Category Archives: Tip Perniagaan

Workshop Jutawan Internet: Singapore – KL – Sabah

Pengumuman Workshop Jutawan Internet bulan ini…

Bulan ini Workshop Jutawan Internet akan diadakan di tempat-tempat berikut. Sibuk lah saya tour bulan ini!

******

Workshop Jutawan Internet, Singapore
Tarikh: Sabtu, 3hb May 2008
Bagi yang berminat, masih sempat lagi daftar. Sila hubungi organizer Azliza di +6592200360 @ email : azliza@nowasia.sg

******

Workshop Jutawan Internet, KL
Tarikh: Ahad, 25hb May 2008
Sila layari http://www.rahsiainternet.com/workshop .

******

Workshop Jutawan Internet, Sabah (Kota Kinabalu)
Tarikh: Sabtu, 31hb May 2008

******

Klik PLAY button di atas untuk memainkan klip Workshop Jutawan Internet. Tekan PAUSE dan tunggu loading bar dah banyak sikit, kemudian tekan PLAY semula untuk playback lebih smooth… 🙂

Maklumat lanjut Workshop Jutawan Inrternet boleh didapati di http://www.rahsiainternet.com/workshop

Sebarang pertanyaan workshop juga boleh email sales@rahsiainternet.com

ps: Saya cuti dari menulis blog 2-3 hari kerana akan berangkat ke Singapura esok 🙂 Bye!

Cuba, try & test

Dalam perniagaan Internet, ianya adalah satu strategi untuk sering cuba, try & test teknik-teknik tertentu.

Oleh kerana perniagaan Internet, anda boelh membuat perubahan dan keputusan dengan mudah dan cepat, ia adalah platform yang sempurna untuk cuba, try & test 🙂

  • Apakah harga terbaik untuk produk anda? Cuba, try & test harga RM10… RM15… RM20… RM30… dan sebagainya.
  • Adakah isi kandungan (salesletter) laman web anda sudah terbaik? Cuba, try & test ubahkan headline… ubahkan USP… ubahkan manfaat produk… ubahkan call to action… ubahkan free gift dan sebagainya.
  • Adakah sasaran pasaran (target market) perniagaan Internet anda adalah terbaik? Cuba, try & test ubah sasaran pasaran anda dari student sahaja… atau kepada suri rumah… atau mereka yang profesional… atau pemilik perniagaan… atau mana sahaja pasaran yang baru.

Perubahan pada laman web anda boleh dilakukan secara segera. Oleh itu, perniagaan Internet adalah platform terbaik untuk anda cuba, try & test dan kemudian pilih, yang mana satu memberi pulangan terbaik untuk perniagaan Internet anda.

ps: Workshop Jutawan Internet. Bagi yang berminat, lawati http://www.rahsiainternet.com/workshop sekarang.

Kegagalan dan pilihan- tip dari 2 judge

Tip kali ni saya nak pinjam tip 2 kenalan judge saya untuk anda. Saya letakkan bawah tip motivasi & perniagaan kerana ada 2 nasihat yang saya kira amat berguna dari 2 judge Nescafe Kickstart hari Ahad lepas. Dengar betul-betul nasihat from judge Azah Yasmin (3R) dan Weng Keong. Walaupun, nasihat tersebut untuk perserta, tapi, ianya adalah amat baik untuk kita fikirkan sekali!

Azah sebut tentang “kegagalan” (motivasi) dan Weng Keong sebut tentang “pilihan” (perniagaan).

On another note, tahniah to Laloque kerana menang. Juga I am very proud and happy of finalist, Razaisyam. Definitely akan jadi director yang dikenali Malaysia.

Insyaallah, kita jumpa lagi di nescafe Kickstart musim ke-5 tahun depan!

ps: Tip “YouTube”, tekan pause terlebih dahulu. Bila loading bar dah banyak, then baru tekan play. Dengan cara ini, video akan lebih smooth dan tak tersekat-sekat.

Soal Jawab Mudah Perniagaan Internet

Sesuatu percuma untuk pengunjung setia Tip-Satu-Minit!

