Perniagaan dan modal permulaan

savemoney.jpgDalam memulakan perniagaan, tak perlu bermegah sangat – tak perlu semuanya hebat dan besar. Memulakan perniagaan memerlukan banyak modal pusingan. Modal permulaan adalah hanya untuk permulaan.

Ada perniagaan yang bermula terus dengan membeli kereta mewah, pejabat hebat & class, banggunan boleh tahan 😉 dan juga perbelanjan-perbelanjaan awal yang amat tinggi.

Dalam memulakan perniagaan, fikirkan modal pusingan. Ada banyak lagi modal yang perlu dikeluarkan dalam perniagaan dan kalau semuanya di salurkan pada modal permulaan, pastinya nanti akan tersangkut perniagaan di tengah jalan.

Fikirkan cara menjimat kos-kos permulaan. Fikirkan untuk meminimakan overhead. Berjimat cermat dalam memulakan perniagaan dan menjalankan perniagaan.

Bila perniagaan hebat, baru dapatkan kereta hebat & pejabat hebat! (tu pun kalau perlu)

Terlalu banyak perniagaan yang saya lihat berbelanja besar ketika permulaan, cuma sehingga tidak memikirkan running cost dan overhead. Perniagaan terpaksa ditutup. Jauhkan dari anda ok!

3 strategi perniagaan Steve Jobs

Baru-baru ini pastinya anda juga telah ketahui pengasas Apple, ikon usahawan Steve Jobs telah meninggal dunia. Sebagai ikon usahawan dan inspirasi kepada ramai generasi usahawan kini, Steve Jobs telah meninggalkan berbagai teknik dan strategi perniagaan. Antara 3 strategi perniagaan Steve Jobs…

  1. Fikir berbeza
    Slogan Apple satu masa dulu adalah “Think Different”. Slogan yang begitu simple, tetapi memberi makna yang hebat.

    Dalam perniagaan, kita perlu ciptakan perbezaan dalam perniagaan kita. Kita tidak boleh lakukan perkara yang sama dengan pesaing kita oleh kerana, ia tidak dapat membezakan kita dan pesaing. Untuk mendapat pasaran perniagaan yang lebih besar, cari kelainan dan ciptakan perbezaan untuk perniagaan kita. Sama ada pada harga, pada kualiti, pada kecepatan, pada perkhdmatan, pada rekabentuk dan sebagainya.

    Apple berjaya mencipta kelainan daripada pesaing-pesaing oleh kerana menitik berat aspek kualiti dan rekabentuk gajet yang unik dan cantik seperti iPad, iPod, iPhone dan sebagainya!

  2. Komunikasi dalam perniagaan
    Steve Jobs bukan sahaja pakar dalam bidang perniagaan, tetapi juga pakar dalam bidang komunikasi. Setiap kali pelancaran produk Apple, Steve Jobs akan turun padang dan memberi persembahan/talk ringkas mengenai produk terbarunya.

    Steve Jobs sering mendapat pujian dari segi komunikasinya yang amat mudah dan boleh mencapai pelbagai usia dan latar belakang. Dalam perniagaan, komunikasi adalah amat penting, hinggakan kejayaan sesuatu perniagaan bergantung kepada komunikasi yang efektif.

    Untuk berjaya, kita perlu tahu produk dan perkhidmatan kita secara meneyluruh dan boleh menyampaikannya kepada orang lain dengan mudah, bertenaga, dan penuh passion!

  3. Keep it simple
    Permudahkan perniagaan kita. Steve Jobs menekankan ‘simplicity’ dalam hidupnya, bukan sahaja dalam produk-produk yang dihasilkan oleh Apple yang menggunakan konsep minimalis, tetapi juga dalam hidup harian dirumahnya dilaporkan menggunakan konsep Zen dan tidak mempunyai banyak perabot!

