Category Archives: Tip Perniagaan

ADA idea tetapi TIADA modal

Masalah ini sering saya dengar. Mempunyai idea yang hebat, tetapi, tidak mempunyai modal yang mencukupi untuk mengimplementasikan idea tersebut.

Sebahagian daripada saya akan “kesian” apabila dengar masalah sebegini. Sebab, idea yang hebat sepatutnya diimplementasikan…

Sebahagian lagi daripada saya pula akan “kesian” pada insan tersebut oleh kerana memikirkan idea yang hebat memerlukan modal!

Sebenarnya, idea yang hebat tidak memerlukan modal untuk dimulakan. Kebanyakan idea-idea hebat dipasaran pada hari ini dimulakan bukan menggunakan modal sendiri.

Idea yang hebat sudah pasti akan berjaya menarik dana dari pihak-pihak tertentu seperti:

  • sponsor
  • institusi kewangan
  • kerajaan
  • orang ramai.

Microsoft di mulakan tanpa menggunakan wang Bill Gates. Pada asalnya, Microsoft mendapat sponsor & funding oleh kerana ia adalah idea yang hebat.

Irfan Khairi Sdn Bhd di mulakan tanpa modal sendiri. Bermula dengan penulisan buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar (tidak menggunakan modal, hanya ilmu) dua tahun lalu, dan diterbitkan oleh syarikat lain. Keuntungan royalty digunakan untuk mengembangkan Irfan Khairi Sdn Bhd sehingga hari ini.

Betul… saya tidak gunakan pun wang simpanan saya- hanya menggunakan wang pusingan 🙂

Jadi, sekiranya anda mempunyai idea hebat, bukakan minda anda bahawa, idea yang hebat tidak memerlukan modal. Idea yang hebat, dapat MENARIK MODAL dengan sendiri!

Mulai hari ini, jangan jadikan modal sebagai alasan tidak mengimplementasikan idea kita. Lihat disekeliling dan bukakan fikiran bagamana untuk meneruskan idea anda.

ps: Kalau ada idea hebat tetapi, tidak berjaya menarik modal? Mungkin idea tersebut tidak hebat… takut-takut kita yang syok sendiri 🙂

Antara strategi & teknik Part 2

Memang banyak cara kita mendefinasikan STRATEGI & TEKNIK semalam. Komen anda banyak membantu. Bagi mereka yang ingin gambaran yang lebih luas, lihat posting semalam! 🙂

Another way to look at STRATEGI & TEKNIK adalah, Teknik menjawab kepada “WHAT?” manakala strategi pula menjawab kepada “HOW?”, “WHERE?”, “WHEN?” dan “WHO?”

Sebagai contoh, untuk perniagaan Internet.

Autoresponder adalah TEKNIK. Tetapi ilmu mengenai autoresponder sahaja tidak mencukupi. Perlu tahu, bilakah hari terbaik untuk hantar autoresponder, atau bagaimanakah cara terbaik menyusun autoresponder yang diterima pelanggan secara berturutan, berapa lamakah interval terbaik untuk menghantar autoresponder… itu adalah strategy

Network adalah TEKNIK. Tetapi strategy adalah dengan siapa kita patut network? apakah terma network? bagaimana network tersebut dapat berkembang dalam masa 6 bulan hingga 1 tahun dari sekarang? adakah kita network dengan mereka yang melakukan perniagaan Internet sahaja atau bukan perniagaan Internet?

Mengeluarkan produk baru adalah TEKNIK. Tetapi, bilakah masa terbaik untuk mengeluarkan produk (timing)? Produk apa yang terbaik dalam cross promotion? Apakah produk susulan selepas mengeluarkan produk baru ini? Bagaimanakah produk baru ini dapat membantu menaikkan jualan produk lama?

Walaupun kedua-duanya penting, tetapi, TEKNIK boleh dikatakan dipelajari melalui teori, manakala STRATEGI di pelajari melalui pengalaman (atau daripada mereka yang berpengalaman).

Sebab itu dalam peperangan, pengatur strategi adalah general yang berpengalaman dan bukan yang pakar dalam teknikal perang.

Strategi adalah amat penting untuk membezakan anda dengan pesaing. Ini kerana, ramai orang sedia tahu teknik-teknik perniagaan Internet, tetapi, tidak ramai yang arif dalam strategi perniagaan.

Strategy is looking at things in a bigger picture!

