September 2006


Soalan ini mudah sahaja, tetapi, anda perlu benar-benar memahami pasaran anda untuk megetahui siapa sebenarnya pesaing anda?Cuba fikirkan…

Mc Donalds dan Burger King menjual makanan fast food yang sama. Adakah mereka pesaing?

Tetapi, Mc Donalds dan KFC pula menjual makanan fast food yang berbeza. Adakah mereka pesaing?

Bagaimana pula McDonalds, KFC, Pizza Hut dan A&W yang merupakan restoran fast food yang berlainan. Adakah kesmuanya merupakan pesaingan?

Ataupun, kesemua yang disebut di atas telah mewujudkan industri “fast food”. Lagi besar industri “fast food”, lagi banyak keuntungan yang di miliki oleh kesemua restoran tersebut oleh kerana kesedaran dan permintaan industri fastfood bertambah secara keseluruhan.

Bayangkan pula sekiranya dunia ini tiada restoran-restoran fast food langsung. Cuma yang ada, hanya McDonalds. Adakah ini akan mewujudkan kesedaran industri tersebut? Sudah pasti McDonalds juga tidak dapat tersebar dengan luas.

Bagaimana pula dengan industri “fast food” dan industri “healthy food” (restoran bukan fast food) seperti restoran nasi kandar, restoran seafood, chicken rice shop dan lain lain. Adakah ini pesaing?

Siapa sebenarnya pesaing anda? Soalan ini adalah penting untuk mengatur strategi pemasaran anda dalam mendapat keuntngan yang tinggi.

(Tip berat sedikit hari ini) 

Pendapat Anda? [20] Comments

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Pantau pesaing perniagaan anda
  • Jangan pandang rendah pesaing
  • Pesaing memburukkan & menjatuhkan anda…
  • Mencari kelemahan pesaing dan ciptakan kelainan? Tidak!

  • Sebelum May 6, 1954, tiada pelari dapat berlari sejauh 1 batu dalam masa kurang dari 4 minit. Berlari 1 batu dalam masa kurang 4 minit difikirkan mustahil!

    Sehingga Roger Bannister mencabar dan memecahkan fikiran mustahil tersebut dengan berlari sejauh 1 batu dalam masa 3 minit 59 saat!

    Apa yang terjadi selepas itu, pada tahun yang sama, beberapa pelari lain berjaya melepasi benteng 1 batu dalam masa kurang dari 4 minit.

    Tahun-tahun yang seterusnya juga menyaksikan lebih ramai pelari berjaya memecahkan benteng 4 minit tersebut!

    Apa yang telah terjadi?

    Kisah Roger Bannister ini sering diceritakan dalam buku-buku motivasi barat. Ia menunjukkan bahawa benteng pertama yang perlu dilalui adalah benteng di minda. Apabila ia kelihatan mustahil, maka, ia sememangnya mustahil.

    Tetapi, sekiranya ia terbukti boleh dilakukan, maka, benteng di minda sudah tiada lagi dan lebih ramai atlit dapat melakukan larian tersebut.

    Buka mata anda kepada kisah-kisah disekeliling kita yang umpama “The 4-minute Mile”. Ia merupakan satu titik sebuah anjakan paradigma (Paradigme shift) yang boleh mengubahkan haluan hidup kita.

    Pendapat Anda? [25] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Perancangan 2006/07 Irfan Khairi
  • Minda separuh sedar (Subconcious Mind)
  • Perniagaan yang memeningkan
  • Perniagaan produk informasi & motivasi diri

  • Lambat sedikit menulis tip satu minit hari ini , tetapi, ada berita baik untuk dikongsikan bersama komuniti tip satu minit.

    Semalam saya ada menghadiri satu meeting ni (a very good one!) dengan (nama syarikat “biarlah rahsia”) :)

    Terdapat ura-ura yang Tip Satu Minit akan menjadi program TV!

    Untuk TV mana? “biarlah rahsia” sekali lagi. :)

    Siapa host? “biarlah rahsia” juga… tapi jawapannya senang je.

    Insyaallah, sekiranya semua berjalan lancar, ia merupakan berita baik kepada komuniti Internet Malaysia secara keseluruhan…

    Wow… saya amat teruja. Harap anda juga teruja…

    Mungkin anda dapat membantu. Soalannya… sekiranya Tip Satu Minit menjadi program TV, apa yang anda ingin lihat? Apa yang akan menarik minat anda untuk menontonnya?

