Penundaan Strategy X

Kalau dilihat counter di atas ni, menunjukkan tak berapa lama lagi Strategy X akan dilancarkan. Namun, ingin saya umumkan bahawa terdapat penundaan Strategy X.

Mengapa?

Sebenarnya di sini satu strategi perniagaan saya perlu implementasikan yang pernah saya bincangkan sebelum ini, iaitu: Timing

Buat waktu ini, oleh kerana kandungan Strategy X yang agak baru terutama dalam arena perniagaan Malaysia, ianya bukan waktu yang sesuai untuk melancarkannya lagi. Timing adalah penting dalam perniagaan. Sekiranya produk keluar terlalu cepat sebelum pasaran memahaminya, jualan akan kurang. Sekiranya produk keluar terlalu lewat, jualan juga akan kurang akibat persaingan.

Tahukah anda bahawa buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar & Secrets of Internet Millionaires Revealed BUKAN merupakan buku perniagaan Internet pertama di Malaysia? Ramai yang menyangka ianya buku pertama yang keluar. Namun, oleh kerana saya menggunakan strategi “timing” dalam perniagaan, buku tersebut keluar tepat pada masa permintaan perniagaan Internet bertambah.

Bagaimana hendak mengetahui “timing” yang sesuai? Bagi saya, pengalaman banyak mengajar mengenai timing. Boleh dikatakan- “business sense”. Tetapi, segalanya bermula dengan banyak melakukan penyelidikan dan pantauan permintaan.

Peka kepada trend semasa

Sekiranya anda belum memulakan perniagaan lagi dan merancang untuk memulakan perniagaan, tetapi tiada idea untuk memulakan perniagaan apa , fikirkan trend semasa (fuh… habis nafas menyebutnya) :).

Trend semasa berubah selalu. Ia merupakan berita baik kepada usahawan-usahawan yang inovatif untukย  mengambil peluang perniagaan mengikut trend pada ketika itu.

Bila menyebut trend, mungkin ramai akan fikirkan golongan muda-mudi. Namun, “trend” bukan setakat itu sahaja.

Terdapat trend penggunaan handphone, trend mencantikkan halaman rumah, trend mencantikkan interior rumah, trend membaca buku kewangan, trend menonton wayang gambar seram, trend menjaga kesihatan, trend menjadi pengguna bijak, trend mengitar semula barang buangan, trend memakai fashion berwarna hitam dan sebagainya…

Perhatikan trend-trend disekeliling kita di Malaysia kini dan fikirkan bagaimana anda boleh take advantage of the trend dan menjadikannya idea perniagaan.

Apakah trend-trend yang sedang berlaku ketika ini di Malaysia? Mungkin anda boleh sertakan idea perniagaan sekali.

Kejayaan NizalTalk! – Komunikasi Efektif

logo1.gifSemalam buat pertama kalinya Irfan Khairi Sdn. Bhd. mengendalikan Program NizalTalk! – Komunikasi Efektif.

Wow… alhamdulillah, program dijalankan dengan berjaya dan kami dapat kumpulkan beberapa ribu ringgit untuk membantu Yayasan Ilham Budi (Embun Hidayah) iaitu Yayasan yang ditubuhkan oleh Nizal Mohammad sendiri.

Terima kasih kepada yang menghadiri- kesemuanya sporting-sporting belaka. Yayasan Ilham Budi amat berterima kasih dengan sumbangan anda.

Saya sendiri rasa seronok dapat melihat para peserta mempelajari teknik-teknik komunikasi dan teknik-teknik menghilangkan malu/gemuruh. Ketika Nizal menjadi personal coach saya dalam bidang komunikasi, kami melakukan secara private- saya sorang sahaja. Tapi, di NizalTalk!, lagi seronok sebab dapat melakukan latihan-latihan beramai-ramai.

Saya doakan peserta dapat menggunakan ilmu yang dipelajari sebaiknya. Nasihat saya, banyak-banyak practice. Practice makes perfect. Mungkin bila practice rasa janggal sedikit, tetapi, practice banyak-banyak kali- nanti komunikasi efektif menjadi sebati dengan diri kita sendiri.

Last but not least, terima kasih kepada yang sentiasa memberi sokongan kepada Irfan Khairi Sdn Bhd. Kami akan sentiasa berusaha membawa kaedah-kaedah kejayaan kepada anda. Ramai juga peserta workshop & pembaca Tip-satu-Minit (serta yang sering bagi komen) dapat kita jumpa di NizalTalk.

