Perniagaan berbentuk informasi – Produk paling laris di Internet

Pada hari Sabtu 20hb Jun ini, saya akan mengadakan satu mini workshop bertajuk “Terhangat di pasaran” mengenai kaedah dan strategi menghasilkan ebook dan menjana pendapatan daripada ebook tersebut.

Berikut adalah artikel tulisan saya daripada majalah NUR, ruang “bisnes”….

Produk paling laris di Internet
Oleh Irfan Khairi

Sering saya ditanya, apakah produk paling laris sekiranya dijual di Internet? Untuk mengetahui jawapan ini, kita perlu lihat terlebih dahulu, apakah kegunaan Internet yang paling tinggi sekali.

Orang ramai menggunakan Internet untuk mendapatkan informasi. Dalam zaman ini, zaman informasi, informasi adalah produk yang paling laris sekiranya dijual di Internet.

Produk informasi yang dimaksudkan boleh jadi dalam bentuk buku, video, audio, repot, manual, ebook, persembahan multimedia dan sebagainya.

Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan Internet menjual informasi, pertama sekali adalah, anda perlu tetapkan, informasi apakah yang anda ingin perdagangkan. Oleh kerana tiada had pada informasi, maka, berbagai-bagai perkara boleh menjadi produk informasi.

Teringat saya satu ketika dulu ketika mengendalikan workshop perniagaan Internet saya, seorang peserta mengaku bahawa beliau tidak mempunyai idea untuk menjual apa pun di Internet. Bila ditanya, industri apakah yang dirinya kini terlibat, jawapannya adalah, industri membuang sampah.

Tersentak juga saya kerana sering kali, saya sarankan peserta untuk lakukan perniagaan berkaitan dengan industri atau minat masing masing. Apabila mendengar jawapannya “Industri membuang sampah”, saya sendiri tidak dapat sebarang idea apakah yang beliau boleh jual di Internet!

Saya minta peserta tersebut duduk terlebih dahulu dan ikuti segmen yang saya akan ceritakan tentang menjual produk informasi di Internet. Dengan harapan, beliau mendapat idea.

Sejurus selepas saya menceritakan bahawa informasi adalah produk terlaris dijual di Internet, dan memberi kebaikan-kebaikan lain menjual produk infomasi, peserta tersebut bangun semula dan berkata “Saya mempunyai idea nak jual apa di Internet. Saya akan menulis buku mengenai cara-cara kita boleh menambahkan pendapatan daripada sampah-sampah yang kita ada!”

Wah! Idea yang amat baik. Walaupun industri “buangan sampah”, masih boleh menjana idea untuk menghasilkan produk informasi. Sejak itu, saya amat yakin bahawa, tidak kira apa pun industri seseorang itu, pastinya terdapat “informasi” yang boleh dijual berkaitan dengan industri tersebut. Apa yang diperlukan adalah kreativiti dalam menghasilkan idea!

Kisah tersebut sering menjadi peringatan kepada saya bahawa tidak kira apa jua industri atau minat, pastinya terdapat “produk informasi” yang boleh dihasilkan.

Lihat dalam diri anda sendiri, industri anda dan minat anda, apakah informasi yang anda boleh jual di Internet?

Selepas mengetahui topik informasi yang anda ingin hasilkan, langkah seterusnya adalah untuk anda pilih kaedah penghantaran informasi tersebut. Sama ada ingin menjualnya dalam bentuk buku, video, audio, repot, manual, ebook, persembahan multimedia dan sebagainya.

Di sini saya juga ingin menyentuh tentang ebook atau e-buku yang merupakan kaedah penghantaran informasi yang kian popular di zaman ini.

Ebuku merujuk kepada informasi yang dikumpulkan dalam bentuk digital mirip kepada sebuah buku. Ianya adalah fail digital yang boleh dihantar kepada pembeli melalui email, atau, pembeli boleh muat turunkannya daripada Internet. Contoh sebuah e-buku boleh didapati di www.irfankhairi.com/mentor

Apa yang menariknya mengenai ebuku adalah, oleh kerana ianya berbentuk fail digital, kaedah penghantarannya kepada pembeli secara online menjimatkan wang (tidak perlu mencetak), masa (pembeli menerimanya secara segera) serta boleh mengandungi link/audio atau video supaya menjadikan ebuku anda interaktif.

