Goyang kaki – Wang anda berganda 2!

Pagi tadi secara langsung segmen saya di Astro Awani, WW-Bersama Irfan Khairi; siri ke-3.

Anyway, pagi tadi saya memberi tip kewangan mengenai asas pelaburan. Asas pelaburan yang amat penting untuk semua ketahui adalah konsep “compounding”.

Compounding adalah konsep yang paling penting untuk anda fahami dan manfaatkan oleh kerana ia adalah kunci kekayaan & kebebasan kewangan.

Maksud compounding adalah wang yang anda laburkan, dan menerima pulangan pelaburan, akan berkembang dan menerima pulangan pelaburan pada tahun-tahun yang akan datang.

Maksudnya, sekiranya anda laburkan RM100 sahaja pada pelaburan yang memulangkan 10%, RM100 itu akan menjadi RM110 tahun depan. RM121 tahun selepasnya. RM133.10 tahun berikutnya… dan seterusnya.

Dalam masa 7 tahun, pada pulangan 10%, wang anda akan berganda 2.

  • Kalau RM100, sekiranya anda tidak sentuh, akan menjadi RM200.
  • Kalau laburkan RM1,000 dan tidak disentuh selama 7 tahun, ia akan menjadi RM2,000!
  • Bayangkan bagi mereka yang sedia kaya, dan mempunyai RM1 juta. Di biarkan selama 7 tahun, pada kadar pulangan 10% akan menjadi RM2 juta! Ini barulah maksudnya duduk rumah, goyang kaki! :)Ini antara sebab mengapa yang kaya menjadi semakin kaya- mereka memahami konsep penting COMPOUNDING!

Jadi, daripada tip semalam, simpanan anda bulan-bulan 10% tu, laburkannya untuk mendapat pulangan 10% pula. Dan segala simpanan anda akan berganda dua kali dalam masa 7 tahun!

Simpan 10% untuk diri sendiri

Seringkali dalam buku kewangan menyeru kita untuk simpan 10% daripada pendapatan kita. Konsep “Pay yourself first!”

Adakah anda melakukan ini?

Konsep ini pada mulanya datang dari buku klasik The Richest Man in Babylon, yang mengatakan untuk simpan apa sahaja pendapatn harta kita 1/10 bahagian. Zaman kini, kita gunakan 10%.

Bagi mereka yang tidak melakukan ini, lakukan sekarang oleh kerana ia akan membawa anda kepada bebas kewangan dalam tahun-tahun akan datang. Bagi mereka yang tidak melakukan ini, mungkin selama ini terasa, hendak simpan 10% daripada pendapatan amat sukar. Sebab hujung bulan, memang habis semua duit, tak sempat menyimpan pun!

Jadi bagaimana?

Mudah sahaja, sekiranya anda tidak mampu menyimpan 10% dari pendapatan bulanan anda, mula pada 1% sahaja. Sekiranya pendapatan RM2,000, simpan RM20 sahaja. Takkan simpan RM20 tak boleh? 🙂

Sebulan dua kemudian, bila anda sudah selesa dengan menyimpan 1%, naikkan kepada 2%. Menjadi RM40 sebulan. Teruskan sehingga 3%… 4%… berbulan-bulan yang akan datang. Dengan cara ini, dalam 1 tahun, anda akan rasa selesa menyimpan 10% daripada pendapatan anda.

Sekiranya tidak boleh menyimpan 10% kerana terasa amat sukar, tidak mengapa, mulakan dengan 1% sahaja dulu. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit!

Ingat, pay yourself first. Maksudnya, dapat gaji, terus simpankan % tu terlebih dahulu. Kemudian, baki, baru gunakan untuk bayaran2 tanggungan hidup 🙂

Esok saya akan ceritakan bagaimana hendak melipatkali gandakan simpanan anda!

ps: Sedar-sedar Cd Audio Motivasi saya “Wang & Anda” sudah berada di pasaran! Saya pun tak perasan ianya sudah berada di pasaran sejak minggu lepas. Hari ini saya mendapat panggilan mengatakan sudah OUT OF STOCK!

