Category Archives: Perniagaan Internet

Perniagaan Internet perlu kelihatan profesional

Cara utama untuk membina kepercayaan pelawat anda untuk menjadi pelanggan adalah pada rupa dan gaya sesebuah laman web itu. Laman web yang kelihatan profesional akan mendapat kepercayaan instantly daripada pelawat. Manakala laman web yang tidak kelihatan profesional, atau hasil reka grafiknya adalah daripada mereka yang tidak berpengalaman grafik, tidak akan berjaya menarik pelawat menjadi pembeli. Saya tahu kerana ijazah saya adalah dalam bidang grafik ketika di Staffordshire University, United Kindom ;)

Cuba lihat laman web di bawah! adakah laman web sebegini dapat menarik pembeli? Tentunya sukar bukan? Oleh kerana ianya kelihatan tidak profesional.

jalan2before.gif

Laman web yang kurang kelihatan profesional akan sukar memberi kepercayaan kepada pelawat. Ianya juga tidak mempunyai daya tarikan pada pelawat.

Bandingkan dengan laman web di bawah selepas melakukan “face-lift”!

jalan2after.gif

Lebih meyakinkan bukan? Pastinya dapat mendapat lebih pelanggan berbanding dengan versi lama tadi.

So, sekiranya anda mempunyai laman web perniagaan Internet, the looks is very important. Sekiranya laman anda tidak profesional, ia akan mengurangkan pembeli oleh kerana tidak dapat membina kepercayaan. Ubah laman anda dan berikan nafas baru ;)

Pendek kata, sekiranya anda tidak mempunyai latar belakang grafik, apa kata dapatkan upah mereka yang mempunyai latar belakang grafik untuk menjadikan laman anda lebih profesional!

========

Adakah anda memiliki laman web perniagaan Internet, tetapi kurang mendapat sambutan? Sebab utamanya mungkin kerana laman anda tidak kelihatan profesional. Mungkin kerana anda binanya sendiri, atau kenalan/keluarga yang membantu membinakan yang tidak berpengalaman  dalam grafik. Keadaan ini hanya akan mengurangkan jualan sesebuah laman web oleh kerana kepercayaan pelawat tidak dapat dibina.

Sekiranya anda ingin pihak RahsiaInternet.com memperbaiki mutu laman web anda supaya lebih tampak profesional dan hebat untuk membina kredibiliti dan kepercayaan dari pelawat anda, lawati http://www.RahsiaInternet.com/cayalah untuk perkhidmatan “Website Face-Lift” kami. Laman web anda akan menjadi lebih profesional! Klik di sini untuk maklumat lanjut.*Laman web JalanJalanCaraIslam.com seperti contoh di atas adalah hasil “face-lift” Cayalah!

Menggunakan Youtube & Facebook dalam pemasaran Internet

Siang tadi sambil jalan2 di Ikano Power Center di Damansara, ternampak poster “Toys R Us” (baru di buka) seperti di bawah…

toysrus.jpg

Apa yang menarik perhatian saya adalah dua button/imej yang terdapat pada poster tersebut: YouTube & Facebook.

Tak kira betapa besarnya perniagaan anda, (atau betapa kecilnya perniagaan anda), anda tidak harus mengabaikan kekuatan pemasaran social networking.

Jenama gergasi seperti Toys R Us, Coca Cola, Air Asia dan banyak lagi menggunakan social networking sebagai salah satu kaedah promosi perniagaan Internet. Kita-kita yang perniagaan kecil-kecilan juga patut mengambil contoh ini dan menggunakan kemudahan social networking dalam perniagaan kita.

Mungkin kita sudah menggunakan Facebook dalam perniagaan Internet kita… tetapi sudahkah kita menggunakan YouTube? Bagaimana pula dengan Twitter? Bagaimana pula dengan social media yang lain?

Tip hari ini, fikirkan bagaimana social networking boleh membantu perniagaan anda! (Bukan sekadar FB sahaja ok!)

Sambil-sambil tu, sekiranya anda belum join FB saya, boleh sertai sekarang di sini 😉 Klik pada “LIKE”!

Klik-Klik: Pinky Creative Design

Perniagaan Internet juga boleh dimulakan tanpa sebarang modal wang- dengan hanya modal skil atau kebolehan kita sendiri. Sekiranya kita mempunyai kebolehan dan skil seperti design, mengalih bahasa, menyunting buku, ghostwriter, menulis, coaching, consulting, atau apa sahaja perkhidmatan, anda juga boleh menjalankan perniagaan melalui Internet.

