Category Archives: Tip Perniagaan

Mengubahkan hobi menjadi perniagaan

Semalam, saya di jemput ke MHI TV3 untuk berkongsikan bagaimana anda boleh mengubahkan hobi anda menjadi perniagaan di Internet. Banyak idea dan contoh menjadikan hobi kepada perniagaan Internet, tetapi, tidak sempat saya berikan semalam oleh kerana waktu yang terhad. Oleh itu, saya mengambil peluang ini di sini untuk beri lebih banyak lagi contoh-contoh 😉

Bahagian 1:
Tip YouTube: Tekan PLAY, kemudian tekaun PAUSE. Tunggu sampai loading habis penuh, baru tekan PLAY balik 🙂

Bahagian 2:

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu kini, ramai yang bertanya pada saya, bagaimana cara terbaik untuk menambahkan pendapatan secara sampingan?

Jawapannya adalah mengubah kan apa yang anda tahu, apa yang anda minat, atau apa sahaja hobi anda menjadi perniagaan Internet!

Setiap kali saya sebutkan itu, ramai yang akan berkerut dahi dan bertanya, “Boleh ke?”

Sudah tentu boleh! Sekiranya hobi anda adalah cross-stitch, mengapa tidak menjadikan ianya sebagai perniagaan di Internet? Sekiranya anda minat memancing, jadikan topik memancing sebagai perniagaan anda. Sekiranya anda minat bersukan badminton katakan, mengapa tidak menulis ebook berkaitan dengan badminton- pastinya ramai peminat badminton seluruh dunia mencari maklumat atau tips-tips bermain badminton di Internet!

Sememangnya terlalu banyak lagi hobi yang boleh diubah menjadikan idea perniagaan– anda berpengalaman dalam bidang seni memepertahankan diri, silat? Sudah tentu ramai peminat seni mempertahankan diri di seluruh dunia ingin mempelajari silat. Anda suka memasak? Mengapa tidak jual resepi masakan Melayu kepada mereka di negara barat? Resepi masakan melayu sememangnya amat sukar untuk didapati di negara-negara luar, tetapi, Internet membolehkan ini dilakukan… hanya kepada mereka yang bijak dan cepat mengambil tindakan!

Berminat dalam bidang kewangan? Anda boleh menjual buku-buku kewangan sedia ada di Internet. hanya perlu hubungio penerbit, dan beli buku-buku tersebut pada harga diskaun untuk dijual semula. Amat passionate dengan topik keagamaan, anda juga boleh pergi ke pemborong, dan membeli ukiran-ukiran Al-Quran dan menjualnya semula di Internet ke pasaran global. Atau anda seorang agen MLM yang mempunyai banyak stok dalam simpanan? Mengapa tidak menjualnya di Internet?

Tidak kira apa sahaja hobi, minat, pengalaman, pengetahuan, pekerjaan anda kini dan sebelum ini, ada caranya untuk anda ubahkannya menjadi perniagaan di Internet dan mendapat pendapatan sampingan untuk menampung waktu keadaan ekonomi yang meruncing.

====================

Bagi yang berminat mengubahkan hobi menjadi perniagaan Internet, daripada rumah:

Sertai Workshop Jutawan Internet. Klik di sini

Cara mudah dalam membina jenama perniagaan anda

Nama anda, jenama anda!

Dalam perniagaan, satu tip untuk memudahkan anda dalam membina jenama perniagaan:

Namakan perniagaan anda dengan nama anda!

Contoh: Irfan Khairi Sdn Bhd / atau Irfan Khairi Design / Irfan Khairi Arts

Mengapa?

  1. Syarat utama untuk membina jenama yang hebat adalah memberi nama yang unik kepada perniagaan anda. Nama anda sendiri adalah unik.
  2. Perniagaan yang mudah diingat adalah perniagaan yang mempunyai personaliti. Anda adalah personaliti perniagaan anda sendiri.
  3. Perniagaan yang berjaya adalah perniagaan yang membina perhubungan. Manusia membina perhubungan dengan manusia- dan bukan sekadar nama perniagaan yang tidak ada kena mengena.

Cuba anda senaraikan 10 jenama-jenama barangan mewah yang anda kenali. Mercedes, Loreal, Armani, Yves Saint lauren, Versace dan sebagainya… besar kemungkinan hampir semuanya adalah “Nama” pengasas (atau nama seseorang)!