Print pertama kami hanya print 500 sahaja… kesemuanya SUDAH HABIS dikedai dan kini, kami sedang print lagi! Wah… memang tak sangka begitu cepat habis sehingga kami sendiri tak sempat nak jual online 🙂 Terima kasih atas sokongan anda! 

 

Parkinson’s Law dalam kewangan

Ada satu keadaan ini dikenali sebagai “Parkinson’s Law”. Maksudnya dalam perihal kewangan adalah…

Lagi banyak pendapatan kita, lagi banyak perbelanjaan kita!

Ini sememangnya berlaku dan menjadi satu tabiat yang asasi bagi manusia. Betul tak? 🙂 Lagi banyak pendapatan anda, lagi banyak perbelanjaan anda…

Cara untuk mencapai kebebasan kewangan adalah untuk dengan sengaja, melawan tabiat tersebut. Dalam kata lain, kita perlu tangani/violate Parkinson’s Law ni…

Selalunya, bila pendapatan kita RM2,000 sebulan, perbelanjaan kita mungkin pada kereta sederhana, rumah sederhana, makan-minum di restoran, holiday pun dalam negara sahaja…

Tapi, apabila pendapatan kita bertambah, rezeki bertambah menjadi RM5,000 sebulan, sedar-sedar kita akan tukar kereta baru yang lebih mewah, rumah lagi besar mungkin banglow, makan minum diluar pun di hotel, holiday pula ke luar negara!

Itu lah dianya Parkinson’s Law.

Semestinya ia terjadi pada semua orang, termasuk saya sendiri! 🙂 Bak kata anda, kalau pendapatan dah banyak, tak puas lah kalau kita tak guna kan!

Nasihat saya, cuma, berpada-pada bila ada kenaikan rezeki. Sememangnya sering kita tekankan, untuk menyimpan sekurang-kurangnya 10% pendapatan anda.

Tetapi, perlu ingat, sekiranya pendapatan meningkat, % simpanan juga perlu meningkat untuk mengelakkan Parkinson’s Law. Mungkin ketika pendapatan RM2,000, anda boleh simpan RM200 (10%). Tetapi, sekiranya pendapatan RM5,000, jangan pula masih di 10%, tetapi, naikkan simpanan kepada 20% (RM1,000).

Dengan cara ini, anda masih lagi dapat menggunakan kewangan anda yang meningkat dan memuaskan hati anda (RM4,000), serta, menyimpan dengan lebih banyak dan melawan Parkinson’s Law (RM1,000)! 🙂

Berjimat dari belian emosi

Sempena pelancaran “Tip Kewangan” di Tip-Satu-Minit, serta pelancaran CD Audio “Wang & Anda”…

…apa kata minggu ini, saya berikan Tip Kewangan sahaja! 🙂 Kita kira ini minggu Tip Kewangan!

Kekayaan bukan bererti berapa banyak pendapatan kita, tetapi berapa banyak kita dapat menyimpan pendapatan kita!

Beberapa soalan lepas berbunyi:

Bagaimana hendak mengawal belian emosi. Walaupun sudah merancang, tapi, kita tetap rasa nak beli juga?

Caranya adalah…

  1. Seperti menetapkan matlamat, merancang kewangan juga perlu ditulis! Ambil kertas, dan tulis perancangan kewangan anda. Dengan menulis berapa budget anda untuk bulan ini, subconcious mind anda akan membantu anda dalam usaha membendung belian emosi.
  2. Ketika pergi ke pusat membeli belah, bawa wang tunai sahaja, dan tinggalkan kad kredit anda di rumah. Bawa cukup2 untuk budget belian anda dan sedikit extra untuk kecemasan.
  3. Ketika ingin membeli sesuatu yang diluar perancangan anda, berhenti seketika dan beri masa untuk anda fikir. Bukan masa 10 minit-20 minit… tetapi, yakinkan diri anda untuk tunggu 2 minggu sebelum membeli. Ini kerana, dalam masa itu, anda akan dapat tahu sama ada barang tersebut PERLU DIBELI, atau TIDAK PERLU DIBELI.