Infact, perniagaan Internet saya yang pertama (11 tahun lalu) bermula dengan perkhidmatan saya sebagai designer. Modal saya, hanyalah skil atau kebolehan saya mereka cipta… dan tentunya masa yang diluangkan 😉

So, sekiranya anda menjalankan perkhidmatan, anda boleh menjalankan perniagaan perkhidmatan anda melalui Internet. Klik-klik kali ini memaparkan perkhidmatan rekacipta Ms Elia Juaini untuk memberi inspirasi dan idea kepada anda untuk anda juga berjinak-jinak memasarkan perkhidmatan anda di Internet. Dan kalau nak anda nak mulakan perniagaan Internet tetapi tak tahu nak menghasilkan laman web dan bahan2 promosi yang lain, boleh hubungi Pinky Creative Design!

Boleh anda kongsikan serba sedikit mengenai laman web anda?

Laman web Pinky Creative adalah sebuah laman web yang menyediakan perkhidmatan rekaan. Pelbagai rekaan yang saya tawarkan termasuklah business card, flyer, bunting, banner, logo, web banner , web design dan juga photo decoration. Untuk setiap perkhidmatan yang saya tawarkan, saya akan memenuhi kehendak pelanggan dan menepati citarasa yang diingini, berkomunikasi adalah satu medium untuk saya memahami kehendak pelanggan saya. Bagi saya, setiap rekaan melambangkan personaliti bagi setiap individu. Keunikan dan kreativiti juga memainkan peranan penting dalam sesuatu rekaan saya kerana bagi saya unik itu membuatkan seseorang mengenali kita.

Bila dan bagaimanakah anda mulakan perniagaan Internet anda?

Saya mulakan perniagaan Internet saya pada tahun lepas,2009. Saya memang berkelulusan sebagai seorang pereka, tetapi saya tidak bekerja sebagai seorang pereka. Oleh itu, pada satu masa, saya tiba-tiba terfikir kenapa saya tidak memberikan perkhidmatan saya kepada orang lain dan sekaligus mengasah bakat saya. Disebabkan saya tidak mempunyai modal untuk membuka kedai, jadi saya mulakan melalui Internet dan membuat blog. Walaupun saya masih bekerja, tetapi saya tetap komited untuk memberikan perkhidmatan rekaan saya. Dulu, saya sering mereka untuk website kakak saya, Alhamdullillah sekarang saya juga sudah dapat menawarkan perkhidmatan saya pada orang lain juga.

Apakah kebaikan perniagaan Internet yang paling anda suka?

Saya suka perniagaan Internet sebab saya boleh berada di mana-mana saya suka untuk menjalankan perniagaan saya. Tiada had. Juga kalau tiada modal pun tidak apa sebab ada juga website yang free (seperti Blogger.com).

Boleh anda kongsikan satu cara yang paling efektif anda  promosikan laman web anda?

Cara yang paling efektif bagi saya untuk mempromosikan laman web saya adalah melalui rakan-rakan atau bertukar link website. Saya sering bertukar link dengan rakan-rakan untuk mempromosikan laman web saya. Di samping itu, rakan-rakan yang telah menggunakan khidmat saya juga penting bagi saya untuk mempromosikan laman web saya kerana melalui testimonial merekalah, orang lain mule mempercayai saya.

Boleh anda kongsikan tip kepada pembaca yang ingin memulakan  perniagaan internet?

Bagi saya, tip yang paling berkesan sekali adalah, “Terus mulakan apa yang anda fikirkan”. Jangan teragak-agak untuk melakukan sesuatu  dan jangan selalu meletakkan alas an dalam diri untuk tidak melakukan sesuatu yang anda sedang fikirkan. Jika anda tidak tahu langsung nak menjual apa-apa, anda boleh berkongsi ilmu dengan hanya kata-kata atau perjalanan hidup anda melalui blog. Jadikan saja Dr Irfan Khairi sebagai mentor anda, pasti anda berjaya macam saya. 😉

Apakah rancangan jangka masa panjang anda dalam perniagaan Internet?

Rancangan jangka masa panjang saya dalam perniagaan Internet adalah mendapatkan seberapa banyak pelanggan sehingga perniagaan design saya dikenali ramai dan mendapat satu juta sebelum umur 30 tahun.

