Category Archives: Tip Perniagaan

Yang mana SCAM? Adakah ini SCAM?

Semakin banyak scam (penipuan) tidak kira di perniagaan Internet ataupun perniagaan bukan Internet kini. Bagaimana hendak tahu sama ada ianya SCAM ataupun bukan?

SCAM dan penipuan sering terjadi terutama dalam peluang-peluang menjana pendapatan atau sistem-sistem untuk menjadi kaya. Oleh itu, sekiranya anda terbaca sahaja peluang-peluang menjana pendapatan, satu ALARM patut berbunyi dalam kepala anda sebagai WARNING untuk be ALERT 🙂

Untuk mengelakkan diri anda dari tertipu dengan SCAM, banyakkan bertanya- be curious!

  1. Adakah individu atau syarikat tersebut mempunyai kredibilit dan reputasi? Ataupun dirinya menyorok disebalik laman web tanpa sesiapa ketahui sama ada dirinya wujud ataupun tidak.
  2. Adakah bunyinya terlalu senang untuk membuat wang? Percayalah kata saya… hendak menjadi jutawan amat susah. Tetapi, sering kali bila terdapat peluang-peluang mengatakan seseorang boleh menjadi kaya dengan pantas dan kerja senang- mudah sahaja terjerat.
  3. Adakah bukti-bukti ditunjukkan? Di sini dengan kehadiran teknologi, ianya menjadi amat sukar. Income statement, gambar penyata bank, cek yang di scan, screenshot pendapatan online, kesemuanya boleh direka.

    Dengan kebolehan grafik yang minima, seseorang itu boleh memanipulasikan photo atau screenshot untuk menunjukkan pendapatan yang tinggi. Saya tahu oleh kerana saya juga pereka grafik dan sedia maklum teknik-teknik manipulasi gambar ini.

    Dalam topik yang sama juga, testimonial juga boleh direka sendiri. Oleh itu, anda perlu lebih berhati-hati.

Sekiranya timbul rasa ragu-ragu ketika anda menyelidik mencari jawapan- berhati-hati, ianya mungkin scam. 

Di atas adalah 3 soalan favourite saya untuk mengingatkan kita tentang scam. Masalahnya SCAM ini, adalah ianya menjatuhkan kepercayaan orang ramai tentang peluang-peluang perniagaan Internet dan juga bukan Internet.

Namun, para pengguna di zaman ini secara rata-ratanya adalah lebih bijak, peka dan lebih sophisticated. Semakin bijak anda sebagai pembeli, maka, lebih mudah anda menghidu SCAM.

Ada berbagai-bagai lagi sudut perlu dilihat. Apa kata anda kongsikan pendapat anda atau pengalaman anda supaya sama-sama dapat manfaat dan tidak terjerat dengan SCAM.

editor: nama syarikat atau individu yang boleh diimplikasikan ianya scam tidak boleh disebut.

Marketing Mix

Dalam mempromosikan perniagaan anda menggunakan beberapa media promosi, tahukah anda bahawa 1 + 1 tidak menjadi 2?

Maksud ini adalah, sekiranya anda promosi perniagaan anda menggunakan kad bisnes sahaja, mungkin anda mendapat 5 pelanggan. Kemudian, anda menggunakan brochure sahaja untuk mempromosi perniagaan anda, mungkin anda mendapat 5 pelanggan lagi.

Namun sekiranya anda gabungkan promosi kad bisnes (5) dan brochure (5), sebenarnya anda tidak akan dapat 10 pelanggan, tetapi lebih dari itu- mungkin 15, mungkin 20, mungkin 30… mungkin lebih!

1 + 1 dalam kaedah promosi tidak menjadi 2.

Inilah yang dipanggil marketing mix. Cari marketing mix apakah yang terbaik untuk perniagaan anda. Eksperimen! Dengan menggabungkan beberapa marketing mix yang terbaik bagi perniagaan anda, anda dapat melipatkali gandakan pelanggan anda!

Kos penghantaran dalam perniagaan Internet

Dalam perniagaan Internet, kos penghantaran di tanggung oleh pelanggan. Anda boleh mengenakan bayaran tambahan untuk menampung kos penghantaran mengikut destinasi tertentu.

Namun begitu, satu tip yang saya sering beri ketika Workshop Jutawan Internet adalah, sekiranya anda boleh memuatkan harga penghantaran kedalam produk anda, ia merupakan satu BONUS dan ianya memudahkan pelawat anda membuat keputusan untuk membeli.

Contoh, sekiranya anda membeli buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar dari kedai buku, ia berharga RM39.90. Sekiranya anda membeli dari RahsiaInternet.com, ia juga berharga RM39.90 termasuk kos penghantaran ke alamat pelanggan.

Untuk mengetahui bagaimana untuk memuatkan harga penghantaran ke dalam produk anda, bawa produk anda ke pejabat pos dan minta harga penghantaran untuk destinasi yang paling jauh. Kemudian, masukkan harga tersebut ke dalam kos produk anda bersertakan margin untung yang anda inginkan. Ini membolehkan anda memberi produk anda bersamaan free delivery!

