Mungkin anda pernah dengar kisah ini. Tapi saya kongsikan juga sebab baru-baru ini saya kongsikan semula di talk saya di Dubai.
Kisahnya begini…
Satu ketika itu, ada seorang pengembara. Dia mengembara ke India. Memang macam-macam yang dilihatnya dalam setiap pengembaraannya tetapi, apa yang dilihat ketika itu, sangat menarik perhatiannya.
Si pengembara ternampak seekor gajah yang besar di mana kakinya terikat dengan tali yang kecil pada kayu yang kecil. Namun begitu, gajah itu tidak lari kemana-mana pun.
Walaupun hanya dengan satu-dua langkah sahaja, gajah itu dapat membebaskan diri tambatnya itu. Mana taknya, tali dan kayu yang menambatnya tu kecil sahaja. Tetapi, gajah itu tidak bergerak. Hanya menunggu di situ sahaja.
Pengembara pun bertanya pada penjaga gajah itu.
“Mengapa gajah ini tak lari dan bebaskan diri?”
Dan jawapan yang diberi oleh penjaga gajah itu sangat mengejutkan.
Katanya, sejak gajah itu dilahirkan kecil, gajah itu ditambat dengan tali dan kayu yang kecil. Ketika itu, tali dan kayu yang kecil itu, sudah cukup kuat untuk menambat gajah itu dan gajah kecil ketika itu tidak dapat membebaskan dirinya untuk bertahun-tahun.
Apabila gajah semakin besar, tali dan kayu yang sama digunakan. Walaupun gajah semakin besar dan kuat, tetapi, dalam fikiran gajah tersebut tali dan kayu kecil itu adalah sangat kuat dan mustahil untuk membebaskan dirinya. Walaupun pada hakikatnya, sangat mudah untuk gajah itu berlari bebas.
Jawab penjaga gajah itu kepada pengembara yang kelihatan tidak percaya.
Itulah kisahnya.
Dan begitu jugalah kita sebagai manusia. Sering kali, kita fikir kita tidak dapat lakukan sesuatu itu oleh kerana sejak dulu lagi kita fikirkan ianya adalah mustahil. Ianya adalah susah. Mungkin kerana persekitaran kita telah menjadikan kita seperti itu.
Padahal, sebenarnya, ianya adalah kepercayaan sahaja di dalam diri kita sendiri yang kita fikirkan melalui pengalaman dan persekitaran kita yang lepas. Penghalang utama kita hanyalah diminda kita.
Think about it. Adakah kita umpama gajah tersebut? Tertambat dengan tali kecil dan kayu kecil yang menjadikan kita percaya bahawa kita tidak boleh berjaya melakukan sesuatu itu?
-IK
Dubai, UAE
PS: Nak tahu bagaimana saya berjaya mencapai pasaran global dalam perniagaan saya walaupun bermula dengan perniagaan seorang diri seperti ramai usahawan kecil-kecilan di Malaysia? Saya pun melepaskan diri saya dari fikiran seperti gajah itu. Ketahui caranya di www.9dari10.com