Monthly Archives: September 2006

Matlamat tidak kesampaian…

Pernahkah anda menetapkan matlamat tetapi matlamat anda tidak tercapai? Di sini ada satu tip…

There is no such thing as unrealistic goals. There’s only unrealistic deadlines! (Tidak terdapat matlamat yang tidak realistik. Cuma terdapat tempoh mencapai matlamat tersebut yang tidak realistik)

Kebiasaannya, matlamat tidak dapat dicapai oleh kerana deadline atau tempoh masa matlamat tersebut tidak realistik- iaitu terlalu pendek. Apa yang anda perlu lakukan adalah panjangkan deadline anda.

Satu cara untuk mengetahui samada deadline anda adalah realistik adalah, bahagikan jangka masa matlamat satu tahun anda kepada 3 (4 bulan). Sekiranya matlamat anda dalam masa satu tahun adalah untuk anda memulakan satu perniagaan, rancang apa yang anda perlu lakukan dalam 4 bulan yang pertama. Kemudian, 4 bulan yang kedua. Kemudian, 4 bulan yang terakhir. Adakah ianya realistik?

Dengan membahagikan matlamat kepada unit yang lebih kecil, anda dapat melihat dengan jelas sama ada deadline matlamat anda adalah realistik atau tidak.

Matlamat anda memperolehi RM1,000,000 dalam masa satu tahun? Maksudnya anda perlu memperolehi pendapatan RM333,333 dalam masa 4 bulan. Adakah ini deadline yang realistik?

Perubahan musim dalam perniagaan

Secara purata, sesuatu perniagaan tidak mendapat keuntungan pada tahun pertama– kalau ada, jumlahnya agak kecil. Tahun pertama sering dianggap tahun “belajar”.

Masuk tahun kedua, ianya menjadi tahun “implementasi”. Dengan mengenal pasti trend perniagaan yang berlaku pada tahun pertama, perniagaan dapat memperbaiki segala kelemahan.

Kebiasaannya sesuatu perniagaan mendapat keuntungan yang lumayan pada tahun ketiga.

Sebelum anda memulakan perniagaan, fikirkan perubahan musim perniagaan ini. Adakah anda sanggup membangunkan perniagaan anda sehingga 3 tahun yang akan datang? Atau anda hanya melihat keuntungan jangka pendek? Bolehkah anda mendapatkan modal pusingan untuk menampung perniagaan anda selama 3 tahun yang akan datang? Sanggupkah anda dedikasi diri anda kepada perniagaan anda untuk jangka waktu panjang?

Lebih dari 90% perniagaan gagal dalam tahun pertama. Mana tidaknya… tahun pertama adalah tahun belajar!

*Research di atas adalah pada perniagaan bukan Internet. Untuk perniagaan Internet, perubahan adalah lebih pantas berbanding dengan perniagaan bukan Internet.

Tak pandai “speaking”

Tak pandai speaking… semua orang pandai speaking, sebab speaking maksudnya bercakap 🙂 Tapi yang selalunya yang dimaksudkan adalah, tak pandai berbahasa Inggeris… tak pandai speaking la tu.

Dua hari lepas ketika saya di rancangan HOT Hello On Two, ada pemanggil (namanya Audrey) membuat panggilan ke studio ketika live on air dan memuji bahasa Inggeris saya. Pelik juga oleh kerana pemanggil-pemanggil yang lain bertanya mengenai Internet, tetapi Audrey memuji bahasa Inggeris saya dan mengatakan “…sounds like music to my ears” (Thank you very much Audrey!).

Bagi anda yang mengenali saya, saya lebih selesa berbahasa Malaysia (Bahasa Melayu ke bahasa Malaysia?:) ). Menulis buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet pun berbahasa Malaysia pada mulanya (kemudian bari di alih bahasa ke Inggeris). Kalau bercakap dengan kawan-kawan pun, berbahasa Malaysia. Tip satu minit ini pun berbahasa Malaysia.
Jadi, apakah tip untuk fasih berbahasa Inggeris?

Walaupun saya bercakap bahasa Malaysia, menulis bahasa Malaysia, bergaul dalam bahasa Malaysia, tetapi…

Saya berfikir dalam bahasa Inggeris. Setiap masa, saya bercakap dengan diri saya sendiri dalam bahasa Inggeris. Sekiranya ada masalah, saya selesaikannya dalam kepala menggunakan bahasa Inggeris.

Saya dapati, berfikir dalam bahasa Inggeris dapat memperbaiki dan membuatkan saya lebih fasih berbahasa Inggeris. Tambahan, bila kita berfikir, orang tidak tahu yang kita sedang melatihkan diri sendiri sehari suntuk setiap masa.
Kini, dengan banyak berlatih berbahasa Inggeris dalam fikiran, untuk memberi ceramah/talk sehari suntuk dalam English pun tiada masalah.

