Category Archives: Tip Perniagaan

“Timing” dalam perniagaan

Sekiranya anda mempunyai idea untuk melancarkan perniagaan atau produk baru yang hebat, tanya pada diri anda terlebih dahulu…

Adakah masa/waktu untuk melancarkan produk tersebut adalah tepat?

Sering terjadi apabila seseorang usahawan mempunyai idea yang amat baik untuk memulakan perniagaan, tetapi, waktu melancarkan perniagaan tersebut adalah salah- timing tidak betul- mungkin terlalu cepat untuk mendapat perhatian pasaran, ataupun terlewat sehingga persaingan yang bertambah.

Pada tahun lepas, saya melancarkan buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar yang mendapat sambutan hebat sehingga menjadi buku terlaris di MPH sehingga kini (terima kasih kepada anda!). Waktu mengeluarkan buku tersebut adalah tepat pada masanya ketika tiada buku seperti itu terjual di pasaran disamping permintaan maklumat perniagaan Internet bertambah.

Untuk memastikan kejayaan perniagaan anda, anda perlu mengambil berat juga perihal waktu perniagaan/produk anda dilancarkan. Caranya adalah dengan melakukan penyelidikan di pasaran dan meneliti permintaan pasaran.

Usahawan yang berjaya adalah mereka yang bijak melancarkan perniagaan mereka tepat pada masanya. Timing adalah antara faktor yang akan menentukan kejayaan perniagaan anda.

Teringat pula bagaimana Astro & RTM menggunakan faktor timing untuk menarik penonton daripada TV3 “Wedding of the year” beberapa hari lalu! Itu adalah strategi timing dalam perniagaan (broadcasting).

Kebolehan berunding dalam perniagaan

Kebolehan berunding atau negotiation skill adalah satu lagi kebolehan yang perlu ada dalam menjalankan perniagaan. Dalam menjalankan perniagaan, anda tidak akan dapat lari dari berunding (negotiate) mungkin dengan pelanggan, pembekal, pengilang, rakan kongsi, pekerja, banker dan sebagainya…

Salah tanggap yang paling besar dalam negotiation skill adalah, seseorang yang hebat dalam negotiating adalah yang bijak berbicara dan dapat memaksimakan pulangan diri sendiri- dalam erti kata lain, menang dalam apa jua perundingan.

Sebenarnya, dalam berunding, tujuan anda bukanlah untuk memaksimakan pulangan anda. Tetapi, KUNCINYA adalah untuk mencipta keadaan win-win. Di mana, anda mendapat apa yang anda inginkan, serta, pihak sebelah lagi juga mendapat apa yang mereka inginkan.

Dari mata kasar, sememangnya anda dilihat sebagai “pemenang” sekiranya anda dapat meraih keuntungan bagi pihak anda yang maksima melalui sebarang perundingan. Sebenarnya, keadaan ini amat bahaya oleh kerana untuk kemajuan perniagaan anda, anda perlu mempunyai network yang kuat untuk jangka masa panjang. Sekiranya kemenangan hanya berpihak kepada anda dalam sebarang perundingan, ini akan membuat pihak satu lagi sukar berkerjasama dengan anda pada masa hadapan.

Dengan mencipta keadaan win-win dalam perundingan, pihak satu lagi akan turut bergembira dengan apa jua transaction dan membina satu jambatan kepercayaan dengan anda- satu pelaburan jangka masa panjang untuk perniagaan anda!

Pernah terfikir mengapa media massa & penyiaran sering menghubungi saya? Jawapannya adalah kebolehan berunding– di mana saya amat menghormati permintaan dan kepakaran mereka, dan mereka juga menghormati permintaan dan kepakaran saya. Win-win situation! 😉

Isu kepercayaan dalam perniagaan

Dalam memperkenalkan produk atau perkhidmatan anda, adakah persembahan anda boleh dipercayai? (Tidak kira persembahan untuk laman web perniagaan Internet, ataupun persembahan secara live one-on-one)

Antara sebab utama seseorang tidak membeli daripada anda adalah kerana tidak mempercayai apa yang anda persembahkan. Isu kepercayaan adalah salah satu sebab utama anda tidak berjaya membuat jualan!

Pernah tak seseorang jurujual approach anda, dengan produk yang menarik, tetapi, cara dan keterampilan jurujual tersebut, tidak meyakinkan anda- anda tidak percaya dengannya. Sudah tentu anda tidak membeli bukan?

Sebelum anda boleh menjual produk atau perkhidmatan anda, anda perlu “menjual” diri anda sendiri terlebih dahulu. Iaitu, anda perlu memberi keyakinan kepada prospek anda mempercayai DIRI ANDA.

