Category Archives: Tip Perniagaan

IK Podcast @ BFM89.9fm

podcast21.pngMinggu lepas saya ada letakkan Podcast saya di Tip Satu Minit, tapi tah kenapa, dapat ramai orang kata sejak masukkan podcast tu di blog, ramai tak dapat access blog ni… so, saya dah keluarkan Podcast tersebut sementara cari, apa masalahnya…

Sementara itu, untuk mendengar podcast saya di BFM, yang kini dah ada 2 siri, boleh dengar secara terus di laman web BFM. Di bawah saya sertakan linknya untuk Siri 1 dan juga Siri 2 🙂

Enjoy!

Podcast 1: The Importance of an Internet Presence – Irfan Khairi (20 min)

Podcast 2: Starting an Internet Business – Irfan Khairi (25 min) latest.gif
.
Minggu depan (Rabu) saya akan kongsikan tentang program Affiliate pula. Boleh dengar secara live di BFM 89.9FM (Lembah Klang only) jam 1 tengah hari.

Krisis adalah waktu perniagaan perlukan perubahan

Adakalanya dalam menjalankan perniagaan, anda menghadapi sesuatu krisis. Apa yang anda perlu lakukan?

Berhenti sejenak dan fikirkan mengenai mesej yang tersirat dalam krisis tersebut.

Dalam perniagaan (atau kehidupan harian), krisis merupakan satu petanda bahawa sesuatu yang dilakukan adalah salah/tidak betul. Sekiranya anda lakukan perkara yang sama sahaja, maka ia akan menjadi semakin teruk. Oleh itu, berfikir sejenak, apakah perubahan yang perlu anda lakukan dalam perniagaan anda?

Boleh dilihat dalam sejarah perniagaan, banyak perniagaan mengambil kesempatan sesuatu krisis untuk melakukan perubahan. Donald Trump pernah berhutang USD1billion satu masa dahulu, dan menganggapnya sebagai satu “turning point” untuk mengubahkan perniagaannya. Malaysian Airlines juga, pernah menggunakan krisis untuk mengubahkan strateginya dan mengubahkan kerugian kepada keuntungan. Bagi perniagaan-perniagaan kecil juga, perlu mencontohi keadaan ini.

Sekiranya perniagaan anda mengalami sesuati krisis, ia adalah petanda sesuatu perubahan perlu dilakukan! 🙂

ps: Sekiranya anda ingin pelajari cara memulakan perniagaan Internet dari rumah, klik di sini untuk keterangan lanjut.

Minggu Pelanggan Tanpa Had: Pertemuan kali pertama = penampilan & keyakinan

Bila menjalankan perniagaan perkhidmatan, perhubungan pertama (first contact) adalah penting. Dan waktu paling penting sekali adalah minit pertama pertemuan dengan bakal pelanggan. Bak kata Mat Salleh…

First impression lasts forever

Di sini lah penampilan & keyakinan kita memainkan peranan penting.

Penampilan:

Bagi mereka yang “kureng” sikit bab-bab dressing (macam saya 🙂 ), nasihat saya, dapatkan majalah-majalah lifestyle yang berada di pasaran. Bagi lelaki, majalah MASKULIN is good dan bagi wanita, majalah NUR is good too. Keduanya mempunyai sisipan grooming & fashion. So, ini yang anda perlukan untuk memperbaiki penampilan diri anda.

Bakal pelanggan akan lebih yakin dengan penampilan yang lebih menarik oleh kerana first impression lasts forever!

Keyakinan:

Di sini, malu-malu kucing takkan menjadi. So, kena buang perasaan malu tu dan ctunjukkan keyakinan diri. Sekiranya anda “kureng” bab keyakinan berdepan dengan pelanggan, nasihat saya adalah untuk anda rajin practice. Practice di hadapan cermin apa yang anda hendak katakan pada pertemuan pertama. Sediakan beberapa “skrip” yang berkaitan dengan keadaan. Practice bercakap… practice senyum di cermin. Kalau anda malu practice bersendirian dihadapan diri anda… apatah lagi hendak berdepan dengan orang bukan?

Dengan penampilan & keyakinan yang tinggi, pastinya kita akan memberi good first impression kepada prospek kita. Dan lebih dekat prospek itu akan menjadi pelanggan 🙂

Boleh tak anda berikan juga tips penampilan & keyakinan… so, dapat bantu sesama kita 🙂 Tinggalkan tip anda di sini!

