Terima kasih atas ucapan takziah dan doa anda semua.
Life goes on!
Anda perlu menjadi seperti personaliti perniagaan anda. Maksudnya, sekiraya anda menjual barangan untuk bersenam, pastikan diri anda juga selalu bersenam dan mempunyai gaya hidup yang sihat.
Sekiranya anda menjual barang kecantikan, pastikan anda juga menggunakan barangan kecantikan tersebut dan mencantikkan diri anda sendiri.
Sekiranya anda seorang pakar motivasi, anda juga perlu mempunyai motivasi yang tinggi dan mengamalkan apa yang anda ajar.
Teringat saya pesan Dato Dr Fadzillah Kamsah, takkan pula nak jual ubat jerawat, tapi wajah kita dipenuhi jerawat!
Ini penting kerana anda sendiri menjadi iklan kepada perniagaan anda. Patikan anda hidupkan nilai-nilai dan gaya perniagaan anda oleh kerana anda adalah personaliti perniagaan anda!
Ramai yang fikir, untuk memulakan perniagaan Internet, kita perlu ciptakan produk sendiri seperti ebook, atau menulis buku, atau membuat kraftangan sendiri, atau menjahit baju sendiri… dan sebagainya.
Pada asasnya, perniagaan Internet adalah seperti perniagaan bukan Internet. Tidak semestinya anda perlu ciptakan produk sendiri from scratch. Berikut adalah 2 idea mudah…
Pergi ke kedai buku, dan lihat senarai best seller. Dapatkan buku-buku best seller daripada penerbit (maklumat penerbit terdapat di muka pertama buku) pada harga diskaun (biasanya 40% diskaun). Jual di Internet pada harga kedai, iaitu 40% keuntungan. Perniagaan Internet anda fokus pada menjual buku-buku best seller sahaja- sudah semestinya mempunyai permintaan!
Pergi ke pusat pemborong dan beli beberapa ukiran ayat Al-Quran- di Malaysia harga ukiran kayu adalah amat rendah berbanding luar Malaysia. Bina satu laman web bernama QuranCarves.com- laman web yang fokus kepada ukiran-ukiran Al-Quran dan menjual ukiran-ukiran tersebut ke pasaran global yang sedia membeli pada US dollar (harga lebih tinggi).
Teringat saya tentang Ray Croc- pemilik McDonalds. Satu masa dulu, beliau melihat burger-burger yang dihasilkan oleh adik beradik McDonalds, membeli burger dan sistem yang dicipta oleh mereka, dan menjual semula kepada pelanggan! Bukan Ray Croc yang mencipta burger tersebut, tetapi beliau melihat peluang, beli dan menjualkannya semula!
Seperti perniagaan bukan Internet, tidak semestinya anda menjual produk yang anda ciptakan sendiri. Anda boleh beli daripada A dan jual kepada B. Model perniagaan yang amat mudah, tetapi mereka yang masih baru lagi di Internet tidak nampak.
Hari Khamis (malam Jumaat) lepas saya dijemput untuk keudara di radio IKIM bersama Ustaz Zamri. Kali pertama bersama radio IKIM!
Topik perbincangan adalah mengenai buku terbaru saya- Nota Jutawan, Nota Motivasi yang kini sednag hangat di pasaran! Oh ya, bagi mereka yang belum tengok klip review buku saya di WW bersama Dangsuria, boleh klik pada YouTube di bawah…
Nota Jutawan, Nota Motivasi boleh didapati di kedai-kedai buku ataupun secara online di sini…
Radio IKIM menerima pemanggil ketika itu (yang turut memenangi buku saya!) dan salah satu soalan pemanggil yang saya ingin kongsikan…
Yang mana lebih hebat dan efektif: Motivasi secara dorongan, bimbingan dan galakan ATAU motiasi secara tekanan, cabaran dan dicabar?
Pada pendapat saya, kedua-duanya SAMA penting. Tetapi, jika diberi pilihan yang mana lebih hebat dan efektif, jawapan saya adalah: Tekanan, Cabaran dan perasaan di cabar!
Ini kerana, sekiranya kita lihat mana-mana jutawan atau usahawan yang berjaya kini, dan mengkaji latar belakang mereka, hampir kesemuanya (yang self-made millionaires) bermula dengan kesusahan dan kedaifan. Ini merupakan TEKANAN.