Melihat potensi keuntungan e-buku juga boleh menarik minat ramai pihak. Sebagai contoh, oleh kerana ebuku adalah fail digital yang dijual oleh penjual terus kepada pembeli, sekiranya ebuku tersebut berharga RM40, penjual (atau usahawan ebuku) tersebut akan memperolehi keuntungan RM40!

Tidak seperti menjual buku biasa secara tradisional, sekiranya penulis buku menulis buku melalui penerbit dan buku tersebut dijual pada harga RM40, penulis menerima royalti atas setiap jualan sebanyak RM2 sahaja. Bandingkan keuntungan RM40 dan RM2 atas setiap jualan! Itulah antara kekuatan menjual informasi melalui digital di Internet.

Apabila anda mempunyai produk informasi untuk dijual, langkah seterusnya adalah memiliki laman web sebagai tempat mempamerkan produk informasi anda. Sekiranya pelawat laman web ingin membeli, mereka boleh membuat bayaran menggunakan kad kredit atau membuat bayaran terus ke bank usahawan informasi tersebut.

Satu ketika dulu, zaman pertanian melahirkan ramai usahawan-usahawan tani. Kemudian zaman perindustrian pun mengganti menghasilkan ramai usahawan-usahawan perindustrian. Kini, kita memasuki era informasi, dan waktu inilah akan terlahirnya ramai usahawan-usahawan informasi- menjual produk paling laris di Internet!

IK di Al Kulliyyah, TV3 sempena Hari Belia

Ok, sempena hari Jumaat mulia ini, saya bagi tip melalui Al-Kulliyyah la ya… ikuti sesi saya di Al Kulliyyah tajuk “Kreatif berakhlak” di clip YouTube di bawah…

http://www.youtube.com/watch?v=PB7U094kS38

Some take away points:

1. Dalam perniagaan tidak boleh menipu. Kita perlu fikir keuntungan jangkamasa panjang, dan bukan jangka masa pendek. Untuk bersaing dengan pesaing, kita perlu berbeza dengan pesaing kita. Bukan menipu untuk bersaing!

2. Zaman-zaman belia muda mudi ni la minda kita paling kreatif! Oleh itu rebut peluang sementara minda kita masih dalam keadaan optimum dan dinamik.

3. 98% peratus belia-belia kita tidak mempunyai matlamat. Matlamat adalah langkah pertama dalam mencapai sebarang kejayaan. Langkah kedua? dapatkan ILMU yang diperlukan untuk mencapai matlamat tersebut!

4. Kita perlu mempunyai “perspektif masa” yang lama. Bererti, lebih lama kita dapat gambarkan masa depan kita jauh kehadapan, lebih hebat dan mudah untuk kita mencapai kejayaan!

Bottom line…

Ilmu tu penting. Wahyu pertama juga menekankan kepentingan ILMU dan dalam Al-Quran ILMU disebut sehingga 750 dalam berbagai-bagai cara…

*sorry saya cakap laju sikit sebab nak mengejar masa. 140km sejam!*

ps: Event saya pada bulan ini terdekat adalah Workshop Jutawan Internet, bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan Internet dari rumah. Klik untuk maklumat lanjut.

Kejayaan 8 belia Malaysia

Selamat menyambut hari belia negara (belated) beberapa hari lepas 15hb May. Pada tarikh tersebut, saya dijemput menjayakan program Al-Kulliyyah untuk hari Belia (nanti saya upload di youtube). Pada hari Sabtu pula, artikel ni keluar di Kosmo, antara 8 belia2 negara.

Very proud of pencapaian belia2 seperti Nicole, Siti, KRU & my friend angkasawan yang termasuk dalam 8 yang disentuh dalam artikel ini. Tapi, tah macam mana la nama saya pun boleh terselit sekali 😉

Bagi anda yang terlepas baca, di sini sediakan versi scan artikel bertajuk  “Kejayaan 8 belia Malaysia”. Klik untuk versi besar.

8belia_small.jpg

Yang funnynya, masa saya sekolah menengah, KRU adalah antara idola “belia” memotivasikan saya untuk berjaya. Sekarang, menyempat saya enterframe dengan mereka pula… memang x sangka. Begitulah dunia… it’s full of surprises! Just be happy always 😉

Apa pun, terima kasih kepada anda yang sering memberi sokongan kepada saya selama ini! u all memang the best! 😉

ps: Bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan melalui internet, boleh klik di sini.