Nasihat saya adalah untuk anda lihat perniagaan anda atau perancangan perniagaan anda in a bigger picture. Draftkan satu strategy yang lengkap. Sebabkan ramai usahawan Internet terlalu menumpukan kepada teknik tanpa mementingkan strategi, maka, amat sukar untuk bersaing oleh kerana rata-rata ramai sudah memahami teknik. Dan kesemuanya menggunakan teknik yang sama 🙂

Antara strategi & teknik

Dalam perniagaan tradisional dan perniagaan Internet terdapat teknik untuk menjayakan perniagaan. Juga, terdapat strategi menjayakan sesuatu perniagaan.

Strategy & teknik adalah berbeza. Ramai usahawan Internet tempatan secara rata saya dapati amat fahami teknik-teknik perniagaan Internet. Namun, kekurangan adalah pada strategy perniagaan.

Sejak 2 tahun lepas sehingga kini, saya banyak menggunakan & mengimplementasikan strategy perniagaan dan agak kurang menggunakan teknik perniagaan. Dapatkah anda bezakan antara strategy perniagaan & teknik perniagaan? Pada pendapat anda, yang mana satu patut di utamakan?

Mari kita berbincang…

ps: topik penting… harapnya, ramai yang turut beri pandangan! 🙂

Buka fikiran

Semalam saya berpeluang memberi taklimat mengenai perniagaan Internet kepada beberapa ahli perniagaan yang berjaya. Mereka telah lama berkecimpung dalam perniagaan, namun, taklimat yang saya beri semalam mengenai perniagaan Internet membuka fikiran mereka kepada era perniagaan yang baru.

Ramai antaranya ingin membawa perniagaan mereka yang sedia ada ke Internet. Bagi saya, mereka telah membuka fikiran ke era perniagaan baru.

Tetapi bila difikirkan dari sudut yang berbeza, apa salahnya juga sekiranya usahawan Internet membawa perniagaan mereka ke era perniagaan tradisional.

Sekiranya ada ebook, ianya boleh menjadi buku yang dijual di kedai-kedai. Sekiranya ada blog, ianya juga boleh menjadi buku atau seminar secara tradisonal. Sekiranya menjual produk di Internet, apa salahnya juga membuka atau menyewa gerai sementara di pusat-pusat membeli belah. Dan berbagai cara lagi…

Buka fikiran kedua-dua jenis perniagaan- perniagaan Internet dan perniagaan bukan Internet. Keduanya mempunyai keuatan masing-masing. Untuk maximize keuntungan perniagaan, gunakan kedua-duanya sekali- seperti yang saya sering lakukan.

Tidak terlalu banyak warna

crayons.jpgTip perniagaan Internet berkaitan dengan laman web kali ini. Sekiranya anda mempunyai laman web perniagaan Internet, had kan penggunaan warna.

Sering kali bagi mereka yang baru-baru berjinak hendak membina laman web perniagaan Internet sendiri menggunakan pelbagai warna di laman web tersebut. Terlalu banyak warna akan memberi kesan TIDAK profesional.

Introduce only a few main colors. Contoh, RahsiaInternet.com dan Tip Satu Minit menggunakan merah & hitam sebagai warna utama. CaraPromosi.com menggunakan merah & orange sebagai wana utama.

Kadang kala, kita membina laman web, terasa cantik apabila memasukkan pelbagai warna. Sebenarnya, terlalu banyak warna akan mengganggu pelawat (distracting).

Sekiranya warna yang dicetak, kesannya tidaklah begitu ketara. Tetapi, untuk laman web perniagaan Internet, ianya menjadi lebih ketara oleh kerana monitor komputer memancarkan warna menggunakan cahaya.

Kuncinya, kurangkan warna untuk memberi kesan profesional! 🙂

PS: Ahad ini pukul 11 pagi TV3, Nescafe Kick-Start Finale LIVE. Jumpa di TV! Sebut tentang Nescafe Kick-Start, mereka juga menggunakan dua warna utama iaitu merah dan putih 🙂

Perniagaan perlu evolve

Salah satu idola perniagaan saya adalah Donald Trump- siapa tak kenal? Donald Trump telah memberi demonstrasi terbaik bagaimana perniagaan perlu evolve. Daripada tycoon hartanah, menjadi personaliti TV (Apprentice), dan juga kini memasuki industri pendidikan melalui Trump University.

iwalkedthedollar.jpgPerniagaan saya kini juga memasuki industri yang baru. Tidak lama lagi akan wujudnya Irfan Khairi Publishing- menerbitkan buku-buku perniagaan tempatan dan juga luar negara. Buku pertama yang masih dalam proses penerbitan bertajuk “I Walked The Dollar” tulisan Dr Saiful Bahri. More about this book later.

