Category Archives: Tip Perniagaan

Gagal dalam perniagaan… FRUSTNYA!

falling.jpg
Mengapa kita jatuh?

Baru-baru ni ada kenalan saya memberithu beliau terpaksa menutup perniagaannya. Memang sedih… siapa tak sedih bila perniagaan yang diusahakan gagal bukan? Apa nasihat saya?

  • Kegagalan perniagaan adalah biasa. Walaupun 9/10 rezeki datang dalam perniagaan, tetapi 9/10 perniagaan gagal. Bukan untuk menakut-nakutkan anda yang ingin berniaga, tatapi, sememang hakikatnya. Jangan risau kalau perniagaan pertama kita gagal. Atau perniagaan kedua. Atau perniagaan ketiga pun gagal… atau perniagaan ke empat… ke lima… ke enam… dan seterusnya! Janji jangan berputus asa oleh kerana sekiranya rezeki kita di situ, pastinya perniagaan kita akan berjaya juga satu hari nanti
  • Gagal selepas berusaha tak mengapa. Jangan gagal sebelum berusaha! Ertinya, tidak mengambil langkah pertama kerana “takut”. Sebabkan takut kegagalan, kita tak mulakan perniagaan. Tetapi, kalau berniaga dan kita gagal pula, ianya bukan satu masalah. Malahan, dalam kegagalan tersebut pastinya kita telah pelajari suatu yang amat penting. Satu ilmu yang tidak boleh di beli dari mana-mana… cuma dari pengalaman!
  • Pastinya ada hikmah sebalik kegagalan tersebut. Yakin bahawa bila pintu rezeki tertutup, pasti ada tingkap lain terbuka. Mungkin rezeki kita bukan pada perniagaan itu. Mungkin pula rezeki kita dalam perniagaan lain. Apa pun, segala apa yang terjadi, pastinya terdapat hikmah yang lebih baik disebalik kegagalan tersebut.

Teringat saya filem The Dark Knight. Bruce Wayne (masa kecik) bertanya, “Why do we fall?”, dan jawapan yang dia dapat adalah “Because we can learn to pick ourselves up again!”

So, don’t worry. Be happy… tak mengapa untuk frust. Biasalah, siapa tak frust cita2 yang kita idamkan belum kecapaian. Tetapi, apa yang penting bukanlah kegagalan tersebut, tetapi, bagamana kita bangun selepas kegagalan.

Saya sendiri pernah gagal dalam perniagaan Internet ketika awal penglibatan saya dalam bidang ini. Tetapi, dengan mengingati petua-petua di atas, perniagaan yang gagal kemudiannya beransur mencapai kejayaan, syukur Alhamdulillah. Untuk berjaya dalam Perniagaan Internet bukan sahaja memerlukan teknik dan strategi yang betul, tetapi juga dedikasi dan sikap yang betul.

*Sekiranya anda berminat untuk memulakan perniagaan anda sendiri di Internet, dan memerlukan teknik, strategi dan juga bimbingan & sokongan dari kami, sertai lebih seribu usahawan Internet yang berjaya melalui program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial. Dengan dedikasi dan sikap yang betul, anda juga boleh menjalankan perniagaan yang berjaya. Klik di sini untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

Kerja sambilan melalui perniagaan Internet

Perniagaan Internet boleh bermula sebagai kerja sambilan. Tahun 2000, saya mulakan perniagaan Internet ketika saya bekerja fulltime. Bila pendapatan perniagaan Internet melebihi pendapatan perniagaan sepenuh masa, baru saya berhenti kerja sepenuh masa.

ibizhome.jpg

Asas untuk berjaya dalam perniagaan Internet secara sambilan adalah:

  1. Kongsikan banyak informasi mengenai industri anda. Tak kira apa sahaja yang anda ingin niagakan, pengguna Internet sering mencari informasi mengenai industri anda. Dengan memperbanyakkan perkongsian Informasi yang releven dan menarik, anda akan dapat menarik lebih ramai pelawat ke laman web anda.
  2. Perbanyakkan platform perniagaan Internet sambilan anda. Seringkali saya di tanya, “IK, yang mana lagi efektif, menjual di blog, di facebook atau di laman web?”. Jawapannya – kesemuanya sekali! Lagi banyak platform kita gunakan, lebih mudah orang ramai untuk menjumpai salah satu platform perniagaan Internet kita- dan pastikan kesemuanya mempunyai informasi yang baik (lihat 1 di atas) – mungkin lebih sedikit kerja anda, tetapi teknik ini pastinya memberi pulangan.
  3. Eratkan hubungan bersama pengikut platform-platform perniagaan sambilan anda. Zaman pertanian pertanian, perindustrian, informasi sudah berlalu. Kini kita di zaman komunikasi. Eratkan hubungan bersama bakal pembeli, pengikut, prospek dan juga pelanggan anda dengan platform-platform komunikasi di Internet seperti blog, email, Facebook, twitter dan lain-lain!