    Dari segi perniagaan, dengan memudahkan segala urusan – jual beli, rekacipta, laman web, pemasaran, dan lain-lain, ia juga memudahkan pelanggan. Dengan menggunakan konsep ‘simple’, dalam perniagaan, ia dapat menarik lebih ramai pengguna dari berbagai lapisan masyarakat! Permudahkan urusan perniagaan anda dalam pelbagai aspek.

    Mudah idea -idea ini dapat membantu anda dalam perniagaan anda.

Psikologi perniagaan pusat membeli belah

shopping_bags.jpg

Bila kita masuk pusat membeli belah, berbagai-bagai psikologi perniagaan digunakan untuk menarik pembeli. Dari harga, muzik yang dimainkan, lokasi produk telah dirancang dengan rapi untuk menarik emosi pembeli untuk membuat belian. Perasan tak anda antara psikologi perniagaan termasuk…

  • Produk-produk yang kecil seperti gula-gula, majalah, diletakkan disebelah kanan kaunter bayaran– hanya kerana kebanyakan antara kita cenderung menggunakan tangan kanan. Lokasi produk2 kecil ini di kaunter memudahkan kita membelinya dengan tidak fikir panjang dan terus mencapainya- penambahan belian kecil RM2 dari seorang pelanggan boleh menjadi RM2juta untuk setiap pelanggan di semua cawangan pasaraya!
  • Muzik-muzik yang dimainkan seringkali muzik berunsur gembira dan popular untuk menaikkan mood pelawat supaya turut bergembira. Bila pelawat gembira, maka lebih mudah dan banyak belian dilakukan! Begitu juga dengan gambar-gambar orang/keluarga gembira digunakan di sekeliling pasaraya- menarik psikologi orang untuk turut gembira.
  • Harga produk sering kali tidak dibulatkan ke jumlah puluh terdekat supaya nampak murah seperti – RM29.90 dan bukan RM30.00. Ini menggalakkan belian 😉

Apa lagi psikologi perniagaan/pasaraya yang anda perasan? Kongsikan di sini…. 😉

Kekayaan vs Kesihatan

Kekayaan atau kesihatan yang penting? Pastinya ramai akan kata, kesihatan lagi penting. Tapi sering kali, kita hanya mengambil berat tentang kesihatan kita apabila kita jatuh sakit. Bila tak sakit, mungkin berbagai aktiviti gaya hidup yang kurang sihat kita amalkan- seperti merokok, makan berlebihan, minum minuman yang manis dan sebagainya. Apabila jatuh sakit, baru lah kita akan tersedar dan pantang untuk menjaga kesihatan.

Menjaga kesihatan harus bermula daripada awal sebelum terlewat. Dengan kesihatan yang terjaga, kita juga dapat menjaga kewangan kita pada kos-kos perubatan yang sering menelan beribu ringgit. Antara cara asas menjaga kesihatan kita:

  • Jaga pemakanan kita – jangan makan berlebihan, kurangkan garam dan juga gula. Lebihkan buah buahan dan sayur-sayuran. Makanan terbaik adalah makanan organik (tidak diproses).
  • Bersenam selalu – lakukan senaman dari masa ke semasa. Senaman mudah seperti jogging ataupun berjalan. Bersukan adalah aktiviti sihat yang dapat dilakukan. Tidak minat dengan sukan? lakukan senaman-senaman mudah dari rumah (Turun naik tangga juga bersenam!)
  • Cukupkan rehat – Tidur sedikit awal setiap hari sekiranya anda rasakan badan penat dan lesu. Apa yang anda perlukan adalah rehat yang secukupnya.

Di pasaran juga terdapat berbagai-bagai produk kesihatan yang dapat menjaga kesihatan kita. Contoh seperti air sarang burung Litness. Klip video kesihatan di bawah di taja oleh Litness, minuman sarang burung plus kolegen.

