang betul kita mencari ilmu pada awal penglibatan dalam perniagaan, namun, ilmu juga tidak mencukupi tanpa pengalaman.

Untuk berjaya, kita perlukan usaha + ilmu + pengalaman, tetapi kegagalan akan datang juga oleh kerana ia adalah dugaan.

Dugaan untuk menguatkan kita lagi dan memberi cabaran kepada kita untuk menjadi lebih baik dari sebelum ini. Terima kegagalan dengan hati terbuka namun kekalahan bukan bererti untuk kita mengalah. Malah, ia adalah untuk kita ubahkannya menjadi kemenangan.

saya gagal[PENGUMUMAN: Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial, bersama Irfan Khairi kini dibuka untuk pengambilan baru tidak lama saja lagi, Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay 03-77292277]

2. Lakukan yang susah

Belajar dan lakukan berbagai-bagai cara pemasaran. Bukan satu cara sahaja. Melakukan satu jenis promosi atau teknik pemasaran adalah senang. Ramai usahawan akan lakukan ini. Ramai akan lakukan apa yang senang. Tetapi, apabila kita melakukan yang susah, iaitu cuba pelbagai cara pemasaran, maka lebih mudah kita akan jumpa cara yang terbaik untuk kejayaan perniagaan kita.

Menjalankan perniagaan adalah di mana anda memberi komitmen kepada diri sendiri untuk buang sikap malas.

Kalau malas, tak perlu memulakan perniagaan. Duduk rumah tonton TV dan surf Internet sahaja. Hargai setiap jam dan minit anda oleh kerana ia akan menentukan kejayaan perniagaan anda. Setiap jam dan minit, rancang dan lakukan pelbagai kaedah pemasaran.

3. Ciptakan sistem mudah

Ciptakan sistem untuk permudahkan perniagaan anda. Dalam perniagaan besar, ia dipanggil SOP (Standard Operating Procedure). Tak kira besar atau kecil, perniagaan anda memerlukan SOP. Iaitu, langkah demi langkah yang perlu diikuti untuk menjalankan perniagaan anda. SOP diperlukan untuk pemasaran sehingga ke operasi ke melakukan follow up dengan pelanggan.

Bayangkan seperti McDonalds. Tidak kira siapapun boleh bekerja di McDonalds, dan tidak memerlukan kepakaran tertentu. Mereka yang tamat sekolah, sudah boleh bekerja di McDonalds, kerana ia mempunyai sistem perniagaan yang teratur. Perlu ikut sahaja.

Hasilkan sistem anda sendiri untuk anda mengikuti berulang kali. Adakalanya anda perlu mengubahnya atau memperbaikinya.

Dengan mempunyai langkah-langkah yang sistematik dan boleh diduplikasikan oleh orang lain, maka ini dapat mengembangkan lagi perniagaan anda.

4. Pemasaran tidak semestinya mahal

Ketika saya mulakan perniagaan, mindset saya adalah fikir bahawa untuk mengiklankan dan mempromosikan perniagaan, perlu mengeluarkan belanja yang besar. Lagi besar belanja, lagi hebat perniagaan. Betapa salah tanggapan ini.

Terdapat pelbagai cara pemasaran yang percuma dan jauh lebih efektif. Sebagai contoh, pemasaran “word of mouth” di mana perniagaan anda mendapat recommendation dari orang lain. Ianya jauh lebih efektif berbanding dengan anda meletakkan iklan di TV yang menelan belanja beribu atau berpuluh ringgit.

..dan ada banyak lagi cara yang percuma dan efektif!

[PENGUMUMAN: Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial, bersama Irfan Khairi kini dibuka untuk pengambilan baru tidak lama saja lagi, Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay 03-77292277]

rezeki tidak berkat

AWAS: 3 perkara bila REZEKI TIDAK BERKAT

Rezeki ada yang berkat. Ada juga yang tak berkat. Kita kerja dari pagi ke malam setiap hari pastinya ingin mencari rezeki yang berkat. Kita berusaha sentiasa untuk diri dan keluarga untuk memberi keselesaan kepada mereka. Siang malam pagi petang, itu yang kita carikan- rezeki yang berkat.