Maksud DICABAR pula, saya sebutkan bahawa, tidak semestinya dalam konteks “kawan kita cabar kita untuk berjaya… atau keluarga kita cabar kita untuk berjaya”. Tetapi, DICABAR dengan diri sendiri. Tercabar dengan keadaan sekeliling.
Mungkin kita lihat keadaan kewangan kita sekarang ni yang agak sukar, maka, kita terasa tercabar dengan keadaan sendiri.
Mungkin kita lihat orang lain punyai rumah bunglow besar-besar, kereta besar, hand phone je kecik, maka kita pun tercabar dengan keadaan sekeliling.
Mungkin juga anda sendiri dicabar oleh seseorang!
“Cabaran” adalah satu makanisma untuk kita bersaing dengan diri sendiri.
Istilah mat salleh berbunyi “Stop Living In The Past… Start Living in The Future”
Maksudnya, sering fikirkan masa hadapan. Abaikan apa yang telah berlaku semalam, minggu lepas, bulan lepas dan tahun lepas- walaupun ianya adalah kejayaan.
Segala yang lepas, bukannya anda boleh ubahkan lagi. Tetapi, anda boleh ubahkan masa hadapan anda.
Saya sering abaikan pencapaian saya yang lepas. Sebab itu sering saya usahakan pencapaian yang baru!
ps: Malam ini, Khamis 31hb Januari, terdapat taklimat MIBO “MIBO Discovery” akan diadakan di Hilton KL (KL Sentral) jam 8.00mlm – 10.00mlm. Bagi anda yang berminat untuk mengikuti taklimat MIBO, jangan lepaskan kali ini… (2 hari lepas diadakan di Klang, ramai yang hadir & join MIBO- walaupun hujan lebat!)
Saya kini berada di Singapura, Workshop Jutawan Internet, Singapore went well semalam. Thanks to Abang Abu and team Now Asia! Kini tengah tunggu flight balik ke KLIA.
Semalam juga Radio Singapura interview saya dan salah satu soalan adalah:
Bagaimana Irfan membahagikan masa- perniagaan, keluarga, memberi talk, TV, radio dan perniagaan Internet?
Jawapan saya adalah:
Seperti budak-budak sekolah yang mempunyai jadual waktu, saya juga mempunyai jadual waktu yang ditetapkan. Time slot sekian-sekian, saya lakukan kerja A. Time slot sekian-sekian, saya lakukan kerja B… dan seterusnya. Jadual waktu satu minggu seperti di sekolah!
Dengan menjadualkan waktu anda seperti “time table” masa kita di sekolah dulu, ia memberi waktu kita lebih teratur. Bayangkan sekiranya di sekolah, tiada time table. Tidakkah serabut jadinya?
Hari ini saya menjalankan rakaman JUTAWAN! bersama pakar motivasi yang tidak perlu saya perkenalkan lagi, Dato Dr Fadzilah Kamsah. Pertama kali bersua dan beramah mesra dengan Dato’, sambil minum kopi, memang seronok. Sejak belajar lagi saya berangan akan bertemu DFK di arena yang sama, kini sudah bertemu.
Walaupun kami di bawah label yang sama, Telaga Biru, tapi, inilah kali pertama saya berjumpa DFK- kedua-dua sibuk! Oh ya, buku terbaru DFK, “Petua Menangani Stress” dilancarkan serentak dengan “Nota Jutawan, Nota Motivasi”. Kalau pergi ke kedai, jangan lupa dapatkan kedua buah buku ini!
DFK bila bersemuka, memang gayanya sama seperti di TV. Memang beliau amat peramah dan buat saya rasa senang berbual. 3 jam bersamanya (1 jam rakaman Jutawan… lagi 2 jam, berbual-bual!), terasa sekejap sahaja. Dan dalam waktu yang suntuk itu, banyak saya pelajari bagaimana beliau dapat menjadi motivator utama Malaysia! Insyaallah saya akan aplikasikan 😉
Pengumuman hari ini:
Program bicarawara JUTAWAN bersama Irfan Khairi kini di slot baru (ya… tukar lagi!) ke setiap hari Rabu jam 7.15malam.
