Salah satu topik paling penting dalam kejayaan adalah pengurusan masa (time management). Satu cara untuk menentukan masa anda tidak terbuang dan penggunaan masa anda yang lebih efektif adalah untuk anda merancang hari anda sehari sebelumnya.
Ambil masa 10 minit- 20 minit pada setiap malam untuk merancang hari esok anda. Dengan menyenaraikan apa yang anda perlu lakukan, dan waktu sepatutnya kerja tersebut selesai, anda akan menjimat berjam-jam masa berbanding dengan hari yang anda tidak merancang apa-apa.
10 – 20 minit perancangan akan menjimat sehingga 3-4 jam dari masa anda keesokannya! Sediakan satu senarai apa yang anda perlu lakukan (1-2-3-4-5…), dan waktu kerja tersebut perlu diselesaikan (pagi, tengah hari, petang, malam). Apabila satu kerja selesai dari senarai anda, potongkannya dari senarai anda. Ini akan memberi kepuasan kepada anda oleh kerana anda menulis satu matlamat, dan matlamat tersebut tercapai. Ia juga akan memberi motivasi kepada anda untuk menyiapkan kerja yang seterusnya.
Tidak pernah cuba? Mulakan malam ini! 🙂
Pasti anda pernah dengar: “Orang yang gagal untuk merancang adalah orang yang merancang untuk gagal!”