Tak salah menggunakan nama yang bukan nama anda. Tip ini hanya untuk memudahkan orang mengingati jenama anda, gunakan nama anda dalam perniagaan! 🙂

IK sebagai duta Impian, U-Mobile

2 minggu lepas, 25hb October,berlangsungnya majlis tandatangan MOU & sidang media saya sebagai duta program perniagaan Impian, di JW Marriott Kuala Lumpur. Berikut adalah beberapa gambar yang di ambil bagi mereka yang tak sempat datang…

signing.jpg
Majlis tandatangan MOU
banner.jpg
Tandatangan banner dengan Mr Allen Lee
speech.jpg
Memberi sepatah dua kata
media.jpg
Sidang media takkan lengkap sekiranya tiada pihak media!
(saksikan klip ini di bawah)
band.jpg
Tak lupa juga persembahan band kami! Rugi tak tengok saya main 🙂
(sedang upload ni juga…)

In a nutshell, Impian adalah program perniagaan berkos rendah, untuk sesiapa sahaja mendapat lesen pengedar U-Mobile. Kan sekarang ni, mana-mana pun ada iklan U-Mobile… so, dengan menyertai Impian, anda boleh mendapat lesen mengedarkan U-Mobile.

Yang bestnya, bukan sekadar menjual top-up U-Mobile sahaja (menjual topup pun sebenarnya tak banyak pulangan), tetapi, anda boleh turut mengedarkan lesen pengedaran tersebut untuk mendapatkan pulangan yang maksima.

Sebagai tambahan, terdapat 11 aliran pendapatan yang akan diterima oleh ahli Impian.

Ada banyak lagi maklumat mengenai program Impian, U-Mobile ini. Sekiranya anda ingin ketahui dengan lebih lanjut, sertai taklimat percuma yang akan diadakan pada 13hb ini (Khamis) jam 8.00malam di CitiTel hotel, Midvalley. Inyaallah saya juga akan berada di sana untuk kongsikan satu dua tip mengenai Impian!

Taklimat Impian, U-Mobile
Masuk: Percuma
Tarikh: Khamis 13hb November 2008
Waktu: 8.00 malam – 10.30 malam

Sekiranya ingin menghadiri, sila lakukan tempahan tempat dengan cara menelefon atau SMS 016-6966644 dengan nama-nama yang akan hadir.

*Saya juga adalah duta MIBO (Malaysian Independant Buisiness Ownership), dan sebagai perbandingan, untuk menyertai Impian adalah jauh lebih murah dari MIBO. Dengan RM500 pun dah boleh sertai program Impian.

Menambahkan pelanggan perkhidmatan anda

Hujung minggu ini buat pertama kali saya akan kendalikan Workshop Mini (separuh hari) Pelanggan Tanpa Had. Khamis lepas, saya ada kongsi beberapa tip di WW Astro Awani mengenai bagaiamna ANDA boleh menambahkan prospek dan pelanggan perkhidmatan anda dengan menggunakan Internet sahaja.

Berikut adalah klip dari You Tube saya dah upload 🙂

Sedikit maklumat tambahan susulan tip2 saya di atas:

1: Saya mention blog boleh menambahkan prospek sehingga 300-400 (atau lebih) prospek sehari. Tetapi, hakikatnya kebanyakan blog diluar sana pelawat tidak sampai 50 orang pun sehari. Jadi, blog masih perlu dipromosikan!

2: Laman web social networking seperti Facebook boleh menjadi platform menambahkan pelanggan. TETAPI, 90% yang menggunakan facebook untuk menambahkan pelanggan melakukan kesilapan, sehingga ianya menjatuhkan kredibiliti mereka sendiri, dan bukan menambahkan kredibiliti. Kredibiliti apabila jatuh, ianya amat sukar untuk naikkan semula.

3: Suka saya ulang kembali 4 perkara penting dalam mendapatkan prospek dan pelanggan untuk perkhidmatan kita: Tambahkan kredibiliti >> Tambahkan keyakinan >> Bina perhubungan >> Promosi perkhidmatan

Sekiranya anda menjalankan perkhidmatan dan ingin ketahui strategi bagaimana anda boleh menambahkan bilangan prospek dan pelanggan anda setiap hari (tanpa had!), kita jumpa di Workshop Mini Pelanggan Tanpa Had pada hari Sabtu, 8hb November ini.

Tajuk: Pelanggan Tanpa Had
Tarikh: 8hb November 2008
Waktu: 8.45-1.00
Tempat: JW Marriott, Kuala Lumpur

Mesej perniagaan diulang enam kali

Di Internet, anda perlu mengulangi mesej perniagaan anda berkali-kali sehingga sesuatu mesej itu terbenam dalam minda prospek anda. Six until it sticks… atau versi melayunya saya sebutkan sebagai “Enam sehingga terbenam”! 🙂

Oleh kerana terdapat pelbagai perniagaan Internet, dan berbagai-bagai mesej perniagaan terdapatnya di Internet, kita perlu mengulangi mesej perniagaan kita berkali-kali supaya kita dapat stand out from the crowd.

