Category Archives: Tip Perniagaan

Nak mulakan perniagaan terus besar… jangan!

Teringat satu ketika dulu saya sedang berbual-bual dengan kenalan baik saya, Chef Ismail, mengenai perniagaan. Chef Ismail merupakan Chef selebriti yang tidak asing lagi dan pemilik restoran yang sangat berjaya, Rebung di Bangsar. Bila saya tanyapadanya tentang rahsia kejayaan restorannya, Rebung, jawabnya…

Untuk berjaya sebagai pemilik restoran hebat, perlu bermula dari bawah. Perlu tahu mencuci peti sejuk dahulu. Perlu tahu selok belok dapur terlebih dahulu. Perlu tahu semua kerja-kerja yang dikira leceh terlebih dahulu sebelum ingin memulakan perniagaan yang besar. Tak kira, bekerja dulu dengan orang untuk menimba pengalaman. Kemudian-kemudian, perlahan-lahan mulakan perniagaan dan perlahan-lahan besarkan perniagaan.

Sememangnya benar pesanan itu. Bagi saya juga, perniagaan saya kini hanya bermula sebagai one-man-show di Internet dari rumah bermula tahun 2000 dahulu.

Ramai yang inginkan perniagaan yang terus besar. Mungkin dapatkan pinjaman bank, gran kerajaan, minta ahli keluarga untuk bantu wang, ataupun bermodalkan sendiri berpuluh atau beratus ribu ringgit ingin memulakan perniagaan besar terus.

BAHAYA!

pilihan_terbaik

[PENGUMUMAN: Ingin memulakan perniagaan kecil-kecilan? Sertai Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial. Pengambilan terbaru bermula bulan hadapan. Daftar hari ini sebelum terlewat.]

Melainkan anda sedia mempunyai pelbagai pengalaman, pernah berjaya dalam perniagaan, tahu selok belok dan turun naiknya keusahawanan, mempunyai jaringan network perniagaan yang sedia besar dan hebat, mempunyai modal yang banyak sebagai kecemasan sekiranya perniagaan tidak berjaya, dan banyak lagi, maka tak salah nak terus mulakan perniagaan besar. Tetapi, itupun masih lagi perlu berhati-hati.

Sebaiknya timba pengalaman dulu dari bawah, dari zero, dari kosong. Memulakan perniagaan kecil-kecilan dulu dapat membantu anda:

1. Meminimakan risiko perniagaan

Sememang perniagaan memerlukan modal. Kalau perniagaan kecil, kecil lah modalnya. Kalau besar, maka besar modalnya dan risiko juga turut besar.

Sering saya dengar kisah seseorang itu mempunyai simpanan RM20,000 dan ingin memulakan perniagaan dengan menggunakan keseluruhan RM20,000 tersebut. Bukan sahaja itu, berhutang pula lagi RM20,000 sebab tak cukup modal!

Mencari nahas namanya ini.

Mulakan kecil, rendahkan risiko pelaburan pada perniagaan. Kalau bisnes kecil pun tidak boleh berjaya, bagaimana nak berjaya bisnes besar kan?

2. Timba pengalaman dan ilmu

Apabila memulakan bisnes kecil dan kembangkan perniagaan kecil tersebut perlahan-lahan dengan keuntungannya, pelbagai pengalaman dan ilmu dapat dipelajari.

Untuk berjaya dalam perniagaan, ilmu dan pengalaman memainkan peranan penting. Jadikannya satu cabaran bagaimana perniagaan kecil yang kita mulakan tersebut boleh menjadi sederhana besar. Kemudian, daripada perniagaan sederhana besar tersebut boleh jadi besar dan hebat.

Ilmu yang dipelajari melalui pengalaman sendiri membina sebuah perniagaan dari kecil hingga besar akan menjadikan seseorang itu lebih hebat sebagai usahawan berjaya.

3. Menguji diri dan pasaran

Tidak semua perniagaan berjaya kali pertama. Malah, lebih banyak lagi kegagalan perniagaan pertama lagi daripada yang berjaya. Memulakan perniagaan besar terus mendedahkan diri kita kepada risiko perniagaan gagal yang lebih teruk.

Apabila bermula kecil, ia dapat menguji kebolehan diri kita sendiri mengendalikan perniagaan. Ia juga dapat menguji pasaran perniagaan tersebut. Mungkin selama ini kita “rasa” kita boleh mengendalikan perniagaan dan mungkin kita “rasa” perniagaan tersebut mempunyai permintaan di sesuatu tempat itu.