Idea perniagaan ketika di Australia

Minggu lepas saya baru pulang dari bercuti di Australia. Jauh perjalanan luas pandangan. Antara sebab saya suka melancong (selain bercuti dan berehat) adalah mencari idea-idea perniagaan di luar negara. Ketika mencari idea perniagaan di Gold Coast, terdapat beberapa perniagaan yang menarik minat saya. Sekadar berkongsi apa yang bermain dalam fikiran saya, berikut adalah beberapa contoh…

  • Mini Golf. Rasanya di Malaysia belum ada lagi mini golf course. Padang golf dan driving range yang besar-besar tu memang ada. Tetapi, mini golf ni, adalah seperti taman golf kecil rekreasi untuk seisi keluarga. Bermian golf di taman kecil bersama keluarga adalah sesuatu yang menghiburkan! Satu idea yang menarik untuk di bawa ke Malaysia. Klik di sini untuk laman web mini golf di Australia
  • Mesin Sewa DVD. Sebabkan saya minat menonton DVD, mata aya terpaku dnegan satu mesin sewa DVD ketika berjalan-jalan di Surfer’s Paradise. Ya, seperti mesin Coca-Cola dan minuman gas di Malaysia, di sini, terdapat Mesin sewa DVD! Pengguna boleh pergi ke mesin tersebut (saiznya lebih kurang sama seperti mesin air berkarbonat), dan memilih DVD yang ingin di pinjam. Apabila selepas menonton, boleh pulangkan kan DVD tersebut di mesin itu. Hmmm… mungkin idea yang baik di Malaysia kerana 1.DVD adalah mahal untuk dibeli 2. Untuk mengelakkan cetak rompak DVD, pilihan menyewa DVD original pada harga yang rendah adalah satu pilihan yang baik!
  • T-Shirt kelakar. Rasanya di Malaysia sudah ada, tetapi, masih belum meluas- iaitu Baju T yang ditulis jokes atau lawak jenaka. Satu baju T yang saya terbaca adalah “My Friend Went To Gold Coast and all he bought me is this lousy T Shirt”! mungkin saya boleh belikan T Shirt ini untuk kawan-kawan saya di Malaysia nanti… ;)Mungkin juga Baju T kelakar berbahasa Malaysia juga belum meluas lagi di pasaran. Oleh kerana lawak jenaka adalah suatu yang universal, ia merupakan sesuatu yang boleh diterima oleh semua orang. Siapa yang tidak suka ketawa bukan?

Sememangnya jauh perjalanan, luas pandangan. Memang banyak idea-idea perniagaan yang saya dapat di sini dan boleh di bawa ke Malaysia. Mungkin satu hari nanti saya akan kongsikan banyak lagi dengan anda.

Tetapi, dengan zaman yang serba canggih hari ini, tidak semestinya kita ke luar negara. Seperti contoh-contoh saya di atas, ianya boleh didapati melalui Internet! Jangan jadikan alasan sebagai penghalang mencari idea. Hendak seribu daya, tak mahu seribu dalih. Idea perniagaan ada di mana-mana… di keliling anda ketika ini, ataupun di Internet!

Alhamdulillah beberapa idea perniagaan yang saya dapat di sana akan di bawa ke Malaysia (bukan yang tersenarai di atas!). Insyaallah dengan sedikit perancangan, saya akan umumkan tak lama lagi 😉

ps: Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan tetapi tidak tahu caranya, Revolusi Media Sosial akan membantu anda cara memulakan apa sahaja perniagaan dan menggunakan Internet untuk mempromosikan perniagaan anda. Tahun ini, Revolusi Media Sosial dijalankan di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuala Terengganu. Klik di sini untuk maklumat lanjut dan daftar sebelum tempat dipenuhi!

Tabung simpanan dan tabung hiburan adalah berbeza

Adakalanya kita perlu mengupah diri sendiri untuk memotivasikan diri kita. Tidak semestinya sekiranya mencapai kejayaan besar sahaja kita harus upah diri sendiri, kejayaan kecil juga kita perlu mengupah diri sendiri untuk memberi semangat dan motivasi untuk kita mencapai lebih tinggi.