    Pendapat Anda? [40] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Rakaman pilot “Tip Irfan Khairi”
  • Program TV “Menjana Impian”
  • IrfanKhairi.com upgrading
  • Matlamat “Jutawan!”

  • Memberi jaminan atau guarantee adalah satu cara untuk menambahkan keuntungan perniagaan anda. Jaminan merupakan satu kaedah meningkatkan kepercayaan orang ramai untuk menjadi pembeli.

    Katakan,sehari, anda berjaya menjual 5 produk anda (tidak memberi jaminan).

    Tetapi, sekiranya anda memberi jaminan (mungkin money back guarantee, atau tukar produk yang rosak), jualan produk anda meningkat kepada 7 produk sehari.

    Sebulan, jualan produk anda meningkat kepada 60 produk tambahan dengan memberi jaminan (7-5)x30.

    Lazimnya, sekiranya memberi jaminan, terdapat pelanggan yang memulangkan produk anda (selalunya kecil sekiranya apa yang anda janjikan pada produk anda ditunaikan). Mungkin sebulan 15 pulangan barang diterima. Maka, secara kasar dilihat, jualan anda bertambah melalui memberi jaminan adalah 45 produk sebulan.

    Sekiranya satu produk anda menerima keuntungan RM50, ini bererti dalam senario ini, sebulan penambahan keuntungan anda adalah RM2,250. Setahun, anda akan dapat meningkatkan keuntungan perniagaan anda kepada RM27,000!

    Dengan memberi jaminan, anda berjaya meningkatkan keuntungan perniagaan anda oleh kerana bilangan pembeli turut bertambah. Dengan mempunyai produk yang berkualiti, pulangan yang diterima adalah kurang berbanding dengan penambahan jualan. Perbezaan disinilah terdapatnya peluang untuk menambahkan keuntungan perniagaan anda.

    Pendapat Anda? [14] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Beri balik - give back!
  • Perbaiki 10% sahaja
  • Beri pilihan… murah & mahal
  • Cuba, jangan tak cuba!

  • Ingin mengambil peluang hari ini untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua pembaca tip satu minit dan juga peserta-peserta Workshop Jutawan Internet.

    Terima kasih atas sokongan anda semua selama ini. Saya akan sentiasa doakan kejayaan anda, mudah-mudahan anda juga mendoakan kejayaan saya. Sama-sama doakan kejayaan kita semua dan dimurahkan rezeki.

    Semoga kita semua menjadi usahawan yang beriman.

    Selamat bercuti! :)

    Pendapat Anda? [24] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Selamat menyambut bulan Ramadhan 2009
  • Selamat menyambut Ramadhan!
  • Selamat berpuasa!
  • Ucapan Selamat Hari Raya & Sembang Raya…

  • Lebih banyak anda mencuba dalam perniagaan, lebih hampir anda kepada kejayaan. Ini adalah kerana dalam perniagaan dan kejayaan, segalanya mengikut kebarangkalian (probability).

    Sekiranya anda mencuba 10 teknik promosi yang berlainan, kebarangkalian salah satu daripada 10 teknik tersebut mungkin menghasilkan pelanggan yang ramai adalah tinggi. Tetapi, sekiranya anda hanya mencuba 3 teknik promosi, kebarangkalian menjumpa teknik promosi yang berjaya adalah rendah.

    Bayangkan sekiranya anda mencuba 20 teknik promosi. Kebarangkalian anda jumpa dengan teknik promosi yang ideal dan menghasilkan pelanggan paling ramai adalah amat tinggi!

    Selepas menjumpai cara paling ideal, gunakannya setiap masa!

    Perbanyakkan cara promosi anda supaya kebarangkalian untuk anda jumpa teknik promosi yang terbaik untuk perniagaan anda adalah tinggi. Jangan mengharapkan 2-3 teknik promosi sahaja oleh kerana kebarangkalian untuk anda jumpa teknik promosi yang terbaik adalah rendah.