Namun dilihat keliling ada juga mereka yang mendapat rezeki secara tidak berkat. Mencuri, menipu, menganiaya, rasuah- memberi dan menerima, riba, dan sebagainya. Nauzubillah min zalik. Semoga kita dijauhkan.

takberkat

Rezeki yang tidak berkat…

Mendapat sedikit pun akan rasa tidak cukup. Kita terperangkap dalam mengejar dunia kita sendiri. Mengejar dunia tidak akan tercapai kerana apabila capai kereta Mercedes, kita lihat orang kaya lain pakai kereta Bentley. Kita pun kejar lagi dengan cara tidak berkat. Apabila sudah ada Bentley, kita tengok orang kaya lain ada Rolls Royce. Kita kejar lagi dengan rezeki tidak berkat. Apabila ada Rolls Royce, kita lihat orang kaya lain ada Ferrari. Dan terus kita mengejar dan mengejar.

Bila akan berakhir? Mengejar dunia tidak ada akhirnya.

Rezeki yang tidak berkat…

Bila dapat banyak mana pun rezeki tidak berkat, kita tidak akan berasa puas. Dah banyak pun tak puas? Hati sentiasa ingin lebih banyak lagi dan lagi. Apa yang ada terasa tak cukup. Sifat tamak haloba mula menghantui diri. Ingin mempunyai lebih dari semua orang dan cara yang boleh mencapainya dengan mudah adalah mencuri, menipu, menganiaya, rasuah, riba dan sebagainya!

Hati tidak akan senang jiwa tidak akan tenteram kerana hati dan jiwa tidak dapat dipuaskan dengan rezeki tidak berkat.

Rezeki yang tidak berkat…

Adalah istidraj. Istidraj bermaksud kekayaan dan kesenangan yang dapat melalui rezeki yang tidak berkat adalah pemberian yang tidak diredhai. Ujian yang diberikan mungkin nampak seperti nikmat duniawi, harta benda, wang ringgit, pangkat dan darjat tetapi, kesemuanya adalah tidak berkat.

Kesilapan yang dilakukan apabila diuji istidraj adalah, mereka akan lebih jauh dari Allah swt dan melakukan kemungkaran. Ujian yang diterima memusnahkan lagi mereka. Jauh dan jauh.

Jangan fikirkan segala kenikmatan adalah diredhai. Rezeki yang tidak berkat hanya akan memusnahkan diri kita sendiri dari usaha yang tidak akan cukup, hati yang tidak akan puas dan keimanan yang semakin jauh.

*Pengambilan baru Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial bersama saya akan bermula. Sekiranya anda ingin mencari rezeki dengan memulakan perniagaan Internet dari rumah, klik di sini untuk maklumat lanjut.

Alhamdulillah, ramai yang telah berjaya memulakan dan mengembangkan perniagaan Internet mereka melalui program separuh masa 6 bulan ini. Klik di sini atau hubungi Cik Jay di 03 77292277 untuk maklumat lanjut.

girls

tingkatkan followers instagram

6 Cara meningkatan followers Instagram untuk usahawan

Bila menjalankan perniagaan di media sosial, pengikut atau followers adalah amat penting. Tak kira, Facebook, Twitter, YouTube termasuk juga Instagram.

Tanpa pengikut, tiada siapa yang akan lihat apa yang kita ingin sampaikan. Bila tak lihat, maka tak la beli.

Bagi usahawan, mungkin akan terasa agak sukar meningkatkan followers di Instagram. Tak seperti artis-artis popular, followers berpuluh ribu atau beratus ribu atau berjuta pun ada! Bagaimana pula dengan usahawan?

Berikut adalah 6 tip bagaimana caranya meningkatkan followers Instagram anda…

6instagram

1. Instagram yang bertema

Fikirkan tema untuk instagram anda, dan gunakan tema tersebut secara konsisten. Mungkin anda seorang jurugambar, maka tema instagram anda adalah gambar-gambar menarik yang anda tangkap. Sekiranya anda seorang motivator, maka gambar-gambar yang diletakkan adalah bertemakan motivasi. Sekiranya anda menjual makanan kucing, mungkin boleh jadikan tema instagram anda gambar-gambar kucing yang comel.

Instagram yang mempunyai tema yang khas dapat menarik peminat dalam bidang yang dipaparkan. Sekali sekali boleh lari dari tema, tetapi apa yang penting adalah, bila orang fikirkan instagram anda, orang tahu apakah tema yang anda kongsikan.

2. Konsisten dalam perkongsian gambar

Konsisten bukan hanya pada tema seperti tip di atas, tetapi, konsisten juga pada waktu berkongsikan gambar. Contoh, mungkin setiap hari anda kongsikan satu gambar. Atau seminggu sekali. Atau setiap Jumaat. Fikirkan seperti rancangan TV di mana Instagram anda mempunyai pengikut yang menanti-nantikan gambar dari anda secara konsisten.

