Ha ha… sesekali, nak juga buat tajuk blog ala-ala gosip celebrity 😉
Semalam saya dijemput TV3 untuk menjayakan program TV sembang-sembang hiburan “Jangan Tidur Lagi” bagi peminat TV3, pasti anda pernah dengar program ini kerana sudah nak masuk musim yang ke-3. Program berbentuk bual-bual selebriti ini dikendalikan oleh Azwan Ali & Adlin Aman Ramli. Masuk musim ke-3, pengacara bergilir, rakaman episod saya hari tu dikendalikan oleh Adlin.
Tetamu bersama saya hari tu, tak lain tak bukan Ogy Ahmad Daud. Seronok kenal dengan Kak Ogy, teringat zaman sekolah rendah dulu-dulu filem Azura! Of course, sekarang jadi pengkritik AF. Berdebar juga nak jumpa Kak Ogy, maklum lah, orang kuat seni… dan saya ni pun memang minat dunia seni. Bila jumpa, memang jadi havoc. Kak Ogy memang sporting dan ramah. Seronok dapat kenal…
Selalu tengok Azwan Ali laser di Chit Chat dulu-dulu. Bila jumpa, memang ramah & friendly Azwan orang jenis tak sombong. memang cool. And also, paling mengejutkan bila jumpa the multi-talented Adlin Aman Ramli sebab it took me by surprise. Seingat saya Adlin di AF dan juga dalam Puteri Gunung Ledang, gaya garang habis. Tapi memang down to earth brother ni. Mudah untuk berbual. Juga, penyanyi undangan, Noraniza Idris… juga sejak sekolah2 dulu saya selalu tengok di Muzik2 nyanyi lagu irama Malaysia. Macam kakak-kakak je kak Ani ni.
Apa yang lagi penting adalah apabila saya lihat industri hiburan juga boleh menerima saya sebagai “motivator”. Which is very refreshing. Selama ni motivator hanya dikaitkan dengan rancangan-rancangan yang berbentuk formal. Bagi saya ianya suatu yang positif kerana mudah untuk mencapai golongan yang tak berapa suka perkara-perkara yang formal ni.
Sebelum ni, rancangan hiburan lain yang turut menjemput saya termasuk Usik-Usik Chef Wan & Gedik Santai.
On the other hand, saya pasti, ada juga yang tak berapa suka melihat saya menyertai program2 berbentuk hiburan. For me, it’s refreshing dan keluar dari cara conventional 🙂 takut budak-budak kita yang memerlukan motivasi bukannya tengok forum-forum perdana je. Juga, bagi mereka yang pernah melihat saya membuat talk, pasti tau cara saya adalah lebih santai dan down-to-earth. Juga gaya saya yang tak kena dengan forum perdana kut 😉
Begitu juga dengan tip hari ni saya nak sampaikan, jawapan Kak Ogy. Ketika rakaman “Jangan Tidur Lagi”, saya sendiri tanya Kak Ogy, sebagai “public figure”, apa sahaja yang dilakukan, beribu-ribu orang akan kritik kita. Tak seperti ahli perniagaan… atau seperti orang makan gaji, bila berjaya, tak ramai yang kritik (melainkan orang2 dikeliling). Public figure, nanti beribu orang tak suka… camne nak buat kalau nak berjaya?
Jawapan Ogy…
“We can’t impress everybody” So, buat tak tahu je la… asalkan niat kita dah betul, teruskan. Jangan hiraukan orang-orang lain.
Which is interesting. Mereka yang berjaya sebagai selebriti perlu buat tak tau pada JAUH lebih ramai kritikan2 negatif berbanding dengan kita-kita yang bukan publiC figure, baru kena kritikan 2-3 orang, dah lentur semangat tak mau berjaya 😉
Jangan Tidur Lagi episod saya & Ogy Ahmad Daud akan ditayangkan beberapa minggu lagi (saya pun tak pasti bila). Insyaallah kalau teringat saya announce di sini. Saya keluar dalam rancangan hiburan ok lagi… jangan sampai keluar majalah gossip dah le 😉
Bagi yang mengikuti Nescafe Kickstart, temui saya di TV3 secara langsung jam 11.00am esok (Ahad). Sepanjang Nescafe Kisckstart, saya antara 3 judge untuk menentukan siapa yang menang RM150,000 esok. Banyak tu 😉 All the best to the contestants: Laloque, Razaisyam, Mahirah & Shirley.
Beberapa minggu lalu, di program bicarawara radio saya, “Jutawan! bersama Irfan Khairi” (Radio24 93.9FM) saya ada menjawab soalan-soalan *mudah* mengenai perniagaan Internet. Khas untuk anda, terutamanya mereka yang ingin memahami perniagaan Internet, rakaman tersebut telah di ubah menjadi MP3 secara streaming untuk anda dengar 🙂
3: Satu lagi matlamat saya tercapai! Dari dulu lagi saya nak sangat bertemu Ustazah Siti Nor Bahyah- sebab saya dan isteri memang meminati beliau. Cakar Harimau tu! Sepatutnya, Ustazah Nor Bahiyah dan suami Ustaz Wan Akasyah mempunyai sesi bertemu pembaca semalam. Tetapi, terpaksa di postpone sebab ada talk di Johor dan flight delay… sesinya berlangsung semalam juga (selepas sesi saya).
Disebabkan risau sakit berlarutan, semalam saya pun dibawa ke hospital dalam keadaan yang amat sakit. Berjumpa doktor pakar Orthopaedic Trauma & Spinal Surgery…