All the best to Pinky Creative Design semoga terus berjaya!

**********

Ramai yang telah berjaya memulakan perniagaan Internet dari rumah melalui Workshop Perniagaan Internet #1 ini. Dengan menggunakan kebolehan,skill dan kekuatan anda, anda boleh ubahkannya menjadikan satu perniagaan di Internet. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Di workshop satu hari ini, Irfan Khairi akan kongsikan bagaimana anda boleh menggunakan Internet untuk menjana pendapatan dari rumah melalui perniagaan- tidak kira sama ada anda ingin menjual produk, ataupun perkhidmatan. Irfan Khairi juga akan membantu anda mencari produk apakah yang paling sesuai untuk anda niagakan di Internet berdasarkan minat dan kebolehan anda! Klik di sini untuk membaca testimoni bekas-bekas peserta Workshop Jutawan Internet.

Klik-Klik: www.MuffinsMonster.com

Hari ini suka saya kongsikan salah satu perniagaan Internet hasi daripada salah seorang peserta Workshop Jutawan Internet, Pn Ida Maslina yang menjalankan perniagaan Internet menjual Muffin di www.MuffinsMonster.com. Berikut adalah temubual bersama Ida, mengenai perniagaan Internetnya. Semoga dapat menyuntik inspirasi kepada anda juga untuk turut memulakan perniagaan Internet anda berdasarkan minat dan kebolehan anda 😉

Sambil-sambil tu, boleh pesan juga muffin daripada MuffinsMonster.com sebab saya sendiri pernah test muffin tersebut dan memang best!

Boleh anda kongsikan serba sedikit mengenai laman web anda?
Laman web Muffins Monster menjual pelbagai jenis muffin dan cupcake utk apa jua majlis samaada majlis harijadi, pertunangan, perkahwinan, kenduri-kendara atau pun untuk makan-makan sendiri bersama keluarga. Muffin Monster di anggap unik kerana kami menyediakan pelbagai pilihan perisa muffin kepada pelanggan yg dibahagikan kepada 3 kategori iaitu All-time Favourite Muffin, Exclusive Jumbo Muffin dan Gourmet Muffin. Setakat ini kami mempunyai 27 jenis muffin dan dari semasa ke semasa kami akan menambah lagi perisa-perisa yang lain mengikut citarasa pelanggan.Kesemua muffin yg dikeluarkan oleh kami adalah berdasarkan tempahan dari pelanggan. Oleh itu, anda hanya akan mendapat muffin yang baru sahaja dibakar dari kami. Kami juga menyediakan perkhidmatan penghantaran kepada pelanggan-pelanggan kami yang berada di Malaysia sahaja.Yang terkini, terdapat beberapa homebakers  yang bernaung di bawah Muffins Monster di beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang dan juga 2 buah negeri lain. Mereka telah mengeluarkan produk Muffins Monster di rumah mereka sendiri dan ini telah memberi pilihan kepada pelanggan-pelanggan Muffins Monster yg berada di sekitar kawasan homebakers tersebut untuk mendapatkan muffin yg mempunyai kualiti yang sama.

Bila dan bagaimanakah anda mulakan perniagaan Internet anda?

Kami telah memulakan perniagaan internet pada tahun 2007. Pada masa itu, saya masih bekerja dan tercari-cari perniagaan apa yang sesuai untuk saya jalankan supaya dalam masa yang sama saya dapat menjaga anak sendiri di rumah dan mencari rezeki. Kemudian, adik saya memberi idea kepada saya untuk memasarkan muffin yang biasa saya buat di rumah untuk keluarga ke dalam dunia internet. Pada masa itu, saya tidak mempercayai yang perniagaan begitu akan memberi pulangan. Tetapi setelah dicuba dgn menggunakan laman blog percuma pada mulanya, perniagaan internet ini mendapat sambutan di kalangan masyarakat dan alhamdulilah kini kami telah mempunyai laman web sendiri yang berdaftar dan jenama Muffins Monster telah dikenali ramai.

Apakah kebaikan perniagaan Internet yang paling anda suka?

Tidak perlu bersusah-payah keluar dari rumah untuk mempromosikan produk kita dan melalui laman web tidak ada had pelanggan yang akan masuk ke dalam laman web kita. Oleh itu, masa kita lebih fleksibel dan tidak terikat kepada waktu perniagaan konvensional yang lain.