Peserta Workshop Jutawan Internet Sabtu lepas juga, thanks for your support. Just a reminder- jangan hilang momentum. Cuba mulakan sesuatu… mungkin mulakan blog supaya dapat teruskan momentum dan membina satu perniagaan Internet yang berjaya!

Penghalang antara kita dan apa kita mahu…

nizalsmaller.gifTip kali ini bukan dari saya, tetapi dari Nizal mentor untuk Program NizalTalk! – komunikasi efektif.

Pesanan dari Nizal:

“Hanya satu sahaja menjadi penghalang antara kita dengan apa yang kita mahu di dalam hidup kita iaitu – keazaman untuk mencuba dan keyakinan bahawa ia boleh terlaksana!”

Semoga pesanan Nizal ini menjadi pedoman buat masa yang akan datang kepada semua.

Saya baru dapat melihat final draft untuk NizalTalk! and I must say, it is very good! Mesti tidak kering gusi dibuatnya para peserta ๐Ÿ™‚ Bukan sahaja itu, isi kandungannya juga akan turut memberi inspirasi & motivasi kepada anda untuk menjadi insan yang lebih berjaya dengan penambahan ilmu komunikasi efektif.

Menjadi Mentor Jutawan

Saya baru pulang daripada Fraser’s Hill untuk mengendalikan program Millionaires MBA (Massive Bank Account) sebagai Millionaire’s Mentor bersama beberapa international speakers yang lain.

Walaupun saya sering diundang sebagai speaker jemputan untuk topik kekayaan, kali ini agak luar biasa sedikit oleh kerana…

…ramai antara peserta (tertutup kepada 15 penyertaan sahaja- a very elite group) sudah sedia jutawan, namun masih menuntut ilmu lagi untuk menjadi lebih berjaya! Yuran kursus ini adalah >RM15,000… sebab tu yang hadir pun dah kaya raya ๐Ÿ™‚

Pengajaran yang amat penting boleh di ambil di sini. Orang berjaya yang bergelar jutawan pun masih melabur mendalami ilmu kekayaan untuk menjadi lebih berjaya. Mereka yang sedia berjaya masih menuntut untuk menambahkan kejayaan.

Ada orang sanggup melabur >RM15,000 untuk ilmu. Ada juga orang yang tak sanggup melabur sedikit pun untuk ilmu.

Anda bagaimana?

Cuba sesuatu yang baru- explore!

Manusia adalah insan yang mempunyai “habit”– sering mengulangi perkara-perkara yang sama.

Sebagai contoh, apabila pergi makan di restoran, sering kita memesan makanan yang sama, lauk yang sama dan minuman yang sama. Apabila pergi bersiar-siar, sering pergi ke shopping complex yang sama.

Dari masa ke semasa, pecahkan habit anda oleh kerana ia akan memberi momentum kepada diri anda mencuba sesuatu yang baru. Walaupun habit simple seperti memesan makanan lain, ia akan memberi a sense of “exploration” kepada diri anda.

Dan sekiranya anda sudah amat selesa dengan kerja makan gaji, apa kata pecahkan habit itu dengan membuat perancangan sebuah perniagaan. Buat perancangan sahaja… jangan pula berhenti kerja dan mulakan perniagaan terus ๐Ÿ™‚

Latihan-latihan kecil ini akan membuka minda kita untuk explore sesuatu di luar zon selesa kita. Keluar dari zon selesa adalah langkah-langkah awal untuk mencapai kejayaan.

Untuk anda berjaya, bantu orang lain untuk berjaya

Di sini ada satu konsep untuk anda fikirkan sepanjang hujung minggu ini…

Lagi ramai anda membantu orang untuk berjaya, lagi besar kejayaan yang anda akan terima.

Fikirkan, sekiranya anda seorang guru, lagi ramai pelajar yang berjaya- maka lebih terbuka pintu rezeki anda… mungkin boleh memulakan kelas tuisyen.

Sekiranya anda seorang boss syarikat anda, lagi ramai pekerja anda berjaya, ia bermakna, lagi besar pulangan syarikat anda…

Sekiranya anda bekerja makan gaji, dan anda membantu boss anda berjaya, maka, lebih besar peluang anda untuk naik pangkat dan berjaya…

Tidak kira anda bekerja sebagai apa atau dimana sahaja, bantu orang lain untuk berjaya… anda juga akan mendapat pulangannya!

