Category Archives: Tip Perniagaan

Ingin menjadi speaker pakar? bhg 3

SOALAN: Apakah perkara yg sesuai untuk kita bicarakan di saat awal memberikan talk? Ya lah, takkan terus ke isi topik, mesti ada pembukaan dulu. Pengalaman saya dalam bagi talk ni, part yg sukar sikit adalah pada masa nak mula tu. Ada tip atau panduan untuk membuatkan mukadimah talk kita powerful dan bertenaga?

Sebenarnya mukadimah lah yang paling penting sekali. ramai yang inginkan intro yang powerful dan bertenaga. nasihat saya, sekiranya “style” anda bukan powerful dan bertenaga, tidak perlu anda cuba jadikan powerful dan bertenaga. fikirkan style anda sendiri. mungkin style anda adalah lebih kepada memberi nasihat secara dari hati-ke hati. maka, tidak perlu powerful dan tenaga… nasihat secara slow & lembut pun boleh.

cuma, bila mukadimah, sebaiknya naikkan kredibiliti anda terlebih dahulu sekiranya anda tidak dikenali. contoh, kalau dato fadzillah kamsah bagi talk, sudah tak perlu mukadimah untuk naikkan kredibilitinya, sebab semua orang mengenalinya.

so, langkah pertama, tingkatkan kredibiliti dengan berkongsikan pengalaman atau cerita mengapa peserta harus mendengar anda berbicara untuk 30 minit, atau sejam… atau 2 jam… atau sehari suntuk.

langkah seterusnya, dalam mukadimah, beri overview apa yang anda akan kongsikan. cerita dalam bentuk “hook”, iaitu, beri sedikit-sedikit dan beri mereka looking forward kepada talk anda. Contoh, “… dalam masa 1 jam ini, saya akan kongsikan teknik bagaimana untuk anda menjana idea-idea yang lebih kreatif dengan hanya mengikuti 4 langkah mudah.”

memberi overview adalah teknik yang baik supaya audience juga tidak rasa kehilangan arah talk anda. mereka akan tahu apa yang mereka akan pelajari dan dari awal lagi akan membuka minda. tiada elemen yang mengejutkan!

SOALAN: Apakah persediaan awal & akhir yg perlu dibuat utk menjadi speaker?

Banyak persedian perlu dilakukan. Kalau dalam Internet, mesej saya adalah PROMOSI, PROMOSI dan PROMOSI. kalau sebagai profesional speaker, ianya adalah PERSEDIAAN, PERSEDIAAN & PERSEDIAAN.

Sebaiknya, apa yang anda sediakan adalah 75% lebih daripada apa yang anda dapat sampaikan. Ini bermakna, anda mempunyai 75% lebih banyak ilmu daripada apa yang disampaikan. Bersedia dengan lengkap dan banyak! Ini akan memberi keyakinan kepada diri anda dan memberi kepakaran yang lebih pada diri anda.

SOALAN: Apakah faktor yg perlu diambil kira supaya audience berminat & mberi perhatian dgn ceramah yg kita berikan?

Isi kandungan yang boleh “MENGUBAHKAN” gaya fikiran audience. Apa yang anda perlu  beri adalah “WOW” faktor. adalah sesuatu yang audience akan rasa terkejut bahawa apa yang difikirkan selama ini tidak betul sehingga anda menunjukkan dalam talk anda. Ini mengubahkan gaya fikiran mereka kearah atau dengan cara yang lebih baik daripada sebelum mereka menghadiri talk anda.

Sekiranya anda berjaya mengubahkan fikiran audience, anda pasti akan mendapat minat & perhatian audience.

SOALAN: Bagaimanakah cara utk kita mengetahui yg audience benar2 faham dgn ceramah kita?

  1. lihat mereka mengambil nota yang banyak
  2. mereka angguk atau respon dengan anda. eye contact anda adalah penting untuk melihat mereka angguk dan memberi response.
  3. dapatkan feedback mereka (lihat soalan seterusnya)

SOALAN: adakah perlu kita mdptkan feedback dr audience selepas mberikan ceramah & bagaimanakah caranya?

