Semua comment semalam amat tepat sekali! Faktor ilmu, pengalaman, contacts, memang memainkan peranan penting dalam kejayaan perniagaan. Tetapi, jangan lupa, dalam masa 2-3 tahun pun anda boleh melipatkali gandakan ilmu, pengalaman dan contacts. Tidak perlu tunggu 20-30 tahun.
Sebenarnya cepat atau lambat mencapai kejayaan itu memang tiada kena mengena dengan umur. Tetapi, bergantung kepada bila anda mulakan matlamat anda untuk mencapai kejayaan dan berusaha kearahnya. Mengapa yang berjaya kebanyakan 40-an, 50-an dan 60-an?
Ia adalah kerana golongan ini lambat dalam menetapkan matlamat mereka. Sekiranya lewat menetapkan matlamat, maka, lewatlah jadinya mencapai matlamat.
Bagi saya, mungkin anda pernah terbaca, saya menetapkan matlamat untuk berjaya (capai jutawan)Ā pada umur 18 tahun, dan berusaha keras untuk mencapai matlamat itu. Capai matlamat – 25 tahun.
Arnold Susahnakeja (Terminator), menjadi Mr Olympia pada umur 22 tahun. Cita-citanya tercapai. Agaknya bila beliau menetapkan matlamat? pada umur 16 tahun!
Colenel Saunders (KFC) mencapai cita-citanya pada umur 72 tahun! Agaknya bila beliau menetapkan matlamat? pada umur 65 tahun!
Kesimpulannya, sekiranya awal anda menetapkan matlamat anda dan berusaha, maka awal anda akan mencapai matlamat tersebut. Sekiranya lewat anda menetapkan matlamat, dan lewat berusaha, maka, lewat lah kejayaan akan berpihak kepada anda.
Secara purata, ia mengambil masa 7 tahun untuk mencapai sesuatu matlamat yang dikatakan berbaloi. Rujuk kepada comment2 semalam untuk banyak point-point yang menarik serta pesanan2 motivasi. Dala mmasa 7 tahun itu, gandakan ilmu anda, gandakan pengalaman anda dan gandakan contacts anda.
Paksa diri anda untuk tetapkan matlamat hari ini dan mula mengejar matlamat tersebut. Sekiranya anda tunggu lagi, maka, makin lewatlah anda akan mencapai kejayaan.
Matlamat + Usaha yang keras + Doa = Kecemerlangan
ps: Saya dalam perancangan menjalankan program motivasiĀ 2 hari untuk remaja-remaja (program cuti sekolah) untuk membuka mata remaja bahawa kejayaan boleh dicapai tidak kira peringkat umur dan strategi untuk mencapai apa sahaja matlamat yang ditetapkan.Ā Abang-abang dan kakak-kakakĀ yang ada anak remaja, cuti sekolah bulan hadapan, boleh sertai program tersebut! (program untuk anak-anak… bukan ibubapa!) š