Oleh kerana Internet boleh didapati di mana sahaja, dari rumah dan secara mobile ianya merupakan pilihan yang baik untuk anda menjalankan kerja sambilan – perniagaan Internet!

ps: Ingin memulakan perniagaan Internet sebagai kerja sambilan? Sertai workshop Jutawan Internet di Signature Class, Mutiara Damansara. Workshop Perniagaan Internet.

Informasi & Teknologi mengubah perniagaan- AWAS!

change.jpg

Sememangnya informasi dan teknologi banyak membantu perniagaan secara positif. Tetapi, ada juga kalanya di mana informasi dan teknologi memberi kesan negatif kepada sesuatu perniagaan. Contohnya:

  • Ketika awal 2000, antara perniagaan Internet saya yang pertama adalah menjual “Peta Malaysia”. Mungkin anda ada terbaca di buku, majalah atau akhbar tentang kisah saya ni. Tetapi, dengan bertambahnya teknologi maklumat, sekitar 2006-2007, dengan adanya peta-peta online termasuk Google Maps, perniagaan “Peta Malaysia” pun turut berkurang. Tak mengapa, rezeki ada di tempat lain 😉
  • Baru-baru ni, sebuah syarikat di US “Netflix” yang menjalankan konsep sewa DVD melalui pos mengalami kesukaran. “Netflix” telah menyebabkan syarikat sewa VHS/DVD yang top di US bernama “Blockbuster” gulung tikar. Tetapi, kini, “Netflix” pula bersemuka dengan keadaan gulung tikar apabila teknologi membolehkan pelanggan download/streaming movies yang mereka ingin tonton. Awas… bila-bila masa perniagaan kita juga boleh dalam keadaan ini.
  • Kita semua kenal syarikat “Kodak” bukan? Dulu-dulu zaman sebelum digital kamera, kita mencari kodak. Kalau tak cukup kodak, kena pergi kedai kodak. Kalau kodak habis, dah tak boleh ambik gambar 😉 Hari ini, Kodak pula berhadapan dengan keadaan muflis. Nama yang GAH satu hari dulu dalam bidang fotografi, kini tinggal kenangan (macam kenangan dalam gambar kodak) 😉 Teknologi membolehkan gambar disimpan dalam SD disk sahaja… tak perlu lagi kodak. Kalau dulu paling banyak pun 36 keping gambar boleh ambil dengan satu filem kodak. sekarang, 3,600 gambar digital pun boleh lagi!

Dalam perniagaan kita perlu ada plan B. Perniagaan boleh bertukar pada bila-bila masa sahaja. Sememangnya kita perlu fikir positif sahaja untuk perniagaan kita, tetapi, fikir juga, implikasi teknologi dan maklumat yang negatif seperti di atas.

Alhamdulillah, saya sendiri menjalankan banyak perniagaan dan mempunyai beberapa Plan B dalam perniagaan. Bila satu perniagaan kurang permintaan, insyaalah ada perniagaan lain yang dapat membantu. Renung-renungkan ya!

Perniagaan dan modal permulaan

savemoney.jpgDalam memulakan perniagaan, tak perlu bermegah sangat – tak perlu semuanya hebat dan besar. Memulakan perniagaan memerlukan banyak modal pusingan. Modal permulaan adalah hanya untuk permulaan.

Ada perniagaan yang bermula terus dengan membeli kereta mewah, pejabat hebat & class, banggunan boleh tahan 😉 dan juga perbelanjan-perbelanjaan awal yang amat tinggi.

Dalam memulakan perniagaan, fikirkan modal pusingan. Ada banyak lagi modal yang perlu dikeluarkan dalam perniagaan dan kalau semuanya di salurkan pada modal permulaan, pastinya nanti akan tersangkut perniagaan di tengah jalan.