Tetapi adakah ia pasti? Tidak semuanya pasti dalam perniagaan. Mula kecil dan uji kebolehan diri sendiri dan pasaran terlebih dahulu. Mana tahu, selepas beberapa bulan anda mencuba, anda rasa perniagaan itu bukan untuk anda. Atau, selepas mencuba, baru anda tahu tiada pasaran yang bagus untuk perniagaan anda di situ. Maka, bermula kecil dapat membantu memperbaiki diri anda sendiri serta mengenalpasti pasaran dengan lebih tepat lagi tanpa risiko yang tinggi.

Memang saya tahu, bermula dengan premis perniagaan hebat, berkereta mewah, mempunyai ramai kakitangan bunyi glamour dan nampak pun seperti orang berjaya.

Cuma takut, nanti premis hebat, kereta mewah, kakitangan ramai tu la yang membuatkan kita tertekan bila hutang keliling pinggang. Pendapatan cukup-cukup makan. Dan hampir-hampir lemas perniagaan! Mudahan dapat dijauhkan dari kita.

*Mulakan perniagaan kecil anda bersama kami di Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial. Program yang mendapat sambutan amat hebat dan telah melahirkan ramai usahawan-usahawan Internet. Pengambilan terbaru bermula pada bulan hadapan. Dapatkan maklumat lanjut dan daftar di http://www.OpenEdu.com.my atau hubungi Cik Jay di 03-77292277

Sakitnya bila tertipu dalam perniagaan!

Bagi anda yang pernah berpengalaman mengalami keadaan ini, pastinya faham. Hati terasa sakit, sedih, marah dan geram pun ada. Terasa hilang kepercayaan, jatuh keyakinan diri, dan tidak percaya lagi orang lain pun ada juga. Tapi yang tak bestnya ada juga terasa diri agak lurus bendul dan dibodohkan oleh orang lain.

Pengalaman apa yang saya sebutkan ini? Pengalaman ditipu dalam perniagaan.

Keadaan ini sememangya biasa terjadi. Mungkin ditipu pekerja sendiri yang songlap duit. Mungkin juga rakan perniagaan (yang merupakan orang yang dipercayai selalunya ahli keluarga atau rakan) yang menghilangkan duit. Ataupun sesiapa sahaja atau orang luar yang tidak dikenali yang menipu, mencuri, pecah amanah, merompak, dan sewaktu dengannya yang mengakibatkan diri kita dan perniagaan kita terasa ditindas.

Pastinya ada perasaan sakit, sedih, marah dan geram bukan?

Bagi saya dan syarikat saya juga, keadaan sebegini pernah berlaku. Bukan sekali atau dua. Tetapi beberapa kali juga. Persoalannya apa yang perlu dilakukan? Dan bagaimana hendak membina semula semangat selepas ditipu?

songlap duit

[PENGUMUMAN: Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial bersama pakar perniagaan Internet #1, Irfan Khairi, pengambilan terbaru kini dibuka. Klik di sini untuk maklumat lanjut dan pendaftaran atau hubungi Cik Jay di 03-77292277 hari ini]

Pertama sekali, apa yang penting adalah, buang jauh-jauh perasaan yang merasakan kita ni bodoh atau terlalu lurus kerana tertipu. Semestinya salah adalah pada orang yang mencuri dan menipu tersebut. Dia yang bodoh kerana melakukan perkara yang bodoh bukan sahaja boleh menerima hukuman di dunia, tetapi hukuman juga di akhirat wallahualam.

Tidak kira bagaimana pun kita bersedia atau berhati-hati dalam mengelakkan keadaan ditipu dalam perniagaan, si penipu jauh lebih licik dari kita. Pastinya ada sahaja jalan lain untuk menipu atau mencuri. Kalau tak banyak, mungkin sedikit-sedikit dilakukan yang kita tak perasan yang akhirnya banyak juga.

Langkah kedua adalah untuk melakukan laporan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan undang-undang. Hubungi pihak-pihak yang berkuasa dengan segala bukti. Lebih banyak bukti yang diberikan, lebih mudah kes akan dikendalikan oleh pihak polis, pendakwaraya, mahkamah dan sebagainya.

Di sini suka saya juga mengingatkan untuk membuat sebarang perjanjian bertulis, rekod, kontrak, simpanan resit dan bukti ketika menjalankan perniagaan. Kalau ada cctv lagi bagus 😉 walau bagaimanapun kita mempercayai sesuatu pihak itu. Mana tahu, yang dipercayai sangat itu akan menikam kita dari belakang pula. Bukti-bukti inilah yang akan membantu kita kelak.