Sebaiknya, di awal karier sebagai speaker, anda perlu mengambil feedback untuk memastikan bagaimana audience rate anda. selalunya dilakukan dengan borang feedback yang sedia dengan soalan2 yang anda ingin tahu mengenai sesi anda. apabila menjadi profesional speaker, borang feedback tidak lagi diperlukan. namun,  bila anda cuba memberi topik baru, sebaiknya anda lakukan feedback ini untuk memastikan topik yang anda ingin sampaikan benar2 berkesan.

SOALAN: Apakah tools yg kita perlu gunakan utk ceramah kita?

Bergantung kepada style anda. kebiasaannya flip chart & power point. ada juga perlukan roctum (tempat berdiri tu seperti penceramah). ada juga tidak suka ada pentas dan suka berjalan sana sini (seperti saya). Ada juga perlu props. Bergantung kepada style & gaya anda…

Moga tip 2-3 hari lepas dapat membantu sedikit sebanyak mereka yang ingin berkecimpung dalam bidang ini! Selamat berjaya di arena public speaking! Sekiranya anda benar-benar serius untuk memasuki bidang ini, banyak-banyak baca buku-buku yang berkaitan. Buku apa sahaja pun boleh, lagi banyak baca, lagi baik 🙂

Bulan hadapan saya dijemput mengendalikan satu sesi talk di PWTC sempena Gerak Usahawan Nasional 2007 “Sesi Bersama Dr. Irfan Khairi”. Majlis pelancaran di lancarkan oleh Pak Lah, PM kita. Bagi anda yang ingin mengikuti talk tersebut, boleh daftar secara percuma di laman MECD.

ps: Masih lagi memikirkan isi kandungan yang sesuai untuk disampaikan…

Ingin menjadi speaker pakar? bhg 2

Menjadi speaker pakar adalah suatu karier yang boleh dikatakan lumayan pendapatannya. Ini kerana, tidak ramai yang berkecimpung dalam bidang ini- maklumlah, berucap di khayalak ramai dikatakan perkara yang ditakuti lebih daripada mati! Bak kata orang,  dengan air liur sahaja boleh membuat duit. Namun bukan setakat itu sahaja…

Untuk menjadi speaker pakar, perlu melengkapkan diri dengan bukan sahaja ilmu-ilmu berceramah sahaja, tetapi juga ilmu yang anda ingin kongsikan dengan orang ramai.

Tanpa ilmu dan pengetahuan dan skill berucap, siapa yang sanggup membayar kita RM untuk berucap kan? 🙂 Selain dari RM, menjadi speaker pakar adalah kerjaya yang memuaskan oleh kerana anda dapat menyampaikan ilmu yang bermanfaat kepada orang ramai. Menyampaikan ilmu yang bermanfaat adalah antara 3 amalan yang tidak akan putus apabila kita meninggal dunia kelak.

Berikut adalah beberapa soalan yang ditanya melalui post semalam.

SOALAN: Bagaimana pula kalau kita yang masih belum berjaya, tapi ingin memberi talk supaya orang bersemangat untuk mendengar?

Kejayaan adalah subjektif. tidak semestinya anda menjadi jutawan sebelum boleh memberi talk. Tetapi kejayaan boleh dilihat dari pelbagai aspek.

Katakan anda pernah mengajar seorang anak murid yang datangnya dari kawasan pedalaman. dan anak murid tersebut mendapat 8A dalam SPM. itu juga boleh dijadikan bahan kejayaan anda. anda boleh memberi talk motivasi dan ciptakan formula bagaimana anda berjaya mengajar seorang yang lemah, menjadi berjaya.

Katakan anda seorang guru yang pernah membawa pasukan bola sepak sekolah anda ke peringkat pertandingan sekolah-sekolah nasional. carikan kisah menarik disebalik perjalanan itu, mungkin “team” anda adalah team underdog. itu juga boleh menjadi kisah kejayaan talk anda mungkin dari segi “teamwork”.

Mungkin juga anda seorang manager yang berjaya mendapat pusingan keuntungan dalam team dibawah management anda 5 kali ganda di syarikat anda bekerja. Kejayaan itu boleh menjadi kisah kejayaan yang dikongsikan.

Tidak semestinya anda mencapai kejayaan yang cemerlang, asalkan anda dapat mencari kisah kejayaan yang anda dapat kongsikan melalui pengalaman anda. Aturkan talk anda berkisarkan kejayaan tersebut.