Apa yang penting adalah upah yang diberikan perlulah dalam kemampuan kita. Jangan pula sebagai contoh, pencapaian kita dalam perniagaan mendapat RM10,000, kita upah diri sehingga RM8,000 atau lebih pula!

Di sini pengurusan kewangan adalah penting. Apabila mencapai target kewangan kita, ketepikan 5-10% untuk tabung “Ëœhiburan”â„¢ kita (setelah diletakkan 10% dalam tabung simpanan!)

Pembahagiannya adalah: 10% Simpanan (jangan di sentuh), 5% hiburan dan bakinya untuk sara diri dan keluarga termasuk derma dan kebajikan!

Tabung hiburan adalah untuk kita mengupah diri kita sendiri. Manakala tabung Simpanan adalah untuk kita simpan wang kita untuk masa depan- jangan di sentuh! Sesekali, kita perlu mengupah diri kita sendiri juga untuk memberi semangat dan motivasi mencapai lebih tinggi!

ps: Pelajari kaedah menjana pendapatan dan perniagaan menggunakan media sosial seperti Facebook, Youtube, Email, Blog dan Twitter di sini. Revolusi Media Sosial dijalankan di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kuala Terengganu dan Kota Kinabalu. Tempat terhad!

Mendapatkan pelanggan menggunakan BLOG atau FACEBOOK?

Tak kira apa sahaja perniagaan yang anda jalankan, atau ingin mulakan, peluangnya adalah perniagaan tersebut sedia mempunyai pesaing. Sering kali, pesaing yang ramai.

Oleh itu, bagaimana caranya untuk mendapat dan merebut pelanggan dikalangan pesaing anda?

Salah satunya adalah dengan menggunakan Internet untuk mendapat pelanggan tanpa had kepada apa sahaja perniagaan anda.

Secara offline, mungkin kita dapat berjumpa dengan 2-3 prospek perniagaan sahaja sehari. Namun, dengan adanya Internet, anda boleh “berjumpa” 200-300 atau 2000-3000 atau lebih sejari! Bayangkan sambutan pada perniagaan anda dengan penambahan prospek sebegini.

Apa yang anda perlukan sebagai permulaan adalah – akaun Facebook (mungkin anda sudah sedia punyai) dan juga Blog. Soalannya, blog atau Facebook adalah baik? Jawapannya…

  • Blog berfungsi sebagai platform promosi perniagaan anda oleh kerana enjin pencari seperti Google, Yahoo & MSN lebih cenderung menyenaraikan blog di hadapan enjin pencari secara percuma- tiada kos kepada anda!
  • Facebook pula berfungsi sebagai platform membina hubungan bersama prospek dan pelanggan anda. Membina hubungan adalah amat penting dalam membina jenama (seperti yang dikongsikan di FORMULA FACEBOOK)

Gabungan Blog + Facebook adalah senjata utama dalam mendapat pelanggan tanpahad untuk apa sahaja perniagaan anda- tak kira produk, perkhidmatan atau perniagaan sedia ada secara offline! Keduanya adalah baik.

Domain name perniagaan .com.my lebih baik

Mengapa domain name .my, .com.my, .net.my, .org.my dan domain name tempatan yang lain adalah lebih baik?

Satu sebab yang amat penting adalah domain name tempatan seperti di atas akan mendapat tempat yang lebih baik di enjin pencari apabila seseorang melakukan carian tempatan.

Kini, enjin pencari seperti Google mempunyai pilihan kepada pengguna untuk melakukan carian internasional atau carian tempatan. Bagi mereka yang menggunakan domain name tempatan seperti .my, .com.my, .net.my, .org.my akan mendapat kelebihan promosi percuma ini.