Boleh anda kongsikan satu cara yang paling efektif anda  promosikan laman web anda?

Cara yang paling efektif yang mempunyai kesan jangka masa panjang adalah mengaplikasikan Searh Engine Optimization (SEO) yang telah dipelajari dari Dr Irfan Khairi dalam salah satu workshopnya. Setelah mengaplikasi tips-tips dari Dr Irfan, saya dapati jumlah pengunjung yang berkunjung ke website saya bertambah dengan mendadak.

Boleh anda kongsikan tip kepada pembaca yang ingin memulakan  perniagaan internet?

Tips daripada saya ialah cari mentor dan belajar sebanyak yang boleh dari mentor yang sudah berjaya. Contoh yang paling dekat ialah mentor saya Dr Irfan Khairi. Kemudian, langkah pertama, bina jenama anda sendiri. Jika tak tahu bagaimana nak mulakan, sertai Muffins Monster di bawah program bisnes dari rumah. Lawat laman web saya di www.muffinsmonster.com untuk keterangan lanjut.

Apakah rancangan jangka masa panjang anda dalam perniagaan Internet?

Rancangan jangka panjang saya dalam perniagaan internet ialah untuk melahirkan lebih ramai Muffins Monster homebakers di seluruh Malaysia bagi memberi peluang kepada sesiapa yang ingin memulakan perniagaan internet dari rumah. Di samping itu dapat berkongsi rezeki bersama homebakers yang lain dan memperkembangkan jenama Muffins Monster ke seluruh Malaysia .

**********

Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan Internet anda sendiri seperti Pn Ida Maslina di atas, tetapi tidak tahu bagaimana dan di mana hendak bermula, sertai Workshop Jutawan Internet. Untuk maklumat lanjut, boleh klik di sini.

Menjalankan perniagaan Internet tanpa modal

Alasan tak dapat mulakan perniagaan yang paling favorite sering saya dengar adalah “Tak ada modal… macam mana nak mulakan perniagaan?”

Jawapan saya adalah, always mulakan secara kecil-kecilan dulu. Jarang saya galakkan menggunakan pinjaman daripada institusi kewangan. Gunakan duit sendiri atau keluarga yang memahami. Bila kita bermula kecil, makin banyak ilmu yang kita akan pelajari dalam membesarkan perniagaan kita.

Satu pilihan memulakan perniagaan tanpa modal (atau modal minima) adalah dengan menjalankan perniagaan berbentuk affiliate di Internet.

Perniagaan affiliate adalah apabila kita menjual produk usahawan Internet lain melalui laman web kita dan mendapat komisyen daripada hasil jualan.

Ramai yang beranggapan, atau fikir, perniagaan berbentuk affiliate adalah perniagaan kecil-kecilan dan hanya wujud secara sampingan.

Sebenarnya, untuk berjaya dalam perniagaan affiliate, anggap perniagaan tersebut adalah perniagaan utama anda!

Berikut adalah 3 contoh laman web yang berkonsepkan menjalankan perniagaan affiliate (perniagaan Internet tanpa modal):

  • http://www.livingroom.org.au/photolog/ Laman ini menjual berbagai-bagai jenis kamera- tanpa mereka menyimpan stok satu kamera pun! Dengan hanya menyertai program affiliate daripada Amazon.com
  • http://www.gatzet.com/ juga adalah peminat gadget-gadget canggih dan menjalankan perniagaan Internet tanpa modal dengan menyertai program affiliate!
  • http://www.thetoyreview.com/blog/ pula adalah usahawan yang berminat menjual permainan kanak-kanak, tetapi tidak menggunakan sebarang modal- hanya dengan menyertai program affiliate perniagaan internet lain yang menjual permianan di Internet!

Oleh itu, sebenarnya, alasan biasa “Tiada modal” untuk menjalankan perniagaan sudah tidak wujud lagi dengan menjalankan perniagaan berbentuk affiliate.

So, lepas ni, no more alasan TIADA MODAL dalam menjalankan perniagaan di Internet 😉 Daripada menyertai skim-skim cepat kaya di Internet (yang pastinya perlukan wang modal), baik sertai perniagaan program affliate. Tak perlu bayar pun untuk menyertai. Pilihan yang lebih bijak bukan?