Jangan fikir bila kita sampaikan mesej perniagaan kita satu kali sahaja, terus orang akan membeli apa yang kita hendak jual. Kerana, mesej tersebut belum lagi terbenam dalam minda bakal pelanggan. Ulang mesej perniagaan sekurang-kurangnya enam kali, barulah makin dekat pelanggan itu menjadi pembeli. 🙂

Jadi, ingat formula ini:

Enam sehingga terbenam!

Bagaimana hendak mengulang mesej sehingga 6 kali (atau lebih) di Internet? Antara jawapannya adalah menggunakan blog seperti blog Tip Satu minit IrfanKhairi.com ini. Terutamanya untuk mereka yang menjalankan industri perkhidmatan (service industry), blog di mestikan!

tanpahadlogo.gifDi Workshop Mini “Pelanggan tanpa Had” pada Sabtu, 8hb November 2008, saya akan menunjukkan berbagai kaedah & strategi perniagaan Internet bagaimana hendak mendapat lebih ramai pelanggan untuk perkhidmatan anda. Antara kaedahnya adalah “Enam sehingga terbenam” ini.

Perniagaan bila nak jadi besar

Terlalu banyak perniagaan saya lihat “membesar” dengan cepat dan kemudiannya, habis rebah… kalau tak rebah pun, “surviving”.

Take note, saya guankan perkataan “membesar” bukan maksudnya “mengembang”. Perniagaan yang mengembang is good. Perniagaan yang membesar ni adalah, bila belum mempunyai pelanggan yang ramai, atau belum ada banyak job, terus menyewa ofis besar… ofis mahal. Belum jadi hebat, terus beli kereta besar. Belum banyak jobs, terus dapatkan ramai pekerja… untuk meramaikan pejabat yang besar tu tadi 🙂

Perkara ini sering terjadi oleh kerana salah anggap bahawa, untuk menjalankan perniagaan yang berjaya, perlu ada kesemuanya besar- pejabat, kereta, pekerja (ramai… bukan besar. kalau pekerja besar, lain cerita :)). Usahawan beranggap, kalau semuanya kautim, semuanya boleh nampak dek mata, perniagaan pun akan jadi besar dan hebat.

Tidak semestinya!

Pada peringkat awal, apa yang penting, bukanlah pejabat, kereta, pekerja dan sebagainya, tetapi, apa yang penting adalah pastikan terdapatnya pelanggan! Pastikan terdapatnya jobs berbayar untuk dilakukan.

Bila anda mendapatkan semuanya besar-besar, nanti overhead perniagaan pun besar juga. Dan sekiranya tiada aktiviti perniagaan atau kurang aktiviti perniagaan untuk menampung overhead yang besar, maka di situlah banyak perniagaan terperangkap dalam kitaran “surviving”. Maklumlah, overhead sampai RM15,000-RM20,000 sebulan. Maknanya nak cover cost sahaja perlu business >RM20,000.

Itu baru cost… nak bayar diri sendiri dan promosi perniagaan, takkan bayar guna bulu kening kut? 😉

Jadi, berhati-hati bila memulakan perniagaan. Jangan terperangkap dengan kitaran ini. Seperti saya, dan ramai lagi usahawan-usahawan lain, start small. Kembang sedikit demi sedikit. Tak salahnya bermula kecil. Jaringan gergasi BodyShop, Cadbury, HP semuanya bermula dengan hanya tempat kecil sahaja dengan diri sendiri sebagai usahawan, penjual dan melayan pelanggan!

Internet untuk menambahkan prospek perkhidmatan anda

Sering saya ditanya oleh kenalan-kenalan saya dalam bidang perkhidmatan (seperti ejen insurans, ejen kewangan, ejen
hartanah, konsultan, penasihat, pemilik nursery dan sebagainya…), bahawa mereka tidak mempunyai produk untuk dijual di Internet.

Maka, apa gunanya perniagaan Internet?

Pemikiran begitu adalah salah! Internet boleh digunakan untuk menjana prospek berlipat kali ganda jumlahnya. Tidak semestinya anda mempunyai produk fizikal untuk menjalankan perniagaan Internet. Perkhidmatan anda sendiri adalah “produk” anda.

Sekiranya anda melihat laman-laman web luar negara (terutamanya barat), ramai yang mengendalikan perniagaan perkhidmatan menggunakan Internet untuk menambahkan bilangan pelanggan mereka. Di Malaysia, masih ramai yang tidak tahu kaedah ini dan hanya bergantung kepada perjumpaan empat mata untuk mendapatkan prospek dan pelanggan.