Namun, ada keadaan juga di mana kita tidak sampai hati untuk ambil tindakan undang-undang mungkin kerana rakan yang baik dulu, atau pekerja yang baik dulu, atau ahli keluarga. Maka, ini terpulang kepada anda. Tepuk dada tanya selera. Tetapi, sekiranya ini pilihan anda, langkah seterusnya adalah…

Buangkan rasa sedih, marah, geram, dan sakit hati oleh kerana kesemua itu adalah amalan yang kurang sihat dan hanya merugikan kita sahaja. Nak rasa semua itu sekejap sahaja, ok la… tapi jangan terbawa-bawa lama sangat. Lagi lama kita merasa begitu, lebih banyak masa kita dan tenaga kita terbuang kerana memberi fokus kepada perasaan negatif.

Pilih untuk bersabar dan bersyukur terlebih dahulu.

  • Bersabar kerana ini akan menenangkan anda dan inilah cara Rasulullah saw. Walaupun pelbagai cabaran yang menimpa, Rasulullah tetap bersabar. Pastinya cabaran Rasulullah adalah jauh lebih teruk lagi dari orang menipu kita dalam perniagaan bukan? Tambah, kalaupun rezeki kita hilang akibat ditipu, bila kita bersabar, kalau hilang duit, kita dapat pahala. Lagi best.
  • Bersyukur pula kerana masih banyak lagi rezeki yang kita ada InsyaAllah. Rezeki bukan sahaja pada harta benda dan duit ringgit. Rezeki kita yang masih ada mungkin pada keluarga yang bahagia, kesihatan yang baik, rakan-rakan yang memahami, dan mungkin juga gaya hidup yang tidak terjejas sangat akibat ditipu. Maish banyak yang kita boleh bersyukur InsyaAllah.

Mudahan mereka yang tertindas akan mendapat rezeki yang berkali-kali ganda dari Allah swt!

INFO: Dapatkan maklumat lanjut Program Intensif Perniagaan Internet dan Stretgi Media Sosial di sini. Mulakan program Internet dengan kos yang rendah, dan capaian pelanggan yang tinggi. Mulakan perniagaan Internet yang anda minat bersama-sama kami dan rakan-rakan turut membantu. Pengambilan terbaru kini dibuka. Klik di sini untuk maklumat lanjut dan pendaftaran atau hubungi Cik Jay di 03-77292277 hari ini]

2 pesanan PENTING sebelum memulakan perniagaan…

Semakin lama, semakin tinggi kos hidup. Tahun ini, dikatakan juga ramai yang akan terkesan dengan GST. Terutamanya mereka di bandaraya makin terasa bebannya dalam menampung keluarga.

Memang tidak dapat dinafikan juga, kini ramai yang mula mencari alternatif lain dalam menjana pendapatan sampingan melalui perniagaan. Namun persoalan yang sangat kerap saya terima adalah…

Perniagaan apa yang perlu dimulakan?

Sering kali di program keusahawanan Internet yang saya jalankan, lebih 50% peserta belum lagi memiliki perniagaan. Mereka masih tercari-cari perniagaan apa yang perlu dimulakan.

Jawapan utama kepada soalan cepu emas ini adalah, sebaik-baiknya mulakan perniagaan yang kita minati. Mulakan penriagaan yang kita suka. Mulakan perniagaan yang kita banggakan.

Amat sukar untuk kita berjaya dalam perniagaan sekiranya kita separuh hati sahaja pada perniagaan tersebut. Kita mulakan perniagaan bukan kerana kawan-kawan mendesak kita mulakan perniagaan, tetapi kita mulakan perniagaan untuk membantu diri kita dan keluarga.

usahawan

[PENGUMUMAN: Program Intensif 6-bulan Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial bersama Irfan Khairi akan bermula tidak lama lagi, hanya beberapa sahaja tempat tinggal. Sertai pengambilan terbaru sekiranya anda ingin memulakan atau mengembangkan perniagaan anda melalui Internet]

Jarang sekali saya melihat kejayaan dalam perniagaan sekiranya ushawan tersebut tidak minat dengan perniagaan yang dijalankan. Minat ini akan menjadi pendorong kepada kita untuk tidak putus asa. Kalau minat tidak ada, itu yang mengakibatkan perniagaan tersangkut ditengah jalan…

Apa yang memeritkan lagi adalah apabila sudah mengeluarkan beribu atau berpuluh ribu ringgit membeli stok-stok perniagaan yang tidak mampu dijual! Dan sedihnya, keadaan ini sering terjadi.

Dalam perniagaan ilmu adalah sangat penting. Mulakan perniagaan dari bawah dan perlahan-lahan kembangan perniagaan. Kadang-kadang takut juga bila saya mendengar usahawan yang mencari pinjaman berpuluh atau beratus ribu ringgit untuk memulakan perniagaan, namun tiada ilmu dan pengalaman untuk memulakan perniagaan tersebut.