Perniagaan berbentuk informasi – Produk paling laris di Internet

Pada hari Sabtu 20hb Jun ini, saya akan mengadakan satu mini workshop bertajuk “Terhangat di pasaran” mengenai kaedah dan strategi menghasilkan ebook dan menjana pendapatan daripada ebook tersebut.

Berikut adalah artikel tulisan saya daripada majalah NUR, ruang “bisnes”….

Produk paling laris di Internet
Oleh Irfan Khairi

Sering saya ditanya, apakah produk paling laris sekiranya dijual di Internet? Untuk mengetahui jawapan ini, kita perlu lihat terlebih dahulu, apakah kegunaan Internet yang paling tinggi sekali.

Orang ramai menggunakan Internet untuk mendapatkan informasi. Dalam zaman ini, zaman informasi, informasi adalah produk yang paling laris sekiranya dijual di Internet.

Produk informasi yang dimaksudkan boleh jadi dalam bentuk buku, video, audio, repot, manual, ebook, persembahan multimedia dan sebagainya.

Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan Internet menjual informasi, pertama sekali adalah, anda perlu tetapkan, informasi apakah yang anda ingin perdagangkan. Oleh kerana tiada had pada informasi, maka, berbagai-bagai perkara boleh menjadi produk informasi.

Teringat saya satu ketika dulu ketika mengendalikan workshop perniagaan Internet saya, seorang peserta mengaku bahawa beliau tidak mempunyai idea untuk menjual apa pun di Internet. Bila ditanya, industri apakah yang dirinya kini terlibat, jawapannya adalah, industri membuang sampah.

Tersentak juga saya kerana sering kali, saya sarankan peserta untuk lakukan perniagaan berkaitan dengan industri atau minat masing masing. Apabila mendengar jawapannya “Industri membuang sampah”, saya sendiri tidak dapat sebarang idea apakah yang beliau boleh jual di Internet!

Saya minta peserta tersebut duduk terlebih dahulu dan ikuti segmen yang saya akan ceritakan tentang menjual produk informasi di Internet. Dengan harapan, beliau mendapat idea.

Sejurus selepas saya menceritakan bahawa informasi adalah produk terlaris dijual di Internet, dan memberi kebaikan-kebaikan lain menjual produk infomasi, peserta tersebut bangun semula dan berkata “Saya mempunyai idea nak jual apa di Internet. Saya akan menulis buku mengenai cara-cara kita boleh menambahkan pendapatan daripada sampah-sampah yang kita ada!”

Wah! Idea yang amat baik. Walaupun industri “buangan sampah”, masih boleh menjana idea untuk menghasilkan produk informasi. Sejak itu, saya amat yakin bahawa, tidak kira apa pun industri seseorang itu, pastinya terdapat “informasi” yang boleh dijual berkaitan dengan industri tersebut. Apa yang diperlukan adalah kreativiti dalam menghasilkan idea!

Kisah tersebut sering menjadi peringatan kepada saya bahawa tidak kira apa jua industri atau minat, pastinya terdapat “produk informasi” yang boleh dihasilkan.

Lihat dalam diri anda sendiri, industri anda dan minat anda, apakah informasi yang anda boleh jual di Internet?

Selepas mengetahui topik informasi yang anda ingin hasilkan, langkah seterusnya adalah untuk anda pilih kaedah penghantaran informasi tersebut. Sama ada ingin menjualnya dalam bentuk buku, video, audio, repot, manual, ebook, persembahan multimedia dan sebagainya.

Di sini saya juga ingin menyentuh tentang ebook atau e-buku yang merupakan kaedah penghantaran informasi yang kian popular di zaman ini.

Ebuku merujuk kepada informasi yang dikumpulkan dalam bentuk digital mirip kepada sebuah buku. Ianya adalah fail digital yang boleh dihantar kepada pembeli melalui email, atau, pembeli boleh muat turunkannya daripada Internet. Contoh sebuah e-buku boleh didapati di www.irfankhairi.com/mentor

Apa yang menariknya mengenai ebuku adalah, oleh kerana ianya berbentuk fail digital, kaedah penghantarannya kepada pembeli secara online menjimatkan wang (tidak perlu mencetak), masa (pembeli menerimanya secara segera) serta boleh mengandungi link/audio atau video supaya menjadikan ebuku anda interaktif.