Salah satu contoh menjana prospek adalah melalui BLOG seperti blog ini. Blog ini boleh menarik dalam lebih daripada 1,000 pelawat setiap hari. Ini bermaksud, lebih 1,000 prospek setiap hari. Untuk berjumpa lebih 1,000 individu secara peribadi sebagai prospek setiap hari adalah agak mustahil. Tetapi, dengan kebolehan Internet, ia menjadi realiti.

Sekiranya anda, kenalan atau keluarga anda menjalankan karier dalam bidang perkhidmatan, gunakan Internet untuk menambahkan bilangan prospek, menambahkan pelanggan dan juga meluaskan pasaran anda. Terutamanya dalam keadaan ekonomi menurun ini, mereka yang menjalankan perkhidmatan perlu mendapatkan alternatif lain untuk menambahkan pelanggan.

ps:  Sertai Workshop Jutawan Internet untuk mempelajari setiap detail bagaimana menggunakan Internet untuk perluaskan pasaran bidang perkhidmatan, klik di sini untuk maklumat lanjut.

Beri pelanggan pinjam produk perniagaan kita

blackberry.jpgBy now ramai tahu apa tu “Blackberry” kan? Satu strategy syarikat yang mengeluarkan Blackberry sehingga kini, menjadikan Blackberry sangat2 popular di kalangan professionals, adalah…

Ketika conference2 besar di jalankan, cara promosi Blackberry adalah dengan memberi semua peserta sebuah “Blackberry” untuk digunakan sehingga tamat conference. Kiranya, pinjam la.

Apa yang terjadi adalah, peserta2 conference, yang sedianya tergolong daripada golongan professional (mostly berpendapatan sederhana dan tinggi), mula belek2 blackberry dan cuba check email in-box sementara dapat cuba Blackberry.

Ramai peserta dikalangan profesional yang jatuh cinta dengan Blackberry, dan terus membelinya selepas sesuatu conference!

Ada satu lagi kisah seorang salesman kereta mewah/sport ketika ekonomi merundum, menjalankan strategi yang sama. Memberi percuma kereta tersebut untuk digunakan (pinjam), oleh pelawat kelab-kelab golf (semestinya berpendapatan tinggi). Apabila mereka diberi pinjam kereta tersebut selama seminggu, kebanyakan ahli2 kelab golf tersebut dah jatuh cinta dengan kereta tersebut, dan sayang untuk tidak membeli!

Walaupun ekonomi merundum, salesman ni berjaya memperolehi sales yang paling tinggi.

Tip hari ini adalah, untuk kita fikirkan produk atau perkhidmatan kita boleh tak diberi 100% free untuk sementara (bukan preview, tetapi 100% free). Atau dipinjam untuk seketika kepada bakal pembeli.

Cuba ciptakan keadaan “sayang kalau tak beli!” kepada bakal pembeli, supaya mereka terus membeli selepas tamat tempoh “pinjam”!

Sejarah Irfan Khairi Sdn Bhd

Sedikit kisah mengenai Irfan Khairi Sdn Bhd…

Tahukah anda Irfan Khairi Sdn Bhd bermula tanpa menggunakan wang saya sendiri?

Mungkin anda pernah dengar istilah ni “nak buat duit, kena ada duit”

Sebenarnya, ada caranya untuk buat duit- tanpa duit.

Tahun 2005, ketika saya pulang ke Malaysia (dari UK), saya menulis buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar. Tidak menggunakan modal sendiri, saya mendapatkan TrueWealth Publishing untuk menerbitkan buku tersebut. Saya masih lagi ingat, cek royalti pertama saya terima berjumlah RM36,000 (selepas 6 bulan).

Walaupun, saya sendiri sudah mempunyai wang, tetapi, saya sering berpegang kepada konsep “bootstrap” yang bermaksud, mulakan perniagaan dengan modal sendiri yang kecil, dan kembangkan perniagaan dengan keuntungan perniagaan.

Ketika itu juga, saya mula dijemput sebagai guest speaker. tahun 2005, jemputan saya, mana ada sampai 1 jam… 2 jam bercakap. Sekadar cakap 20 minit-30 minit sahaja untuk berkongsi pengalaman. Pengalaman pertama adalah di seminar Azizi Ali (berkongsi pengalaman selama 20 minit)- for free lagi tu, sebab orang tidak mengenali saya!