Sepatutnya bukan duit modal yang dicari dulu, tetapi, ilmu dan pengalaman.

Jangan malu untuk bermula kecil. Kalau cita-cita hendak membuka restoran francais, mula dulu dengan menjual kecil-kecilan. Kalau kecil-kecilan pun tak lepas, bagaimana nak berjaya kalau terus buka perniagaan besar?

Ramai usahawan yang berjaya saya kenali bermula kecil. Mencari pengalaman dan ilmu terlebih dahulu supaya cukup ilmu dan pengalaman untuk membesarkan perniagaan mereka kelak.

Memang bermula besar terus, nampak gah, nampak hebat, nampak power macam orang-orang kaya. Tetapi, fikirkan pula risiko yang diambil sekiranya perniagaan tersebut tidak menjadi.

Niat hendak membantu diri dan keluarga ketika kos hidup semakin tinggi, takut pula risiko yang kita ambil akan memudaratkan lagi keluarga.

Jadi, jawapan kepada soalan utama kita, hendak mula perniagaan apa? Jawapannya adalah perniagaan yang mengikut minat kita. Namun, perlu ingat juga bahawa ilmu dan pengalaman diperlukan untuk menjalankan perniagaan berjaya.

Dalam perniagaan, utamakan minat dan ilmu. Sekiranya niat kita dan cara berniaga kita jalankan mengikut sunnah, maka keuntungan dan duitnya InsyaAllah akan datang juga bersama rezeki-rezeki yang lain.

Bagi anda yang ingin mulakan perniagaan Internet dan memerlukan bantuan dan bimbingan dari awal, sertai Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial bersama saya. Sebuah program 6 bulan yang terbukti berkesan membantu usahawan baru dan juga berpengalaman dalam memulakan perniagaan Internet langkah demi langkah. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

 

Tak dapat sokongan orang sekeliling berniaga… macam mana?

Dalam memulakan perniagaan, sememangnya sokongan orang disekeliling kita amat diperlukan. Lagi orang sekeliling sokong usaha kita, lagi kita akan bersemangat untuk mencapai kejayaan.

Namun adakalanya keadaan kita tidak mendapat sokongan orang sekeliling, tak kira, keluarga, suami, isteri, atau kawan-kawan pula yang memberi kata-kata negatif dan tidak menyokong usaha kita.

sokongan

Apa yang perlu dilakukan?

Pertama sekali, sokongan yang paling penting dan paling utama sekali perlu datang daripadadiri anda sendiri- iaitu sokongan mental. Tidak semestinya kita memerlukan sokongan orang lain untuk berjaya. Kejayaan diri kita adalah tanggungjawab kita sendiri.

Sekiranya jiwa, semangat dan motivasi dalaman diri kita sendiri adalah kuat, maka itu sahaja sokongan yang diperlukan tidak kira apa sahaja cabaran kata-kata negatif yang dilemparkan oleh orang lain.

Sebaiknya juga cari kenalan-kenalan baru yang mempunyai matlamat sama seperti anda dalam memulakan perniagaan. Terdapat pelbagai perjumpaan sesi network, kursus, seminar, acara perniagaan yang dikendalikan yang boleh menjadi platform yang bagus untuk membesarkan lagi bulatan kenalan kita yang menyokong apa yang kita lakukan.

Namun, saya faham, sekiranya rakan-rakan yang tidak menyokong ianya agak mudah. Kita boleh je buat tak tahu je, masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.

Apa yang menjadi lebih sulit adalah sekiranya mereka yang tidak menyokong usaha kita memulakan dan menjalankan perniagaan terdiri daripada ahli keluarga, ibu, ayah, atau orang suami ataupun isteri.
Mahu tidak mahu, perlu berbincang dengan keluarga. Berbincang sesama sendiri dengan baik dan bertolak ansur.

Ketahui sebab utama mengapa mereka tidak menyokong anda menjalankan perniagaan, mungkin risau melihat anda mengalami kegagalan. Pastinya niat orang tersayang adalah untuk melindungi kita. Oleh yang demikian, berbincang untuk cari jalan penyelesaian bagaimana caranya sama-sama dapat menangani dan mengadaptasikan keadaan tersebut.

Adakalanya juga ia merupakan idea yang baik untuk melibatkan keluarga, suami atau isteri untuk turut sama dalam perniagaan. Mungkin sekiranya mereka turut disertakan dalam perancangan perniagaan bersama, ia juga dapat memberi gambaran yang lebih jelas untuk sama-sama berusaha membantu meningkatkan ekonomi keluarga dan bukan pada anda sahaja.

