Semalam saya dijemput untuk 2 rancangan Astro sekali! Personally, saya amat gembira diberi peluang ini- first time bersama Astro! Recording untuk rancangan pertama adalah “Perspektif Kita” sebuah rancangan berbentuk forum/debat dikendalikan oleh pengacara Suhaimi Sulaiman.

Gambar bersama Suhaimi Sulaiman & tetamu “Perspektif kita”
Perbincangan topik adalah, mengapa belia Malaysia kurang menyerlah di arena antarabangsa. Saya selaku salah seorang panelist.
Rancangan kedua pula adalah “Temubual”, sebuah talk-show yang dikendalikan oleh newscater tidak asing lagi Amir Mahmood Razak. Very interesting oleh kerana konsepnya adalah 90% soalan datang dari audience!

Bersama Amir Mahmood Razak dalam “Temu bual”
Rancangan ini pula memaparkan kisah kejayaan & peribadi saya sebagai personaliti. Probably one of the best interviews I had sebab rancangan selama 1 jam!
Thanks to Astro oleh kerana beri peluang & kepercayaan kepada saya untuk rakaman kedua program baru ini. Special thanks to Bro Suhaimi, Bro Amir & Kak Rozina Aziz (orang kuat astro) will be in touch! Seronok dapat kenal dengan semuanya 🙂
Tip hari ini…
Ketika forum “Perspektif kita”, salah satu isu yang timbul adalah, peluang sering tidak diberikan kepada anak-anak muda/belia kita untuk menunjukkan kecemerlangan mereka.
Jawapan saya kepada isu itu adalah, jangan menunggu peluang datang kepada anda atau jangan mengharapkan peluang. Anda sebagai empunya badan perlu mencari dan mengejar segala peluang yang ada.
Be a go getter! Sistem education kita kebanyakan mengamalkan keadaan di mana pelajar di spoon fed everything. Sedikit sebanyak, selepas pengajian, amalan ini yang di tunggu-tunggu (peluang datang kepada mereka).
Sekiranya anda menunggu peluang, ia tidak akan tiba. Ciptakan peluang sendiri dan ia akan menjadi lebih mudah untuk anda menunjukkan kecemerlangan anda 🙂