Melihat potensi keuntungan e-buku juga boleh menarik minat ramai pihak. Sebagai contoh, oleh kerana ebuku adalah fail digital yang dijual oleh penjual terus kepada pembeli, sekiranya ebuku tersebut berharga RM40, penjual (atau usahawan ebuku) tersebut akan memperolehi keuntungan RM40!

Tidak seperti menjual buku biasa secara tradisional, sekiranya penulis buku menulis buku melalui penerbit dan buku tersebut dijual pada harga RM40, penulis menerima royalti atas setiap jualan sebanyak RM2 sahaja. Bandingkan keuntungan RM40 dan RM2 atas setiap jualan! Itulah antara kekuatan menjual informasi melalui digital di Internet.

Apabila anda mempunyai produk informasi untuk dijual, langkah seterusnya adalah memiliki laman web sebagai tempat mempamerkan produk informasi anda. Sekiranya pelawat laman web ingin membeli, mereka boleh membuat bayaran menggunakan kad kredit atau membuat bayaran terus ke bank usahawan informasi tersebut.

Satu ketika dulu, zaman pertanian melahirkan ramai usahawan-usahawan tani. Kemudian zaman perindustrian pun mengganti menghasilkan ramai usahawan-usahawan perindustrian. Kini, kita memasuki era informasi, dan waktu inilah akan terlahirnya ramai usahawan-usahawan informasi- menjual produk paling laris di Internet!

Cara mudah mengelakkan perniagaan Internet kita gagal

Sebenarnya, ada 3 sebab utama mengapa sesuatu perniagaan Internet gagal. Antaranya:

  1. Produk dan perkhidmatan yang dijual tidak mempunyai permintaan
  2. Laman web yang dibina tidak meyakinkan pelawat membuat belian
  3. Tidak melakukan promosi perniagaan Internet tersebut

Sekiranya anda pernah mencuba menjalankan perniagaan Internet, tetapi, masih tidak mendapat pulangan seperti yang diinginkan, cuba lihat 3 perkara utama di atas.

Adakah produk dan perkhidmatan kita tu mempunyai permintaan? Tak guna juga menjual sesuatu yang tidak mempunyai permintaan di pasaran.

Satu CARA MUDAH untuk mengetahui permintaan, adalah dengan melihat perniagaan BUKAN internet, atau perniagaan offline. Sekiranya produk tersebut mempunyai permintaan secara offline, maka, besar kemungkinan produk tersebut jika dibawa ke Internet, ia masih mendapat sambutan yang baik. Perniagaan online dan pernigaan offline, tidak banyak berbeza. Cuma yang membezakan adalah medium yang digunakan adalah Internet.

Adakah laman web tersebut boleh meyakinkan atau mengubahkan pelawat menjadi pembeli? Sekiranya anda ada produk yang BEST IN THE WORLD pun, tetapi, laman web yang tidak meyakinkan pelawat menjadi pembeli, maka, mereka tidak akan membeli juga.

Satu CARA MUDAH untuk memastikan laman web kita boleh meyakinkan pelawat menjadi pembeli, adalah dengan menjadikan kita sendiri sebagai pelanggan. Lihat laman web kita dan tanya pada diri sendiri “Sekiranya aku pelawat, adakah aku akan beli dari laman ini?”. Jujur pada diri kita sendiri. Put ourself in the shoes of our visitors dan dapatkan jawapan sejujur-jujurnya, adakah kita akan membeli produk tersebut dari laman web ini.

Adakah kita melakukan promosi? Tidak kira perniagaan Internet atau perniagaan bukan Internet, perniagaan MLM, atau perniagaan insurance, mutual funds atau apa sahaja… lebih 90% semua perniagaan ini akan GAGAL kerana tidak melakukan promosi! Tidak kira hebat macam mana pun produk kita, atau kita mempunyai laman yang meyakinkan kita, sekiranya tidak melakukan promosi, pastinya perniagaan Internet kita akan GAGAL.

Satu CARA MUDAH untuk mengetahui sama ada promosi kita adalah cukup, tanya pada diri sendiri, adakah kita melakukan sekurang-kurangnya 3 jenis kaedah promosi serentak pada sesuatu masa? Promosi adalah sesuatu yang perlu dilakukan secara berterusan, tidak kira perniagaan kita sudah popular pun, masih memerlukan promosi. Lihat sahaja Air Asia. Semua orang mengenali Air Asia, tetapi adakah Air Asia berhenti dari melakukan promosi? Apatah lagi perniagaan kecil-kecilan melalui Internet. Pastinya promosi adalah amat penting!