Minggu MLM: Dapatkan maklumat prospek

Sampai kita ke tip terakhir minggu MLM sempena Seminar Lipat Ganda MLM pada 29hb nanti… alhamdulillah, sambutan adalah amat baik! Ramai usahawan-usahawan MLM dari pelbagai perniagaan sudah mendaftar untuk mengetahui lebih banyak dan mendalam strategi yang paling efektif untuk bersaing dalam perniagaan MLM.

Tip hari ini adalah untuk mengumpul maklumat pelawat laman web anda! Sekurang-kurangnya dapatkan nama dan alamat email pelawat anda. Anda juga boleh mendapatkan nombor telefon. Caranya adalah dengan menyediakan borang untuk pelawat memasukkan nama, email dan nombor telefon.

Kita perlu ingat bahawa, seseorang pelawat yang tiba di laman web kita bermaksud mereka sudah mempunyai minat. Hanya memerlukan sedikit lagi anjakan untuk mengubah mereka menjadi pembeli atau downline.

Dengan mendapatkan nama dan email pelawat anda, anda boleh melakukan follow up dengan mereka. Follow up juga boleh dilakukan dengan menggunakan autoresponder- iaitu email yang di hantar secara automatik kepada prospek. Lebih menjimatkan masa anda!

Dalam perniagaan Internet, perniagaan yang berjaya mengumpul banyak nama dan email prospek sering kali adalah perniagaan yang dapat menjaminkan kejayaan. Sebagai usahawan MLM online juga, lebih banyak nama dan email yang dapat dikumpulkan melalui laman web anda, lebih berjaya perniagaan MLM anda- dijamin!

**Penting untuk tahu bahawa, nama dan email pastikan datang daripada PELAWAT ANDA. Dan bukannya dibeli dari sumber-sumber yang menjual 50,000… atau sejuta email. Kerana, menghantar maklumat anda ke senarai email yang dibeli hanya mengakibatkan SPAMMING dan akan menjatuhkan kredibiliti anda dan pastinya akan merugikan perniagaan anda! (rujuk tip hari pertama di sini)**

Di Seminar Lipat Ganda MLM saya akan dedahkan bagaimana anda boleh menambahkan lagi prospek anda menggunakan Internet dan mengautomasikan 80% daripada kerja jualan anda! Tidak perlu lagi melakukan follow up secara manual, dan smeuanya dilakukan secara automatik untuk menambahkan jualan, prospek dan downline anda.

Sertai saya pada 29hb May ini, di Cititel Kuala Lumpur pada pukul 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari (boleh bawa keluarga sekali sambil-sambil mereka shopping di Mid Valley) 😉 Ikuti klip YouTube saya di bawah…


http://www.youtube.com/watch?v=t4pjdXnNrh4

Minggu MLM: Hard sell vs Soft sell

Dalam MLM secara offline, sering kali teknik Hard Sell digunakan. Hard Sell merupakan teknik yang lebih agresif untuk mendapatkan jualan. Sering teknik ini dilihat seperti “memaksa-maksa” prospek untuk sertai sesuatu program MLM.

Masalahnya, teknik Hard Selling ni la juga yang sering kali mencemarkan industri MLM oleh kerana agen-agen MLM yang memaksa kenalan, saudara masa, rakan pejabat untuk join.

Mungkin kita sendiri pun ada pengalaman dengan usahawan MLM yang terlalu direct dan aggresif untuk kita join program mereka. Adakah kita join, ataupun kita ambil langkah ke belakang kerana rasa tak selesa?

Soft selling pula bermaksud membina kredibiliti dan kepercayaan pelanggan terlebih dahulu dengan berkongsi maklumat dan informasi. Apabila dapat membina kepercayaan dan kredibiliti, usahawan MLM juga dapat membina perniagaan yang lebih baik.

Research ada menunjukkan bahawa teknik Soft Selling adalah lebih efektif dari Hard Selling. Bukan dari segi menambahkan jualan sahaja, tetapi juga dengan cara Soft Selling, prospek lebih terbuka menyampaikan mesej anda kepada kenalan mereka melalui word of mouth. Dan ini amatlah penting terutamanya dalam Industri seperti MLM.


Di Internet, Hard Selling dan Soft Selling juga digunakan.
Dan seperti offline, Hard Selling kurang mendapat sambutan dari prospek. Minda mereka akan tertutup, dan mereka juga akan menutup laman web perniagaan MLM kita.