Sekiranya anda mempunyai perniagaan Internet tempatan, atau baru hendak memulakan web presence anda, pastikan anda mendapatkan domain name berakhir .my untuk mendapat kelebihan di enjin pencari.

Jadikan diri sebagai duta perniagaan

Sekiranya kita melihat perniagaan-perniagaan yang berjaya, kebanyakannya sedia mempunyai seorang personaliti, contoh, Tony Fernandez untuk Air Asia, Bill Gates untuk Microsoft, Steve Jobs untuk Apple.

Sekiranya anda ingin mulakan perniagaan, jadikan diri anda “personaliti” dan “duta” kepada perniagaan anda. Manusia lebih mudah berhubung dengan “orang” berbanding dengan produk, perkhidmatan atau perniagaan.

jobs1.jpg
Steve Jobs sebagai duta produk sendiri – Ipad!

  1. Langkah pertama untuk menjadi “personaliti” kepada perniagaan kita adalah pastikan perniagaan yang kita jalankan “ngam” dengan diri kita sendiri. Maksudnya, sekiranya jual produk kesihatan, pastikan diri kita sedia sihat tubuh badan. Kalau jual produk kecantikan, pastikan diri kita juga boleh tahan cantik juga. Kalau jual produk IT, pastikan diri kita tak pula buta IT! Dapatkan produk yang terbaik untuk diri kita… yang paling ngam!
  2. Langkah kedua dan amat penting adalah, asahkan skil komunikasi anda, terutamanya dalam menyampaikan maklumat, idea, info mengenai perniagaan yang anda jalankan. Practice makes perfect. Latih diri sendiri beratus kali dalam berkomunikasi mengenai produk dan perkhidmatan yang kita ingin niagakan. Sehingga perniagaan dan komunikasi anda menjadi sebati.

Jadilah “duta” kepada perniagaan anda sendiri seperti perniagaan-perniagaan yang berjaya lain!

Kenapa Perniagaan Internet BEST?

ibiz.jpgSaya telah menjalankan perniagaan Internet selama 11 tahun masuk tahun ni… dan ini antara mengapa saya rasa perniagaan Internet best! (Tidak mengikut apa2 tututan) 😉

  • Internet membolehkan kita melakukan promosi perniagaan kepada beribu orang tanpa kos yang mahal berbanding akhbar, tv, radio, majalah dan sebagainya 😉
  • Internet membolehkan usahawan memberi seberapa banyak maklumat dalam pelbagai format kepada pelanggan dan bakal pelanggan seperti gambar, teks, video, bunyi, animasi berbanding dengan media cetak, pada kos yang rendah. Sering kali percuma seperti FB, Youtube dan blog ini.
  • Sasaran pasaran yang ambil perhatian, kerana mereka yang memilih untuk membaca, melihat, mendapatkan maklumat daripada kita…
  • Perniagaan online yang kecil boleh bersaing dengan perniagaan besar secara offline. Keduanya bersaing pada tahap yang sama kini. Perniagaan online milik satu orang boleh bersaing dengan syarikat yang miliki berpuluh atau beratus pekerja!
  • Boleh mendapat sasaran yang paling tepat oleh kerana di Internet terdapat komuniti-komuniti pelbagai industri.
  • Perniagaan Internet adalah fleksibel, boleh dijalankan dimana sahaja pada bila-bila masa. Asalkan ada hubungan Internet… kini guna telefon bimbit pun boleh menguruskan perniagaan 😉
  • Perniagaan Internet boleh mendapat pelanggan dari serata dunia pada kos yang terlalu rendah!
  • Dan yang paling best sekali, perniagaan Internet boleh dijalankan dari rumah bersama keluarga tercinta! 😉 My favourite!

Semoga anda juga akan mencuba perniagaan Internet, atau setidaknya, gunakan medium Internet untuk melariskan lagi apa sahaja perniagaan anda online atau offline! 😉