Untuk perniagaan kecil-kecilan, seringkali kita lakukan segala-galanya sendiri. Dari pengurusan perniagaan, pengurusan kewangan dan juga kerja-kerja promosi perniagaan. Seringkali juga, perniagaan kecil-kecilan yang kita jalankan, tak berkembang-kembang. Tetap pada satu tahap sahaja.
Mengapa ini berlaku?
Sebabnya adalah sindrom tak mahu “lepaskan” dalam perniagaan! Ertinya, sebagai usahawan kecil-kecilan, kita hanya yakin bahawa segala-galanya perlu dijalankan sendiri, baru perniagaan kita sempurna. Tak mahu “lepaskan” kerja yang kita lakukan kepada orang lain untuk membantu perniagaan. Jadi, apa yang berlaku adalah, perniagaan kita yang “one-man-show” tetap menjadi “one-man-show”.
Mungkin kerana rasa “takut” kalau upah orang lain buatkan, kerja tak menjadi sempurna. Ataupun “risau” kalau ada pekerja, nanti pekerja tipu kita. Atau “tak berani” tambah pekerja sebab fikirkan perlu tambah juga perbelanjaan untuk membayar pekerja.
Berbagai-bagai sebab dalam perniagaan kita tidak mahu “lepaskan” sesetengah kerja kepada orang lain, dan ingin melakukan kesemuanya sendiri. Akibatnya, perniagaan kita tidak akan berkembang oleh kerana masa kita seornag adalah terhad.
Belajar untuk “lepaskan” beberapa kerja kepada orang lain. Kembangkan perniagaan anda dengan mengagihkan kerja. Outsource kerja-kerja yang orang lain boleh lakukan untuk anda, supaya anda dapay fokuskan tenaga dan minda anda kepada perkara yang lebih penting dalam perniagaan- iaitu mengembangkannya.
Sekiranya kita tidak belajar untuk “lepaskan” perniagaan kita, maka, sampai bila-bila perniagaan kita akan terperangkap dalam satu keadaan sahaja. Perniagaan terperangkap, masa kita juga akan terperangkap.
So, learn to let go! Belajar untuk “lepaskan” dalam perniagaan 😉
ps: Satu cara untuk “lepaskan” sesetengah kerja kita dalam perniagaan adalah menggunakan strategi perniagaan Internet di mana kita boleh gunakan medium internet dan perisian internet untuk menjalankan sebahagian dari perniagaan kita secara automatik- seperti promosi perniagaan! Ingin tahu caranya? layari http://www.OpenEdu.com.my