SOALAN: Perlu tak mengakui kelemahan kita sendiri tentang topic yang kita sampaikan kepada pendengar?

Perlu. Terutama sekiranya topik yang kita ingin sampaikan itu memang kita lemah. Nasihat saya, pertama sekali, jangan beri talk topik yang kita lemah. Jauhkan daripada itu. Tetapi, mungkin kadang kala, ada soalan dari peserta talk kita yang kita tidak tahu hendak menjawab. Dalam kala ini,  sebaiknya memang anda perlu mengaku kelemahan anda dalam topik yang dipersoalkan.

Contoh, anda boleh kata: “maaf, kepakaran saya adalah dalam topik promosi, tetapi soalan anda berbentuk undang-undang cyber law, sebaiknya anda mendapat keterangan dari mereka yang lebih mengetahui. namun, sefaham saya dalam persoalan anda adalah… (beri jawapan anda)”

Lebih kurang begitu. Beri penjelasan bahawa topik itu kita lemah, kemudian beri alternatif untuk mendapat jawapan mereka. Dan terakhir sekali, anda boleh memberi jawapan anda juga berdasarkan pengalaman anda 🙂

Soalan seterusnya akan dijawab tidak lama lagi…

Ingin menjadi speaker pakar?

Bila baca comment pengunjung, nampak seperti ramai juga yang ingin menjadi pakar motivasi/memberi ceramah motivasi. Berikut, saya sertakan 3 tip bagi anda yang ingin menceburkan diri dalam bidang ini…

  1. Guna “style” anda tersendiri sekiranya anda ingin memberi ceramah. Tidak perlu mengikut style orang lain. Ini kerana, gaya anda adalah unik. Menggunakan gaya tersendiri, akan membezakan anda dengan peceramah motivasi yang lain. Sekiranya anda berbeza, ia memberi peluang yang lebih luas untuk ramai mengenali anda.

    Sekiranya anda pernah melihat saya memberi talk, anda akan dapat melihat cara saya yang simple- dari pakaian hingga ke gaya tutur. Sesuatu yang agak baru di Malaysia terutamanya, oleh kerana sering kali apabila memberi talk, penceramah tempatan mengenakan kot & tie.

  2. Isi ceramah anda adalah yang paling penting. Ramai menyangka, untuk menjadi penceramah hebat, perlu bijak membuat lawak. Buat lawak, memang perlu, tetapi tidak dimestikan. apa yang utama adalah isi. Anda perlu mendapatkan attention audience dengan isi dan bukan sekadar lawak.

    Sekiranya anda boleh masukkan elemen lawak, hiburan, cerita, fakta, contoh dalam talk anda, maka, ia memberi kesan yang lebih mendalam.

  3. Keep it simple! Mudahkan talk anda. Sering kali kita akan merasakan, lagi banyak yang kita beri, lagi baik. Sebenarnya, lagi banyak kita beri (sekiranya ia tidak dipermudahkan), ramai yang akan lupa.

    Satu strategi adalah, ketika memberi talk, anda perlu fikirkan, selepas 1 tahun, apakah 3 isi penting yang anda ingin peserta anda ingat. 

Sekiranya anda bercita-cita ingin menjadi speaker pakar & mempunyai soalan, kali ini saya buka sesi soal jawab 🙂 Harap2 dapat membantu!

Peluang sekali seumur hidup

Adakalanya dalam menjalankan perniagaan, atau baru ingin memulakan perniagaan kita akan terjumpa atau diberi “peluang sekali seumur hidup”. Dalam kata mat salleh, “Once in a lifetime opportunity”

Peluang begini biasanya adalah sesuatu yang kita rasa kita tidak boleh lepaskan. Kalau lepaskan, terasa AMAT RUGI. Ini kerana peluang begini tidak datang selalu.

Namun begitu, perlu ingat bahawa, walau hebat mana sekalipun peluang “sekali seumur hidup” yang datang ke arah anda, sekiranya peluang tersebut tidak ada dalam matlamat utama anda atau minat anda, abaikan sahaja!

Sering kali bila kita menerima peluang sekali seumur hidup ini,  mata menjadi kabur untuk menerimanya, walaupun ianya bukan matlamat utama dan minat kita. Menerima once in a lifetime opportunity yang salah hanya akan mengsasarkan perjalanan anda dari matlamat utama anda.