Mengapa ditukar lagi? Alhamdulillah, Jutawan adalah antara top rated shows di Radio24 dan diberitahu hari Rabu adalah hari paling ramai pendengar radio!
Rancangan bersama DFK akan disiarkan pada Rabu hadapan 7.15pm di radio24 93.9FM.
DFK memberi contoh dirinya sendiri, saya dan juga Chef Li. mencapai kejayaan dengan menjadi pioneer- tetapi, masih BANYAK lagi ruang pioneer di Malaysia!
Bagaimana hendak melihat peluang menjadi pioneer dalam perniagaan anda? jangan lepas “Jutawan bersama Irfan Khairi” minggu hadapan!
Special thanks to my good friend, soundman/pilot Muzamil for helping- ini kali pertama Jutawan dirakam di luar studio!
Untuk mencapai keuntungan RM1,000,000 dalam perniagaan Internet memerlukan usaha. Seringkali, sekiranya matlamat dilihat terlalu besar, mungkin ia melemahkan semangat kita. Caranya adalah, pecahkan matlamat perniagaan Internet anda kepada unit yang boleh di lihat dengan mudah.
Katakan anda ingin mencapai keuntungan RM1,000,000 dalam masa 5 tahun.
Ini bermakna, anda memerlukan keuntungan RM555 sehari! Masih nampak agak besar 🙂
Tetapi, apa kata anda gunakan ilmu aliran pendapatan berganda (multiple streams of income) dan anda menjalankan 5 perniagaan Internet serentak…
Ini bermakna, untuk setiap satu perniagaan Internet, anda hanya perlukan keuntungan RM111 sehari. Hmm… kecil sikit!
Pengiraan:
RM111 sehari x 5 laman web = RM555 sehari
RM555 x 365 hari (setahun) = RM202,575
RM202,575 x 5 tahun = RM1,012,875
Sekiranya matlamat anda untuk menjadi jutawan Internet dalam masa 5 tahun, pecahkan matlamat anda menjadi lebih kecil supaya mudah untuk dilihat.
Anda perlu 5 perniagaan Internet dalam masa 5 tahun- setiap satu laman web memerlukan keuntungan hanya RM111 sehari!
Contoh:
Sekiranya anda menjual produk katakan dengan keuntungan RM55. Ini bermakna, anda hanya perlu menjual 2 produk sahaja sehari untuk setiap perniagaan!
Mudah kan? Mungkin ia tidak mudah, tetapi, ia adalah matlamat yang agak reasonable untuk kita tuju 😉 Permudahkan matlamat besar anda dengan memecah kecilkannya.
Dalam perniagaan zaman sekarang ni, kemahiran berbahasa Inggeris memang penting. Dulu lain, sekarang lain. Dulu kita boleh get away kalau tak fasih English. Zaman sekarang tak boleh…
Khas untuk mereka yang kureng sikit dalam bahasa Inggeris, tak boleh guna lagi alasan…
Mendiang Lim Goh Tong tak pandai berbahasa Inggeris pun boleh berjaya dalam perniagaan sampai jadi billionaire!
Cuba perhatikan anak-anak Lim Goh Tong yang menerajui Genting kini… adakah mereka juga tidak pandai berbahasa Inggeris? Sudah tentunya tidak!
Zaman ini, zaman ICT, bagi mereka fasih berbahasa Inggeris, memang mempunyai banyak peluang perniagaan berbanding dengan mereka yang tidak fasih.
Sekiranya anda tak berapa pandai speaking, satu latihan yang anda boleh mula dari sekarang adalah, ambik buku yang menarik minat anda berbahasa Inggeris (tak kira, nak guna buku motivasi ke, buku perniagaan ke… komik pun boleh), bila membaca, baca kuat-kuat.
Bukan maksud saya baca kuat sampai jiran rumah sebelah boleh dengar. Baca “bersuara” lah katakan… perlahan pun tak mengapa asalkan suara keluar.
Cara ini adalah untuk menjadikan mulut & suara kita lebih fasih apabila bertutur dalam English. Kalau kita baca dalam hati sahaja, bibir & mulut kita tidak “exercise” sama. Tetapi, kalau baca bersuara, ia akan melatihkan mulut anda untuk lebih lancar berbahasa Inggeris… secara automatik grammar dan sebagaiya akan sebati dalam pertuturan anda.