    Kalau PERLU juga selepas 2 minggu, teruskan belian anda. Sekiranya selepas 2 minggu anda rasa TIDAK PERLU, maka, anda telah menjimatkan wang anda! 🙂

Sekali lagi, Kekayaan bukan bererti berapa banyak pendapatan kita, tetapi berapa banyak kita dapat menyimpan pendapatan kita!

Sekiranya pendapatan kita RM5,000 sebulan tetapi kita belanja RM4,800 sebulan, maka, mereka yang berpendapatan RM1,500 tetapi belanja RM1,000 sebulan adalah lebih kaya dari kita!

Tip kewangan!

Suka saya umumkan kategori baru di Tip Satu Minit… iaitu TIP KEWANGAN!

awanilogo1.gifTip kewangan semestinya akan mengandungi tip-tip kewangan peribadi. Insyaallah saya akan muatkan tip-tip yang saya kongsikan di ruang saya “WW-Bersama Irfan Khairi” di Astro Awani setiap Khamis (11.30 pagi / 4.30 ptg / 6.30 pagi).

wanganda-small.jpgJuga, sebagai susulan kepada CD motivasi kewangan saya “Wang & Anda” yang bakal diedarkan dalam bulan Ramadhan ini oleh Telaga Biru Sdn Bhd.

Mula-mula terfikir juga untuk buat blog berasingan “Wang & Anda”, tetapi, takut tak cukup masa maintain 2 blog sekali. Jadi, Tip-Satu-Minit berubah sedikit jadi Tip Perniagaan, Tip Kewangan & Tip Motivasi… boleh kan? 🙂

Tip Kewangan pertama sepertimana di WW semalam…

Bulan perayaan ini, pusat membeli belah, kedai-kedai, shopng complex semua akan mula menurunkan harga dari 20% hinggalah ke 70% discount.

Penurunan harga ini adalah untuk menarik emosi orang ramai membuat belian oleh kerana apa sahaja keputusan membuat belian, 90% datangnya dari emosi (bukan logik!)

Musim perayaan pula, emosi adalah pada tahap yang amat tinggi dan pusat membeli belah semuanya tahu berkenaan ini. Dengan itu, harga pun diturunkan sehingga 70%!

Beringat-ingat untuk tidak membazir. Bulan Ramadhan bukanlah perayaan membeli belah dan makan-makan. Tetapkan budget berapa anda ingin belanjakan bulan raya ini, dan stick to the budget. jangan terlebih budget anda. Inilah caranya untuk mengawal keputusan belian secara emosi- yang 90% tu!

Gagal merancang adalah merancang untuk gagal dalam kewangan!

ps: Di WW, saya akan beri 3 tip kewangan berdasarkan topik sebab diberi 7 minit. Di Tip Satu Minit, saya tulis 1 sahaja untuk memenuhi konsep Tip-Satu-Minit.

Selamat menyambut Ramadhan!

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, saya mengucapkan…

…selamat menjalani ibadah puasa kepada semua pembaca Tip-Satu-Minit yang beragama Islam.

Hayati fadhilat Ramadhan dan cari keberkatan-Nya. Moga kita dianugerahkan kekuatan menjalani tuntutan puasa & melipat kali gandakan amal.

Sama-sama doakan kejayaan bersama yang berlipat kali ganda! 🙂

ps: Cuti tip hari ini! 😉

Menjadi pemborong online

Sering bila fikirkan menjadi usahawan Internet, kita fikirkan untuk menjadi penjual kepada pengguna.

Satu model perniagaan yang kita terlupa adalah menjadi pemborong- iaitu jual kepada usahawan Internet!