Bukan itu sahaja, bersama menjalankan perniagaan dan faham memahi boleh juga merapatkan lagi hubungan kekeluargaan.

Bak kata “tak kenal, maka tak cinta”, mungkin keluarga anda perlu tahu lebih banyak lagi mengenai selok belok perniagaan. Belajar bersama-sama dan mungkin juga hadiri kursus perniagaan berdua. Mana tahu, nanti mereka pula yang meminati perniagaan dan ingin memulakan perniagaan juga!

PS: Sekiranya anda memerlukan bantuan dan sokongan dalam memulakan perniagaan di Internet, Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial membei bantuan dan sokongan selama 6 bulan bukan sahaja dari kami di IKSB tetapi juga bersama rakan-rakan sekelas yang turut sama mempunyai matlamat yang sama dengan anda. Umpama satu keluarga besar yang sama-sama menyokong usaha masing-masing.

Untuk maklumat lanjut, lawati http://www.OpenEdu.com.my atau hubungi Cik Jay di 03 77292277.

jangan malu

Jangan malu bila gagal dalam perniagaan

Bila perniagaan tak berjaya, memang rasa perit, sedih, down, stress dan sebagainya ada. Sememangnya lumrah berjaya dan gagal dalam perniagaan. Memang rezeki perniagaan 9/10, tetapi yang gagal dalam perniagaan pun 9/10… mungkin lebih lagi.

Sekiranya anda pernah melalui kegagalan dalam perniagaan, jangan bersedih lama sangat. Kalau nak sedih pun, kejap-kejap sahaja. Lagi lama sedih, lagi down dan tertekan kita. So, bak kata mat salleh, Snap out of it!

jangan malu

Apa yang penting apabila gagal dalam perniagaan, jangan sesekali ada perasaan “malu” kerana gagal. Mungkin malu dengan rakan-rakan. Mungkin malu dengan keluarga. Mungkin malu dengan pesaing. Tak kira kawan atau lawan, jangan ada perasaan malu.

Perasaan malu bila gagal itu, akan membuatkan kita tidak mencuba lagi. Sebab takut nanti malu pula kali kedua. Takut nanti apa pula orang kata lagi:

“Dah gagal dalam bisnes, tak serik-serik lagi tu!”

Tanya sahaja pada mana-mana usahawan yang berjaya, pastinya mereka akan kata gagal dalam perniagaan adalah biasa. Melakukan teknik atau strategi yang silap dalam perniagaan juga sering terjadi. Gagal dalam perniagaan akibat pihak lain yang tidak bertanggungjawab seperti menipu, mencuri, pecah amanah pun selalu terjadi

Jadi, apa yang hendak dimalukan. Daripada malu gagal dalam perniagaan, lebih baik malu sebab TIDAK MULA BERNIAGA yang merupakan sesuatu yang amat mulia. Ianya adalah ibadah dan sunnah Rasulullah SAW.

Kegagalan dalam perniagaan adalah perkara biasa. Saya sendiri juga pernah gagal dalam perniagaan Internet saya yang pertama pada tahun 2000. Perniagaan saya yang pertama, hanya berjaya mendapat 3 pelanggan sahaja dalam masa satu tahun. Kiranya gagal la tu… pastinya orang lain yang rasakan diri mereka gagal dalam perniagaan pun boleh dapat lebih dari 3 pelanggan setahun.

Tetapi, bayangkan sekiranya saya malu sebab dapat 3 pelanggan. Sekiranya saya malu untuk mulakan perniagaan ke dua. Sekiranya saya malu kerana “kegagalan”, maka tiada la saya mencapai tahap kejayaan dalam perniagaan sehingga hari ini. Alhamdulillah!

Berbanyak bersyukur sekiranya mencapai kejayaan. Berbanyak bersabar sekiranya terjumpa kegagalan. Apa yang penting adalah ibadah dan sunnah perlu diteruskan tidak kira berjaya atau gagal dalam hasilnya…

Sekiranya anda pernah gagal dalam perniagaan, tingkatkan ilmu dalam perniagaan. Kegagalan sering datang oleh kerana kurangnya ilmu dalam sesuatu itu. Seandainya anda berminat untuk memulakan perniagaan Internet, sertai Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial bersama saya. Lawati www.OpenEdu.com.my atau hubungi 03-77292277 untuk maklumat lanjut.

