All posts by Irfan Khairi

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

Innovative = Ubah 10% sahaja

Innovative bermaksud mengubah sesuatu yang sedia ada menjadi baru. Kreatif pula bermaksud mencipta sesuatu yang baru.

Kebanyakan perniagaan yang berjaya dalam era ini adalah perniagaan yang inovatif oleh kerana terlalu banyak perniagaan yang sedia ada di pasaran. Dulu-dulu, perlu kreatif ketika persaingan adalah kurang.

innovative_21.jpg

Rahsia untuk menjadi innovative, senang sahaja. Iaitu, hanya ubah 10% sahaja daripada “original’. Tidak perlu ubah terlalu banyak.

Perniagaan yang berjaya ketika ini adalah mereka yang hanya mengubah 10% sahaja dari model asal. Contoh:

  • Model asal adalah kedai gunting rambut biasa. Model inovatif adalah kedai gunting rambut pantas 15 minit (contoh: X-Cut)
  • Model asal adalah kedai kopi. Model inovatif adalah kedai kopi berprestij (contoh: Starbucks)
  • Model asal adalah menjual tudung. Model inovatif adalah menjual tudung yang berharga tinggi (contoh: tudung Ariani)

Mengubah terlalu banyak sesuatu model perniagaan akan mengelirukan pengguna- dan menyukarkan promosi anda. Mengubah sedikit sahaja (10%), tidak akan mengelirukan pengguna oleh kerana pengguna agak biasa/familiar dengan model asal.

Bila anda melakukan perniagaan, tidak kira perniagaan Internet atau bukan Internet, fikirkan bagaimana anda boleh bezakan diri anda dan pesaing dengan hanya 10%!

Menjadi bintang

Masa saya sekolah dulu, seperti ramai remaja, kita minat dengan celebrity barat. Salah satu sebab utama saya memulakan perjalanan saya untuk mengejar kejayaan adalah inspirasi yang saya terima melalui bintang-bintang ini.

Bila menyelidik latar belakang celebrity yang terkenal, amat menakjubkan apabila mendapati…

  • Brad Pitt pernah menjadi penghantar peti sejuk
  • Jim Carrey pernah menjadi janitor
  • Jerry Seinfeld pernah menjadi jurujual mentol
  • Robbin Williams pernah menjual ais krim
  • Denzel Washington pernah menjadi tukang membawa sampah (garbage man)
  • Mariah Carrey pernah bekerja sebagai peneliti topi (cek topi rosak atau tidak sebelum dijual)
  • Jack Nicholson pernah bekerja sebagai membahagi/megurus surat
  • Ashton Kutcher pernah bekerja sebagai pencuci lantai (eh… macam saya je!)

Mudah-mudahan remaja zaman kini melihat idola-idola stars bukan sekadar mereka handsome atau cantik atau pandai berlakon, tetapi, mereka telah berusaha daripada bawah sehingga menjadi bintang yang kita kenali pada hari ini.

Tiada siapa yang dilahirkan terus menjadi bintang! 🙂

ps: Mungkin sebab saya minat bintang-bintang hollywood masa kecil dulu, secara tidak langsung (sub-concious) membawa diri saya ke arah media & penyiaran. hmmm?

Perniagaan yang tukar nama

Baru-baru ni, saya lalu pusat membeli belah Ikano Power Center di Damansara Perdana, dan perasan mereka sedang tukar nama shopping center tu kepada “IPC”. Personally saya lagi suka kalau ia ditukarkan kepada “Ikano” sahaja… baru bunyi imported 😉
Teringat pula saya kepada perniagaan-perniagaan yang kita kenali dulu, yang kemudiannya, mungkin akibat penjenamaan semula (rebranding), menukar nama….

darkie.jpg

Paling saya ingat adalah ubat gigi DARKIE… yang kemudiannya jadi DARLIE

olay.jpg

OIL OF ULAN, menjadi OIL OF OLAY kini…

Adakalanya kita perlu melakukan penjenamaan semula produk kita. Namun, ianya bukan perkara yang mudah kerana ia mengakibatkan persepsi pelanggan dan juga bakal pelanggan anda yang telah lama menanam jenama asal dalam minda mereka.