Menjadi pemborong Internet memerlukan modal- terutama membeli stok secara pukal daripada pengeluar (biasanya pengilang). Namun, oleh kerana masih lagi merupakan perniagaan Internet, maka, kos dapat dikurangkan seperti kos premis, pekerja, dan overhead.

*Contoh, beli cover handphone (yang kain bergambar-gambar tu- saya tak pasti panggil apa :)) secara pukal dari pengeluar, kemudian, sediakan satu laman web menual cover handphone tersebut secara pukal- mungkin satu bundle mengandungi 30 cover untuk usahawan Internet memulakan perniagaan.

Perlu ingat, lokasi Malaysia adalah amat strategik dan dekat dengan negara China, yang merupakan negara yang banyak menghasilkan produk-produk untuk dijual semula- ini akan mengurangkan kos penghantaran produk untuk dijual semula ke Malaysia.

Menjadi pemborong online- dapat mengsasarkan pengguna Internet seluruh dunia dan bukan Malaysia sahaja! Juga, oleh kerana ramai yang tidak nampak peluang ini, maka, persaingan adalah rendah!

Cuba janakan idea perniagaan bermodel sebegini. Apa yang anda boleh jual sebagai pemborong kepada usahawan-usahawan Internet sedunia? Siapa boleh memberi idea yang bernas akan dapat hadiah 🙂

Hadiah saja… tu la, saya nak anda banyak berfikir untuk kebaikan anda sendiri, sanggup beri hadiah lagi! 🙂 Contoh perniagaan jual handphone cover, tak aci, sebab idea saya 🙂

Minat & Wang

Semalam ada soalan yang agak menarik yang di tanya oleh salah seorang pengunjung setia Tip Satu Minit:

Dulu I selalu masuk TV and mencari-cari peluang untuk keluar TV sebab saya nak berjaya dan more income!YANG PELIK di sini, you dah BERJAYA, you dah MILLIONAIRE!is there any particular reason you nak masuk TV???!REALLY CURIOUS!!!:) – Razzi Rahman

Good question sebab mungkin ada tertanya, dan saya kira ada a good messege juga yang boleh saya kongsikan. Jadi, ini jawapan saya…

1. Buat apa yang kita tahu
Not a secret, saya memang minat dalam bidang media. Latar belakang pendidikan saya adalah dalam Multimedia ketika di University (Staffordshire, UK)- multimedia bukan IT tau!. Multimedia yang saya belajar adalah dari media percetakan, media bunyi serta media visual, media internet dan juga media penyiaran. Jadi, saya sudah familiar dengan peralatan dan proses sesuatu media.

Juga, pengalaman saya sebagai tetamu di media sejak 2 tahun yang lepas telah menambahkan lagi pengetahuan saya dalam bidang ini.

2. Buat apa yang kita minat
Beberapa bulan lepas ketika penggambaran TemuBual di Astro di mana saya menjadi tetamu jemputan, saya di tanya oleh Amir Mahmood Razak. Sekiranya saya tidak menjadi jutawan, apa yang saya jadi? Susah juga nak jawab, sebab saya tidak pernah fikir.

Sebab tak mahu audience tunggu, saya pun jawab apa yang pertama kali terlintas di fikiran. “Menjadi host seperti Amir lah kut!”. Amir pun jawab, eh… orang semua nak jadi macam dia, dia nak jadi macam kita pula! 🙂

Mungkin juga, daripada temuramah itu pihak Astro mengambil saya untuk sertai Awani!

3. Buat apa yang menggembirakan anda
Apa yang mengembirakan saya? Berkongsi maklumat dengan seberapa ramai yang mungkin. Sebab itu sejak tahun lepas, hampir setiap hari saya menulis di Tip Satu Minit walaupun saya amat sibuk- tetapi, saya masih mencari masa untuk menulis kerana ia menggembirakan saya.

Media penyiaran adalah mass media di mana saya diberi peluang untuk menyampaikan maklumat kepada lebih ramai penonton dengan lebih mudah- hanya didepan camera sahaja boleh mencapai beratus ribu penonton di rumah. Oleh itu, semestinya ia menggembirakan saya!