Berbahasa Inggeris adalah agak penting dalam dunia perniagaan untuk meluaskan lagi pasaran anda.

So, to improve your English, think in English 🙂

Baca… jangan tak baca

Tanamkan sikap membaca. Leaders are readers!

Orang yang berjaya adalah mereka yang suka membaca. Berapa banyak anda perlu membaca? Di sini adalah tipnya…

Baca sekurang-kurangnya 1 jam setiap hari. Sebaiknya membaca buku ilmiah yang berkaitan dengan bidang anda dan juga bahan-bahan yang boleh membangunkan nilai diri anda sendiri (Bukan baca novel cinta) 🙂

Sekiranya anda membaca 1 jam sehari, secara purata, anda akan menghabis satu buku setiap minggu. Sekiranya anda membaca 1 buku seminggu, anda akan dapat menghabiskan 4 buku sebulan. Ini bererti dalam masa setahun anda akan menghabiskan 48 buah buku. Sekiranya anda meneruskan selama 3 tahun, anda akan membaca 144 buah buku.

Tahukah anda bahawa kebanyakan pakar-pakar industri yang berjaya dan mencapai tahap jutawan telah membaca >100 buah buku yang berkenaan bidang masing-masing?

Semuanya bermula dengan hanya membaca 1 jam sehari, dan anda akan menjadi pakar industri anda dalam masa 3 tahun dari sekarang!

Adakah anda akan membeli online?

Semalam ketika “Hello on Two”, satu soalan survey SMS telah disampaikan kepada para penonton. Soalannya berbunyi…

Would you buy products or services through the Internet?
Berikut adalah keputusan survey tersebut:

  • 19%Yes. When it’s easy and convinient
  • 47%Yes. Only from a few websites
  • 34% – Absolutely NOT.

Dari keputusan survey tersebut, 66% mengatakan YA dan 34% mengatakan tidak.

Ini menunjukkan, majoriti masyarakat Malaysia sudah sedia menerima perniagaan Internet sebagai medium membeli. Ini adalah berita baik bagi mereka yang mempunyai perniagaan Internet atau dalam perancangan memulakan perniagaan Internet!

Keputusan juga adalah positif oleh kerana perniagaan Internet kini masih lagi di tahap awal dan dalam masa 2-3 tahun lagi, semakin ramai akan menggunakan Internet sebagai medium membeli.

Sesiapa yang ada perniagaan Internet sekarang, sudah pasti dalam masa 2-3 tahun nanti akan berada dalam keadaan yang baik oleh kerana telah “lama” berada di Internet dan dapat membina kepercayaan dan kredibiliti dalam masa itu.

Masa hadapan yang baik bagi bakal-bakal usahawan Internet 🙂

Hello on Two (HOT) – Irfan Khairi on TV

Hari ini kita cuti dari tip satu minit ok… malam tadi saya tidur awal sebab pagi tadi subuh-subuh keluar rumah ada interview “TV2 HOT- Hello on Two” (LIVE) di Angkasapuri. Great interview bersama Annie & Zamil! Tahukah anda Zamil adalah
finalist Malaysian Idol? Very telented! Saya tak tahu sebab tak tengok Malaysian Idol… Sorry Zamil! It was a pleassure knowing you & Annie!

Sambil-sambil tu, boleh lihat tip Sabtu & Ahad 🙂 Sesiapa yang ingin masuk TV, perlu hilangkan perasaan malu, jadi, baca tip hari Sabtu untuk cara-cara hilangkan malu

Kita jumpa esok!

Iklan Irfan Khairi Sdn. Bhd…

 

Workshop Jutawan Internet
Workshop Jutawan Internet pula akan diadakan pada 23hb September di JW Marriott, Kuala Lumpur. Ramai telah bermanfaat dari workshop ini. Maklumat lanjut di www.rahsiainternet.com/workshop

Membuat keputusan yang salah?

Dalam perniagaan, semestinya anda akan sering berada di dalam keadaan di mana anda perlu membuat keputusan.

Kita tidak akan lari daripada membuat keputusan yang salah. Sekiranya terjadi keputusan yang salah…. siapa yang anda hendak salahkan?

Orang yang berjaya menyalahkan diri sendiri apabila tersilap membuat keputusan. Walaupun, sekiranya terdapat pihak lain yang menyebabkan kesilapan dalam keputusan yang anda lakukan, ataupun perancangan anda tidak menjadi oleh kerana pihak yang lain, jangan menyalahkan pihak yang lain.

Salahkan diri anda sendiri dan letakkan tanggungjawab tersebut pada diri anda. Dengan menerima kesalahan tersebut adalah dari pihak anda sendiri, ia akan menjadikan anda lebih kritikal dalam membuat keputusan pada masa hadapan.

Dengan menyalahkan pihak lain, anda seperti melepaskan tanggungjawab dan sukar untuk anda perbaiki diri sendiri.

Selamat bercuti!