Sekiranya prospek sudah mempercayai anda, membuat apa sahaja jualan adalah lebih mudah!

Langkah PERTAMA adalah memberi kepercayaan, dan langkah KEDUA barulah membuat jualan. Lakukan ini dalam perniagaan anda dan anda akan melihat pendapatan anda bertambah!

PS: Dalam perniagaan Internet, isu kepercayaan adalah isu #1 belian tidak dilakukan. Di Workshop Jutawan Internet akan menunjukkan cara-cara membina kepercayaan dalam perniagaan Internet anda.

Up selling = menambahkan LAGI keuntungan anda

Dua hari lepas kita sentuh mengenai back end product. Bererti, kita menjual “follow up” produk selepas pelanggan membuat belian pertama, mungkin terus selepas belian, 2-3 hari selepas buat belian, 1 minggu selepas buat belian, sebulan selepas buat belian, atau bila masa sahaja.

Up selling pula adalah apabila anda mempromosikan produk tambahan sebelum pelanggan membuat belian. Sebagai contoh,apabila pelanggan membeli buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar, mereka diberi pilihan untuk “upgrade” dan beli sekali CD Rom Langkah 1-2-3 Membina Laman Web Perniagaan Internet.

Produk yang sama boleh dijadikan untuk up sell atau back end (produk yang berbeza pun boleh!). Bezanya hanyalah waktu produk tersebut dipromosikan, sama ada sejurus sebelum pelanggan membuat bayaran (upselling). Ataupun selepas pelanggan membuat belian (back end).

Gabungkan cara promosi upselling dan back end untuk menambahkan keuntungan perniagaan anda oleh kerana kini, pelanggan sudah yakin dengan perniagaan anda dan sedia untuk berbelanja lebih untuk perniagaan anda.

ps: sepatutnya topik ini didahulukan sebelum topik back end produk!

Backend product = keuntungan yang lebih!

Backend product adalah product tambahan untuk anda jual kepada pelanggan sedia ada anda. Konsep produk backend adalah simple sahaja, tetapi, ia dapat menambahkan keuntungan perniagaan anda dengan mudah.

Konsep backend adalah kerana pelanggan yang sedia ada lebih mudah membuat keputusan untuk membeli daripada anda berbanding dengan pelanggan baru.

Sebagai contoh, pelanggan yang membeli buku Rahsia JUtawan-Jutawan Internet Terbongkar akan diberi peluang membeli CD Rom Langkah 1-2-3 (produk back end).

Contoh, jika jualan buku Rahsia Internet adalah RM10,000 sebulan. Tetapi, dengan memberi pilihan membeli produk backend CD Rom, jualan CD pula adalah RM5,000 sebulan. Hasil jualan keseluruhan untuk 1 bulan adalah RM15,000.

Sekiranya tiada produk backend, maka, hasil jualan untuk bulan itu adalah RM10,000 sahaja. Dengan backend produk, tambahan jualan setahun adalah RM60,000! (RM5,000×12).

Selamat bercuti dan fikirkan hari ini, apakah produk atau perkhidmatan yang boleh dijadikan produk backend bagi anda?

Untuk maklumat lanjut dan tip tambahan produk backend, sila rujuk buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar Bab 30 mukasurat 109.

Jawapannya: Burger yang “sistematik”!

Memang hebat jawapan anda semua. Memang betul,”branding” termasuk logo, warna, slogan, marketing plan, budget semuanya membuat orang memilih McDonalds. Semua tu kita dah bincang sebelum ni… dan akan dibincangkan lagi.

Tetapi, jawapan dan tip hari ini adalah, McDonalds’s mempunyai suatu “sistem” iaitu business system mereka.

“The answer is obvious: McDonald”™s is excellent at business systems. The reason so many talented people are poor is because they focus on building a better hamburger and know little to nothing about business systems.”
– Robert Kiyosaki

(tq i.m.h.o, tak perlu saya type… main cut & paste your post sahaja :))

Maksud “business system” amat luas. Untuk tip ini, kita focus pada “sistem” yang boleh diimplementasikan pada perniagaan kecil-kecilan.

Sistem ini hadir dalam semua perniagaan franchise. Iaitu, tak kira la sesiapa sahaja kita letak di dapur McDonald’s tu, burger, fries, apple pie, ayam goreng, semuanya keluar sama sahaja setiap kali.