Tip kali ini adalah untuk anda flexible & evolve. Walaupun saya sering mengingatkan anda untuk fokus dalam industri anda (niche), tetapi, apabila perniagaan semakin besar, experiment dengan industri lain seperti mana Donald Trump lakukan dan mengembangkan jenamanya.

Insyaallah Irfan Khairi Publishing akan mengeluarkan buku pertama bulan depan. Irfan Khairi Publishing akan mengeluarkan buku-buku perniagaan sahaja (Business Books). Selepas ini pula agak-agaknya industri apa pula saya akan cuba? tunggu dan lihat! 🙂

Kesemua ini adalah strategi Multiple Streams of Income. Bukan setakat produk yang pelbagai sahaja, tetapi, industri yang pelbagai.

ps: Memasuki industri baru, perlu lengkapkan ilmu juga. Saya mempunyai latar belakang dalam publishing sejak di ITM lagi ketika bekerja dengan Evergreen Publishing (syarikat yang keluarkan komik-komik Hongkong bahasa Malaysia- Raja Rimba, Alam Perwira, Pedang Setiawan dan sebagainya). Jadi, publishing, bukanlah suatu yang baru untuk saya 🙂

Kena tipu di Internet… kesian!

flying_money_bigger.gifKes-kes kena tipu di Internet, malangnya ada juga terjadi. Selalu ketika saya memberi ceramah mendapat soalan-soalan seperti “Boleh percaya ke perniagaan Internet ni?”

Jawapan yang boleh saya berikan adalah, bukan perniagaan Internet sahaja. Perniagaan bukan Internet pun ada juga tipu (betul kan?). Perniagaan MLM pun ada juga tipu. Perniagaan mail order juga, ada tipu.

Ianya bergantung kepada individu (perniagaan) sama ada nak tipu atau tidak. Internet sendiri bukan salahnya. Selain daripada peniaga, pengguna juga perlu berhati-hati agar tidak ditipu. Selalu juga pengguna Internet datang kepada saya dan tanya “Betul ke skim ni?” atau “Boleh jadi kaya ke kalau buat macam ni?” atau “Email yang saya terima ni betul ke boleh jadi kaya?”.

Berhati-hati bila…

  • Ada pakcik dari Nigeria meninggal dunia dan perlu bank account number anda di Malaysia untuk menyimpan dana bermillion ke bank akaun anda.
  • Pelaburan yang tidak mempunyai backup atau bukti yang nyata. Ada yang hilang beribu ringgit.
  • Hantar email kepada ramai-ramai dan ubah kedudukan nombor bank akaun peserta pertama, menjadi kedua dan sebagainya. Kadang-kala digunakan istilah “sumbangan ikhlas”
  • Perniagaan Internet yang tidak jujur seperti posting tahun lepas di sini
  • Tiba-tiba dapat email dari Spain kata memenangi lottery, dan mereka perlu nombor akaun anda untuk masukkan wang yang dimenangi.
  • dan banyak lagi… kut anda boleh tolong tambahkan 🙂

Ada juga di antara skim-skim ni menggunakan nama saya contoh “Dr Irfan Khairi jutawan muda telah memperolehi berjuta melalui Internet, anda bila lagi? sertai skim-skim ini amat mudah menjadi jutawan Internet… “

Cuma ingin mengingatkan pembaca, saya tidak pernah pun menyertai skim-skim di atas untuk memperolehi pendapatan. Nak memperolehi pendapatan lumayan di Internet, caranya adalah consistent hard work. Jalankan perniagaan secara sah dan jujur.

To make a million, tiada short cut. Sering ingat-mengingati rakan-rakan takut ramai yang terjerat dengan perkara-perkara yang tidak diingini. Sebab ramai yang nak kaya dengan mudah dan cepat, maka bertambahlah skim dan scam untuk take advantage of the situation. Mungkin anda mempunyai pengalaman?

Perniagaan online, promosi offline?

Comment semalam ada menyebut tentang ini dan saya tergerak hendak menyentuh berkenaannya hari ini.