Kurangkan perasaan malu

Dari posting semalam, ramai juga ingin tahu tip-tip untuk kurangkan malu. Masyarakat Malaysia sememangnya ramai sangat yang pemalu. Dari pengalaman saya tinggal di Uk lebih 10 tahun, amat jarang melihat mat salleh yang pemalu. Ini kerana sejak sekolah rendah lagi setiap pelajar dimestikan public speaking di hadapan perhimpunan.

Saya ni pemalu ke? Mungkin yang kenal saya sejak dulu, akan kata saya ni pendiam & pemalu. Macam mana pula sekarang ni tiba-tiba jadi muka tak malu pula 🙂

Berikut adalah beberapa tip:

Tip Malu #1
Untuk mengurangkan perasaan malu, lakukan langkah sedikit demi sedikit. Kalau tiba-tiba buat public speaking atau public appearance, memang la tak berani and rasa malu. Tetapi, buat sedikit- sedikit, contoh, kalau dalam meeting tak pernah bersuara, paksakan diri untuk bersuara walaupun sedikit sahaja. Lama kelamaan, perasaan malu akan berkurangan sedikit demi sedikit.

Tip Malu #2
Perasaan malu datangnya terutama dari kita risaukan tanggapan orang. Contoh, kita takut “apa pula nanti orang kata kalau saya bersuara”. Di sini anda perlu berfikiran positif dan sentiasa fikirkan orang ramai tidak akan bertanggapan negatif tentang anda. Fikirkan orang ramai ingin mendengar apa yang anda ingin kongsikan. Pada hakikatnya, ia memang benar- orang disekeliling anda ingin mengetahui lebih dalam mengenai anda!

Tip Malu #3
Yang ini favourite saya. Berlakon macam anda tidak malu. Orang ramai sebenrnya tidak tahu yang anda malu. Oleh itu, tak perlu tunjukkan yang anda ni pemalu. Berlakon seperti Rosyam Nor ke, seperti Erra ke, yang anda bukan seorang yang pemalu. Anda akan mendapati dalam sedang berlakon itu, perasaan malu akan hilang tiba-tiba!

Cuba ketiga-tiga tip di atas dan anda juga lambat laun akan menjadi muka tak malu 😉

ps: Sifat pemalu sememangnya ada baiknya. Cuma jangan jadikan sifat pemalu itu menghentikan kejayaan anda!

Penjaga zoo popular maut- tip hari ini!

By now mungkin anda telah dengar berita Steve Irwin dari rancangan Crocadile Hunter maut disengat stingray. Steve Irwin adalah antara personaliti TV favourite saya sebaris dengan Jamie Oliver (Naked Chef) dan Ian Wright (Travel Channel). Sebab nya…

Sebelum Steve Irwin, siapa sangka seorang penjaga zoo boleh jadi popular?

Sebelum Jamie Oliver, siapa sangka seorang chef yang memasak masakan simple sahaja boleh jadi popular?

Sebelum Ian Wright, siapa sangka pengembara “backpackers” ni boleh jadi popular?

Tip kali ini adalah, tidak kira apa sahaja industri anda, terdapat peluang untuk anda “popularkan” diri anda di dalam industri tersebut sekiranya mengenakan sedikit kreativiti kepada diri anda sendiri.

Menjadi popular adalah strategi perniagaan. Orang ramai lebih suka memilih yang popular berbanding dengan yang kurang popular- psikologi manusia!

Soalannya adalah…. bagaimana hendak menjadi popular? Berikut adalah 3 tips:

  • Be passionate sehingga orang ramai boleh nampak passion anda (lihat cara Ian Wright bercakap mengenai pengembaraan)
  • Be very good at what you do. (lihat cara Jamie Oliver memasak)
  • Be different- lakukan sesuatu diluar jangkaan orang ramai (lihat cara mendiang Steve Irwin bermain dengan buaya dan ular)

Popularity boleh menjadi strategi perniagaan yang baik jika digunakan dengan cara betul. Selain daripada 3 personaliti di atas, Donald Trump, Richard Branson dan Bill Gates adalah 3 billionaire yang sering menggunakan popularity dalam perniagaan.

Cuma, kalau nak popular, tak boleh la malu-malu cat (meow!) 🙂

Melabur untuk ilmu… berapa banyak RM?

Salah satu soalan Azizi Ali pada permulaan seminarnya adalah…

“Berapa banyak anda sanggup melabur untuk ilmu yang dapat menjadikan anda jutawan?”

RM100? RM1,000? RM10,000? RM100,000?

Jawapan anda kepada soalan ini akan mencerminkan sejauh mana anda serius dalam mencari ilmu untuk mencapai kekayaan.

Ketika saya muda-muda dulu dalam mencari ilmu, saya membelanjakan 90% dari pendapatan saya setiap bulan. Pada ketika itu, pendapatan bulanan saya RM1,600.

Sejauh mana pula anda sanggup melabur? Dan adakah anda lakukannya?