Tidak kira di dalam blog, atau workshop kecil, ataupun di seminar besar-besaran dengan lebih 800 peserta, menyampaikan ilmu saya yang sedikit ini kepada sesiapa yang sudi mendengar amat mengembirakan saya.

4. Anda akan menjadi seperti idola anda
Juga bukan lagi rahsia beberapa kali akhbar, majalah dan juga TV pernah bertanya saya, siapakah idola saya yang membuatkan saya berusaha ke arah kejayaan ketika-muda-muda dulu? Jawapan saya adalah penghibur & pelakon popular. Saya sering teruja melihat mereka di TV & layar perak melakukan sesuatu yang mereka minat, di samping mendapat pendapatan yang lumayan. They are living a dream!

Di sini ada posting rujukan: “Menjadi Bintang”

5. Menambahkan pendapatan
Sudah tentunya, saya sering menyarankan untuk anda fikir “multiple source of income”. Itulah caranya untuk menambahkan lagi pendapatan dengan cepat. Selain daripada pendapatan secara langsung, ia juga menjadi satu cara promosi perniagaan-perniagaan saya yang lain.

Di sini ada posting rujukan: “Rahsia Aliran Pendapatan Berganda”

Point ini saya letakkan di akhir oleh kerana, secara aturan, di situlah patutnya anda meletakkan “WANG”. Dahulukan dengan MINAT, kemudian, WANG akan menyusuli.

Melakukan apa yang kita tahu, apa yang kita suka dan apa yang kita minat adalah baik. tetapi, ianya adalah satu bonus yang amat besar sekiranya melakukan itu semua sambil mendapat pendapatan!

Nasihat saya adalah, sentiasa lakukan apa yang anda minat. Ia tidak akan menjadi suatu kerja sekiranya anda mempunyai minat yang amat mendalam dalam sesuatu itu. Sebagai tambahan, ia seperti mendapat pendapatan percuma sekiranya kita tidak menganggapnya sebagai kerja!

Cuba anda fikirkan, mengapa ikon multi-billionaire seperti Tan Sri Mokhtar Bukhari, Bill Gates, Donald Trump, Michael Dell, Warren Buffett dan semuanya masih lagi bekerja siang dan malam, walaupun mereka mempunyai wang yang amat banyak sehingga mereka sendiri tidak boleh habis membelanjakannya?

ps: Terima kasih kepada soalan Razzi Rahman. Saya juga berpeluang hendak tanya soalan kepada anda. Bagaimana perasaan anda mengendalikan blog http://www.razzirahman.com/ yang merupakan minat & passion anda? Adakah jawapan anda sama seperti jawapan saya di atas? Saya rasa YA! 🙂

Anda pula bagaimana?

Gementar kali pertama

awanilogo1.gifPagi semalam pertama kali saya mengendalikan segmen program TV saya di astro awani – WW bersama Dr Irfan Khairi (segmen secara langsung 11.30 pagi). bercakap mengenai Belanjawan 2008 (tetapi di permudahkan untuk semua- bukan seperti pakar kewangan mengulaskan belanjawan). Memang nervous / gementar dibuatnya 🙂 !

gsg.jpgBukan kali pertama saya menjadi host segmen TV, sebelum ini saya pernah menjadi host rancangan Get Set Go (gambar sebelah). Tetapi, di astro Awani kali pertama mengendalikan segmen secara langsung/live. Kalau Get Set Go (RTM), dirakamkan dan kalau tersasul boleh: “CUT!”. Begitu juga menjadi mentor Menjana Impian (TV9).

Pengalaman gelisah & gementar adalah perkara biasa dan normal. Ia sememangnya dimestikan untuk memperbaiki diri sendiri. Ramai yang tidak mahu melalui pengalaman gelisah dan gementar! Keadaan ini sebenarnya adalah sebahagian daripada punca utama kejayaan tidak tercapai iaitu- TAKUT KEPADA KEGAGALAN!