Dari situ, saya mula mendapat perhatian berbagai pihak. Daripada berucap selama 20 minit, sesi seminar Azizi yang datang, saya dijemput untuk mengendalikan satu segmen selama 2 jam! (mula dibayar)

Di situlah mula saya bina keyakinan untuk memulakan seminar saya sendiri yang sehingga kini dikenali sebagai “Workshop Jutawan Internet”. Sekali lagi, tidak menggunakan sebarang modal pada ketika itu, membuka tempahan kepada orang ramai, dan menggunakan wang tempahan untuk booking hotel. Peralatan seperti microphone, projector dan sebagainya juga sewa hotel sahaja… tak beli pun masa tu.

Keuntungan daripada mengendalikan seminar, dan juga royalti buku, barulah saya mewujudkan Irfan Khairi Sdn Bhd pada tahun 2006- mempunyai pejabat, peralatan semniar sendiri dan juga beberapa pekerja. Pada awal penglibatan saya pada tahun 2005, saya hanya menggunakan syarikat perseorangan, ketika itu dikenali sebagai “Abadi Consulting” sempena nama anak! 🙂 dan dikendalikan 100% oleh saya dan isteri sahaja.

So, Irfan Khairi Sdn Bhd yang anda lihat berkembang hari ini sehingga melakukan produksi adalah hasil daripada idea dan ilmu sahaja. Idea & ilmu saya menulis buku pertama 3 tahun lepas.

Walaupun saya mempunyai wang untuk menubuhkan syarikat pada tahun 2005- terus menyewa pejabat dan terus mendapatkan pekerja, tetapi, itu bukan jalan yang saya pilih. Saya memilih memulakan perniagaan dengan tidak melaburkan sebarang wang sendiri dan bootstrap.

Tip hari ini…

Sedikit sebanyak, daripada perkongsian ini, saya harap anda dapat fikirkan bagaimana anda boleh memulakan perniagaan tanpa modal. Buang jauh-jauh istilah yang anda pernah dengar “Untuk buat duit, kena ada duit!”… atau “Untuk mulakan perniagaan, kena ada modal!”. Dengan kreativiti, ilmu, usaha besertakan doa, anda boleh memulakan perniagaan tanpa menggunakan wang.

Setelah 3 tahun, Irfan Khairi Sdn Bhd telah mengeluarkan berbagai produk di RahsiaInternet.com, masih mengendalikan Workshop Jutawan Internet yang laris sehingga ke Singapura dan Brunei.

Terima kasih atas sokongan anda!

ps: agak-agaknya mengapa saya ambil pilihan tidak menggunakan duit sendiri untuk memulakan Irfan Khairi Sdn Bhd?

9/10 rezeki dan perniagaan Internet

Sempena hari Jumaat, saya letakkan artikel mengenai saya yang di paparkan oleh majalah islamik I- keluaran karangkraf. Artikel ni dipaparkan 2 tahun lepas, cuma baru-baru ini bila saya upgrade laman web rahsiainternet.com sahaja, baru dapat update dengan artikel tersebut. Moga memberi manfaat pada anda!

=============

“Usahawan Muslim Perlu Rebut Peluang Perniagaan Internet”
majalah islamik “I”.

Sejak terdedahnya kisah tokoh usahawan internet, Irfan Khairi yang berjaya memperoleh pendapatan RM 1 juta hasil perniagaan internetnya, rakyat Malaysia mula membuka mata. Terutamanya golongan muda yang bersemangat tinggi, mereka tidak kisah mengeluarkan wang untuk membeli buku-buku panduan dan cakera padat yang menjelaskan langkah-langkah untuk memulakan perniagaan internet. Bagi yang lebih berkemampuan atau yang benar-benar serius mahu membuka perniagaan internet sendiri, mereka mula menghadiri kursus-kursus berkaitan yang yurannya hampir mencecah empat angka, kerana yakin nilai pulangan yang jauh lebih tinggi daripada itu.Perkara ini diakui sendiri oleh Irfan Khairi , penulis buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar, buku bahasa Melayu yang pertama yang menceritakan tentang potensi perniagaan internet, sekaligus membongkar rahsia-rahsia perniagaan internet. Sejak munculnya buku tersebut di pasaran pada tahun lepas, perniagaan internet di Negara ini mula menampakkan perkembangan rancak, meskipun di Barat industri ini sudah berkembang hebat sejak sepuluh tahun yang lalu.“Industri ini masih baru di Negara ini. Cuma sejak kebelakangan ini ia sudah mula mendapat sambutan dan kepercayaan orang ramai. Saya harap dengan kehadiran saya dalam industri internet sejak tahun lepas sedikit sebanyak membuka lebih banyak mata terutama di kalangan masyarakat bumiputera tentang peluang perniagaan melalui internet ini,” ujar Irfan Khairi yang ditemu bual baru-baru ini.