Belum cuba belum tahu! 😉 tak pandai skipping takpe… jangan tak pandai speaking pula… perlahan-lahan dalam berlatih, lepas ni boleh ganti Ryan Seacrest!
Ramai yang tanya, berapa harganya lesen MIBO ni? Bagaimana caranya untuk mendapatkannya? Sekiranya berminat, apakah langkah seterusnya?
MIBO adalah sejenis peluang perniagaan yang yang dipakejkan produk-prduk ICT terkemuka Malaysia. Sebelum anda mengetahui harga lesen MIBO, tahukah anda berapa harganya untuk menjadi “Authorized Reseller” kepada syarikat-syarikat tersebut sekiranya dibeli secara individu?
Bagi yang tak pernah tahu, mungkin akan terkejut oleh kerana untuk memiliki hanya satu lesen “Authorized Reseller” akan memakan belanja sehingga RM100,000. Itu pun baru satu produk/perkhidmatan sahaja. Bagi yang inginkan kepastian, boleh hubungi syarikat2 tersebut…
Untuk memiliki lesen MIBO pula, ianya amat rendah sekiranya dibandingkan dengan cara memiliki lesen individu (sebab ini juga lesen terhad kepada 1,000 sahaja dan kini tinggal 750).
So, bersedia untuk mengetahui harga? 🙂
Harga sebuah lesen MIBO untuk membolehkan anda menjadi “Authorized Reseller” kepada produk dan perkhidmatan ICT tersebut adalah: RM25,000
Of course, ramai yang tersesak nafas membacanya 🙂
Di situlah kekuatan MIBO #5:
J & C Pacific dan Public Bank telah bekerjasama untuk menyediakan micro-financing tanpa risiko kepada usahawan-usahawan MIBO!
Seperti sekiranya anda ingin menjadi “Authorized Reseller” secara individu, mungkin anda perlu mengeluarkan modal RM10,000 dan RM90,000 anda mengambil pinjaman bank. Jangan lupa, punjaman bank secara konvensional, sekiranya anda tidak dapat membayar balik, anda akan diblack-listkan sehingga bankrupt…
Melalui MIBO, anda hanya perlukan modal RM2,500 sahaja untuk pendaftaran dan RM23,000 adalah pinjaman daripada Public Bank Berhad- tanpa risiko.
Berikut adalah klip berita di ASTRO PRIMA sempena MOU MIBO bersama Public Bank Berhad.
Maksudnya, sekiranya anda tidak dapat membayar balik, atau perniagaan anda sampai separuh jalan (harapnya tidak dengan bantuan training MIBO), J & C Pacific akan mengambil alih pinjaman anda dan anda tidak perlu lagi membayar pinjaman tersebut. Maka, anda juga tidak akan di black-listkan oleh bank negara Malaysia atau anda tidak perlu risau lagi kereta kena tarik… atau rumah kena tarik.
Jadi, dengan erti kata mudah, dengan hanya RM2,000 sahaja anda sudah boleh memiliki lesen MIBO dan mula menjadi Authorized Reseller kepada produk-produk ICT yang disebutkan. Kalau nak diikutkan, melalui MIBO, anda berjaya mendapat hak reseller dengan tidak perlu membayar beratus ratus ribu ringgit oleh kerana kesemuanya telah di pakejkan!
Tapi ingat, sebab itu hanya 750 lesen sahaja yang tinggal! Ramai usahawan veteren telah nampak peluang perniagaan di sini… kalau habis semuanya, memang J & C Pacific tidak dibenarkan menambahkan lesen.
*Nota tambahan: Ingin saya kongsikan, tahun lepas, antara rancangan syarikat saya (IKSB) adalah untuk menjadi reseller kepada Streamyx. Oleh kerana, saya fikir, saya buat workshop dan buat talks mengenai Internet diserata Malaysia, boleh saya dapat side income (back-end product) melalui menjual semula Streamyx.
Pada ketika itu, apabila ketahui untuk menjadi reseller streamyx sahaja memakan belanja RM100,000, terus saya kuburkan rancangan tersebut.
2 bulan sudah, apabila kali pertama MIBO menghampiri saya, saya amat terkejut apabila melihat kesemua produk ICT telah dipakejkan dibawah MIBO pada harga RM25,000 dengan pinjaman bank tanpa risiko! Satu bargain yang amat hebat untuk usahawan-usahawan ICT!