Ramai usahawan MLM tidak sedar mereka menggunakan teknik “Hard Selling” di Internet, dan akibatnya, tidak mendapat prospek dan downline- melakukan promosi yang banyak, tetapi, keputusan mendapat downline tidak memuaskan.

Sertai Seminar Lipat Ganda MLM untuk pelajari kaedah dan strategi soft selling di Internet yang paling efektif untuk perniagaan MLM anda, tak kira perniagaan MLM apa sekali pun.

Atas permintaan ramai, untuk Seminar Lipat Ganda MLM, bagi mereka yang hendak sertai secara berkumpulan akan mendapat diskaun berkumpulan. So, boleh sertai dengan kawan-kawan kalau nak save.

Minggu MLM: Sebab #1 perniagaan MLM kita gagal

Apakah sebab utama perniagaan MLM kita gagal apabila kita mempromosikannya di Internet?

Jawapannya adalah- kurangnya KEPERCAYAAN

Internet merupakan medium perniagaan di mana kita tidak berjumpa bersemuka dengan prospek kita. Oleh itu, “kepercayaan” memainkan faktor yang penting sama ada anda akan berjaya ataupun tidak mempromosikan perniagaan MLM anda di Internet.

Dengan hanya memiliki laman web sahaja, ia masih tidak mencukupi untuk membina kepercayaan. Apa yang anda perlukan adalah laman web yang boleh membina kepercayaan prospek anda. Apabila anda telah berjaya membina kepercayaan, barulah prospek tidak ragu-ragu menyertai perniagaan anda.

So, misi utama anda adalah untuk BINA KEPERCAYAAN atau BUILD TRUST!

Bagaimana hendak melakukannya?

Salah satu cara membina kepercayaan adalah dengan menggunakan gambar.

Manusia secara psikologinya akan tertarik dengan manusia yang lain. Dengan adanya gambar orang di laman web, kepercayaan akan meningkat. Ia akan mengurangkan jurang tidak percaya terutamanya apabila di Internet prospek tidak berjumpa dengan penjual. Gambar sedikit sebanyak akan melegakan lagi prospek untuk melakukan urusan bersama usahawan MLM. Malah, dengan hanya mempunyai gambar di laman web, ia akan menambahkan kepercayaan 3-4 kali ganda!

Ada lagi kaedah-kaedah yang LEBIH efektif untuk membina kepercayaan prospek kita– topik yang amat penting bukan sahaja untuk perniagaan MLM tetapi perniagaan di Internet juga. Semuanya akan dikongsikan pada 29hb May ini di Seminar Lipat Ganda MLM. Sekiranya anda tidak berjaya meningkatkan kepercayaan prospek anda, maka, ianya akan menjadi amat sukar untuk prospek menjadi pelanggan dan downline anda. Klik di sini untuk maklumat lanjut Seminar Lipat Ganda MLM…

ps: Kami juga menyediakan diskaun untuk pendaftaran berkumpulan. Kalau datang bertiga atau lebih, jimat RM150

pps: Bagi anda yang TIDAK menjalankan perniagaan MLM dan ingin menjalankan perniagaan Internet menjual produk atau perkhidmatan, boleh sertai Workshop Jutawan Internet 😉 Klik di sini untuk keterangan lanjut.

Minggu MLM: Persaingan MLM yang tinggi

Bersambung kita untuk minggu tip-tip perniagaan MLM. Kalau semalam saya berikan beberapa tip apa yang kita tidak SEPATUTNYA buat dalam mempromosikan perniagaan MLM kita, iaitu SPAMMING. Hari ni pula, saya nak kongsikan tip apa yang PERLU kita buat untuk menambahkan lagi keuntungan perniagaan MLM kita.

Perniagaan berbentuk MLM mempunyai persaingan yang tinggi- Amat tinggi berbandingkan dengan perniagaan cara konvensional.

Sebabnya, bukan sekadar persaingan dengan perniagaan MLM yang lain seperti Stormreaders, Vemma, Score A, Uptrend, Amway, HPA, Cosway, Revell, CNI, Luxor, Zhulian, Avon dan BANYAK LAGI… semua ini pesaingan yang direct. Tetapi, juga, dalam sesuatu syarikat juga mempunyai pesaingan sesama ahli-ahlinya. Contoh, di bawah syarikat XYZ, pesaingan adalah dikalangan ahli. Mungkin bukan pesaingan dengan downline-downline kita, tetapi juga terdapat pesaingan dengan upline kita serta, ahli-ahli dibawah “kaki” yang lain.