Katakan “TIDAK” walaupun sekiranya lepas, terasa sayang 🙂

ps: Terima kasih kepada peserta-peserta Workshop Jutawan Internet di Sabah hari Sabtu lalu- FULL HOUSE!. Orang-orang Sabah amat sporting. Cantik sangat pantai-pantai di Sabah! Workshop Jutawan Internet seterusnya akan di adakan di KL, jangan lepaskan!

Pasaran perniagaan berbahasa Malaysia

Sekiranya perniagaan anda menggunakan pengantara bahasa Malaysia, fikirkan juga demografi di luar Malaysia yang turut menggunakan & memahami Bahasa Malaysia. Ini termasuk: Indonesia, Singapura & Brunei.

Ini adalah peluang untuk anda menembusi pasaran antarabangsa dengan lebih mudah- think big!

Minggu hadapan saya akan ke Singapura memberi talk berkenaan perniagaan Internet untuk pasaran Singapura.

Sidang Perancangan Kewangan Berita Harian 2007 bertajuk “Fikir Kaya, Jadi kaya”/ “Think & Grow Rich” pada Ahad, 15hb Julai 2007 di Raffles City Convention Centre dari 8.30am ““ 6.00pm. Selain dari saya, juga speaker antarabangsa Christina Chia (Napolean Hill Association) dan pakar Motivasi Singapura Adam Khoo juga turut akan memberi talk.

Sekiranya anda berada di Singapura (atau Johor), apa kata kita jumpa di sana… dengar-dengar sudah lebih daripada 700 peserta berdaftar! 🙂

Tip hari ini, sekiranya perniagaan anda berbahasa Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei juga mempunyai pasaran yang luas!

ps: Selepas ini saya juga akan memasuki pasaran Indonesia dan tahun ini juga menerima lagi jemputan talk di Timur Tengah & UK. Very exciting! Malaysia Boleh 🙂

Perniagaan Internet tidak semudah yang disangka, bhg 2

Semestinya, senang atau susah sesuatu perkara, bergantung kepada mindset kita. Semalam, saya sebut “Tidak semudah yang disangka“. Bukan maksudnya “susah”. Kalau fikir susah, maka, memanglah ianya akan menjadi susah oleh kerana itu yang difikirkan. Jadi, first sekali, kita perlu positif, dan sering-seringlah gunakan perkataan positif 😉

Untuk penyelesaian kepada masalah-masalah yang diutarakan semalam, teruskan bacaan…

Continue reading Perniagaan Internet tidak semudah yang disangka, bhg 2

Tiada lagi animasi

smiley_010.gifKurangkan animasi di laman web anda. Lebih kurang 10 tahun lalu, ketika saya menuntut di university di UK, saya telah menghantar kerja laman web yang disiapkan. Lecturer saya Mr Collin, memberi komen kepada satu kelas bahawa konsep laman web yang saya lakukan adalah salah. Walaupun nampak cantik, tetapi ianya salah.

Sebab utamanya adalah laman saya mengandungi animasi. Ketika itu, laman web kerja saya, saya meletakkan logo yang berputar (beranimasi) untuk “mencantikkan” lagi laman web.

pages_turn.gifBengang juga dengan lecturer sebab bagi saya, memang cantik laman yang saya buat tu. Jadi, saya pun persoalkan lecturer saya tu “But, it looks great!” memuji kerja sendiri kat lecturer. Darah muda lah katakan… nakkan conflict saja :).

Katanya, dari segi penggunaan (usability), animasi menarik fokus pelawat daripada membaca laman web kita.

Pada mulanya (sehingga beberapa tahun kemudian), saya tidak menerima alasannya.

Sehinggalah saya berkecimpung dalam perniagaan Internet, baru saya tahu maksud lecturer saya itu.

Animasi sebenarnya menarik perhatian pelawat laman web perniagaan kita daripada matlamat utama laman web, iaitu, MEMBUAT BELIAN!

Animasi menghilangkan fokus dan juga menganggu pelawat. Animasi termasuk, GIF animation, flash animation dan juga favourite ramai, teks bergerak.