Bottom line, ada banyak lagi yang boleh diceritakan mengenai MIBO. Ada usahawan MIBO yang baru bermula, kini telah mendapat dalam lingkungan RM30,000 sebulan! MIBO juga mempunyai killer produk dan killer strategi untuk memastikan usahwan mereka berjaya. Semua maklumat tambahan, sekiranya anda berminat dan berkemampuan, boleh datang ke pejabat kami untuk pelajari lebih lanjut.
So, sekiranya anda benar-benar berminat dan dapat lihat peluang perniagaan ICT melalui MIBO:
Langkah pertama, perlu mampu bermodalkan RM2,000
Langkah kedua, untuk mendapatkan Public Bank loan, J & C Pacific yang akan uruskan, anda hanya perlu membawa salinan IC anda sahaja – tak perlu bank statement atau pendapatan anda kini dan sebelum ini- antara kekuatan MOU MIBO & Public Bank!
Sekiranya anda berkemampuan 2 langkah di atas, maka lebih mudah untuk kami ceritakan lebih mendalam kekuatan-kekuatan MIBO. Takut saya tulis di blog ni, tak sesuai pula sebab bukan semua orang minat menjadi usahawan ICT kan?
Tip satu minit hari ini:
Seperti apa jua perniagaan, ingin saya tekankan, mereka yang dapat melihat peluang perniagaan awal, sering kali adalah mereka yang mendapat pulangan paling tinggi. Bayangkan sekiranya di kawasan perumahan anda, anda seorang sahaja memiliki lesen MIBO- betapa banyaknya peluang untuk mendapat keuntungan seperti contoh-contoh sebelum ini!
Sekiranya ada soalan, boleh tanya di sini dan saya akan jawab apa yang termampu 🙂
Sebelum ceritakan mengenai bayaran lesen MIBO, perlu saya ceritakan sedikit mengenai MIBO dan syarikat yang mengendalikannya, iaitu J & C Pacific.
J & C Pacific adalah syarikat multi-million dan anak syarikat dibawah Green Packet Berhad. Green Packet adalah syarikat listed di papan utama Bursa Malaysia. Project keusahawanan MIBO juga mendapat sokongan Public Bank dari segi skim pembiayaan (esok lusa saya ceritakan)
J & C Pacific juga adalah syarikat yang dilesenkan oleh Kementerian Telekomunikasi dan Mutimedia (License No. ASP(C) 67/2007).
Kekuatan MIBO #4:
J & C Pacific juga akan memberi latihan/training dari segi jualan, leadership, pengurusan serta motivasi kepada pemegang lesen MIBO oleh kerana, konsep MIBO adalah, sekiranya pemegang lesen tidak berjaya, maka J & C Pacific pun tidak mendapat banyak keuntungan. Bukan setakat itu sahaja, J & C Pacific akan menyediakan infrastructure dari segi kesemua komisyen kepada pemegang reseller dari kesemua principal dapat dijejaki secara online.
*Ini juga menjawab soalan bahawa MIBO boleh dilakukan secara part-time oleh kerana segala tracking komisyen dilakukan online.
Satu perkara yang amat penting adalah, oleh kerana untuk memberi daya saingan kepada project dan konsep perniagaan MIBO ini, seperti yang anda ketahui dari videoclip temuramah saya di bernama, hanya 1,000 lesen MIBO sahaja di jual kepada individu. Kini, hanya 750 sahaja lesen yang tinggal!
Habis kesemua lesen ini, tiada lagi lesen akan di jual 🙂
*Sedikit pesanan peribadi saya, konsep MIBO mendapat kepercayaan dan endorsement oleh 2 individu yang anda kenali. Satu, saya lah… siapa lagi 🙂 seorang lagi adalah pakar motivasi & jutawan MLM Dato Dr Azman Chin. Kami bedua dapat melihat potensi keusahawanan MIBO ini, oleh sebab itu kami memberi sokongan sepenuhnya. Dato Azman Chin juga merupakan speaker & penasihat untuk project perniagaan MIBO. Jutawan Internet & Jutawan MLM nampak potensi MIBO… anda apa lagi 🙂 Memang peluang keemasan…