Pada hari Sabtu ini (lusa) 17hb April 2010 saya akan kendalikan satu Mini Workshop bertajuk Promosi Berapi (separuh hari). Khas bagi mereka yang mempunyai laman web, tetapi mengalami kesukaran mempromosinya. Insyaallah saya akan sampaikan kaedah-kaedah yang terkini dan paling efektif bagaimana hendak promosikan perniagaan Internet kita untuk melipatkali gandakan pelawat kita. Khas bagi mereka yang mempunyai laman web sahaja (kerana workshop kali ini bukan tahap asas dan lebih advance)

Sekiranya anda mempunyai laman web, dan ingin melipatkali gandakan pelawat laman web anda, tidak kira tahap kejayaan perniagaan Internet anda, boleh sertai saya, bersama satu kumpulan kecil usahawan Internet lain untuk mempelajari kaedah Promosi Berapi ;). Workshop MINI ini dilakukan bersama group yang kecil (nama pun mini) untuk membolehkan interaksi yang lebih mendalam- mungkin dalam 15 peserta sahaja. Untuk maklumat lanjut, klik di sini.

ps: Ini kali pertama saya kendalikan Workshop Mini Promosi Berapi ini, so, I’m looking forward to it!

2% sahaja yang Hebat Affiliate

Kebanyakan kita sedia tahu apa itu program affiliate. Sekiranya tak tahu, ringkasannya adalah…

Perniagaan Internet berbentuk affiliate adalah di mana anda mengesyorkan atau “recommend” produk dan perkhidmatan orang lain, dan sekiranya seseorang membeli produk/perkhidmatan tersebut, anda akan menerima komisyen.

Tetapi, tahukah anda, penyelidikan online telah menunjukkan bahawa, hanya 2% sahaja daripada mereka yang menyertai program affiliate benar-benar tahu kaedah sebenar dalam menjana pendapatan melalui program affiliate.

Bilangan besar yang menyertai program affiliate LANGSUNG tidak pernah berjaya membuat jualan, ataupun, sekiranya dapat, jumlahnya adalah terlalu kecil.

Dari pengalaman kami juga mengendalikan program affiliate Mentor Jutawan, keadaan ini terjadi. Ketika ini, ahli affiliate Mentor Jutawan adalah lebih daripada 3,000 ahli. Tetapi, yang sering membuat jualan dan menerima komisyen yang tinngi adalah kurang dari 100 ahli!

Mengapa ini terjadi?

Sebabnya hanya satu – kurangnya ilmu perniagaan affiliate!

Untuk menjadi 2% teratas dalam memperolehi pendapatan melalui program affiliate, anda perlu lengkapkan diri anda dengan ilmu perniagaan affiliate secukupnya.

Kebanyakan yang menyertai melakukan kaedah ini:

  • Promosi program affiliate secara rambang melalui email
  • Promosi program affiliate di blog menggunakan bahan promosi laman web jualan produk tersebut
  • Promosi produk affiliate TANPA memiliki produk tersebut 😉

Pastinya, 3 cara ini (dan banyak lagi!) adalah cara yang salah kerana…

  1. Promosi secara rambang melalui email akan menjadikan promosi anda berbentuk SPAM. Dan apabila spam, pastinya kredibiliti anda sebagai affiliate akan jatuh
  2. Promosi menggunakan bahan yang terkandung dalam web jualan tidak semestinya membantu dalam menambahkan jualan kerana bahan yang sama digunakan oleh beratus atau beribu blog yang lain- tiada kelainan!
  3. Promosi terbaik adalah dengan menjadi umpama “jurucakap” kepada produk affiliate yang disertai seperti memberi testomonial atau review yang ikhlas. Tanpa memiliki produk tersebut, usahawan affiliate pasti tidak dapat memberi testimonial dan review yang lengkap & bernas.

cover-affiliate.jpgSekiranya anda ingin mendalami program affiliate, RahsiaInternet.com telah melancarkan Laporan: X terbaru yang bertajuk…

“Cara Memulakan Perniagaan Internet Tanpa Modal dan Produk Sendiri  dan 25 Tip Affiliate Hebat”

Laporan ini menjelaskan lebih terperinci mengenai program affiliate serta tip-tip bagaimana anda boleh memaksimakan pendapatan program affiliate yang anda sertai. Bukan itu sahaja, ia juga memuatkan kesilapan-kesilapan yang RAMAI penggusaha affiliate di Malaysia sering lakukan yang mengakibatkan tiada langsung jualan dilakukan dan amat kurang komisyen yang diterima.