Beberapa minggu lalu, di program bicarawara radio saya, “Jutawan! bersama Irfan Khairi” (Radio24 93.9FM) saya ada menjawab soalan-soalan *mudah* mengenai perniagaan Internet. Khas untuk anda, terutamanya mereka yang ingin memahami perniagaan Internet, rakaman tersebut telah di ubah menjadi MP3 secara streaming untuk anda dengar 🙂

soaljawab-st3.gif

Harapan saya juga agar rakaman ini orang ramai dapat memahami perniagaan Internet dan tidak terkeliru dengan skim-skim pelaburan yang haram di Internet serta program-program Internet cepat kaya yang menyeleweng.

Bagi anda yang mempunyai blog atau laman web, feel free untuk membolehkan pelawat laman anda dengar/download file ini- no problem! Percuma sahaja… jangan dijual sudah la 😉 Just link ke sini, dan sesiapa sahaja boleh download (atau guna gambar di atas dan link diberi).

Bagi anda yang berminat untuk mengetahui asas perniagaan Internet, kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan, mudahan rakaman audio PERCUMA ini dapat memberi idea yang lebih jelas kepada anda.

Enjoy!

ps: Workshop Jutawan Internet. Pelajari Cara Memulakan Perniagaan Internet dari Rumah dalam Masa 7 Hari! Klik untuk maklumat lanjut.

Perniagaan bukan Internet 2: Perniagaan Internet 1

Untuk perniagaan bukan Internet, sering kali terdapat 2 perniagaan yang sama “kuat”.

Sebagai contoh:

  • Coca-Cola, bersaing sengit dengan Pepsi
  • Mercedes, bersaing sengit dengan BMW
  • Mc Donalds, bersaing sengit dengan KFC

Tetapi, sekiranya perniagaan Internet, ianya adalah agak sukar untuk mendapat 2 perniagaan Internet yang sama kuat.

Contoh:

  • Amazon.com bersaing dengan siapa?
  • Dell.com bersaing dengan siapa?
  • YouTube.com bersaing dengan siapa?

Oleh kerana Internet merupakan perniagaan tanpa batas, ia menjadi semakin sukar untuk bersaing bersemuka. Ianya sangat sukar untuk 2 jenama dalam kategori yang sama menjadi kuat.

Pengajaran #1: Pastikan jenama perniagaan Internet anda mendapat tempat pertama terlebih dahulu. Ini kerana, di Internet, tiada ruang untuk tempat ke-dua mendapat perhatian (bukan tiada, tetapi amat sukar!), tidak seperti jenama bukan Internet.

Pengajaran #2: Sekiranya anda menjalankan perniagaan bukan Internet, anda masih mempunyai ruang untuk berkongsi tempat yang sama dalam minda pengguna dan menjadi sama kuat dengan perniagaan utama.

Tip penting… ramai yang tidak perasan keadaan ini berlaku 🙂

ps: Workshop Jutawan Internet, Klik untuk maklumat lanjut (hanya 5 tempat kosong sahaja tinggal) Klik di sini untuk video Workshop Jutawan Internet

IK di pesta buku PWTC

Update terbaru…

1: Alhamdulillah, belakang saya dah ok! So, workshop jutawan Internet sabtu lepas berjalan dengan lancar- walaupun ada kalanya saya terpaksa duduk ketika mengendalikan talk 😉 terima kasih peserta2 yang amat memahami keadaan. semuanya sporting belaka!

2: Oleh kerana sudah sihat tubuh badan, aktiviti kembali seperti biasa. Semalam saya mempunyai sesi bertemu pembaca di Pesta Buku PWTC, memang ramai yang datang tak putus. Terima kasih atas sokongan anda! Kita jumpa lagi tahun depan ok, insyaallah dengan beberapa lagi buah buku baru.

Aktiviti yang sebelum ini saya batalkan pun, ada juga yang saya terima kembali oleh kerana sudah sihat. Saya sebelum ini tak pernah pun membatalkan aktiviti pada minit terakhir- disebabkan sakit belakang, terpaksa juga. So, untuk tidak mahu mengecewakan peserta, ada (tak semua) aktiviti saya terima kembali. Thanks for the patience and understanding 🙂

cakar.jpg3: Satu lagi matlamat saya tercapai! Dari dulu lagi saya nak sangat bertemu Ustazah Siti Nor Bahyah- sebab saya dan isteri memang meminati beliau. Cakar Harimau tu! Sepatutnya, Ustazah Nor Bahiyah dan suami Ustaz Wan Akasyah mempunyai sesi bertemu pembaca semalam. Tetapi, terpaksa di postpone sebab ada talk di Johor dan flight delay… sesinya berlangsung semalam juga (selepas sesi saya).