Sebaliknya pula, penjenamaan semula adalah peluang untuk promosi kan produk kita dan memberi tanggapan produk ‘baru’.

Apa lagi produk-produk yang kita kenali yang telah bertukar nama?

Jaga kesihatan diri – ada duit, tapi badan tak sihat!

Tip kali ini lain sikit… iaitu untuk jaga kesihatan. Untuk mengingatkan anda dan diri saya sendiri juga.

exercise.jpg

Perasan tak kalau kita tengok TV documentary mat salleh, ramai jutawan-jutawan barat dikalangan mereka yang berumur. Namun, walaupun berumur, masih lagi kuat dan sihat melancong, ke sana kemari, naik sports car, bawak yatch dan sebagainya.

Cara pemakanan & lifestyle orang barat secara langsung mempengaruhi kesihatan mereka. Berbeza dengan masyarakat kita- perlu lebih berhati-hati dengan kesihatan.

Nanti, kalau rezeki menyebelahi kita, ada duit banyak, tetapi kesihatan tidak menentu (keluar masuk hospital), tak dapat kita “enjoy” pulangan dari usaha kita selama ini!

Pesanan khidmat masyarakat ini ditaja oleh Irfan Khairi Sdn Bhd 🙂

Online seminar *terbaru* Irfan Khairi “Cara bersaing!” Khamis ini – percuma!

Dua pengumuman ingin saya sampaikan kepada anda…

Atas kejayaan mengendalikan sesi Online Seminar (Webinar) saya yang pertama beberapa minggu lepas serta menjalankan ulangan siaran, webinar siri 01 bertajuk “Nak jual Apa?”, ramai yang inginkan saya mengendalikan tajuk-tajuk baru pula!

Atas sokongan yang diterima, pada hari Khamis ini jam 9 malam secara “Live” online saya akan mengendalikan Webinar bersama Irfan Khairi “Live” siri 02 bertajuk “Cara bersaing!”. Yang akan mendedahkan kaedah bersaing supaya anda dapat menawan pesaing-pesaing dalam perniagaan anda!
Topik yang akan disampaikan:

  • Masih tak tahu hendak menjual apa di Internet?
  • Cara bersaing dengan efektif dan menewaskan pesaing anda?
  • Cara paling efektif promosikan perniagaan anda- Facebook, Blog atau Laman Web?
  • Maklumat lanjut Revolusi Perniagaan Internet 2hb & 3hb April

Sekiranya anda ingin mengikuti online seminar ini secara “live” dari keselesaan rumah anda, ikuti link di bawah dan cetak/print maklumat yang diberikan. Jangan ketinggalan oleh kerana sesi online webinar ini adalah percuma dan sarat dengan maklumat yang boleh membantu perniagaan di Internet. Lawati:

http://instantteleseminar.com/?eventid=18033087
*Jangan lupa print maklumat di sini & letak di depan meja komputer anda! 😉

Pengumuman kedua adalah mengenai sesi Prelude Revolusi Perniagaan Internet yang akan diadakan pada  Sabtu 12hb Mac 2011, di Vistana Hotel Kuala Lumpur.

Sejak beberapa bulan lepas, saya telah mengendalikan road tour PERCUMA memeberi tips dan strategi memulakan perniagaan melalui Internet. Alhamdulillah, sambutannya amat hebat dengan beribu peserta telah terlibat sama!

Namun, sesi road tour Prelude ini sudah hampir mencapai penghujungnya. Mungkin, sesi pada 12hb Mac ini adalah sesi terakhir yang dikendalikan, oleh kerana tempat untuk acara Revolusi Perniagaan Internet sudah hampir penuh. Sekiranya penuh, road tour akan dihentikan*.

Oleh itu, bagi mereka yang ingin mendapatkan tips dan strategi memulakan perniagaan melalui Internet di acara PRELUDE Revolusi, jangan ketinggalan pada hari Sabtu 12hb di Vistana Hotel Kuala Lumpur! Maklumat lanjut di bawah.