    Pemain baseball yang menghasilkan home-run (pukulan bola melebihi sempadan arena stadium!) paling banyak sekali didunia adalah pemain yang paling banyak sekali terpaksa strike-out (pemain dikeluarkan oleh kerana pukulan tidak mengena bola). Bila ditanya mengapa ini terjadi, beliau menjawab…

    “kebarangkalian saya mendapat home-run adalah tinggi oleh kerana percubaan saya adalah tinggi. Lebih banyak kali saya strike-out, maka saya tahu, lebih hampir saya mendapat satu home-run!”

    Semuanya adalah kebarangkalian!

    Pendapat Anda? [22] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Perbaiki 10% sahaja
  • Promosi dua bulan lepas, keputusan hari ini
  • Anda hanya perlu minta
  • Jutawan murah… jutawan mahal

  • Beri peluang kepada diri anda untuk “think big”. Kesemua kisah kejayaan bermula dengan thinking big.

    Ini adalah kerana, dengan mengimpikan sesuatu yang besar, anda memaksakan diri anda untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif untuk mencapai sesuatu yang diluar jangkaan anda.

    Sekiranya anda mempunyai sebuah kedai, fikirkan bagaimana anda boleh membina kedai-kedai tambahan (franchise). Sekiranya anda sudah berjaya di negeri anda, fikirkan bagaimana anda boleh menambahkan kejayaan di mata negara (seluruh Malaysia). Sekiranya anda sudah berjaya di Malaysia, fikirkan bagaimana anda boleh berjaya di peringkat antarabangsa. Sekiranya pendapatan anda adalah RM1,000, fikirkan bagaimana anda boleh memperolehi pendapatan RM10,000. Sekiranya pendapatan anda RM10,000, fikirkan pula bagaimana untuk memperolehi RM100,000! :)
    Menurut sejarah, segala kejayaan yang cemerlang bermula dengan kebolehan seseorang itu dalam “think big”. Pepatah mat salleh mengatakan:

    Shoot for the stars, if you don’t get it, you still get the moon!

    (Bermatlamat untuk mencapai bintang-bintang. Sekiranya anda tidak kesampaian, anda masih mencapai bulan)

    Maksudnya untuk memberi anda kebebasan berfikir sesuatu yang lebih hebat dan besar daripada zon selesa anda. Sekiranya sesuatu hebat itu tidak tercapai, anda masih lagi mencapai sesuatu yang amat membanggakan. :)

    ps: Dengan thinking BIG membawa saya kemana saya kini berada. Begitu juga dengan kisah-kisah kejayaan kita pernah bincangkan sebelum ini.

    Pendapat Anda? [23] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Bagaimana untuk fikir di luar kotak?
  • Tiba di Malaysia!

  • Ingat tak hari tu kita ada bincang bagaimana McDonalds mempunyai satu “system” menjual burgernya yang boleh diduplikasikan dalam bentuk francais?

    Sistem francais digunakan oleh perniagaan-perniagaan sebegini untuk melipatkali gandakan keuntungan mereka. Ini termasuk Hot Dog 1901, Kedai kasut Bata, KFC, Pizza Hut, Popular dan lain-lain…

    Sekiranya anda mempunyai perniagaan yang mempunyai satu sistem untuk difrancaiskan (kedai runcit pun boleh francais!), hubungi Persatuan Francais Malaysia (MFA) untuk pelbagai bantuan yang mereka sediakan.

    Apakah contoh-contoh industri yang boleh difrancaiskan? Berikut adalah industri-industri dan peratusan (%) francais tempatan mengikut industri tersebut:

    Makanan (30%)
    Pakaian dan aksesori (15%)
    Pusat pembelajaran dan latihan (12%)
    Perkhidmatan (10%)
    Pusat kecantikan/kesihatan (4%)
    Automotif (3%)
    Pasar raya/mini (3%)
    Dekorasi/cenderamata (3%)
    Perhotelan/pelancongan (3%)
    Kedai buku/alat tulis (3%)
    Kosmetik/penjagaan kesihatan (3%)
    Barang kemas (2%)
    Optometrist (2%)
    Pusat telekomunikasi (2%)
    Farmasi (2%)
    Pakar runding (1%)
    Komputer (1%)

    Untuk menghubungi Persatuan Francais Malaysia (MFA), sila ke http://www.mfa.org.my

    Oh ya… terdapat 260 francais tempatan yang didaftar dibawah Akta Francais, di mana 197 francais milik bukan bumiputra, dan cuma 63 francais milik bumiputra.