Sistem ni seperti satu manual untuk diikuti semua orang. Kalau nak buat burger, Langkah 1 apa? Langkah 2 apa? Langkah 3 apa? Ada step by step mudah untuk di ikuti. Sama juga untuk buat fries, ayam goreng, bubur, apple pie dan sebagainya. Termasuk lah uniform, bila nak senyum, bila nak basuh tangan, cara2 basuh tangan, kebersihan, apa nak ditanya pada pelanggan seperti “Nak tambah fries tak?” 🙂 (Quality control termasuk… bagi yang jawab quality control, dapat 1/2 markah)

Dengan adanya sistem mudah ini, perniagaan McDonald’s boleh diduplikasikan dan dikembang. Orang ramai juga akan mendapat produk dan perkhidmatan yang sama sahaja tidak kira McDOnald’s mana yang mereka lawat, mereka tahu apa yang mereka akan dapat.
(No element of surprise)

(Yang jawab “aturan kerja” dapat full mark!)

Menurut buku E-Myth oleh Michael Gerber, untuk perniagaan kecil-kecilan maju, perlu mempunyai sistem juga. Anggap perniagaan kecil-kecilan anda seperti satu franchise. Buat satu manual step-by-step yang mudah diikuti jadi, sesiapa sahaja yang handle, boleh menjalankan perniagaan anda- walaupun anda tiada disitu. Itu akan menjadi sistem anda.

Dengan mempunyai sistem manual yang mudah diikuti, anda boleh duplikasikan perniagaan anda, maka, anda juga boleh duplikasikan keuntungan perniagaan anda. Tapi ingat, sistem anda perlu dipermudahkan seperti McDonald’s- tidak perlu chef pakar untuk kendalikan, budak2 lepas SPM pun boleh…- sebab itu juga burger McDonalds tak begitu sedap. Sekiranya buat sedap-sedap, nanti sistem menjadi complex.

Pengajarannya juga adalah, untuk berjaya dalam perniagaan, tidak semestinya anda mempunyai produk yang jauh lebih hebat dari pesaing anda (tak semestinya burger anda lagi sedap). Tetapi, sekiranya anda mempunyai sistem bisnes yang sistematik dan boleh diduplikasikan, anda boleh mengembangkan perniagaan dan keuntungan anda.

Kalau dicampurkan dengan elemen-elemen jawapan anda mengenai marketing, lagi cantik!

tambahan: Perasan tak sekiranya anda memasuki 7-eleven, ada bunyi “Ting Tong”, lepas tu pekerja di dalam ucap “Selamat petang encik!”, susunan rak2 semua 7-eleven hampir sama, cuba check susunan kotak rokok di mana-mana 7-eleven- sama sahaja, di kaunter pula pekerja beruniform akan tanya “Encik tak mahu beli roti?”… semua tu adalah sistem manual bagi 7-eleven. Boleh diduplikasikan. Keuntungan pun berganda.

Oleh kerana ramai balas, maka, panjang sikit tip kita hari ini 🙂

Maksima pulangan melalui program affiliate

Affiliate program adalah salah satu cara menjana pendapatan sampingan melalui laman web anda.

Sekiranya anda menyertai suatu program affiliate, salah satu cara terbaik untuk mendapatkan pulangan yang maksimum melalui affiliate link anda adalah dengan memberi review/testimonial/pendapat anda sendiri keatas produk yang anda promosikan.

Sebaiknya, anda pernah menggunakan produk yang ingin dipromosikan. Namun, sekiranya anda tidak pernah menggunakannya, maklumat anda perlu berdasarkan berita, reputasi dan kredibiliti.

Mempromosikan affiliate adalah lebih efektif dengan memberi maklumat/informasi mengenai produk tersebut. Informasi akan memberi pelawat laman anda dalam keadaan “ingin membeli”. Apabila mereka klik pada link anda dan tiba ke laman web utama, mereka kini sudah dalam keadaan “bersedia untuk membeli”!

Fikirkan bagaimana caranya untuk meletakkan pelawat anda dalam keadaan “ingin membeli”- dan bukan sekadar meletakkan banner sahaja dan mengharap pelawat anda akan klik dan membuat belian.

Juga, jangan lupa tip Iklan yang pasti menarik pelanggan!

Kuasa tiga untuk menarik pelanggan

Untuk menarik pelanggan menggunakan produk atau perkhidmatan anda sekiranya mereka pada asalnya menggunakan produk dan perkhidmatan pesaing anda adalah, gunakan teknik kuasa tiga.

Kuasa tiga bermaksud anda perlu mendapatkan 3 sebab mengapa produk atau perkhidmatan anda adalah lebih baik dari apa yang sedia ada di pasaran.

Sebagai contoh, produk anda lebih tahan lama, lebih murah dan penghantaran dilakukan dengan lebih cepat (3 sebab). Menggunakan teknik kuasa tiga dapat menarik pelanggan dari pesaing anda dengan lebih mudah.