-Irfan Khairi @ IK
Kuala Lumpur

ps: Sudahkah anda sertai saya di Facebook? sekiranya belum, “Like” FB page saya di sini. Saya memberi berbagai2 tip perniagaan, motivasi dan kewangan setiap hari!
pps: Anda terlepas sesi webinar pertama Siri 01 “Nak jual apa?” Sertai PRELUDE Revolsi Perniagaan Internet di bawah supaya tidak ketinggalan tips dan strategi yang disampaikan!

****************
PRELUDE Revolusi Perniagaan Internet (PERCUMA)
Sesi terakhir!*
bm_poster_for_email.jpg

Ramai yang ingin memulakan perniagaan Internet tetapi, mempunyai 3 soalan utama, iaitu:

  1. Nak jual apa di Internet?
  2. Bagaimana nak mulakan perniagaan Internet?
  3. Bagaimana nak promosikan perniagaan anda?

Sesi saya di Vistana Hotel, Kuala Lumpur pada hari Sabtu 12hb Mac, akan menjawab ketiga-tiga soalan di atas. Tak kira sama ada anda ingin memulakan perniagaan secara part-time, atau anda sedang menjalankan perniagaan kini dan ingin mengembangkan keuntungan perniagaan anda melalui Internet, di sesi ini, akan membantu anda mencapai matlamat perniagaan Internet anda.

Oleh itu, anda dialu-alukan menghadiri sesi saya pada hari Sabtu depan!

PRELUDE REVOLUSI PERNIAGAAN INTERNET

Bersama Irfan Khairi
Tarikh: Sabtu 12hb Mac 2011
Kuala Lumpur
Vistana Hotel
10.00 pagi – 1.00 tengah hari
Masuk: PERCUMA

Sekiranya anda ingin menghadiri sesi di atas, sila lakukan tempahan awal oleh kerana sesi-sesi ini adalah eksklusif kepada 100 penyertaan sahaja untuk memudahkan pembelajaran teknik-teknik perniagaan Internet yang disampaikan. Juga akan disampaikan maklumat mengenai acara gilang gemilang- Revolusi Perniagaan Internet pada April 2011 + tawaran istimewa bagi mereka yang hadir.

Sekiranya ingin hadir sesi di Vistana Hotel Kuala Lumpur, sila email sales@rahsiainternet.com dengan tajuk “PRELUDE KUALA LUMPUR 12 MAC” beserta maklumat-maklumat berikut:

Nama: ………………………..
No.HP: ………………………..
Alamat email: …………………………
Jumlah peserta: ………………………………

Kita jumpa di sana ya!

Sikap penentu segala

Sekiranya ada satu sahaja elemen untuk diubahkan dalam diri kita untuk mencapai kejayaan yang cemerlang, elemen tersebut adalah SIKAP atau attitude.

attitude1.jpg

Dengan mengubah sikap diri sendiri (dalaman), ia akan mengubah kejayaan kita (luaran). Sikap kita terhadap kerja, masa, wang, kejayaan, orang disekeliling, ilmu dan sebagainya.

Semua orang yang sudah berjaya kini, pada satu masa dahulu telah mengambil keputusan untuk lebih serius dalam mencapai kejayaan. Keputusan untuk lebih serius dengan diri sendiri akan mengubahkan sikap kita dalam berbagai bidang.

Mereka yang berjaya menanamkan sikap melakukan kerja yang sukar, penting & memberi pulangan. Manakala mereka yang tidak berjaya menanam sikap suka melakukan kerja yang mudah, tidak penting & sentiasa untuk release stress.

Perniagaan ikut-ikutan- orang jual X, kita pun jual X

Ingin saya celoteh sedikit mengenai apa yang dikenali sebagai “perniagaan ikut-ikutan”, atau perniagaan mengikut “trend”… orang jual X, kita pun jual X. Bukan menjual serbuk cuci jenama X… tetapi, gantikan ‘X’ tu dengan apa sahaja produk atau perkhidmatan…