Bagi mereka yang masih baru membina laman web, sudah past mengalami masalah seperti saya 10 tahun yang lalu. Iaitu, memikirkan, lagi banyak animasi, lagi banyak benda bergerak, maka lagi cantik. Sebenarnya, lagi banyak animasi, lagi hilang tumpuan pembaca!

Buang segala animasi di laman web anda (termasuk iklan). sekiranya anda hendak juga meletakkan animasi, hanya satu animasi sudah memadai. Laman web anda akan kelihatan lebih profesional.

Untuk rujukan kembali, laman web perniagaan Internet anda perlu…

Dalam erti kata lain, laman web yang efektif mengandungi elemen “Less is more!” 🙂

Manual proses perniagaan

Dalam semua perniagaan, tidak kira besar atau kecil, usahawan yang bijak perlu menyediakan manual proses perniagaan.

Kunci sesuatu manual proses perniagaan adalah, ia memberi aliran kerja atau proses menjalankan perniagaan dnegan mudah dan tepat.

Dalam erti kata lain, manual proses perniagaan adalah rekod bertulis langkah-demi langkah mengikut turutan, apa yang perlu di lakukan untuk menjalankan proses-proses perniagaan tersebut.

Penggunaan manual proses perniagaan yang efektif boleh memberi sesiapa sahaja menjalankan perniagaan tersebut oleh kerana prosesnya dapat diduplikasikan dengan mudah.

Katakan, anda bertukar pekerja untuk membantu anda dalam perniagaan. Manual proses tersebut dengan mudahnya akan menunjukkan setiap langkah yang perlu di ambil untuk menjayakan perniagaan tidak kira siapa yang mengendalikan perniagaan anda.

Contoh penggunaan manual proses yang efektif adalah McDonalds! Tidak kira siapa sahaja yang bekerja dengan Mc Donalds, walaupun hanya lepasan SPM, mereka dapat mengendalikan proses-proses menjayakan Mc Donalds.

Adakah anda mempunyai manual proses untuk perniagaan anda?

ps: Terima kasih pada peserta-peserta Workshop Jutawan Internet pada hari Sabtu lepas-FULL HOUSE! moga bertambah lagi usahawan-usahawan di Malaysia! 🙂  Tempat semakin terhad!

Rakan joint venture (JV) yang berbeza

Dalam perniagan, bukan semua skill kita ada dalam diri kita sendiri. Jarang sekali kita dapat melakukan semuanya seorang diri.

Selalunya, memang kita akan rasa puas sekiranya kalau kita lakukan sendiri. Bila kena dengan masa dan keadaan, rakan niaga dapat memajukan sesuatu perniagaan melalui joint venture.

Dalam memilih rakan joint venture, ada banyak kriteria-kriterianya. Ini adalah kerana, silap pilih, perniagaan pun boleh jadi tak tentu arah.

Satu kriteria yang sering dilupakan adalah- pilih rakan niaga yang mempunyai skill yang jauh berbeza dengan diri anda sendiri.

Sering kali, secara tidak sedar dalam sesuatu joint venture, sesuatu perniagaan menghampiri “partner” JV yang mempunyai skill set yang hampir serupa. Keadaan ini walaupun tiada salahnya, tetapi, ia kurang optima oleh kerana dua skill akan overlap.

Sebaiknya, dapatkan rakan JV yang mempunyai skill set yang berbeza.

Terutama di pasaran Malaysia, di mana target market adalah agak kecil berbanding dunia, rakan JV yang berbeza adalah lebih penting.

Menjual pengalaman

Sekiranya kita masuk Starbucks & Coffee Bean, kita akan disajikan dengan “pengalaman” atau lifestyle!

Starbucks, Coffee Bean, Mercedes Benz, GUCCI, LV (belajar LV dari rancangan Gedik Santai!) dan sebagainya menjual pengalaman & lifestyle. Orang ramai sanggup bayar pada harga yang tinggi untuk membeli “pengalaman”.

Sekiranya anda ingin menjual sesuatu yang berharga tinggi, anda perlu menjual “pengalaman”. Mereka yang mempunyai pendapatan yang tinggi, tidak risaukan wang. Tetapi, mereka ingin membeli pengalaman.

Tip yang amat “berharga”  bagi anda yang ingin menjual barangan berharga tinggi!