Ada pentingnya mempunyai pesaing

Secara jujurnya, tiada perniagaan yang sukakan pesaing. Alangkah bestnya kalau menjalankan perniagaan tanpa pesaing. Contoh, kalau kita jual tudung, kita sahaja penjual tudung di Malaysia. Kalau kita jual produk kesihatan, taida pesaing yang mengganggu pasaran kita. Kalau kita jual kek, orang lain tak boleh jual kek.

pesaing

Sememangnya, ini bukannya realiti. Dalam apa sahaja perniagaan pun pastinya ada pesaing. Kalau misalan kita memulakan perniagaan yang tiada pesaing pun, tunggu 3-6 bulan nanti, pastinya pesaing akan datang juga.

Lumrah perniagaan kita tidak boleh lari dari pesaing. Ada pesaing yang OK dan bersaing secara sihat, ada juga pesaing yang kurang OK dan bersaing secara tidak sihat.

Namun, sebagai usahawan kita boleh mengambil pesaing sebagai satu kebaikan dan bukan keburukan untuk memperbaiki diri dan perniagaan kita sendiri. Mengapa?…

  1. Bila adanya pesaing, ia menjadikan kita lebih kreatif dan inovatif dalam berniaga dan memasarkan produk dan perkhidmatan kita. Dengan hanya melakukan sesuatu yang sama sahaja dengan pesaing, pastinya keputusan juga akan sama.Usahawan perlu menjadikan pesaing sebagai inspirasi dan motivasi untuk bekerja lebih keras dan mencari idea yang lebih hebat supaya sentiasa dihadapan pesaing.
  2. Bila adanya pesaing, ia memeriahkan lagi pasaran perniagaan dan menjadikan industri tersebut lebih popular. Bayangkan anda seorang sahaja yang menjual produk kesihatan dan tiada lain menjual produk kesihatan. Agaknya apa akan jadi?Pastinya tiada siapa yang akan membeli produk kesihatan anda kerana orang tidak yakin dan percaya pada produk kesihatan. Ia menjadi industri yang tidak dikenali. Apabila mempunyai pesaing, ia seumpama mempromosikan sesuatu industri “kesihatan” itu, menjadikan industri kesihatan lebih popular dan lebih permintaannya.
  3. Bila ada pesaing, lebih banyak pilihan kepada pembeli. Sekiranya tiada pesaing, pastinya monopoli akan terjadi. Tiada pilihan diberikan kepada pelanggan. Harga juga tidak dapat dikawal oleh kerana hanya satu penjual.

Fikirkan niat kita dalam menjalankan perniagaan adalah untuk membantu orang ramai menyelesaikan masalah mereka. Dengan memberi peluang dan pilihan kepada orang ramai, maka niat kita turut tercapai dalam memberi yang terbaik sepertimana yang diperlukan oleh pelanggan walaupun dari pesaing.

Untuk berjaya dalam perniagaan, jangan terlalu paranoid dengan pesaing sehingga setiap langkah pesaing kita mahu ambil tahu dan setiap teknik pesaing kita mahu tiru.

Gunakan pesaingan sebagai picu untuk memotivasikan dan memberi semangat daya saingan kepada perniagaan kita. Rezeki milik masing-masing. Tanggungjawab kita adalah untuk berusaha dengan keras supaya kita berjaya dalam perniagaan yang kita jalankan dan sekiranya boleh, atasi pesaingan dengan teknik dan strategi perniagaan kita tersendiri.

Sekiranya anda menjalankan perniagaan atau berminat untuk memulakan perniagaan, Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial bersama saya InsyaAllah dapat membantu anda melalui teknik dan strategi pemasaran terkini untuk bersaing secara sihat dalam meningkatkan keuntungan perniagaan anda dikalangan pesaing-pesaing. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

 

ikut trend

Berani berubah mengikut trend perniagaan…

Di Internet, siapa cepat dia dapat. Untuk berjaya dalam perniagaan, kuncinya adalah untuk brubah cara dan teknik mengikut trend.

Siapa yang telah mulakan blog pada 2005, pastinya kini blog mereka telah menakluki muka surat hadapan search engine seperti Google. Siapa yang telah menggunakan Google Adwords sejak tahun 2008 pastinya perniagaan dapat meraih keuntungan yang besar ketika kos Adwords adalah rendah. Siapa yang telah mula menggunakan Facebook ads sejak 2010, pastinya telah mendapat pelanggan yang ramai ketika tiada pesaing dan harga iklan tidak semahal hari ini.

ikuttrend

Trend berubah, begitu juga teknik dan strategi yang dilakukan oleh usahawan.