Fikirkan cara menjimat kos-kos permulaan. Fikirkan untuk meminimakan overhead. Berjimat cermat dalam memulakan perniagaan dan menjalankan perniagaan.

Bila perniagaan hebat, baru dapatkan kereta hebat & pejabat hebat! (tu pun kalau perlu)

Terlalu banyak perniagaan yang saya lihat berbelanja besar ketika permulaan, cuma sehingga tidak memikirkan running cost dan overhead. Perniagaan terpaksa ditutup. Jauhkan dari anda ok!

3 strategi perniagaan Steve Jobs

Baru-baru ini pastinya anda juga telah ketahui pengasas Apple, ikon usahawan Steve Jobs telah meninggal dunia. Sebagai ikon usahawan dan inspirasi kepada ramai generasi usahawan kini, Steve Jobs telah meninggalkan berbagai teknik dan strategi perniagaan. Antara 3 strategi perniagaan Steve Jobs…

  1. Fikir berbeza
    Slogan Apple satu masa dulu adalah “Think Different”. Slogan yang begitu simple, tetapi memberi makna yang hebat.

    Dalam perniagaan, kita perlu ciptakan perbezaan dalam perniagaan kita. Kita tidak boleh lakukan perkara yang sama dengan pesaing kita oleh kerana, ia tidak dapat membezakan kita dan pesaing. Untuk mendapat pasaran perniagaan yang lebih besar, cari kelainan dan ciptakan perbezaan untuk perniagaan kita. Sama ada pada harga, pada kualiti, pada kecepatan, pada perkhdmatan, pada rekabentuk dan sebagainya.

    Apple berjaya mencipta kelainan daripada pesaing-pesaing oleh kerana menitik berat aspek kualiti dan rekabentuk gajet yang unik dan cantik seperti iPad, iPod, iPhone dan sebagainya!

  2. Komunikasi dalam perniagaan
    Steve Jobs bukan sahaja pakar dalam bidang perniagaan, tetapi juga pakar dalam bidang komunikasi. Setiap kali pelancaran produk Apple, Steve Jobs akan turun padang dan memberi persembahan/talk ringkas mengenai produk terbarunya.

    Steve Jobs sering mendapat pujian dari segi komunikasinya yang amat mudah dan boleh mencapai pelbagai usia dan latar belakang. Dalam perniagaan, komunikasi adalah amat penting, hinggakan kejayaan sesuatu perniagaan bergantung kepada komunikasi yang efektif.

    Untuk berjaya, kita perlu tahu produk dan perkhidmatan kita secara meneyluruh dan boleh menyampaikannya kepada orang lain dengan mudah, bertenaga, dan penuh passion!

  3. Keep it simple
    Permudahkan perniagaan kita. Steve Jobs menekankan ‘simplicity’ dalam hidupnya, bukan sahaja dalam produk-produk yang dihasilkan oleh Apple yang menggunakan konsep minimalis, tetapi juga dalam hidup harian dirumahnya dilaporkan menggunakan konsep Zen dan tidak mempunyai banyak perabot!

    Dari segi perniagaan, dengan memudahkan segala urusan – jual beli, rekacipta, laman web, pemasaran, dan lain-lain, ia juga memudahkan pelanggan. Dengan menggunakan konsep ‘simple’, dalam perniagaan, ia dapat menarik lebih ramai pengguna dari berbagai lapisan masyarakat! Permudahkan urusan perniagaan anda dalam pelbagai aspek.

    Mudah idea -idea ini dapat membantu anda dalam perniagaan anda.

Psikologi perniagaan pusat membeli belah

shopping_bags.jpg

Bila kita masuk pusat membeli belah, berbagai-bagai psikologi perniagaan digunakan untuk menarik pembeli. Dari harga, muzik yang dimainkan, lokasi produk telah dirancang dengan rapi untuk menarik emosi pembeli untuk membuat belian. Perasan tak anda antara psikologi perniagaan termasuk…