Oleh kerana pesaingan yang tinggi antara syarikat dan ahli ini juga, menjadikannya sukar untuk mendapat keuntungan yang baik dalam perniagaan ini.

Oleh yang demikian, apa yang penting untuk bersaing dalam perniagaan MLM adalah sama dengan perniagaan bukan MLM. Iaitu, dengan mencari perbezaan!

Ciptakan perbezaan antara anda dan pesaing-pesaing anda. Walaupun produk dan perkhidmatan yang dijual mungkin sama, tetapi, dengan menciptakan perbezaan melalui pendekatan mempromosikan perniagaan MLM anda. Perbezaan lebih mudah dilakukan melalui Internet oleh kerana medium Internet yang pelbagai kemudahan dan perisian.

Dengan menciptakan perbezaan approach kita, sama ada melalui promosi, pendedahan dan strategi kita di Internet, berbeza dengan pesaing-pesaing kita, maka di situ kita mempunyai advantage untuk mendapat lebih ramai pelanggan, prospek dan downline!

Di Seminar Lipat Ganda MLM ini, saya akan kongsikan kaedah dan strategi melalui Internet bagaimana anda boleh membezakan diri anda dengan pesaing-pesaing anda dalam perniagaan MLM tak kira pesaing dalam syarikat yang sama, ataupun pesaingan dengan syarikat MLM yang lain. Strategi membezakan diri kita dengan pesaingan adalah amat penting dalam menambahkan pelanggan dan downline kita.

Sekiranya anda menyertai perniagaan MLM atau berminat untuk menyertai perniagaan MLM dan ingin tahu strategi membezakan antara anda dan pesaing-pesaing untuk mendapat keuntungan yang lebih tinggi, sertai Seminar Lipat Ganda MLM. Ikuti klip youtube di bawah untuk pesanan saya…

http://www.youtube.com/watch?v=t4pjdXnNrh4

Klik di sini untuk mendapatkan keterangan lanjut Seminar Lipat Ganda MLM. Jumpa di sana!

Minggu MLM: Cara salah promosikan perniagaan MLM di Internet

Sempena Seminar Lipat Ganda MLM ,saya akan menulis tip-tip yang berkaitan dengan menjalankan perniagaan MLM melalui Internet. Kita namakan Minggu MLM ok 😉

Ramai yang menjalan perniagaan MLM sering terlepas pandang untuk mempromosikan perniagaan MLM mereka di Internet. Sekiranya secara offline, mungkin kita boleh bertemu 2-3 prospek sehari. Tetapi dengan menggunakan strategi perniagaan di Internet, sesuatu perniagaan MLM tersebut boleh bertemu bukan setakat 2-3 prospek, malah 200-300 prospek sehari pun boleh.

Namun, ramai usahawan MLM pula melakukan kesilapan dan menggunakan strategi dan kaedah yang tidak berkesan dalam mempromosikan perniagaan MLM mereka di Internet. Bukan itu sahaja, malah, antara kaedah yang dijalankan sebenarnya hanya menjauhkan lagi prospek dan menjatuhkan kredibiliti usahawan tersebut.

Berikut adalah antara kaedah yang SALAH dan tidak seharusnya dilakukan oleh usahawan MLM mempromosikan perniagaan mereka di Internet:

  • Menghantar email SPAM. Maksudnya, kita secara membuta main email sahaja sesiapapun tentang perniagaan yang kita jalankan. Mungkin email-email dicari secara online, melalui forum, blog dan sebagainya. Kesilapan yang dilakukan adalah mengumpul email-email ini tanpa kebenaran pemilik dan menghantar email promosi perniagaan MLM kita.
  • Promosi perniagaan MLM di ruang blog, forum dan facebook orang lain. Sering kali usahawan MLM sebegini tak lepaskan peluang mempromosikan perniagaan MLM mreka di ruang komen blog, ruang balasan forum, dan juga ruang “wall” FB seseorang. Ini juga antara salah satu cabang daripada SPAM.
  • Menggunakan perkataan-perkataan “hype” atau melebih-lebih dalam mempromosikan perniagaan MLM mereka. Zaman ini, pengguna Internet adalah bijak. Sebarang “hype” hanya akan disambut dengan tidak kepercayaan prospek.