Kita telah menyaksikan syarikat berjenama besar juga akan gagal akibat tidak mengikut trend. Masih kah anda ingat dengan syarikat atau jenama KODAK? pastinya bukan. Itulah cara yang paling popular mengambil gambar bertahun dulu. Oleh kerana KODAK tidak mengikut trend, syarikat tersebut gagal ditelan syarikat yang lebih pantas mengambil alih arena foto digital.

Begitu juga dengan tekik dan cara promosi. Tidak seperti dulu, mengedar brochure dari rumah ke rumah mungkin adalah efektif. Tetapi, kini, tak sampai 10 saat apabila menerima brochure di peti surat, terus ke tong sampah kita buangnya.

Seperti yang disebutkan, arena perniagaan Internet juga berubah. Tiada lagi Altavista, tiada lagi Lycos, tiada lagi Friendster, dan kini mana perginya mySpace dan Foursquare. Sudah tidak seperti dulu.

Usahawan Internet perlu peka kepada berubahan trend perniagaan untuk sentiasa dihadapan pesaing dan dapat mengaut keuntungan yang lebih.

Untuk berjaya sebagai usahawan, apabila trend berubah, anda juga perlu berubah dan tidak hanya menggunakan cara lama. Lebih cepat anda dapat mengadaptasi dengan cara baru, maka lebih lancar perniagaan pada masa hadapan anda InsyaAllah!

[PENGUMUMAN: Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial, bersama Irfan Khairi kini dibuka untuk pengambilan baru tidak lama saja lagi, Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay 03-77292277]

kebarangkalian

Kebarangkalian berjaya dalam promosi…

Lebih banyak anda mencuba dalam perniagaan, lebih hampir anda kepada kejayaan. Ini adalah kerana dalam perniagaan dan kejayaan, segalanya mengikut kebarangkalian (probability).

Sekiranya anda mencuba 10 teknik promosi yang berlainan, kebarangkalian salah satu daripada 10 teknik tersebut mungkin menghasilkan pelanggan yang ramai adalah tinggi. Tetapi, sekiranya anda hanya mencuba 3 teknik promosi, kebarangkalian menjumpa teknik promosi yang berjaya adalah rendah.

kebarangkalian

Bayangkan sekiranya anda mencuba 20 teknik promosi. Kebarangkalian anda jumpa dengan teknik promosi yang ideal dan menghasilkan pelanggan paling ramai adalah amat tinggi!

Selepas menjumpai cara paling ideal, gunakannya setiap masa!

Perbanyakkan cara promosi anda supaya kebarangkalian untuk anda jumpa teknik promosi yang terbaik untuk perniagaan anda adalah tinggi. Jangan mengharapkan 2-3 teknik promosi sahaja oleh kerana kebarangkalian untuk anda jumpa teknik promosi yang terbaik adalah rendah.

Pemain baseball yang menghasilkan home-run (pukulan bola melebihi sempadan arena stadium!) paling banyak sekali didunia adalah pemain yang paling banyak sekali terpaksa strike-out (pemain dikeluarkan oleh kerana pukulan tidak mengena bola). Bila ditanya mengapa ini terjadi, beliau menjawab…

“kebarangkalian saya mendapat home-run adalah tinggi oleh kerana percubaan saya adalah tinggi. Lebih banyak kali saya strike-out, maka saya tahu, lebih hampir saya mendapat satu home-run!”

Semuanya adalah kebarangkalian! Jangan berpuas hari dengan hanya satu atau dua cara promosi sahaja, contohnya hanya bergantung kepada brochure atau kad bisnes. Sama juga dengan Internet, jangan hanya bergantung hanya kepada Facebook sahaja untuk menjayakan perniagaan anda. Pesaingan perniagaan adalah semakin ramai hari, dan pelbagai kaedah promosi digunakan oleh pesaing-pesaing anda!

Sekiranya anda ingin ingin memulakan perniagaan Internet dan pelajari pelbagai cara mempromosikan perniagaan anda, sertai Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial bersama saya. Program 6 bulan ini akan membantu anda dari A hingga Z memulakan dan menjalankan perniagaan melalui Internet dengan pelbagai cara promosi perniagaan anda untuk bersaing dengan pesaing-pesaing anda! Klik di sini untuk menyertai pengambilan terbaru yang akan bermula tidak lama lagi. Tempah tempat anda sekarang. Lawati http://www.OpenEdu.com.my.

 

Bagaimana untuk jadi kreatif apabila berniaga?

Bila sebut “kreatif” ramai memikirkan dalam perniagaan, kreatif adalah untuk pengiklanan/advertising. Namun, saya sering menyebut untuk menjadi kreatif dalam perniagaan

kreatif

Sebenarnya, kreatif meliputi aspek yang meluas bukan sekadar pengiklanan, tetapi juga sehingga membuat keputusan perniagaan yang kreatif.