Nota: Atas sebab yang sama, barangan yang berat amat tidak sesuai dijual di Internet oleh kerana kos penghantaran yang tinggi!

Semakin ramai peserta Workshop Jutawan Internet telah mendapat pulangan melalui perniagaan Internet mereka. Anda bila lagi? 🙂

Ogos 2006 – Bulan Merdeka!

Seperti biasa, masuk bulan baru, tiada tip satu minit untuk hari ini.

Ada juga yang tanya kepada saya, kenapa setiap kali masuk bulan baru, kita berhenti sebentar tanpa tip. Jawapannya adalah, dalam mempelajari apa sahaja, kita perlu berikan masa untuk membuat rujukan dan ulangkan bacaan supaya kita lebih ingat dan memahami apa yang dipelajari.

Kajian menunjukkan,  90% dari apa yang kita pelajari akan dilupakan dalam masa 2 minggu pertama sekiranya tidak membuat rujukan/ulangkaji. Oleh itu, setiap kali masuk bulan baru, kita ambil masa untuk buat rujukan tip-tip yang lepas untuk mengingatkan kembali. (tip juga ni :))

Terdapat 15 tip perniagaan dan 15 tip kejayaan untuk bulan Julai. Rujuk kembali dengan klik di sini

So hari ni kita cuti sebentar untuk mengulangkaji, dan sambil cuti, saya ada soalan untuk anda…

Tip-tip perniagaan/kejayaan dalam topik apa yang anda inginkan bulan ini? atau apa sahaja soalan yang anda ingin tanyakan kepada saya…

Salam hormat 🙂

Bila tiba masanya untuk merekacipta…

Bila tiba masanya untuk merekacipta bahan-bahan promosi anda, mungkin poster, brochure, laman web, kad bisnes, atau apa sahaja yang memerlukan sentuhan kreatif- JANGAN lakukannya sendiri sekiranya anda bukan seorang yang kreatif!

Shukur Alhamdulillah saya diberi anugerah kreatif dalam merekacipta- kebanyakan bahan promosi syarikat saya, saya sendiri yang mereka cipta.

Tetapi, tidak semua orang mempunyai bakat kreatif dalam merekacipta. Namun, apabila mereka yang tidak mempunyai bakat cuba juga mereka cipta bahan promosi perniagaan mereka, ia hanya memberi sentuhan tidak profesional kepada keseluruhan imej perniagaan anda.

Grafik berkait rapat dengan imej dan jenama keseluruhan sesuatu perniagaan. Sekirannya anda tidak kreatif, dapatkan bantuan mereka yang kreatif atau upah profesional untuk membantu anda! Ia akan memberi impak positif dan profesional kepada imej dan jenama keseluruhan perniagaan anda.

Pembeli akan lebih mudah membeli dari peniaga yang menunjukkan imej profesional, walaupun perniagaan kecil-kecilan.

Iklan yang pasti menarik pelanggan

Tidak kira media apa yang anda gunakan, terdapat 3 kunci kepada iklan yang berjaya. Kunci-kuncinya adalah:

“¢ Cipta keseronokan
“¢ Beri berita
“¢ Menyeru ambil tindakan

Sebagai contoh, lihat iklan ini:

“Jutawan Internet Malaysia mendedahkan Cara Memulakan Perniagaan Internet yang Menguntungkan dari Rumah dalam Masa 7 Hari! Sertai Workshop Jutawan Internet hari ini”

Ia mengandungi ketiga-tiga kunci iklan yang efektif di atas. “Jutawan Internet Malaysia”- memberi berita. “Cara Memulakan Perniagaan Internet yang Menguntungkan dari Rumah dalam Masa 7 Hari!”- mencipta keseronokan. “Sertai Workshop Jutawan Internet hari ini”- menyeru ambil tindakan.

Itulah rahsia pengiklanan yang berkesan 🙂

Sekiranya anda mendapati tip ini menarik, maka, di Workshop Jutawan Internet, anda akan dapat lebih banyak tip lagi untuk melipat kali gandakan perniagaan Internet dan bukan Internet anda! Klik di sini (satu lagi contoh iklan yang mengandungi 3 kunci tersebut!) 🙂

Idea hebat ketika cuti!

Idea yang hebat seringkali datang pada individu yang bebas dari tugas harian dan mempunyai masa untuk berfikir– tiada mesyuarat, panggilan telefon, berjumpa dengan pelanggan dan aktiviti-aktiviti perniagaan yang lain.

Dari masa ke semasa, bebaskan waktu anda dari perniagaan untuk berfikir dan mencari idea-idea bagaimana anda boleh melipatkali gandakan keuntungan perniagaan anda.