Minggu Pelanggan Tanpa Had: Kumpulan referal profesional

Salah satu cara terbaik untuk menambahkan pelanggan perkhidmatan kita adalah referal (recommendation) dari profesional yang lain.

Kita sering fikirkan recommendation datangnya daripada pelanggan-pelanggan sedia ada. Memang betul!

Tetapi, kita juga perlu ada sekumpulan profesional yang saling recommend produk dan perkhidmatan masing-masing.

Contoh, baru-baru ini saya membeli rumah dari seorang agent hartanah. Agent hartanah tersebut mempunyai satu kumpulan referal profesional seperti…

  • Peguam (untuk mengendalikan soal undang-undang berkaitan rumah pelanggan)
  • Bank (untuk mengendalikan pinjaman bank pelanggan)
  • Financial Advisor (untuk menasihatkan tentang investment pelanggan)

Dengan mempunyai satu kumpulan referal professional seperti ini, ia bukan sahaja memudahkan kerja agent hartanah tersebut, tetapi juga kumpulan profesionalnya juga akan sering menghantar pelanggan kepadanya untuk melipatkali gandakan pelanggan!

Kiranya satu keadaan win-win!

So, dalam menambahkan pelanggan perkhidmatan anda, bukan sahaja fikirkan referal dari pelanggan, dari orang ramai… tetapi juga golongan profesional-profesional lain yang berkaitan dengan industri anda untuk melipat kali gandakan pelanggan.

Dapatkan kumpulan referal profesional untuk perkhidmatan anda! 🙂

Keuntungan perniagaan daripada pelanggan-pelanggan yang lepas

Dalam keadaan ekonomi yang gawat kini, ianya merupakan satu cabaran dalam perniagaan untuk mendapatkan pelanggan-pelanggan baru. Persaingan semakin sengit, serta kuasa belian semakin kurang.

Satu cara untuk meningkatkan keuntungan perniagaan anda adalah dengan cara mencapai pelanggan-pelanggan lama anda. Ini kerana, ianya difahami bahawa…

Untuk mendapatkan pelanggan *baru* adalah jauh lebih sukar daripada mendapat pelanggan daripada pelanggan-pelanggan yang lepas (past customers).

So, rujuk kembali database pelanggan-pelanggan atau client anda yang lepas. Ciptakan satu produk atau perkhidmatan untuk golongan ini. Dengan mencapai pelanggan/client yang lepas, 3 perkara penting ini telahpun berlaku:

  • Pelanggan lepas sudah sedia percayakan anda.
  • Pelanggan lepas sudah selesa dengan kaedah transaksi perniagaan anda.
  • Pelanggan lepas sudah tahu kredibiliti perniagaan anda.

so, bagaimana untuk menambahkan keuntungan perniagaan ketika kegawatan ekonomi? Antara caranya adalah- sasarkan pelanggan/client anda yang lepas 🙂

Gambar profesional di laman web perniagaan Internet

Salah satu cara untuk meningkatkan kepercayaan orang ramai pada laman web kita adalah dengan memuatkan gambar-gambar dalam laman web.

Tetapi, berhati-hati kerana meletakkan gambar yang tidak berkualiti, ataupun tidak profesional sebenarnya akan menjatuhkan kredibiliti dan keyakinan orang ramai terhadap sesuatu laman web pula!

Di sini satu contoh asas fotografi yang anda boleh gunakan untuk produk laman web anda: “Latar belakang yang bersih”

bagbg.jpg

Nampak tak perbezaan kualiti gambar yang diambil dengan hanya memahami asas fotografi? Pastinya gambar berlatar belakang bersih memberi impak yang lebih kepada produk anda!

Tip ini di ambil dari ebook “33 Rahsia Merakam Gambar Menarik Dengan Hanya Mengetahui Asas Fotografi” oleh Noorizam Sabran (Ijam)

Berita baiknya adalah, Ijam, salah seorang Apprentice program Online Mentoring RahsiaInternet.com telah menyediakan ebook percuma ini untuk anda memahami 33 Asas penting fotografi untuk menjadikan gambar-gambar anda lebih cantik & profesional.