Cara promosi di atas bukan sahaja tidak efektif, malah akan menjatihkan kredibiliti seseorang usahawan MLM. Di internet, ianya sukar untuk meningkatkan kembali kredibiliti sekiranya ia jatuh. Oleh itu, jangan-jangan-jangan lakukan promosi berbentuk SPAM di atas. Hanya merugikan anda 😉

Klik video YouTube di bawah untuk pesanan saya kepada usahawan2 MLM…

Tak lama lagi, saya akan kendalikan sebuah Seminar khusus bagi usahawan-usahawan MLM (tak kira perniagaan MLM apa pun) bagaimana cara sebenar dan paling efektif untuk mendapatkan lebih ramai prospek, pembeli dan juga downline anda.

Sekiranya anda menjalankan perniagaan berbentuk MLM, sertai Seminar Lipat Ganda MLM untuk mendapat maklumat mempromosikan perniagaan MLM terkini dan paling efektif melalui Internet.

Apakah 5 kekuatan anda?

Beberapa hari lepas ketika rakaman siri “Temu Bual” di Astro, salah satu soalan yang diajukan kepada saya adalah, apakah 5 kekuatan saya yang membawa saya kepada kejayaan.

tbual1.jpg
Siri “Temu Bual” di Astro

Jawapan saya adalah:

1. Fokus

Mempunyai daya fokus yang kuat. Apabila menetapkan matlamat, saya memberi fokus yang amat hebat kepada matlamat tersebut. Perkara-perkara lain yang tidak membawa kepada pencapaian matlamat itu akan menjadi sebagai “gangguan”…

2. Mencari ilmu

Saya agak rajin mencari ilmu dengan cara membaca dan juga bertanya pada mereka yang lebih pakar…

3: Bijak mencari peluang

Saya banyak berfikir dan mencari peluang. Setiap hari saya akan fikirkan beberapa idea perniagaan. Bila tidak ada benda nak buat, saya akan fikir peluang-peluang menambahkan pendapatan…

4: Kreatif

Bukan sahaja kreatif dari segi rekacipta, tetapi, kreatif dalam cara pendekatan. Saya sering mencari idea-idea baru dalam pendekatan perniagaan atau konsep. Sebagai contoh, menggunakan pendekatan “Tip Satu Minit” untuk blog.

5: Kesabaran

Untuk berjaya, sememangnya terdapat banyak cabaran. Cabaran dalam perniagaan, cabaran dalam usaha, tak lupa juga cabaran dari segi mental apaila terdapat segelintir dikeliling kita cuba menjatuhkan dan melemahkan usaha kita…

Senaraikan apakah kekuatan anda dan asahkan kekuatan tersebut supaya ianya dapat memberi pulangan kepada anda. Amat penting untuk mengetahui kekuatan kita supaya kita dapat mengasahkannya dan praktiskan kekuatan-kekuatan tersebut.

Sememangnya kita sering dengar untuk kita fokus kepada kekuatan kita. Tetapi, pernah tak kita berhenti seketika dan menyenaraikan apakah kekuatan-kekuatan kita? 🙂 Setelah identify kekuatan kita, lagi mudah untuk kita gunakan kekuatan kita itu.

Melakukan kerja susah atau mudah?

Mereka yang berjaya melakukan kerja-kerja yang susah. Mereka yang tidak berjaya melakukan kerja-kerja yang mudah.

Mengapa hanya 2% sahaja di kalangan kita mencapai kejayaan yang cemerlang? Ini kerana 2% itu sanggup melakukan kerja-kerja yang susah.

Nak berjaya dengan cemerlangnya, bukanlah suatu perkara yang mudah. Kalau mudah, mungkin 98% yang mencapai kejayaan yang cemerlang. Tetapi, fakta sedihnya, hanya 2% sahaja dalam industri masing-masing mencapai kejayaan cemerlang.

Bagi mereka yang berjaya, mereka sanggup melakukan kerja yang susah. Mereka tahu, kerja itu susah, leceh, dan banyak tetapi, mereka lakukan juga.

Kerja yang susah pula menjadi senang sekiranya kita benar-benar minat dengan kerja tersebut. Sebab itulah, dalam apa sahaja kita lakukan, seperti perniagaan, pastikan kita benar-benar minat dalam perniagaan itu. Maka, menjalankan perniagaan tersebut akan dilihat seperti mudah (walaupun susah)

So, jom lakukan kerja2 yang susah 😉