Untuk mendapatkan Laporan X: Affiliate Hebat (harga RM20 sahaja), layari…

http://www.irfankhairi.com/laporanX/

Semoga anda juga akan menjadi ahli affiliate hebat!

Mana lagi penting- Blog atau Laman web

Ada yang tanya, yang mana lebih penting- sama ada memiliki laman web, ataupun memiliki blog?

Blog lebih kepada soft sell. Maksudnya kewujudan blog adalah untuk meningkatkan kepercayaan orang ramai terhadap perniagaan kita. Melalui blog yang interaktif, usahawan dapat berkongsi maklumat dan sedikit sebanyak menciptakan”no barrier to entry” dengan berkongsikan maklumat. Kredibiliti akan meningkat, maka mewujudkan kemesraan dan kesenangan bersama pengunjung.

Laman Web lebih kepada hardsell. Maksudnya kewujudan laman web adalah untuk membuat jualan. laman web sering memuatkan surat jualan atau salesletter untuk menekankan jualan sesuatu produk. Laman web sering kali bersifat statik dan tidak mempunyai interaksi sesama usahawan dan pelawat.

Apabila digabungkan kedua-dua elemen soft sell dan hard sell ini, ia memudahkan lagi segala jualan.

Contoh…

Pelawat akan melayari IrfanKhairi.com/blog (blog) yang mengandungi maklumat. Kepercayaan & kredibiliti terbina dengan perkongsian informasi di dalam blog (soft sell). Di blog juga terdapat iklan Mentor Jutawan yang menghalakan pelawat untuk melawati IrfanKhairi.com/mentor (laman web). Laman web ini pula berfungsi untuk membuat jualan ebook mentor Jutawan (hard sell).

Jadi, yang mana lebih penting, samaada blog atau laman web?

Jawapannya- kedua-dua penting oleh kerana kedua-duanya mempunyai fungsi yang berbeza dan saling meemrlukan antara satu sama lain.

Happy blogging!

Integration Marketing – Mengambil peluang trafik yang sedia ada

Beberapa minggu lepas, saya ada menyebut tentang “Integration Marketing” dengan menunjukkan contoh bumbung Hard Rock Cafe yang dicat dengan logo Hard Rock supaya boleh pengunjung melihat daripada Menara Kuala Lumpur…

Konsep Integration Marketing yang digunakan dalam contoh ini adalah…

Intergration Marketing di mana mereka mengambil kesempatan intergrate kaedah promosi dengan “traffic” daripada menara KL.

Integration marketing adalah konsep yang amat mudah, tetapi amat efektif dan sering kali ramai mengabaikannya. Ia boleh dilakukan untuk perniagaan tak kira saiz, besar ataupun kecil-kecilan.
Apa maksud Intergration Marketing?

Mengambil peluang traffic/flow yang sedia ada untuk memasarkan produk dan perkhidmatan

Contoh lagi:

  • Bagaimana Pizza Hut (atau KFC) akan membuka cawangan apabila McDonalds membuka cawangan di sesuatu lokasi. Pizza Hut/KFC mengambil kesempatan traffic yang dihasilkan oleh McDonalds.
  • Bagaimana Air Asia membuka booth/pejabat dan juga meletakkan poster sebesar-besarnya di KLIA menulis “Now Everybody Can Fly!”. Air Asia mengambil kesempatan traffic di KLIA untuk promosikan penerbangan kos rendah mereka.
  • Bagaimana dalam perniagaan Internet, kita menggunakan “Thank You” email apabila pelanggan membeli sesuatu produk, dalam mempromosikan produk atau perkhidmatan kita yang lain. Ini mengambil kesempatan trafik pembeli yang sedia ada mempunyai kepercayaan membeli daripada kita, untuk beli lagi.

Cuba lihat disekeliling anda dan anda akan dapat nampak kaedah “Integration Marketing” ini digunakan.

Fikirkan bagaimana anda juga boleh aplikasikannya dalam perniagaan anda- mengambil kesempatan trafik sedia ada, untuk menambahkan keuntungan perniagaan anda 😉