Sekiranya anda ingin pelajarinya, dapatkan ebook percuma ini dari sini: “33 Rahsia Merakam Gambar Menarik Dengan Hanya Mengetahui Asas Fotografi”

Thanks to Ijam for a great free product!

Bukan setakat gambar untuk laman web anda sahaja, melalui ebook percuma ini, anda juga dapat ambil gambar-gambar anda bersama keluarga yang lebih profesional gitu! 🙂

So, download the free ebook untuk mendapat tip-tip fotografi untuk perniagaan Internet anda 🙂

Di mana letaknya fokus anda

Teringat satu kisah saya terbaca lebih kurang begini…

Ada satu kilang ni, tiba-tiba terhenti segala jentera/peralatan kerana mengalami masalah peralatannya. So, pemilik kilang ini pun terpaksa panggil seorang expert/pakar untuk periksa seluruh peralatan, saluran elektrik, paip-paip dan segalanya. Bila pakar tersebut sampai ke kilang, beliau pun periksa, dengan hanya sebuah notepad dan pen sahaja berjalan dan menjenguk saluran elektrik dan paip…
Masuk hari kedua, sambil berjalan-jalan dalam kilang (sambil diperhatikan oleh pemilik), beliau bersuara…

“Aha! ni lah masalah dia!” sambil mengambil kapur dalam poket seluarnya, dan menandakan “X” pada salah satu saluran paip.

Pemilik kilang pun, berterima kasih, kerana kini beliau tahu masalahnya dan boleh memanggil engineer untuk memperbaiki paip tersebut.

Keesokan harinya pula, pemilik kilang terkejut kerana menerima bil daripada pakar tersebut. Bil nya menunjukan RM20,000!

Ha!??? Dengan hanya menandakan X pada satu saluran paip, aku kena charge sampai RM20,000!

Tak puas hati punya pasal, pemilik kilang minta pakar ni beri pembahagian bayarannya kerana, sudah pasti, takkan sebab taruh pangkah X je dah kena charge RM20,000.

Keesokan harinya, pemilik kilang menerima pembahagian bil. Dalam bil tersebut tertulis:

  • Harga kapur untuk menandakan X                            RM 1.00
  • Harga mengetahui di mana meletakkan X                  RM 19,999

🙂
Motif cerita…

Dalam hidup, untuk berjaya dalam perniagaan/hidup/kewangan dan apa sahaja, kita kena tahu di mana kita perlu letakkan X kita. Ini adalah kunci kejayaan yang paling utama.

Anggap kapur tersebut adalah apa yang kita ada (kepakaran/kewangan/motivasi/ masa atau apa sahaja). Dan X adalah di mana kita meletakkan apa yang kita ada di tempat/keadaan yang sebaiknya.

X adalah fokus kita dalam hidup. Kebolehan anda untuk memilih waktu yang sesuai, tempat yang sesuai, dan aktiviti yang sesuai untuk meletakkan X anda supaya memberi impak yang TERBAIK dalam hidup anda adalah kunci untuk mengoptimakan hidup kita sendiri.

Promosi dua bulan lepas, keputusan hari ini

Dalam perniagaan Internet dan juga perniagaan bukan Internet, promosi adalah amat-amat-amat penting. Kita pun tahu 94% kegagalan perniagaan adalah kerana tidak melakukan promosi.

Promosi perlu dilakukan secara berterusan- non stop. Sekiranya kita berhenti promosi, maka, keuntungan pun akan berhenti juga. Bererti, kalau kita rasa perniagaan kita sudah hebat oleh kerana kita dah melakukan promosi, sekiranya kita berhenti promosi… mungkin sebulan dua akan datang, keuntungan pula akan kurang.

Dalam kata lain, keuntungan kita hari ini adalah hasil promosi kita dua bulan lepas!

Jadi, kalau kita berhenti promosi hari ini, ia pastinya akan menganggu keuntungan kita akan datang.

Ada yang tanya… business IK dah hebat. IK tak perlu promosi pun, ramai pelanggan.