Contohnya, kita boleh lihat trend di Internet…

  • Ramai sahaja yang menjual ‘tudung’ di Internet. Tak salah, malah bagus pun jual tudung… disamping mencari rezeki, menggalakkan tutup aurat.
  • Bila lihat industri fotografi, banyaknya ‘wedding photographer’ di Internet. Berbagai harga yang disediakan… sampai ada kenalan profesional photographer saya mengadu makin susah nak cari makan.
  • Time musim perayaan, sudah tentunya trend menjual ‘kuih raya’ di Internet. Kalau muka kita tak kena tag dengan kuih raya di Facebook, memang tak sah la masa bulan Ramadhan 😉

Anyway, seperti saya kata, tak salah mengikut trend, atau mengikut perniagaan lain, dan menjadi perniagaan ikut-ikutan. Rezeki ada di mana-mana sahaja.

ikan.jpg
Dalam banyak-banyak ikan yang menarik ni, ikan mana yang anda tertarik?
Ikan yang berbeza bukan? 😉

Cuma, dalam perniagaan, bila persaingan terlalu tinggi, maka makin susah untuk perniagaan kita mendapat keuntungan yang hebat. Keuntungan yang HEBAT ya saya sebut… nak dapat keuntungan yang biasa-biasa, memang boleh. Tetapi, dalam perniagaan, kita mahukan keuntungan yang HEBAT.

Bila nak mulakan perniagaan, kita perlu sedikit kreativiti. Kreativiti dalam meminimakan pesaingan kita. Bila kurang pesaing, lagi mudah kita hendak mendapat keuntungan yang hebat. Sebagai contoh…

  • Kalau minat fesyen muslimah, tak semestinya menjual ‘tudung’ sahaja. Menjual ‘baju renang muslimah’ juga adalah fesyen muslimah.. dan mungkin persaingan adalah jauh lagi rendah dari menjual tudung.
  • Kalau bidang ‘wedding photography’ terlalu ramai pesaing, bidang forografi lain masih ada… product photography, family photography, baby photos… dan macam-macam lagi. semuanya permintaan tinggi juga.
  • Time-time raya, memang tak boleh lari dari kuih raya 😉 Tetapi boleh sahaja jadi lebih kreatif seperti masih lagi menjual kuih raya yang di pakejkan dengan unik dan lebih cantik. Dan disasarkan kepada pasaran koprat sebagai high class ‘gift’. Menjadi kreatif, tak semestinya tukar produk ya… tukar sasaran pelanggan pun kreatif juga.

Jadi, dalam perniagaan, cuba cari kelainan…  sukar sekiranya terlalu ramai pesaing untuk mendapat keuntungan yang HEBAT. Cuba fikir kreatif dan jangan terlalu mengikut-ikut perniagaan lain.

Bila saya sendiri hendak mulakan sesuatu perniagaan, soalan pertama yang saya akan tanya pada diri sendiri adalah ‘how to make it different?’. Anda juga patut lakukan yang sama 😉

ps: Join me di Revolusi Perniagaan Internet dan ketahui teknik2 bagaimana hendak menjadikan perniagaan anda berbeza dan mendapat keuntungan yang HEBAT!Klik di sini.
pps: Kongsi artikel ini ya! 😉

Prelude Revolusi Perniagaan Internet – Shah Alam, Seremban, KL & Ipoh

Sempena Revolusi Perniagaan Internet pada April 2011 ini, saya akan adakan “road tour” Prelude Revolusi di beberapa lokasi termasuk: Shah Alam, Seremban, Kuala Lumpur & Ipoh. Berikut adalah maklumat lanjut…

Sabtu 19hb Februari, Shah Alam, De Palma Hotel, 3.00pm – 5.30pm

Ahad 20hb Februari, Seremban, Klana Resort, 3.00pm – 5.30pm

Sabtu 26hb Februari, Kuala Lumpur, Vistana Hotel, 10.00am – 12.30pm

Ahad 27hb Februari, Ipoh, Heritage Hotel, 3.00pm – 5.30pm

Penyertaan untuk setiap lokasi adalah eksklusif kepada 100 penyertaan percuma sahaja. Bagi anda yang berada di lokasi-lokasi di atas, sila lakukan tempahan cepat sebelum tempat dipenuhi.

Topik yang saya akan sampaikan:

  • Produk dan perkhidmatan paling laris dan terbaik untuk dijual pada tahun 2011!
  • 4 langkah bagaimana anda boleh memulakan perniagaan Internet dari rumah anda!
  • Kaedah mempromosikan perniagaan Internet anda secara murah dan paling efektif!

