Salah satu cara motivasikan diri anda adalah dengan anda mengingat kembali detik-detik yang bermakna atau pencapaian anda sebelum ini.
Mungkin dulu anda pernah memenangi pertandingan melukis? Mungkin dulu anda pernah memenangi marathon? Mungkin anda pernah berjumpa dengan idola anda? Mungkin anda pernah menonoton filem yang mengerakkan semangat anda? Mungkin anda pernah pergi mengembara? Membantu mereka yang dalam kesusahan?
Fikir kembali detik-detik pencapaian anda. Satu teknik adalah menulisnya dan merujuk kepada gambar-gambar ketika itu. Bayangkan semangat anda ketika itu, tersemat sehingga kini untuk mencapai kejayaan yang seterusnya!
Menjadikan persitiwa lampau sebagai “trigger” usaha anda akan datang adalah kaedah motivasi yang efektif untuk menanamkan semangat momentum yang mungkin sudah pudar.
Secara peribadi, saya rasakan menulis dalam blog juga turut membantu dan saya sendiri dapat melihat pencapaian sejak tahun lalu dan sedikit demi sedikit, memperbaiki pencapaian yang sedia ada. Oh ya, saya memasukkan category baru iaitu Highlight! sebagai koleksi kisah saya untuk memotivasikan diri saya … 🙂
Apa kata anda tulis pencapaian anda di sini yang boleh menjadi trigger kepada kejayaan akan datang!
Beberapa hari lalu saya menjalani pengambaran sebagai pengacara/motivator untuk program motivasi di TV. Lokasi di Bursa Malaysia, Kuala Lumpur.
Semalam first time berjumpa Yusry KRU, selebriti yang tidak asing lagi. Makan malam bersama beberapa associate. Congratulations to Yusry oleh kerana jualan Cicak-Man melebihi RM5 juta!Â
Bagi saya, matlamat saya juga adalah sama seperti Yusry. Untuk “raise the bar” kepada usahawan-usahawan Internet Malaysia. Selama ini perniagaan Internet selalu di kaitkan dengan small-scale. And ramai bila sebut perniagaan Internet, tak ramai yang beri kepercayaan.
Hari ini saya dijemput sebagai tetamu program TV1, Al-Bayan. Ini kali pertama saya diberi peluang dalam rancangan berbentuk Islamiah. Terima kasih kepada JAKIM kerana memberi kepercayaan. Juga kepada host, Ahmad Fazli Yusof (Penulis buku bersama Dato Fadzilah Kamsah). Tajuk yang diperbincangkan tadi adalah “Penganggur Kehormat” – mengenai siswazah menganggur.


Macam mana la muka saya boleh tersesat dalam filem Nana Tanjung. Tergelak besar pula bila ternampak! Gambar saya di muka depan majalah Maskulin ketika pertama sekali keluar di media massa tahun 2005.
Semalam buat pertama kalinya Irfan Khairi Sdn. Bhd. mengendalikan Program NizalTalk! – Komunikasi Efektif.
Tip kali ini bukan dari saya, tetapi dari Nizal mentor untuk Program NizalTalk! – komunikasi efektif.