Ada seorang rakan saya tukang jahit pakaian batik setiap hari sibuk dengan menjahit dan tiada masa untuk memikirkan bagaimana beliau boleh mengembangkan perniagaannya. Sehingga satu hari beliau mengambil keputusan untuk bercuti dari kerja harian untuk berfikir tentang menjana idea baru sahaja.

Keesokan harinya, beliau mendapat idea- daripada kain-kain batik yang berlebihan selepas di potong dari gulungan kain, beliau mendapat idea menggunakan kain berlebihan tersebut menjadi tali leher batik dan menjualnya!

Jikalau anda mendapati diri anda terlalu sibuk dengan kerja harian dan kurang menjanakan idea perniagaan- take a break! Berhenti cuti untuk berfikir sahaja- ia akan mengubahkan hidup anda!

Mengiklan melalui brochure dan pamplet

Mengiklan melalui brochure dan pamplet sering di lihat sebagai tidak efektif- mungkin kerana sekiranya kita sendiri menerima brochure atau pample, kita akan terus buangnya ke tong sampah!

Brochure dan pamplet boleh menjadi teknik promosi yang efektif sekiranya digunakan secara betul. Brochure dan pamplet amat efektif sekiranya di beri pada pasaran yang tertumpu.

Sebagai contoh, untuk mempromosi Workshop Jutawan Internet, brochure diberikan kepada mereka yang pernah menghadiri kursus atau seminar sebelum ini. Sekiranya menjual buku, maka, brochure diberi kepada pelawat kedai buku sahaja. Sekiranya menjual peralatan komputer, berikan brochure pada mereka yang mempunyai komputer.

Di sini anda perlu bekerjasama dengan peniaga lain yang menjual produk dan perkhidmatan yang seiring degan industri anda. Lakukan sistem barter- anda memberi brochure rakan niaga kepada pelanggan anda, dan rakan niaga anda pula memberikan brochure anda kepada pelanggan mereka- promosi efektif yang berkos rendah!

Program TV “Menjana Impian”

Semalam agak menarik bagi saya- saya dijemput sebagai motivator untuk satu sesi program TV baru “Menjana Impian” terbitan TV9 yang akan disiarkan bulan hadapan. Ucapan tahniah saya kepada TV9 oleh kerana menghasilkan program yang berteraskan kejayaan & motivasi yang amat kurang di TV kini.

Menjana Impian adalah reality TV di mana 16 peserta muda (dari serata Malaysia termasuk luar bandar) di ambil untuk bertanding merebut biasiswa bernilai RM50,000. According to the producer Mr Jafni, program ni macam “The Scholar”, cuma the scholar test IQ, Menjana Impian test pada “soft skills” pelajar-pelajar.

Gambar kenangan: baju merah – peserta, baju orange – producer Bro Jafni, dua di belakang – host, baju biru – hero 🙂

Saya berpeluang bersama pelajar-pelajar (tinggal 8 sahaja tadi) selama 1 jam memberi  beberapa tip (Tip Satu Jam… bukan satu minit 🙂 ) berkaitan dengan kejayaan dan perniagaan.

Antara soalan saya kepada pelajar-pelajar adalah…

“Mengapa mereka yang berjaya dalam perniagaan (jutawan-jutawan) adalah mereka dalam golongan 40-an, 50-an, 60-an? Kenapa tidak ramai pemuda-pemuda yang berjaya dalam perniagaan menjadi jutawan? Bagaimana untuk menjadi berjaya pada usia yang muda?”

Soalan ini saya tujukan kepada pembaca tip satu minit juga. Klik pada comment, dan berikan pendapat. Esok saya akan berikan jawapan saya (dan pelajar) dan juga beberapa tip bagaimana untuk berjaya dalam perniagaan pada usia yang muda!

Bagi mereka yang tidak pernah tinggalkan comment, atau dah lama tak tinggalkan comment, digalakkan turut serta supaya sama-sama dapat manfaat!

Seronok dapat jumpa anak2 muda yang bercita-cita tinggi! 🙂

Personaliti dalam perniagaan

Beri personaliti kepada perniagaan anda. Perniagaan yang mempunyai “personaliti” sering kali lebih mendapat sambutan berbanding dengan perniagaan yang tidak mengetengahkan seorang personaliti.

Ini adalah kerana, ‘personaliti’ memberi sentuhan ‘manusia’ kepada perniagaan anda. Manusia lebih mudah relate dengan manusia berbanding dengan sebuah entiti perniagaan.

Bila sebut RahsiaInternet, personaliti Irfan Khairi akan datang ke fikiran. Tidak ramai yang kenal True Wealth Sdn Bhd, tetapi kalau sebut Azizi Ali, semuanya kenal. Microsoft? Bill Gates. Dell Computers? Michael Dell.

Tidak kira walaupun untuk perniagaan kecil-kecilan, ketengahkan seorang personaliti- diri anda sendiri! Seperti saya kata sebelum ini, dalam perniagaan, kita tidak boleh malu-malu 🙂

Boleh anda namakan perniagaan-pernigaan popular yang menjadi popular oleh personalitinya?