Perniagaan Internet tempatan especially, tidak seharusnya bergantung 100% kepada promosi online sahaja. Ini kerana:

  • Di Malaysia, masih ramai yang tidak mempercayai perniagaan Internet. Oleh itu, promosi offline boleh menjadi sebagai jambatan untuk mencapai mereka yang tidak percaya menjadi percaya oleh kerana iklan offline memberi kesan psikologi bahawa sesuatu perniagaan Internet itu wujud secara nyata (bukan sekadar maya sahaja).
  • Di Malaysia dikatakan lebih daripada 10 juta pengguna Internet. Yang tidak mengguna Internet hampir 20 juta lagi. Jadi, it makes sense untuk meluaskan pasaran dengan cuba mencapai pasaran yang lebih besar yang tidak dicapai oleh perniagaan Internet.
  • Dalam ebook 101 Cara Promosi menyatakan 1+1 dalam promosi, tidak menghasilkan 2. Tetapi, mungkin 5… 10… 20? Oleh itu, gabungan promosi online dan offline akan melipat kali ganda keberkesanan suatu promosi.

Ada juga yang kata, kalau camtu, baik tak payah buat perniagaan Internet. sebab bukan 100% melalui Internet. 

Back to the basic. Apakah matlamat sesuatu perniagaan? Sudah tentunya untuk mendapat keuntungan yang maksima. Oleh itu, adalah lebih wajar memaksimakan untung tidak kira melalui media promosi apa sahaja.

Bak kata Donald Trump “Focus on the goal, NOT the weapons!” 😉

ps: Yahoo, Google, Amazon, GoDaddy dan sebagainya semuanya walaupun perniagaan Internet, tetapi tetap menjalankan promosi offline secara meluas. Untuk mengetahui 101 Cara Promosi, lawati http://www.rahsiainternet.com/carapromosi

Kelebihan berbahasa dalam perniagaan

Saya berpeluang berjumpa dan berkenalan dengan jutawan MLM minggu lepas, mungkin anda pernah dengar nama Dato’ Azman Chin from CNI. A very nice person, friendly & amat bermotivasi.

Soalan pertama saya kepadanya apabila diperkenalkan adalah- kenapa namanya ada “Chin”? Ketika itu, saya ingatkan dirinya Cina masuk Islam, rupanya beliau kata, beliau tidak masuk Islam, tetapi ramai kawan Melayu dari kecik lagi panggilnya “Azman” 🙂

Ketika itu kami dijemput mengendalikan forum motivasi “Bicara Jutawan”. Salah satu soalan yang diajukan kepada kami adalah:

Bagaimanakah caranya untuk bersaing dan mendapat daya saingan yang hebat dalam perniagaan?

Jawapan Dato’ Azman amat unik dan saya sendiri tidak terduga. Beliau berkata, caranya adalah dengan menjadi mahir dalam berbagai bahasa. Kini beliau mahir dalam 8 bahasa termasuk bahasa Malaysia (cara beliau bercakap memang macam orang Melayu!), Cina, English dan juga Arab.

Kemahiran berbahasa boleh memajukan sesuatu perniagaan. Sekurang-kurangnya, bahasa Malaysia dan English, kita perlu mahir (broken, tak aci ok… nanti akan dilihat kurang profesional). Bagi mereka yang boleh berbahasa Cina atau Arab, ia merupakan kelebihan dalam perniagaan.

ps: Saya mahir 3 bahasa sahaja… bahasa Melayu, English & bahasa rojak 😉

Terima kasih & all the best kepada peserta Workshop 24hb (English) & 25hb (BM)- keep the momentum going! Alhamdulillah workshop full-house & berjalan dengan lancar. Bagi mereka yang berminat, klik pada link berikut Workshop Jutawan Internet.

Pakejkan produk-produk (atau perkhidmatan) anda

Idea yang mudah yang boleh menambahkan jualan produk-produk (atau perkhidmatan) anda.

Satu minggu lepas, kami telah menggabungkan Buku RJJIT, CD Rom Langkah 1-2-3, Ebook Cara Promosi dan diskaun Workshop Jutawan Internet menjadi satu “Pakej Belajar Dari Rumah” http://www.rahsiainternet.com/pakej

Sambutan yang amat memberangsangkan!

Sekiranya anda mempunyai beberapa produk yang berkaitan, gabungkan kesemuanya menjadi satu pakej pada harga istimewa. Dengan menyediakan pakej, ia memberi tanggapan nilai yang lebih tinggi kepada pembeli.

Syarikat gergasi seperti Disneyland juga menawarkan pakej percutian seperti, tambang kapal terbang, tempat penginapan di Disneyland Resort (hotel), makan-minum di resort, pengangkutan dari Disneyland resort ke Disneyland Theme Park dan tiket masuk theme park sekeluarga. Semuanya menjadi satu pakej yang lengkap pada harga istimewa.

Sekiranya syarikat besar melakukannya, kita yang perniagaan kecil juga patut mencontohinya 🙂