FENOMENA BARU

Fenomena ini jelas dapat dilihat apabila buku tersebut menjadi Best-Seller di kedai-kedai buku terkenal seperti di MPH dan Kinokuniya. Cakera padat bertajuk Manual Langkah 1-2-3 Membina Laman Web Perniagaan Internet turut mendapat sambutan di samping Workshop Jutawan Internet yang dikendalikan sendiri oleh Irfan Khairi. Itu belum lagi diceritakan tentang produk-produk seumpamanya yang dikeluarkan oleh usahawan-usahawan internet lain.
Bumiputera yang memiliki tahap ekonomi yang masih rendah tidak harus melepaskan peluang keemasan ini berlalu begitu sahaja. Peluang ini harus direbut sebaik mungkin kerana ia sedang terbuka luas dan masih banyak ruang yang belum diteroka, memandangkan Malaysia masih lagi berada di tahap awal dalam penerimaan perniagaan melalui internet.

“Masih terdapat terlalu banyak ruang yang boleh dieksploitasi oleh kaum bumiputera di arena internet. Sebagai contoh, ketika saya bersiar-siar di kedai buku agama, terlalu banyak buku agama yang ada di pasaran tetapi tidak ada dijual di pasaran internet. Di situ saja satu idea memulakan perniagaan internet – menjualbuku-buku agama – boleh dilakukan,” kata Irfan.

POTENSI MASA DEPAN

Tambah Irfan, potensi perniagaan internet pada masa hadapan akan menjadi semakin luas. Seperti televisyen, radio, surat khabar, dan majalah yang merupakan media yang tidak luntur dek masa, demikian juga dengan internet.

“Pada masa ini pengguna internet di Malaysia mencecah 10 juta orang. Pada tahun lepas, jumlahnya adalah sembilan juta orang, bererti kenaikan sebanyak 1 juta pengguna setahun. Tetapi kita harus ingat, kenaikan itu tidak berlaku secara linear.

Tahun hadapan bukan bermakna lagi satu juta pengguna internet, tapi mungkin 1.5 juta atau 2 juta. Saya yakin, pengguna internet dan penerimaan internet akan terus berkembang di Malaysia seiring dengan usaha kerajaan yang turut menekankan kepentingan industri ICT di Negara ini.”

Mungkin ramai yang teruja membaca kisah Irfan Khairi, tetapi masih tidak tahu untuk bertindak. Sebenarnya sesiapa sahaja boleh memulakan perniagaan internet sekiranya ada minat untuk melakukannya. Ini kerana perniagaan internet tidak memerlukan modal yang tinggi, kerana ia boleh dimulakan dengan modal serendah RM500 sahaja. Ia juga tidak memerlukan pengetahuan teknologi maklumat yang tinggi kerana hari ini terdapat banyak buku-buku panduan mengenainya serta perisian-perisian yang membolehkan seseorang itu membina laman web nya sendiri.

“Sebenarnya untuk memulakan perniagaan internet, seseorang itu tidak perlu ilmu yang mendalam dalam bidang teknologi maklumat. Sudah memadai bagi seseorang yang tahu menggunakan internet – samada untuk melayari laman-laman web, menggunakan emel atau membuat penyelidikan.

Sekiranya tahu menggunakan perisian mudah seperti Microsoft Word, maka, sudah cukup untuk memulakan perniagaan internet. Asalkan mereka sanggup belajar dan ambil langkah demi langkah,” kata Irfan. Irfan menjelaskan adalah amat rugi bagi seseorang usahawan yang sudah memiliki perniagaan sendiri tidak mahu merebut peluang ini.

Ini kerana, menjual produk di kedai konvensional hanya dapat menerima kunjungan orang-orang yang berada di persekitaran kedai itu. Tetapi dengan cara mengembangkan perniagaan itu di internet, usahawan tersebut boleh mencapai pengguna internet satu Malaysia yang jumlahnya melebihi 10 juta orang.

Bahkan, mereka boleh pergi lebih jauh dengan menjual produk mereka ke seluruh dunia dengan jumlah pengguna internet kini melebihi 1 billion orang.

Internet memiliki banyak kelebihan berbanding perniagaan konvensional kerana ia tidak dibatasi oleh sempadan geografi, bangsa dan agama.

Kerana itu, sesiapa sahaja boleh berjaya di internet jika rajin berusaha, pandai membaca peluang dan yakin kepada diri sendiri.

PENYELESAI MASALAH

Perniagaan internet adalah penyelesai kepada banyak masalah. Ia boleh menyelesaikan masalah mereka yang menghadapi kesesakan lalu lintas, kepada ibu-ibu yang mahu menjaga sendiri anak-anak serta kepada mereka yang masih menganggur.