Jadi, semalam, dapatlah saya dan isteri makan petang bersma Ustazah Bahiyah dan keluarga! Seronok dapat jumpa dan bersembang… macam mana ustazah di TV, macam tu lah gayanya in real life 😉

Tip hari ini saya dapat dari Ustazah ketika saya tanya bila masanya Ustazah sempat menulis buku?

Ustazah pesan (saya olahkan 100% semula sebab tak ingat word for word), cuba lakukan seperti sambil menyelam, teguk air atau  pepatah English, “killing 2 birds with one stone”. Ustazah ceritakan bahawa beliau membuat ceramah, di samping itu, mendapatkan seseorang untuk transcribe ceramah tersebut untuk dijadikan buku. Untuk duduk berdepan dengan PC dan menaip, memang tak sempat!

So, bila saya fikirkan kembali… hmmm… banyak idea boleh dapat di situ. Dalam kita melakukan apa sahaja, boleh tak ianya dijadikan perkara yang lain?

Anda juga perlu fikir begitu… tak kira apa sahaja anda lakukan, boleh tak ianya dijadikan sesuatu yang lain yang boleh mendapat keuntungan?

Teringat saya tentang industri filem. Dalam penggambaran membikin filem, pada waktu yang sama, penggambaran “The making of…” juga di lakukan. Dan keuntungan boleh dapat melalui filem utama… serta “the making of…” apabila di jual pada pihak TV. Di samping itu, “The making of…” juga mempromosikan film utama kita.

Sama seperti yang dilakukan oleh Ustazah Nor Bahyah! Insyaallah, kalau ada rezeki boleh jumpa lagi.

ps: Saya personally gembira oleh kerana semua pakar motivasi yang saya hormati telah saya jumpa dan berkenal termasuk Ustazah Norbahyah, Dato Fadzillah Kamsah, Dr Tuah & Dato Azman Ching. Kesemuanya pada satu ketika dulu memotivasikan saya dari jauh sahaja (buku & ceramah) sehingga jadi IK yang anda kenali kini!

Jutawan SoHo

Secara jujurnya, untuk menjadi “Jutawan” soho ni, bukan senang. Saya pun tak pernah kata jadi jutawan kerja senang… orang lain ada la kata senang jadi jutawan- tapi bukan saya 😉

Untuk jadi jutawan…

  • Anda perlu jual sesuatu dengan keuntungan RM1,000,000 kepada 1 orang atau…
  • Anda perlu jual sesuatu dengan keuntungan RM100,000 kepada 10 orang atau…
  • Anda perlu jual sesuatu dengan keuntungan RM10,000 kepada 100 orang atau…
  • Anda perlu jual sesuatu dengan keuntungan RM1,000 kepada 1,000 orang atau…
  • Anda perlu jual sesuatu dengan keuntungan RM100 kepada 10,000 orang atau…
  • Anda perlu jual sesuatu dengan keuntungan RM10 kepada 100,000 orang….
  • Atau apa sahaja in between!

Ramai antara kita dengan skill yang ada, hanya yakin dan berkebolehan menjual sesuatu yang berharga antara RM10-RM100. Sekiranya anda tergolong di sini dalam perniagaan SoHo anda, maksudnya, anda memerlukan antara 10,000 – 100,000 pelanggan.

So, fikirkan pula, untuk mendapat berpuluh-puluh ribu pelanggan… berapa lama masa anda akan ambil? Lama bukan?

Tetapi here’s the good news!

Dengan bermula menjual sesuatu yang memberi keuntungan RM10, anda akan menjadi lebih yakin menjual sesuatu yang memberi keuntungan RM100. Apabila anda yakin menjual sesuatu yang memberi keuntungan RM100, anda akan menjadi yakin menjual seusatu yang memberi keuntungan RM1,000.

Apabila sampai tahap ini, anda hanya perlu 1,000 pelanggan sahaja untuk menjadi jutawan soho!