 

bodyshop.jpg

 

Contoh yang saya ingin kongsikan mengenai kreatif dalam perniagaan adalah Anita Roddick (pengasas The Body Shop)

  • Ketika mengembara pada tahun 70-an, Anita Roddick mendapati di negara yang dilawatinya, wanita menggunakan koko untuk melicinkan kulit muka dan badan. Anita Roddick menggunakan kreativitinya untuk membawa idea tersebut menjadi idea perniagaan kosmetik!
  • Apabila ingin memulakan perniagaan, Anita tidak mempunyai modal yang mencukupi untuk membeli bekas kosmetiknya. Lalu, Anita menggunakan kreativitinya membeli bekas yang paling murah, iaitu bekas menyimpan sample air kencing di hospital untuk dijadikan bekas kosmetik. (kini, tidak lah gunakan bekas tersebut… nanti ni jadi email forward pula! :))
  • Apabila membuka kedainya yang pertama pada 1976 (ya, The Body Shop kini sudah 30 tahun… bukan short cut kejayaan!), dinding kedainya berlumut dan kotor. Anita menggunakan kreativitinya untuk menggunakan cat yang paling murah berwarna hijau yang sama dengan warna lumut tersebut untuk mencantikkan kedainya. Sehingga kini, warna hijau (warna lumut) yang sama masih digunakan dan membawakan konsep alam semula jadi!

Dalam perniagaan, anda perlu kreatif dalam menangani masalah dan membuat keputusan. Jangan jadikan tiada modal, tiada idea perniagaan menghalang anda. Fikirkan cara kreatif dalam perniagaan anda 🙂

Kreatif dalam berniaga, kreatif juga dalam promosi perniagaan. Sekiranya anda bercadang untuk memulakan dan menjalankan perniagaan Internet, klik di sini untuk bantuan dan bimbingan selama 6 bulan bersama saya dan pelatih-pelatih bertauliah IKSB. 

 

perniagaan cantik

Cantik tak perniagaan anda?

Lumrah manusia melihat kepada kecantikan. Setuju?

cantiktak

Sebab itu juga dalam perniagaan, segala persembahan kita mesti cantik. Dari logo, laman web, packaging, design, business card, cara pemakaian, keterampilan, semuanya kena cantik.

apple.gifA lesson yang kita perlu ambil adalah daripada Syarikat Apple. Pernahkah anda memasuki kedai Apple/Mac? Semua produk keluaran Apple cantik-cantik belaka. Daripada sekecil-kecil iPod nano yang very sleek looking, iPod touch yang kelihatan seperti teknologi 10 tahun akan datang, siapa pernah lihat MacAir pasti jatuh cinta dengan laptop yang hanya beberapa milimiter tebal, desktop iMac juga boleh tahan. Pendek kata, Apple menggunakan “kecantikan” untuk menarik pelanggan! (pasti produk & functionality juga berkualiti tinggi)

Tahukah anda Steve Jobs pengasas Apple juga mengasas PIXAR (syarikat animasi yang buat Cars, Toy Story, Monsters Inc, Inredibles dll). Pixar juga menggunakan strategy yang sama dalam mementingkan kecantikan.

Dalam perniagaan anda juga, pastikan kesemua aspek design adalah cantik belaka, dan bukan ala kadar sahaja. Gunakan kecantikan untuk menarik emosi manusia.

Sememangnya terdapat istilah mat Salleh berbunyi, don’t judge the book by the book. Iaitu, jangan melihat luaran sahaja. Namun, lumrah manusia akan tertarik dengan luaran terlebih dahulu.

Dalam perniagaan pastikan kesemua aspek perniagaan anda adalah cantik, bukan sekadar keterampilan anda sebagai usahawan yang benar, tetapi juga dari segi logo perniagaan, warna perniagaan, packaging produk dan perkhidmatan, kedai anda, bahan-bahan promosi seperti kad bisnes, brochure, bunting dan sebagainya.

Apabila semuanya kelihatan bersih, kemas dan cantik dalam perniagaan, ia merupakan daya tarikan pertama untuk menarik orang ramai.

So, take a step back dan lihat semua aspek persembahan perniagaan anda dari bahan marketing hingga produk. Dan tanya…

Cantik tak?

ps: Sekiranya anda ingin pelajari cara memulakan perniagaan Internet dari rumah, klik di sini untuk maklumat lanjut & pendaftaran. Cantikkan promosi online anda untuk mendapat lebih ramai pelanggan secara atas talian. Sertai Program Intensif Peerniagaan Internet dan Strategi Media Sosial bersama saya selama 6 bulan.