“Hari ini ramai orang yang menghadapi masalah dengan pekerjaan mereka, termasuk juga mereka yang tidak ada kerja. Mereka ini harus memberi peluang kepada diri sendiri untuk mencuba perniagaan melalui internet ini. Ia boleh dijalankan di rumah dengan kos yang sungguh minimum.

“Bagi graduan menganggur pula, mereka patut merebut peluang ini dan tidak menunggu pekerjaan makan gaji. Bahkan saya sarankan bukan sahaja kepada graduan menganggur, tetapi sesiapa juga sebagai satu cara mendapatkan pendapatan sampingan dan memantapkan ekonomi” kata Irfan lagi.

KISAH KEJAYAAN IRFAN KHAIRI

Saya mula berjinak-jinak dengan perniagaan internet kira-kira 7 tahun yang lalu ketika berada di United Kingdom. Pada mulanya, saya tidak berapa pandai berniaga melalui internet. Minat berniaga sudah ada sejak di bangku sekolah, tetapi, berniaga di internet adalah perkara baru.

Pada mulanya saya hanya melakukan perniagaan internet secara sambilan. Pada mulanya juga, amat sukar untuk saya mendapatkan pelanggan!boleh dikatakan selama setahun saya gagal dalam perniagaan internet – malah mengalami kerugian. Saya bertekad untuk terus berjaya.

Jadi saya berusaha mengumpulkan wang untuk menghadiri kelas perniagaan internet dan membeli bahan-bahan rujukan perniagaan internet.

Selama 2 tahun saya bekerja sebagai tukang cuci di pasaraya untuk menampung bahan-bahan pembelajaran serta menghadiri seminar mengenai perniagaan internet. Alhamdullillah, secara perlahan-perlahan saya dapat memperbaiki perniagaan saya. Pengalaman juga turut membantu sehingga saya berumur 25 tahun (empat tahun lalu).

Allah Maha Pemurah memberi rezeki kepada perniagaan internet saya untuk meraih lebih dari RM1 juta keuntungan dalam masa 3 tahun. Dua tahun lepas saya kembali ke Malaysia dan mendapati perniagaan internet di Malaysia tidak mendapat sambutan.

Ketika itu, saya bertekad untuk mendidik masyarakat Malaysia serta memberi kesedaran tentang peluang yang terdapat melalui perniagaan internet melalui buku serta bengkel yang saya anjurkan di RahsiaInternet.com.
Alhamdullillah, kini masyarakat lebih ramai dapat menerima perniagaan internet dan saya juga akan terus dengan usaha saya selagi termampu, Insya-Allah.

MELABUR PADA DIRI SENDIRI

Seringkali saya di Tanya. “Irfan, saya ada wang simpanan RM 5,000 yang saya boleh laburkan. Dimana boleh saya laburkannya untuk mendapat pulangan tertinggi?”

Jawapan saya adalah : Laburkan pada ilmu.

Kawan baik saya, jutawan Azizi Ali sering memulakan ceramahnya dengan soalan “Berapa banyakkah anda sanggup melabur untuk memperolehi pendapatan sebanyak RM1 juta?”. Pelbagai jawapan yang diterima. Ada yang menjawab RM1,000.00. Ada yang menjawab RM10,000. Ada juga yang menjawab RM100,000!

Walaupun soalannya berbunyi agak simple, namun, jawapan yang diberi menggambarkan sama ada anda serius dalam mencari ilmu untuk menjana pendapatan yang tinggi.

Melihat orang-orang yang berjaya di seluruh dunia,mereka merupakan orang yang suka mencari ilmu untuk memperbaiki diri sendiri. Orang yang berjaya adalah mereka yang sering dahagakan ilmu dan sentiasa menuntut ilmu untuk mencari idea-idea baru, teknik dan strategi yang mereka boleh gunakan dalam memperbaiki diri sendiri dan menjana lebih banyak pendapatan.

Fikiran adalah anugerah yang paling tinggi nilanya pada setiap manusia. Manusia juga dikatakan tidak pernah menggunakan keseluruhan potensi kuasa fikiran yang mereka ada.

Berapa banyak anda patut melabur pada ilmu?

Di sini terdapat satu formula mudah untuk melabur untuk ilmu. Formulanya berbunyi laburkan 3% daripada pendapatan bulanan anda kepada ilmu yang dapat memperbaiki nilai diri anda.