Juga akan disampaikan info mengenai Revolusi Perniagaan Internet.

5 tip motivasi @ Facebook Irfan Khairi

Untuk jadi kreatif, fikir seperti kanak2. kanak2 tidak meletakkan had dalam fikiran mereka. kita yang dewasa akan selalu fikir- boleh ke berjaya? nanti apa orang kata kalau kita berjaya? kalau buat camni boleh tak? Kanak2 tidak meletakkan had, sebab tu kanak2 kreatif!

Hargai diri kita sendiri. Bila kita menghargai diri, kita akan dapat melihat potensi diri kita. Yakin bahawa we are great and can do great things with great results. Keyakinan dalam diri sendiri adalah kunci utama kejayaan!

Bila ada yang tidak menyokong usaha kita untuk berjaya, berbanyak bersabar. tambahan lagi mereka yang rapat dengan kita. sekiranya anda ada kenalan, ahli keluarga, suami atau isteri yang berusaha untuk berjaya- berikan sokongan yang terhebat sekali. ianya adalah pemberian yang tidak ternilai! rezeki pastinya berganda dengan sokongan orang tersayang. 😉

Have fun! senyum selalu! tak perlu lah serious sangat dalam hidup. bila kita gembira & berseronok melakukan apa yang kita suka, insyaallah rezeki akan berganda datang kepada kita 😉

Ada kalanya, terdapat kata2 negatif orang lain diberikan pada kita. apa anda perlu buat? buat tak tau sahaja… TAKDE MAKNANYA. apa yang penting, jangan sampai kata2 negatif itu memasuki diri kita sendiri sehingga kita percayakannya dan mula ragu2 kebolehan sendiri!

Join me di Facebook http://www.facebook.com/irfankhairi.fb dan ‘Share’ artikel ini di facebook anda! 😉 -ik

Di manakah tahap kewangan anda?

Di manakah tahap kewangan anda?
Oleh: Irfan Khairi
http://www.facebook.com/irfankhairi.fb

Terdapat 4 tahap kewangan bagi sesiapa sahaja. Untuk mencapai kejayaan dari segi kewangan, kita perlu ketahui di manakah keadaan kewangan kita kini. Sama seperti dalam mencapai apa sahaja matlamat, kita perlu ketahui di manakah kedudukan kita kini untuk mencapai matlamat tersebut. Dalam kata lain, untuk sampai ke poin B, kuta perlu ketahui poin A.

Di manakah tahap kewangan anda, adakah ianya pada tahap selamat ataupun tidak selamat? Pastinya semua orang mengimpikan untuk mencapai keadaan bebas kewangan ataupun, lebih daripada itu!

Artikel saya kali ini, adalah untuk anda cerminkan kedudukan anda sendiri dari segi kewangan.

Berikut adalah 4 tahap kewangan tersebut. Di manakah tahap kewangan anda?

#1: Kewangan tidak selamat (Finacially not secure)
Keadaan ini adalah apabila jika anda tidak mempunyai simpanan pun. Dalam erti kata lain, sekiranya ada pun simpanan, anda hanya mampu menyara hidup anda dan keluarga selama sebulan sahaja. Sekiranya anda hilang kerja esok, sebulan sahaja anda dapat hidup tanpa mengubah gaya hidup dengan wang simpanan yang ada.

Tahap ini amat tidak selamat bagi sesiapapun. Boleh diumpamakan sebagai kais pagi-makan pagi! kais petang makan petang. Zaman modern ini, seumpama kais bulan ni, makan bulan ni! kais bulan depan, makan bulan depan 😉

Masalahnya, ramai antara kita berada dalam keadaan yang tidak selamat ini. Bayangkan sekiranya tempat anda kerja terpaksa melepaskan anda esok. Cukupkah simpanan yang anda ada untuk menyara hidup anda dan keluarga selama satu bulan? Sekiranya tidak, maka, perlu bunyikan siren amaran bahawa tahap kewangan anda tidak selamat!