Perjalanan beribu batu bermula dengan satu langkah. So, start small… start a SoHo. Walaupun anda tidak boleh jadi jutawan dalam sekelip mata, tetapi, dengan cara yang betul, anda boleh mendapat extra income untuk anda & keluarga.

Seperti saya kata, untuk menjadi jutawan SoHo seperti saya, bukanlah perkara yang senang dan boleh goyang kaki untuk mencapainya. Rujuk berita saya di Kosmo “RM1 juta tiga tahun”.  Tetapi, untuk mendapat pendapatan RM2,000-RM3,000 secara SoHo, adalah agak mudah 🙂

============= Aktiviti =============

Aktiviti berkaitan dengan SoHo dari IKSB:

  1. Workshop Jutawan Internet masih lagi dibuka… Klik sini sekiranya berminat menceburkan diri dalam Soho perniagaan Internet.

SoHo: Rahsia Fokus – efficiency curve

Di WW minggu lepas, saya memberi beberapa tip SoHo. Antaranya adalah- “Efficiency Curve”

Apa yang saya maksudkan dengan efficiency curve?

efcu.gif

Efficiency curve berlaku apabila, sebagai SoHo, kita hanya fokus pada satu jenis perniagaan sahaja. Jangan di kembangkan kepada banyak perniagaan- berlainan dengan perniagaan besar yang sering “diversify”, perniagaan SoHo, kita perlu remain small.

Apabila kecil, disitu terjadinya efficience curve. Dalam efficiency curve, ia mengatakan:

Lebih banyak masa anda luangkan dalam sesuatu perkara, lebih banyak skill anda akan kumpul dalam satu perkara tersebut. Apabila ini terjadi, apabila diberi masa, lebih cepat anda dapat siapkan perkara itu.

Contoh:

Sekiranya SoHo anda adalah membuat tempahan jahit cushion/bantal lah, katakan. Anda hanya fokus pada cushion sahaja. Jahitan baju kurung ke, langsir ke, anda tak buat. Makin lama, anda akan makin handal membuat jahitan cushion. Pada mulanya, mungkin anda boleh siapkan 2 cushion sehari. Tetapi, menurut efficiency Curve, mungkin selepas beberapa bulan, anda menjadi semakin efficient (cekap) dan boleh menyiapkan sehingga 6 cushion sehari.

Ini bermakna, pendapatan anda juga bertambah 3 kali ganda.

When you focus, the efficiency curve kicks ini. Makin efficient anda, makin tinggi pendapatan anda 😉

ps: Nanti saya uploadkan tip ini di YouTube!

SoHo: Besar tidak semestinya bagus!

Ramai yang sering tergamam dengan nama-nama syarikat besar. Jenama besar. Banggunan berjuta harganya. Pekerja yang begitu ramai… dan segalanya yang besar-besar.

What if saya beritahu anda, ada antara syarikat-syarikat besar (dan kadangkala ternama) umpama indah khabar dari rupa.

Tahukah anda…?

  • Syarikat gergasi FUJITSU sejak 10 tahun lalu sehingga kini tidak memperolehi apapun keuntungan. Malah, rugi lebih daripada US1billion.
  • Syarikat gergasi SONY: siapa tak kenal SONY kan, mencatat keuntungan… tetapi, hanya 1% sahaja daripada seluruh jualan sejak 10 tahun lepas. CEO nya dipecat…
  • Ianya mengambil masa 8 tahun untuk syarikat Internet gergasi Amazon.com mendapat sebarang keuntungan.

Jangan terkejut… itulah hakikatnya sesetengah syarikat-syarikat besar. Perniagaan tempatan yang terkenal juga ada yang mengalami kesukaran sebegini… tapi tak sedaplah saya nak sebut 🙂

So, sekiranya anda faham betapa “pening”nya mengendalikan syarikat besar sebegini… then, SoHo is the answer.

Besar tidak semestinya bagus. Kadangkala, perniagaan kecil-kecil itulah yang menjadi “cili api”. Kos kecil. Pening kecil. Tetapi, sekiranya kena dengan keadaan, UNTUNG besar 😉

Inginkan SoHo perniagaan Internet? Sertai Workshop Jutawan Internet.