    Kepada usahawan-usahawan tempatan, apa kata kita naikkan lagi jumlah tersebut untuk mewujudkan persaingan yang sihat.

    Pendapat Anda? [51] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Bagaimana untuk fikir di luar kotak?
  • Bagaimana Nicole David lakukannya?
  • Kenapa hendak jadi jutawan?
  • Bersama Jutawan yang GAGAL! Billi Lim

  • Salah satu ahli sukan kegemaran saya adalah Ratu Squash kita, Nicole David. Semalam beliau memenangi British Open dan menguatkan lagi kedudukannya sebagai pemain squash wanita #1 dunia!

    Wow, satu kebanggaan Malaysia dan menjadi inspirasi bahawa rakyat Malaysia juga boleh bersaing dan menjadi #1 di mata dunia.

    Malam tadi, selepas kemenangannya, wartawan bertanyakan apakah rahsia kejayaannya? Jawapannya…

    “Work very hard consistently as nothing comes easy”

    (Berusaha amat keras dengan konsisten oleh kerana segalanya adalah tidak mudah)

    Bukan lagi rahsia, tetapi tidak ramai yang sanggup melakukannya- hanya 2% masyarakat sahaja yang melakukannya. Jadilah antara golongan 2% teratas ini!

    Tahniah Nicole!

    Sekiranya tiada aral melintang, saya akan ke United Kingdom bulan hadapan untuk memperkenalkan buku saya “Secrets of Internet Millionaires Revealed” di sana. Kejayaan demi kejayaan yang dicapai oleh Nicole perlu dicontohi rakyat Malaysia bahawa kita juga boleh bersaing di arena antarabangsa :)

    Pendapat Anda? [36] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Minta tolong lakukan sesuatu…
  • Mencari idea dalam perniagaan
  • Perniagaan bukan Internet vs. Perniagaan Internet
  • Sanggup kah anda?

  • Beri pilihan kepada pelanggan anda.

    Sekiranya produk anda adalah mahal, beri pilihan versi produk anda yang murah.

    Sekiranya produk anda adalah murah, beri pilihan produk anda di pakejkan dengan produk yang lain untuk menjadikannya mahal.

    Di internet, sering menggunakan teknik ini di mana sesuatu perkhidmatan diberikan dalam beberapa ruang harga, contoh: Bronze package (murah), Silver package (sederhana) dan Gold package (mahal).

    Teknik ini juga sering di gunakan pada perniagaan bukan Internet, contoh- pakej bayaran handphone “talk time” dari syarikat seperti Maxis, Digi & Celcom.

    Memberi pilihan sebegini, bukan sahaja dapat menarik mereka yang tidak mampu membeli produk dengan menyediakan versi yang lebihy murah, tetapi, anda juga dapat menarik golongan yang berkemampuan “upgrade” kan perkhidmatan mereka pada ruang harga yang lebih tinggi.

    Satu lagi cara menduplikasikan keuntungan perniagaan anda!

    Pendapat Anda? [14] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Perkhidmatan perlu diutamakan
  • Promosi kepada siapa?
  • Wang atau Kebahagiaan- yang mana pilihan anda?
  • Kesan keadaan ekonomi pada perniagaan Internet

  • Orang yang berjaya, akan menarik orang yang berjaya yang lain menghampiri mereka seperti magnet.

    Pernah saya menulis tip mengenai “success breed success”. Ini adalah sebabnya…

    Apabila seseorang itu berjaya, mereka akan dapat menarik orang-orang berjaya yang lain menjadi bulatan kenalan. Oleh sebab kita akan menjadi seperti orang-orang disekeliling kita, maka, seseorang itu akan bertambah kejayaannya oleh kerana dapat “associate” dengan mereka berjaya yang lain.

    Kejayaan pertama adalah yang paling sukar. Tetapi, sekali anda mencapai kejayaan yang pertama, kejayaan kedua, ketiga, keempat dan seterusnya akan menjadi semakin mudah oleh kerana kejayaan adalah seperti magnet!

    Pendapat Anda? [21] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Yang kaya menjadi semakin kaya… Bhg2
  • Tangga kejayaan… tangga yang betul?
  • Kejayaan dan World Cup 2006
  • Perniagaan berubah - perlu flexible!

  • Next Page »