Tip Satu Minit adalah lebih padat, lebih straight-forward dan lebih praktikal dari laman web yang lain. Itulah teknik kuasa tiga! 😉

Irfan Khairi & Perniagaan Internet

Tip berbentuk cerita kali ini…

Ramai yang tanya saya… Irfan Khairi ni pakar perniagaan Internet ke, pakar perniagaan offline ke, atau motivator kejayaan?

Begini ceritanya… sejak berumur 18 tahun, saya amat berminat dengan topik kejayaan, motivasi dan pembangunan diri. Semua wang saya laburkan untuk membangunkan diri sendiri (bukan bangun dari duduk). Self-development kata mat salleh.

Kejayaan saya dalam perniagaan Internet dan perniagaan bukan Internet adalah hasil “eksperimen” keatas diri sendiri apa yang saya belajar sejak berumur 18 tahun dalam bidang kejayaan dan pembangunan diri (diri saya sendiri sebagai bahan ujian).

Untuk berjaya, tidak kira dalam bidang perniagaan, perniagaan Internet, MLM, insurans, dalam bidang hartanah, hiburan, atau apa sahaja bidang anda… yang perlu didahulukan adalah ilmu kejayaan.

Mungkin anda juga mengetahui pakar-pakar dalam industri tertentu seperti perniagaan, hiburan, komunikasi dll tetapi, mereka tidak berjaya memperolehi pendapatan yang lumayan (mungkin berpendapatan sederhana sahaja). Di sinilah contoh kelemahan ilmu kejayaan diimplementasikan pada bidang sendiri.

Sebagai contoh, saya mempunyai seorang rakan pereka grafik yang amat handal dalam designing. Kalau diikutkan, designnya mungkin 10 kali ganda lagi power dari design saya (Contoh design saya adalah blog ini dan www.rahsiainternet.com). Namun, pendapatannya sederhana sahaja. Beliau tidak mempunyai ilmu kejayaan untuk membawa bakatnya ke paras yang lebih tinggi. (Walaupun ingin berjaya)

Satu lagi contoh, saya juga ada seorang kawan rapat pakar perniagaan Internet. Kepakarannya amat advance dalam mengoptimasikan search engine (SEO), mencari niche menggunakan tools online yang canggih, menggunakan pelbagai kaedah advance Internet marketing yang saya sendiri tidak gunakan… namun, pendapatannya sederhana sahaja. (Walaupun ingin berjaya).

Utamakan ilmu kejayaan terlebih dahulu, kemudian, aplikasikannya ke dalam bidang anda. Di situ anda akan mendapat pulangan yang lumayan.

ps: Sebab itu juga apabila membuat tip satu minit ini, saya perlu menulis tip kejayaan dan tip perniagaan untuk mengimbangkannya. Tip perniagaan 100% tanpa tip kejayaan untuk membantu dalam implementasi, tidak akan menjadi. Jangan lupa juga ilmu Agama- lagi penting dari segala ilmu 🙂

Memiliki perkataan

Tip kali ini agak sukar diimplementasikan, namun, ianya tidak mustahil– saya sendiri boleh membuktikannya 🙂 Sekiranya ia dapat diimplementasikan, ia akan memberi pulangan yang berlipat kali ganda dalam perniagaan anda.

Tip kali ini: miliki perkataan.

Maksudnya adalah, apabila orang ramai terdengar satu atau dua perkataan itu, nama perniagaan anda adalah pertama sekali difikirkan. Sebagai contoh:

“Fast food” – kita akan teringat McDonalds pertama
“Pizza” – kita akan teringat Pizza Hut pertama
“Pizza Delivery” – kita akan teringat Dominos pertama
“Ubat gigi” – kita akan teringat Colgate pertama
“Overnight delivery” – kita akan teringat FedEx pertama
“Seluar jeans” – Kita akan teringat Levi’s pertama
“Jutawan Internet” – Kita akan teringat … ? 🙂

Satu cara untuk memiliki perkataan dan menjadi pertama yang difikirkan adalah dengan menjadi pertama sekali di dalam industri tersebut. Menjadi pioneer.

Sering kali sekiranya anda menjadi pioneer dalam industri anda, anda akan menjadi yang pertama sekali diingati dan akan dikaitkan dengan perkataan tertentu.

Berita baiknya adalah, perniagaan-perniagaan yang memiliki perkataan di atas bermula sebagai perniagaan kecil-kecilan sahaja!

Apa lagi contoh perniagaan-perniagaan yang sering kita kaitkan memiliki perkataan?

PS: Sertai Workshop Jutawan Internet untuk mengetahui teknik dan strategi dalam memiliki perkataan supaya dapat memberi daya saingan yang hebat berbanding dengan pesaing anda.