Sekiranya anda membantu orang lain untuk berjaya, orang lain pun akan mudah membantu anda untuk berjaya ๐Ÿ™‚ย 

Selamat bercuti!

Irfan Khairi – Motivasi di TV…

Sejak saya di university lagi saya ingin memberi inspirasi dan motivasi kepada masyarakat Malaysia.

Alhamdulillah, semakin hari, semakin diterima berbagai pihak termasuk media massa. Kali ini pula saya diberi kepercayaan untuk mengendalikan beberapa episode program motivasi “Get Set Go” RTM2. Get Set Go ni ala-ala Motivasi Pagi TV3. Cuma program motivasi ini adalah berbahasa Inggeris.

gsg3.jpg

Antara personaliti yang pernah mengendalikan program termasuk Ashraf Sinclair (motivasi imej), Kevin Zahari (motivasi jasmani/fitness), Dr. Sher AF2 (motivasi psikologi) dan kawan saya Azizi Ali (motivasi kewangan) dan ramai lagi. Saya diberi kepercayaan sebagai motivasi perniagaan & kejayaan.

gsg2.jpg

Melalui media, saya dapat mencapai lebih ramai lagi masyarakat kita dengan satu mesej- kejayaan boleh dicapai oleh sesiapa sahaja. Tidak kira peringkat umur. Kejayaan adalah milik semua yang mengejarnya ๐Ÿ™‚

Terima kasih kepada pihak2 yang sering memberi kepercayaan kepada saya. Sejak tahun lepas banyak juga peluang saya di media massa termasuk…

  • Warta Perdana RTM1 “Ruang Bisnes”
  • Channel 8 News “Towering Malaysians”
  • Malaysia Hari Ini TV3 sebagai tetamu
  • Selamat Pagi Malaysia RTM1 sebagai tetamu
  • Menjana Impian TV9 sebagai mentor
  • Get Set Go sebagai pengacara
  • Usik-usik Chef Wan TV9 sebagai tetamu
  • Hello On Two TV2 sebagai tetamu

… dan kini masih lagi menjalankan pengambaran Nescafe Kick-Start Musim ke-3 sebagai judge. (ada beberapa lagi rancangan yang saya tidak ingat!)

gsg11.jpg

Sekiranya anda ingin tahu cara mendapat liputan media masa seperti TV, Radio, Surat khabar & majalah, di Workshop Jutawan Internet saya akan mendedahkannya!

Mencuba pelbagai cara untuk berjaya

Anda pasti tahu manusia terkaya di dunia adalah pemilik perniagaan Microsoft, Bill Gates kan?

Tetapi, tahukah anda bahawaย  pada bila-bila masa, Microsoft sedang menguji dan membangunkan lebih dari 1,500 produk dan perkhidmatan pada peringkat yang berlainan? Sekarang pun lebih dari 1,500 produk dan perkhidmatan sedang di uji dan dibangunkan. Kebanyakan daripadanya tidak akan berjaya dan tidak dikeluarkan dipasaran.

Pengajarannya?

Peluang untuk berjaya bertambah apabila percubaan bertambah. Cuba berbagai-bagai kaedah untuk membangunkankan perniagaan anda. Mungkin ada kaedah yang tidak dapat dugunakan. Mungkin ada kaedah yang anda akan jumpa membawa kepada kejayaan!

Iklan menjadi tidak efektif apabila…

Iklan menjadi tidak efektif apabila terlalu banyak iklan di sesuatu medium yang sama

Maksudnya, untuk perniagaan Internet, sekiranya sesuatu laman web mempunyai 20 iklan (banner atau teks link), mana-mana iklan di laman tersebut tidak efektif berbanding dengan laman web yang mempunyai 5 iklan sahaja.

Untuk perniagaan bukan Internet pula, contoh, sesuatu majalah (100 muka surat) itu mempunyai 50 muka surat iklan, ia adalah tidak efektif berbanding dengan majalah yang hanya mendedikasikan 10 mukasurat untuk pengiklanan.

Apabila memilih tempat anda mengiklankan perniagaan anda, pertimbangkan perkara ini. Iklan anda menjadi tidak efektif apabila terlalu banyak iklan yang lain di medium tersebut.