  • Produk-produk yang kecil seperti gula-gula, majalah, diletakkan disebelah kanan kaunter bayaran– hanya kerana kebanyakan antara kita cenderung menggunakan tangan kanan. Lokasi produk2 kecil ini di kaunter memudahkan kita membelinya dengan tidak fikir panjang dan terus mencapainya- penambahan belian kecil RM2 dari seorang pelanggan boleh menjadi RM2juta untuk setiap pelanggan di semua cawangan pasaraya!
  • Muzik-muzik yang dimainkan seringkali muzik berunsur gembira dan popular untuk menaikkan mood pelawat supaya turut bergembira. Bila pelawat gembira, maka lebih mudah dan banyak belian dilakukan! Begitu juga dengan gambar-gambar orang/keluarga gembira digunakan di sekeliling pasaraya- menarik psikologi orang untuk turut gembira.
  • Harga produk sering kali tidak dibulatkan ke jumlah puluh terdekat supaya nampak murah seperti – RM29.90 dan bukan RM30.00. Ini menggalakkan belian 😉

Apa lagi psikologi perniagaan/pasaraya yang anda perasan? Kongsikan di sini…. 😉

Idea perniagaan ketika di Australia

Minggu lepas saya baru pulang dari bercuti di Australia. Jauh perjalanan luas pandangan. Antara sebab saya suka melancong (selain bercuti dan berehat) adalah mencari idea-idea perniagaan di luar negara. Ketika mencari idea perniagaan di Gold Coast, terdapat beberapa perniagaan yang menarik minat saya. Sekadar berkongsi apa yang bermain dalam fikiran saya, berikut adalah beberapa contoh…

  • Mini Golf. Rasanya di Malaysia belum ada lagi mini golf course. Padang golf dan driving range yang besar-besar tu memang ada. Tetapi, mini golf ni, adalah seperti taman golf kecil rekreasi untuk seisi keluarga. Bermian golf di taman kecil bersama keluarga adalah sesuatu yang menghiburkan! Satu idea yang menarik untuk di bawa ke Malaysia. Klik di sini untuk laman web mini golf di Australia
  • Mesin Sewa DVD. Sebabkan saya minat menonton DVD, mata aya terpaku dnegan satu mesin sewa DVD ketika berjalan-jalan di Surfer’s Paradise. Ya, seperti mesin Coca-Cola dan minuman gas di Malaysia, di sini, terdapat Mesin sewa DVD! Pengguna boleh pergi ke mesin tersebut (saiznya lebih kurang sama seperti mesin air berkarbonat), dan memilih DVD yang ingin di pinjam. Apabila selepas menonton, boleh pulangkan kan DVD tersebut di mesin itu. Hmmm… mungkin idea yang baik di Malaysia kerana 1.DVD adalah mahal untuk dibeli 2. Untuk mengelakkan cetak rompak DVD, pilihan menyewa DVD original pada harga yang rendah adalah satu pilihan yang baik!
  • T-Shirt kelakar. Rasanya di Malaysia sudah ada, tetapi, masih belum meluas- iaitu Baju T yang ditulis jokes atau lawak jenaka. Satu baju T yang saya terbaca adalah “My Friend Went To Gold Coast and all he bought me is this lousy T Shirt”! mungkin saya boleh belikan T Shirt ini untuk kawan-kawan saya di Malaysia nanti… ;)Mungkin juga Baju T kelakar berbahasa Malaysia juga belum meluas lagi di pasaran. Oleh kerana lawak jenaka adalah suatu yang universal, ia merupakan sesuatu yang boleh diterima oleh semua orang. Siapa yang tidak suka ketawa bukan?

Sememangnya jauh perjalanan, luas pandangan. Memang banyak idea-idea perniagaan yang saya dapat di sini dan boleh di bawa ke Malaysia. Mungkin satu hari nanti saya akan kongsikan banyak lagi dengan anda.

Tetapi, dengan zaman yang serba canggih hari ini, tidak semestinya kita ke luar negara. Seperti contoh-contoh saya di atas, ianya boleh didapati melalui Internet! Jangan jadikan alasan sebagai penghalang mencari idea. Hendak seribu daya, tak mahu seribu dalih. Idea perniagaan ada di mana-mana… di keliling anda ketika ini, ataupun di Internet!

Alhamdulillah beberapa idea perniagaan yang saya dapat di sana akan di bawa ke Malaysia (bukan yang tersenarai di atas!). Insyaallah dengan sedikit perancangan, saya akan umumkan tak lama lagi 😉

ps: Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan tetapi tidak tahu caranya, Revolusi Media Sosial akan membantu anda cara memulakan apa sahaja perniagaan dan menggunakan Internet untuk mempromosikan perniagaan anda. Tahun ini, Revolusi Media Sosial dijalankan di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuala Terengganu. Klik di sini untuk maklumat lanjut dan daftar sebelum tempat dipenuhi!