Ini bermakna sekiranya pendapatan bulanan anda adalah RM2,000 sebulan, laburkan RM60 setiap bulan untuk ilmu memperbaiki diri anda. Mungkin dengan jumlah ini, anda akan dapat membeli 2 atau 3 buah buku yang berkaitan dengan industri anda. Ataupun, simpan 3% selama 4 bulan untuk mengumpul RM240 untuk anda menghadiri kursus yang boeh memperbaiki nilai diri anda.

Sekiranya anda melabur pada ilmu, sebanyak 3% daripada pendapatan anda setiap bulan, ilmu tersebut akan menambahkan pengetahuan dan kepakaran anda dan ia turut akan menambahkan pendapatan bulanan anda.
Sekiranya anda inginkan kemewahan dan kekayaan, anda perlu menjadi lebih baik dari mereka di dalam bidang anda. Untuk menjadi lebih baik – ilmu diperlukan!

Pasaran pendapatan adalah adil. Pasaran akan memberi pulangan yang hebat kepada mereka yang hebat di dalam industri masing-masing. Sekiranya anda menjalankan tugas sederhana, pulangan anda juga turut sederhana. Sekiranya anda mempunyai kepakaran yang tinggi atas hasil anda mendalami ilmu bidang anda sendiri, anda juga akan mendapat pulangan yang tinggi dalam bidang anda.

Katakan dengan melaburkan wang anda dalam memperbaiki diri anda pada setiap bulan sehingga anda menerima pendapatan RM4,000 sebulan. Dengan hanya menyimpan 10% setiap bulan daripada pandapatan tersebut ke akaun pelaburan yang memberi pulangan 10% setahun, akaun simpanan anda akan mencecah RM1 juta dalam masa 31 tahun sahaja! Anda akan pencen sebagai seorang jutawan!

Ramai yang akan mengeluh. Menjadi jutawan dalam masa 30 tahun adalah waktu yang lama! Bagaimana Irfan melakukan dalam masa 3 tahun?

Di sinilah pelaburan pada ilmu pengetahuan menjadi lebih penting. Sering saya dengar kisah kejayaan di mana seseorang itu mendapat satu idea atau mempelajari satu teknik dari menuntut ilmu yang telah memberi mereka pulangan sehingga RM5,000, RM10,000, RM20,000 atau lebih setiap bulan!

Secara peribadi, diri saya sendiri juga turut menerima pendapatan yang berganda hasil daripada mendapat idea dan teknik daripada sering mencari ilmu. Dalam mencari ilmu, memang perlu kita melabur.

Cara-cara mencari ilmu :

1. Melalui buku-buku. Jangan lupa,tidak semestinya anda membeli buku. Perpustakaan membolehkan anda membaca apa saja buku dari pelbagai bidang tanpa anda perlu membeli buku-buku tersebut. Alasan tiada wang untuk membeli buku tidak diterima di sini.

2. Salah satu cara terpantas mencari ilmu adalah mempelajari daripada mereka yang pakar. Dalam bidang apa sahaja pun, terdapat pakar yang telah berjaya. Pelajari dari pakar industri anda dan ia merupakan short-cut untuk anda berjaya. Ingat, anda tidak perlu mencipta kaedah baru- ikuti kaedah dan strategi yang digunakan oleh orang yang berjaya, dan anda juga akan turut berjaya!

3. Anda juga boleh menyertai seminar dan kursus dalam memperbaiki nilai anda sendiri. Walaupun anda perlu melabur sejumlah wang dan tenaga anda untuk ke tempat kursus, sering kali saya mendengar kisah-kisah kejayaan daripada pelaburan sebegini. Peserta-peserta kursus saya juga ramai yang telah berjaya melalui kaedah ini!

Terdapat banyak cara untuk menambahkan ilmu yang akan menambahkan isi dompet anda! Apa yang menghalang anda hanyalah kemahuan anda dan kesungguhan anda untuk mencari ilmu tersebut.

=============

Sabda Rasullullah saw:

Apabila seseorang anak Adam meninggal dunia, maka putuslah segala amalannya melainkan tiga perkara : sedekah jariah atau ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang berdoa untuknya.

Apa kata kita mulakan perniagaan berbentuk ilmu (produk informasi). Bukan sahaja ia adalah sesuatu yang amat mulia dalam agama, ia juga boleh memberi pulangan, untuk ekonomi ummah.

Berbagai-bagai produk boleh dijual di Internet. Produk terlaris yang dijual di Internet adalah produk informasi. Sekiranya anda berminat untuk mendalami teknik dan strategi menghasilkan dan memasarkan produk informasi di Internet, sertai Workshop Jutawan Internet, Terhangat di Pasaran. Klik di sini untuk maklumat lanjut- lebih banyak maklumat telah di tambah!