Lagi kerap anda kongsikan gambar yang menarik, lagi bagus. Tapi jangan terlalu kerap hingga membosankan pula…

3. Kisah gambar yang menarik dan tidak bosan

Pastinya ini penting. Fikirkan apa yang menarik atau kisah yang menarik yang boleh disampaikan melalui gambar. Contoh, mungkin gambar selipar jepun anda di pantai adalah bosan, tetapi gambar selfie anda di tepi pantai adalah OK. Namun, sekiranya anda mengambil selfie di dalam air sedang snorkeling maka gambar kisah anda ditepi pantai akan jadi lebih menarik!

Fikirkan bagaimana bercerita melalui gambar dengan lebih menarik. Bak kata mat salleh, a picture paints a thousand words!

4. Gunakan #hashtag

Gunakan hashtag yang berkenaan. Tidak sahaja menggunakan hashtag2 yang popular, tetapi cuba gunakan hashtag yang berkenaan dengan gambar yang di ambil. Hashtag #cute memang popular, dan sekiranya diletakkan dengan gambar kucing, memang kena. Tapi kalau letakkan #cute pada gambar selipar jepun anda, maka pastinya tidak mengena.

Hashtag adalah untuk memudahkan orang mencari gambar yang mempunyai tema yang sama dan mungkin akan follow mereka. Oleh itu, gunakan hashtag yang betul. Satu lagi tip adalah, ciptakan hashtag anda sendiri supaya memudahkan orang mencari gambar2 bertema anda juga pada bila-bila masa.

5. Berinteraksi dengan lain

Instagram adalah media sosial. Oleh itu, anda juga perlu bersosial. Jangan jadikan instagram anda sehala sahaja, tetapi, anda juga perlu berinteraksi dengan mereka di Instagram.

Apabila seseorang follow anda, mungkin anda juga boleh follow mereka. Apabila mereka memberi komen, balas komen mereka. Like dan komen juga gambar-gambar instagramers yang lain dan jadikan diri anda sebahagian dari komuniti diinstagram- bersosial melalui gambar dan interaksi!

6. Gambar yang menarik dan cantik

Pastinya kualiti gambar itu sendiri memainkan peranan yang penting. Sebab itu juga, jurugambar sering mendapat followers yang ramai oleh kerana berjaya kongsikan gambar yang berkualiti dan menarik.

Belajar asas fotografi untuk ketahui cara-cara mengambil gambar yang menarik. Tidak semestinya pakar, tetapi dengan mengetahui elemen-elemen yang boleh menjadikan gambar anda menarik, akan berjaya menarik lebih ramai followers. Kongsikan tema anda yang konsisten, melalui kisah gambar yang menarik untuk dilihat oleh orang ramai!

Mudahan dengan 6 tip ini, usahawan akan mendapat lebih ramai followers di Instagram… dan jangan lupa pula, follow instagram saya: irfan_khairi  www.instagram.com/irfan_khairi

*Anda ingin memulakan dan mengembangkan lagi perniagaan Internet? Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial telah memberi bimbingan dan bantuan kepada beribu usahawan Internet bukan sekadar satu modul sahaja, tetapi dengan modul-modul Facebook, pemasaran email, blog, SEO, Affiliate, Google, Pengiklanan dan banyak lagi!

Antara kesilapan usahawan Internet adalah memberi fokus kepada satu teknik pemasaran sahaja.

Sekiranya anda ingin sertai, pengambilan terbaru hanya beberapa tempat sahaja tinggal! Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay di 03-77292277.

jangan putus asa

3 Sebab mengapa kita putus asa… dan cara untuk TIDAK!

Dalam mencapai apa sahaja kejayaan ketika menghadapi kesukaran, tidak kira diri, keluarga, hubungan, perniagaan atau apa sahaja asam garam dunia, seringkali membuatkan kita berfikir dua kali untuk berputus asa. Terutamanya setelah berusaha ikhtiar, namun apa yang diidamkan masih tidak menjadi.

3 Sebab Putus Asa

Untuk mengelakkan diri dari berputus asa, caranya adalah dengan mengkaji terlebih dahulu apakah sebab-sebabnya kita rasa akan berputus asa. Apabila dapat lihat sebabnya, maka, perbaiki diri sendiri supaya dapat mengubahkannya dari negatif menjadi positif.

3 sebab mengapa kita putus asa termasuk…

1. Terasa tiada jalan penyelesaian

Berbagai-bagai usaha telah dilakukan, namun, tidak terjumpa jalan penyelesaian. Mungkin semua cara, teknik, strategi, nasihat telah kita dengar dan amalkan, tetapi tidak juga dapat memperbaiki keadaan.