Mendapatkan pelanggan menggunakan BLOG atau FACEBOOK?

Tak kira apa sahaja perniagaan yang anda jalankan, atau ingin mulakan, peluangnya adalah perniagaan tersebut sedia mempunyai pesaing. Sering kali, pesaing yang ramai.

Oleh itu, bagaimana caranya untuk mendapat dan merebut pelanggan dikalangan pesaing anda?

Salah satunya adalah dengan menggunakan Internet untuk mendapat pelanggan tanpa had kepada apa sahaja perniagaan anda.

Secara offline, mungkin kita dapat berjumpa dengan 2-3 prospek perniagaan sahaja sehari. Namun, dengan adanya Internet, anda boleh “berjumpa” 200-300 atau 2000-3000 atau lebih sejari! Bayangkan sambutan pada perniagaan anda dengan penambahan prospek sebegini.

Apa yang anda perlukan sebagai permulaan adalah – akaun Facebook (mungkin anda sudah sedia punyai) dan juga Blog. Soalannya, blog atau Facebook adalah baik? Jawapannya…

  • Blog berfungsi sebagai platform promosi perniagaan anda oleh kerana enjin pencari seperti Google, Yahoo & MSN lebih cenderung menyenaraikan blog di hadapan enjin pencari secara percuma- tiada kos kepada anda!
  • Facebook pula berfungsi sebagai platform membina hubungan bersama prospek dan pelanggan anda. Membina hubungan adalah amat penting dalam membina jenama (seperti yang dikongsikan di FORMULA FACEBOOK)

Gabungan Blog + Facebook adalah senjata utama dalam mendapat pelanggan tanpahad untuk apa sahaja perniagaan anda- tak kira produk, perkhidmatan atau perniagaan sedia ada secara offline! Keduanya adalah baik.

Domain name perniagaan .com.my lebih baik

Mengapa domain name .my, .com.my, .net.my, .org.my dan domain name tempatan yang lain adalah lebih baik?

Satu sebab yang amat penting adalah domain name tempatan seperti di atas akan mendapat tempat yang lebih baik di enjin pencari apabila seseorang melakukan carian tempatan.

Kini, enjin pencari seperti Google mempunyai pilihan kepada pengguna untuk melakukan carian internasional atau carian tempatan. Bagi mereka yang menggunakan domain name tempatan seperti .my, .com.my, .net.my, .org.my akan mendapat kelebihan promosi percuma ini.

Sekiranya anda mempunyai perniagaan Internet tempatan, atau baru hendak memulakan web presence anda, pastikan anda mendapatkan domain name berakhir .my untuk mendapat kelebihan di enjin pencari.

Jadikan diri sebagai duta perniagaan

Sekiranya kita melihat perniagaan-perniagaan yang berjaya, kebanyakannya sedia mempunyai seorang personaliti, contoh, Tony Fernandez untuk Air Asia, Bill Gates untuk Microsoft, Steve Jobs untuk Apple.

Sekiranya anda ingin mulakan perniagaan, jadikan diri anda “personaliti” dan “duta” kepada perniagaan anda. Manusia lebih mudah berhubung dengan “orang” berbanding dengan produk, perkhidmatan atau perniagaan.

jobs1.jpg
Steve Jobs sebagai duta produk sendiri – Ipad!

  1. Langkah pertama untuk menjadi “personaliti” kepada perniagaan kita adalah pastikan perniagaan yang kita jalankan “ngam” dengan diri kita sendiri. Maksudnya, sekiranya jual produk kesihatan, pastikan diri kita sedia sihat tubuh badan. Kalau jual produk kecantikan, pastikan diri kita juga boleh tahan cantik juga. Kalau jual produk IT, pastikan diri kita tak pula buta IT! Dapatkan produk yang terbaik untuk diri kita… yang paling ngam!
  2. Langkah kedua dan amat penting adalah, asahkan skil komunikasi anda, terutamanya dalam menyampaikan maklumat, idea, info mengenai perniagaan yang anda jalankan. Practice makes perfect. Latih diri sendiri beratus kali dalam berkomunikasi mengenai produk dan perkhidmatan yang kita ingin niagakan. Sehingga perniagaan dan komunikasi anda menjadi sebati.

Jadilah “duta” kepada perniagaan anda sendiri seperti perniagaan-perniagaan yang berjaya lain!