Teringat saya kepada pertama kali saya menjalankan Workshop Jutawan Internet pada pertengahan 2005. Ya, Workshop Jutawan Internet sudah dijalankan lebih dari 2 tahun.

Pada ketika itu, memang gementar. Nervous sejak berminggu-minggu sebelum hari Workshop. Malam sebelum workshop, saya tak boleh tidur memikirkan kegementaran. Memikirkan hari workshop perlu berdepan dengan lebih kurang 20 peserta. Namun begitu, semua itu perlu dilalui oleh kerana ia hanya memperbaiki diri kita sendiri keluar daripada zon selesa…

Fast forward 2 tahun kemudian kepada hari ini…

Workshop Jutawan Internet mendapat sambutan yang amat hebat di Kuala Lumpur, dan Singapura. Infact, hari ini saya akan bertolak ke Singapura untuk menjalankan Workshop Jutawan Internet, Singapore untuk kali ke-dua pada hari esok, dengan penyertaan lebih daripada 70 peserta!

Pengalaman sebegini juga memperbaiki diri saya apabila berhadapan dengan 700-800 hadirin untuk sesi talk seperti Gerak Usahawan serta Berita Harian Financial Conference di Singapura!

Semuanya bermula dengan kali pertama di mana kita perlu memaksakan diri kita menghadapi apa sahaja kegementaran atau nervousness!

suik.jpg
Saya & Suhaimi Sulaiman ketika majlis pelancaran astro Awani 

Ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Suhaimi Sulaiman & Rozi yang merupakan orang kuat astro yang bertanggungjawab mengambil saya menjadi part-time di Awani. If I don’t do well, blame it on them. Ha ha 🙂 Juga kepada personaliti berpengalaman Amir Mahmood, Kamarul (Kam) dan semestinya Dang Suria yang mengajar saya untuk menjadi host (bukan web hosting!) di astro awani. Dikelilingi host yang hebat sebegini, kalau saya sendiri tak jadi hebat, tak tau lah nak kata apa 🙂 Kira saya ni Learn-as-you-go!

awanibh.jpg
Keratan Berita Harian semalam 

So, tip hari ini. Jangan takut kegagalan. Takutkan kegagalan mengakibatkan kita nervous & gementar- iaitu perkara yang biasa dan normal! Lalui segala kegementaran itu dan secara automatik, ia akan menjadi kebiasaan dan gementar pun hilang! 🙂

Anggap gementar & nervous sebagai suatu yang kita MESTI LALUI tidak kira apa!

Perlu diversify atau perlu niche?

Tip ni saya sudah sebut beberapa kali, tetapi, saya akan ulang lagi oleh kerana kepentingannya serta, ada yang terkeliru.

Dalam perniagaan, seperti dalam pelaburan juga, perlu diversify! Jalankan beberapa perniagaan dan tidak hanya mengharap pada satu sumber pendapatan sahaja.

Yang menjadi kekeliruan adalah, apabila disebut diversify, ada yang keliru pula dengan…

Eh… bukan ke Irfan kata perlu ada niche? (fokus kepada satu perniagaan)

Ya, niche memang perlu. Tetapi niche pada peringkat perniagaan secara individu.

Contohnya, Air Asia. Niche Air Asia adalah penerbangan kos rendah. Tetapi, Tony tidak hanya bergantung kepada Air Asia. Beliau diversify kepada Tune Hotel.Niche Tune Hotels pula adalah penginapan kos rendah….

Sudah pasti, perniagaan pemilik Air Asia & Tune Hotels bukan berhenti di situ sahaja, tetapi diversify!

Perniagaan besar-besaran melakukan ini, kita yang mempunyai perniagaan kecil juga perlu melakukannya. Niche! Maksimakan pendapatan sesuatu perniagaan dan Diversify! Jadikan pendapatan anda berganda dengan lebih pantas

Keduanya perlu 🙂