Sudah habis ikhtiar dan tidak terasa jalan buntu, maka kita akan rasa untuk berhenti dan putus asa. Lebih mudah daripada meneruskan lagi sesuatu yang belum tentu tercapai.

Tika waktu ini, perlu ingat kembali mengapa kita mulakan sesuatu itu satu masa dulu. Apa yang memberi inspirasi kepada kita ketika bermula? Bagaimana caranya untuk mendapat semangat it kembali. Perjalanan pastinya bermula dengan langkah pertama- mengapa kita mulakannya satu tika dulu? Cari kembali keyakinan yang satu kita dulu kita miliki.

Yakin bahawa segala masalah pastinya ada penyelesaian. Kalau di hadapan ada jalan buntu, dongak ke langit dan minta petunjuknya. Solat Istikharah untuk mencari jawapan, InshaaAllah akan diberu petunjuk.

2. Terlalu banyak kata2 negatif dalam minda

Bila terlalu banyak kata-kata negatif dikeliling kita, pastinya kita akan terasa lemas dengan kata-kata itu, dan lama kelamaan, diri kita sendiri akan percaya kata-kata tersebut.

Bila minda kita percaya tentang sesuatu kesukaran ia akan meyakinkan diri kita pula bahawa untuk berhenti dan berputus asa. Kata-kata negatif mungkin datang dari kenalan, keluarga, Internet dan banyak lagi punca. Bila negatif yang menjadi input, maka output kita juga akan turut negatif.

Usaha untuk kurangkan input-input negatif ini. Sebolehnya jauhkan diri daripada perkara-perkara yang boleh membuatkan kita lebih terdedah kepada kata-kata negatif. Sememangnya adakalanya kita tidak boleh 100% mengelak daripada terdedah kepada negatif oleh kerana sikap negatif pastinya ada disekeliling kita, namun tanggungjawab kita adalah berusaha untuk cuba mengelakkanya selagi boleh. Sekiranya tidak boleh 100% pun, 50% pun jadi.

Kemudian, usaha pula untuk penuhi minda kita dengan kata-kata positif dari kenalan yang memahami, keluarga yang memahami dan banyak lagi mesej-mesej positif yang ada di Internet supaya minda kita akan mendapat input positif, dan memberi aksi dan output positif!

3. Letih dan penat berusaha dan tidak capai matlamat

Sudah mencuba dan mencuba tetapi tidak menjadi, akhirnya kita akan terasa penat. Mungkin bukan penat tubuh badan, tetapi kepenatan minda. Terasabeban diminda untuk teruskan lagi.

Kepenatan ini akan membuatkan kita terasa untuk putus asa. Sudah hilang tenaga dan hilang kudrat untuk melangkah mencapai kejayaan. Adakalanya sememangnya hingga fizikal pula terasa lemah.

Kepenatan minda dan badan adalah perkara biasa. Dan ubatnya, adalah agak mudah yang ramai terlepas pandang untuk melakukan. Jawapannya adalah berehat. Jauhkan fikiran dari kerja atau usaha yang dilakukan. Mat Salleh kata, take a break! Melakukan sesuatu itu dalam kepenatan, pastinya diri dan minda akan lagi terasa berat dan membebankan.

Berhenti berehat. Bukan 10 minti- 20 minit. Kalau boleh sehari dua. Kalau boleh juga, seminggu dua. Pergi bercuti dan tidak fikirkan usaha yang tidak menjadi itu buat seketika. Lapangkan dada dan tenangkan minda.

Apa yang akan terjadi adalah, apabila kita kembali selepas bercuti dari segala masalah, minda akan menjadi lebih tenang, segar dan berinspirasi untuk melakukan dan memulakan sesuatu itu semula dengan idea-idea baru mencari penyelesaian!

Dalam mencapai kejayaan, jalan bukan hanya lurus dan mudah. Kadangkala ianya ada simpang siur ke kiri, ke kanan. Ada juga round-about ada juga U-turn! Tak lupa hujan dan ribut, serta panas terik yang bahangnya tidak tertahan.

Kesemua ini akan membuatkan kita untuk rasa hendak putus asa.

Namun, dengan mengetahui sebab dan puncanya, disitu juga kita akan tahu cara menyelesaikannya semoga perjalanan kita tidak terhenti ditengah jalan, tetapi mencapai destinasi yang kita tujukan!

Anda pemilik perniagaan dan terasa ingin putus asa? Dalam apa sahaja masalah pastinya ada penyelesaiannya. Sekiranya anda ingin mengembangkan perniagaan anda, tetapi mengalami kesukaran, sertai bersama saya, Irfan Khairi. Klik di sini untuk maklumat lanjut!