#2: Kewangan Selamat (Financially secure)
Ini adalah pilihan yang lebih baik. Ertinya, umpamanya sekiranya anda berhenti kerja (atau diberhentikan 🙂 ) anda mempunyai simpanan untuk menyara hidup anda dan keluarga anda selama 6 bulan. Sekiranya anda berada dalam tahap ini, tahniah! kerana tidak ramai yang berada di sini.

Enam bulan adalah jangka waktu yang logik untuk seseorang itu mendapatkan kerja lain atau memulakan perniagaan untuk menyambung pendapatan sara hidup. Matlamat utama anda sekiranya anda berada di tahap #1 adalah untuk mencapai tahap ini! cukupkan simpanan anda untuk menyara 6 bulan hidup anda dan keluarga- tanpa perlu kerja!

Bagaimana hendak mencapai keadaan ini? Dengan mengamalkan tabiat menyimpan sekurang-kurangnya 10% pendapatan anda. Sekiranya anda merasakan ianya sukar untuk anda menyimpan 10% daripada simpanan anda, tidak mengapa. Mulakan dengan 2%. Pastinya anda boleh simpan 2% daripada pendapatan anda bukan?

Dengan bermula pada hanya 2%, anda akan menanam tabiat menyimpan, dan merasakan ianya mudah untuk menyimpan 2%. Apabila selesa dengan 2%, tambahkan simpanan kepada 4% sehingga rasa selesa, dan seterusnya 6%, 8% sehingga 10%.

 

#3: Bebas kewangan / Mandiri kewangan (Financially Free)
Ini adalah matlamat bagi ramai antara kita. Tetapi, yang mencapainya adalah amat sedikit. Ertinya sekiranya anda berada di tahap ini adalah- anda bebas untuk membuat pilihan untuk bekerja ataupun tidak! Anda mempunyai simpanan atau pun aliran pendapatan secara automatik yang cukup untuk menyara hidup anda sekeluarga sampai bila-bila! Tahap ini, anda tidak perlu kerja lagi (atau menjalankan perniagaan). namun begitu, ramai yang berada di tahap ini, masih lagi meneruskan karier atau perniagaan kerana berasa seronok melakukannya. Bukan kerana terpaksa, tetapi dengan sukarela!

Tips untuk mencapai keadaan ini adalah fikirkan aliran pendapatan berganda secara automatik, contoh seperti menyewa rumah, membina perniagaan yang dikendalikan secara automatik (perniagaan Internet) atau membina perniagaan yang dikendalikan oleh orang lain (mungkin pengurus).

#4: Tahap Tersangat kaya (Ultra Rich)
Tahap ini lagi la sedikit yang capai! teramat sedikit. Mereka ini jenis yang mempunyai wang yang banyak sehingga tak terpakai wang yang dimiliki. Mereka boleh derma beratus ribu ringgit atau berjuta kepada badan-badan kebajikan yang dipilih! nama nama seperti Tan Sri Mokhtar Bukhari, Tan Sri Daim Zainuddin, mendiang Tan Sri Lim Goh Tong dan Tan Sri Ananda Krishnan adalah tokoh-tokoh perniagaan yang berada di dalam tahap ini.

Mereka sering memiliki perniagaan besar-besaran yang dikendalikan oleh beribu-ribu pekerja. Sering kali wang yang dimiliki adalah berlebihan dan tidak terbelanja sehingga akhir hayat, walaubagaimanapun, keadaan ini tidak membuatkan mereka berhenti melakukan kerja dan menjalankan perniagaan oleh kerana, seringkali, bagi mereka yang berada di dalam keadaan kewangan ini, melakukan kerja kerana cintakan kerja- dan bukan wang!

Di manakah tahap kewangan anda dan ke manakah hala tuju matlamat kewangan anda? Tepuk dada, tanya selera!

*****************

Pakar perniagaan Internet, personaliti TV & radio, Irfan Khairi mendedahkan kaedah sebenar memulakan perniagaan Internet dari rumah di acara 2-hari Revolusi Perniagaan Internet. Sertai Revolusi Perniagaan Internet bersama Irfan Khairi dan ketahui bagaimana anda boleh menjalankan perniagaan Internet yang berjaya. Klik di sini untuk maklumat lanjut.