Jawapan: Betul ke saya tak perlu promosi? Selang 2 hari, saya tulis blog… selang seminggu saya tulis newsletter RahsiaInternet… Setiap bulan saya tulis artikel untuk beberapa majalah. Tak lupa pula radio & TV promotion 🙂

So, if perniagaan saya pun, saya promosi hampir every day untuk berjaya, perniagaan anda juga perlu promosi everyday untuk berjaya 🙂

Jangan lupa, promosi should be non-stop! 🙂

Menjadi perniagaan pertama atau pioneer tidak menjanjikan kejayaan

Pastinya anda pernah dengar mengenai PERNIAGAAN PERTAMA di pasaran akan mendapat perhatian orang ramai dan mendapat pelanggan yang lebih ramai.

  • Seperti Coca-cola menjadi perhatian kerana merupakan air karbonat pertama
  • Seperti Colgate menjadi pilihan kerana merupakan ubat gigi pertama
  • Seperti IK mendapat perhatian kerana merupakan pakar perniagaan Internet pertama
  • Seperti Dato Dr Fadzilah kamsah menjadi piliham kerana seroang motivator pertama

Tetapi, sejauh manakah ini betul? Betul ke kalau kita merupakan perniagaan pertama sekali, pastinya ramai yang akan memberi perhatian? Sejauh manakah point di atas ni betul? Kerana…

  • Coca-cola bukanlah soft drink pertama!
  • Colgate bukanlah ubat gigi pertama di pasaran!
  • IK semestinya bukan Internet Marketer mula-mula sekali di Malaysia!
  • Sama juga my sifu Dato Dr Fadzilah Kamsah pun bukan motivator yang pertama!

Sebenarnya, perniagaan pertama, atau lebih dikenali sebagai “Pioneer” TIDAK menjanjikan perniagaan kita akan jadi top, dan menjadi pilihan.

Apa yang patut di ambil kira adalah perniagaan yang PERTAMA MENDOMINASI FIKIRAN ORANG RAMAI.

Jadi, tak semestinya sekiranya anda THE FIRST business. Ataupun PIONEER. Ataupun the FIRST COMER. Ia tidak menjanjikan sebarang keuntungan perniagaan.

Strategi yang sebenar adalah untuk menjadi pertama mendominasikan fikiran orang ramai dengan mesej perniagaan anda. Menjadi perniagaan pertama di pasaran akan memberi peluang yang lebih luas untuk melakukan ini. Tetapi, sekiranya tidak dilakukan dengan baik… nanti pesaing kedua… ketiga… keempat… atau kelima pula yang akan dominasikan fikiran pengguna.

Bila mendapatkan pekerja untuk perniagaan

Dalam mencari pekerja untuk perniagaan anda, anda tak tahu apa yang anda akan dapat. Bak kata Forrest Gump: “Life is like a box of chocolate. You’ll never know what you’re gonna get”. Samalah dengan mencari pekerja mengendalikan perniagan anda.

Bila menemubual, ada yang datang berpakaian smart habis, segak, berkeyakinan bila bercakap, tetapi, bila sudah menjadi pekerja later on kita find out dia tidak boleh diharap. Ada juga yang datang untuk temubual, datang selekeh, tak pandai bercakap, gaya tidak berkeyakinan… tetapi, later on kita dapati dia seorang yang pintar untuk perniagaan!

Just think about it. Dalam temubual, pastinya semua orang sudah bersedia untuk memberi tanggapan pertama yang menarik dan terbaik. Sama ada dia seorang yang jujur, atau pun tidak. Pastinya ia tidak dapat dilihat ketika temubual. Mempunyai pekerja boleh menjadi satu risiko untuk sesuatu perniagaan.

Jadi perlu buat apa?

Nasihat terbaik saya dapati dari Donald Trump. Katanya:

Hire the best people, and don’t trust them! (Buku Think Big, ms 154)

Donald Trump menceritakan pengalaman dirinya dan juga kenalan ahli perniagaannya yang melakukan kesilapan mendapatkan peguam terbaik, accountant terbaik, pekerja terbaik dan mempercayai mereka. Apa yang terjadi adalah, mereka menikam dari belakang.

So, next time anda mencari pekerja… ataupun dengan pekerja anda yang sedia ada, pastikan anda tahu segala-galanya yang dilakukan terutamanya yang melibatkan wang. Kerana “You’ll never know what you’re gonna get”! 🙂

ps: Siapa ada pengalaman (sendiri/keluarga/kenalan) mengenai pekerja yang tak jujur, apa kata kongsikan pengalaman tersebut di sini. Supaya kita semua sedia maklum perkara-perkara sebegini boleh terjadi.