Bagi anda yang mengikuti perkembangan saya sejak tahun lepas, pasti tahu saya juga mempunyai production company. Baru-baru ini membuat project bersama KRU studios (masa muda2 dulu dok dengar lagu KRU, tak terfikir pula akan bekerjasama satu hari nanti). Dan project terbaru, insyaalah akan membuat satu “Reality cooking show” bersama Celebrity chef, Chef Ismail.
Reality show ni akan mengikuti kembara selebriti Chef kita, Chef Ismail ke Frankfurt, Germany. Malam ini Chef Ismail akan bertolak ke Germany untuk promosikan masakan Malaysia di sana (Bye-bye chef!) Krew production team pula akan bertolak ke sana insyaallah seminggu dua lagi…
Jadi, semalam, ada sedikit meeting lah dengan Chef Ismail. Saya dah kenal Chef Ismail lama dah… memang baik & friendly orangnya. Bagi anda yang pernah ke restorannya “Rebung” di Bangsar pasti tahu bagaimana Chef melayan pelanggan-pelanggan. Infact, Chef banyak mengajar saya mengenai “branding”, dan tip-tip dari Chef Ismail juga saya menjadi duta kepada produk. Insyaallah tak lama lagi saya jadi duta satu lagi produk perniagaan telekomunikasi pula! Tunggu…. (secret #1)
Ok, kalau lihat gambar saya, Chef Ismail & Nizal, apa kena la saya pakai smart semacam je…
Actually, meeting dengan Chef berlangsung kul 10 malam. Sebelum tu, saya menghadiri Majlis Berbuka Puasa Astro di KLCC. Tu yang smart sikit tu…
Cuma, di majlis berbuka puasa tak sempat lak nak bergambar sebab dok bersembang saja dengan tetamu dan kenalan-kenalan personaliti Astro yang lain. Ramai sungguh yang datang… sampai naik pening kepala nak tegur siapa.
Yang seronoknya, Azwan Ali (saya kenal ketika Jangan Tidur Lagi) pun ada… saya sempat perli Azwan, “Datang naik apa?” (sebab dalam Melodi minggu lepas Azwan cerita pasal keretanya di curi!). Azwan melawak: “Naik LRT!”
Rasanya kebanyakan personaliti Astro ada semalam, dan syok juga dapat jumpa (walaupun sekejap), Mentor Jutawan kita, Dato Dr Fadzilah Kamsah dan isteri. Cuma, sorang personaliti yang dari dulu saya nak jumpa, tak pernah terjumpa lagi… Aznil Hj Nawawi… belum ada rezeki! (Kalau Aznil terbaca ni, jemput la saya ke Macam-macam Aznil ha ha)
Mudah-mudahan, lepas ni peluang saya bersama Astro bertambah lagi! Mana la tau, sekarang saya bersama Astro Awani… lepas-lepas ni boleh Astro Oasis pula. Boleh u all panggil saya ustaz IK 🙂
Insyaallah tak lama lagi, saya akan umumkan perkembangan terbaru saya dalam bidang media & broadcasting (satu lagi bidang yang menjadi minat saya dari dulu). Hopefully menjadi berita baik untuk semua. Tungguuuu juga. Masih lagi secret… (secret #2)
Ok, sebut tentang media / broadcasting/ TV dan sebagainya, saya kini cuba “experiment” dengan satu perkhidmatan baru, iaitu Twitter.com/irfankhairi. Kalau anda lihat belah atas kanan, ada logo ni…
Ha… basically, “Reality:LIVE!” adalah penambahan bagi segmen “Reality!” blog ini. Seperti kita tahu, “Reality!” menceritakan kisah-kisah benar yang terjadi pada saya.
Manakala, Reality:Live! pula adalah update-update pendek dan ringkas mengenai saya.
Menggunakan perkhidmatan Twitter, saya boleh update bahagian “Reality:Live!” dengan hanya menghantar SMS sahaja. So, kalau ada update menarik, saya akan SMS kepada anda semua, melalui ruang di atas nun. So, anda dapat update saya on the spot- secara LIVE! Hebat betul teknologi! 😉


It’s always a personal mission of mine untuk melihat lebih ramai ibu & ayah bekerja di rumah, dan one of the reason saya mempromosikan perniagaan Internet.
Sekiranya anda tidak pernah menonton theater, kalau anda pergi juga menonton P Ramlee Musical, saya jamin anda juga akan jatuh cinta dengan theater Melayu! (this particular one-lah) Thanks to my bro Adlin Aman Ramlee for getting us great seats 🙂
Dari tahun lepas lagi saya dah berminat untuk tengok P Ramlee the Musical oleh kerana reviewnya yang amat positif- dan memang sepatutnya. Tapi, oleh kerana jadual agak sibuk, melepaslah tahun lepas punya shows. Sehingga baru-baru ini, saya pun kenal lah dengan sorang brother ni, Adlin Aman Ramli
3: Satu lagi matlamat saya tercapai! Dari dulu lagi saya nak sangat bertemu Ustazah Siti Nor Bahyah- sebab saya dan isteri memang meminati beliau. Cakar Harimau tu! Sepatutnya, Ustazah Nor Bahiyah dan suami Ustaz Wan Akasyah mempunyai sesi bertemu pembaca semalam. Tetapi, terpaksa di postpone sebab ada talk di Johor dan flight delay… sesinya berlangsung semalam juga (selepas sesi saya).
Disebabkan risau sakit berlarutan, semalam saya pun dibawa ke hospital dalam keadaan yang amat sakit. Berjumpa doktor pakar Orthopaedic Trauma & Spinal Surgery…
Buku, saya selalu beli buku-buku perniagaan, buku motivasi & buku biografi orang-orang yang berjaya. Pengakuan terbuka: Novel saya tak pernah baca… tak kira novel mat salleh atau novel melayu 🙂 Kalau membaca memang gila, selalunya beratus ringgit habis pada buku setiap bulan. Buku terbaru adalah: Business the Richard Branson Way. Sebuah buku mengenai pengasas Virgin Group… “the rebel billionaire”! Belinya semalam, habis pun semalam… selalunya begitulah, kalau beli buku, hari tu juga habis baca… paling kuat 2-3 hari habis.
Kalau DVD pula, saya tengok semua jenis film! Tak kira, action ke, adventure ke, drama ke, comedy ke… semuanya tengok. Tak kira film glamour atau film tak glamour, saya tengok juga. Kadang-kadang, film yang tak glamour ni lagi best dari film-film glamour dan menang bayak film awards. DVD juga, sebulan beratus ringgit habis macam buku- jangan terkejut! Film terbaru saya tengok beberapa hari lepas “In the Valley of Elah”. Memang best!
