Kos penghantaran dalam perniagaan Internet

Dalam perniagaan Internet, kos penghantaran di tanggung oleh pelanggan. Anda boleh mengenakan bayaran tambahan untuk menampung kos penghantaran mengikut destinasi tertentu.

Namun begitu, satu tip yang saya sering beri ketika Workshop Jutawan Internet adalah, sekiranya anda boleh memuatkan harga penghantaran kedalam produk anda, ia merupakan satu BONUS dan ianya memudahkan pelawat anda membuat keputusan untuk membeli.

Contoh, sekiranya anda membeli buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar dari kedai buku, ia berharga RM39.90. Sekiranya anda membeli dari RahsiaInternet.com, ia juga berharga RM39.90 termasuk kos penghantaran ke alamat pelanggan.

Untuk mengetahui bagaimana untuk memuatkan harga penghantaran ke dalam produk anda, bawa produk anda ke pejabat pos dan minta harga penghantaran untuk destinasi yang paling jauh. Kemudian, masukkan harga tersebut ke dalam kos produk anda bersertakan margin untung yang anda inginkan. Ini membolehkan anda memberi produk anda bersamaan free delivery!

Nota: Atas sebab yang sama, barangan yang berat amat tidak sesuai dijual di Internet oleh kerana kos penghantaran yang tinggi!

Semakin ramai peserta Workshop Jutawan Internet telah mendapat pulangan melalui perniagaan Internet mereka. Anda bila lagi? 🙂

Ogos 2006 – Bulan Merdeka!

Seperti biasa, masuk bulan baru, tiada tip satu minit untuk hari ini.

Ada juga yang tanya kepada saya, kenapa setiap kali masuk bulan baru, kita berhenti sebentar tanpa tip. Jawapannya adalah, dalam mempelajari apa sahaja, kita perlu berikan masa untuk membuat rujukan dan ulangkan bacaan supaya kita lebih ingat dan memahami apa yang dipelajari.

Kajian menunjukkan,  90% dari apa yang kita pelajari akan dilupakan dalam masa 2 minggu pertama sekiranya tidak membuat rujukan/ulangkaji. Oleh itu, setiap kali masuk bulan baru, kita ambil masa untuk buat rujukan tip-tip yang lepas untuk mengingatkan kembali. (tip juga ni :))

Terdapat 15 tip perniagaan dan 15 tip kejayaan untuk bulan Julai. Rujuk kembali dengan klik di sini

So hari ni kita cuti sebentar untuk mengulangkaji, dan sambil cuti, saya ada soalan untuk anda…

Tip-tip perniagaan/kejayaan dalam topik apa yang anda inginkan bulan ini? atau apa sahaja soalan yang anda ingin tanyakan kepada saya…

Salam hormat 🙂

Cabaran Minggu Berfikir Positif : Hari ke-3

Bagaimana dengan minggu berfikir positif kita? Masuk hari ini, sudah hari ke-tiga. Bagi mereka yang terlepas pengenalan, sila lihat Tip Kejayaan hari Sabtu lepas.

Adakah susah untuk berfikir positif setiap masa?

Terdapat dua jawapan- bagi mereka yang sudah biasa dengan berfikir positif, cabaran 7 hari ini akan kelihatan mudah. Bagi mereka yang sering diganggu fikiran negatif, akan mendapati cabaran 7 hari ini agak susah (ada sahaja fikiran negatif memasuki fikiran kita).

Cara pemikiran manusia sama ada positif atau negatif adalah satu tabiat (habit). Sekiranya anda sering berfikir positif, anda akan mengamalkan tabiat berfikir positif kebanyakan masa. Sekiranya anda sering berfikir negatif, tanpa anda sedar fikiran ini akan menjadi tabiat anda dan amat sukar anda menghindarinya.

Berfikir negatif akan selalu mengakibatkan kesedihan, kemurungan, bad mood, cepat marah dan hilang daya fokus kearah kejayaan.

Teruskan berfikir positif dan sekiranya fikiran negatif memasuki fikiran anda dalam masa 7 hari ini, cepat-cepat ubahkannya menjadi positif. Ini akan melatihkan anda mengamalkan tabiat/habit berfikir positif.

Latihan hari ini dan esok- tunjukkan anda berfikir positif pada orang sekeliling anda. Tunjukkan anda optimistik dan berkeyakinan tinggi. Anda akan dapati mereka yang disekeliling anda pun akan menjadi positif, optimistik dan yakin.

Berita baiknya adalah, berfikir dan berkelakuan positif adalah berjangkit! Anda akan dapat melihat perubahan mereka disekeliling anda. Kalau tak percaya, cuba try!

Sering kali terjadi melalui pengalaman saya memberi talk perniagaan internet ataupun talk motivasi/pembangunan diri. Saya sampaikan “aura” 🙂 positif, optimistik dan keyakinan. Alhamdulillah, setelah selesai sesi, boleh dilihat peserta-peserta semakin positif, optimistik dan yakin dengan diri sendiri!

Pernahkah anda mengalami situasi seperti ini? Kongsikan bersama pengalaman anda…

Bila tiba masanya untuk merekacipta…

Bila tiba masanya untuk merekacipta bahan-bahan promosi anda, mungkin poster, brochure, laman web, kad bisnes, atau apa sahaja yang memerlukan sentuhan kreatif- JANGAN lakukannya sendiri sekiranya anda bukan seorang yang kreatif!

Shukur Alhamdulillah saya diberi anugerah kreatif dalam merekacipta- kebanyakan bahan promosi syarikat saya, saya sendiri yang mereka cipta.

Tetapi, tidak semua orang mempunyai bakat kreatif dalam merekacipta. Namun, apabila mereka yang tidak mempunyai bakat cuba juga mereka cipta bahan promosi perniagaan mereka, ia hanya memberi sentuhan tidak profesional kepada keseluruhan imej perniagaan anda.

Grafik berkait rapat dengan imej dan jenama keseluruhan sesuatu perniagaan. Sekirannya anda tidak kreatif, dapatkan bantuan mereka yang kreatif atau upah profesional untuk membantu anda! Ia akan memberi impak positif dan profesional kepada imej dan jenama keseluruhan perniagaan anda.

Pembeli akan lebih mudah membeli dari peniaga yang menunjukkan imej profesional, walaupun perniagaan kecil-kecilan.

Iklan yang pasti menarik pelanggan

Tidak kira media apa yang anda gunakan, terdapat 3 kunci kepada iklan yang berjaya. Kunci-kuncinya adalah:

“¢ Cipta keseronokan
“¢ Beri berita
“¢ Menyeru ambil tindakan

Sebagai contoh, lihat iklan ini:

“Jutawan Internet Malaysia mendedahkan Cara Memulakan Perniagaan Internet yang Menguntungkan dari Rumah dalam Masa 7 Hari! Sertai Workshop Jutawan Internet hari ini”

Ia mengandungi ketiga-tiga kunci iklan yang efektif di atas. “Jutawan Internet Malaysia”- memberi berita. “Cara Memulakan Perniagaan Internet yang Menguntungkan dari Rumah dalam Masa 7 Hari!”- mencipta keseronokan. “Sertai Workshop Jutawan Internet hari ini”- menyeru ambil tindakan.

Itulah rahsia pengiklanan yang berkesan 🙂

Sekiranya anda mendapati tip ini menarik, maka, di Workshop Jutawan Internet, anda akan dapat lebih banyak tip lagi untuk melipat kali gandakan perniagaan Internet dan bukan Internet anda! Klik di sini (satu lagi contoh iklan yang mengandungi 3 kunci tersebut!) 🙂

Idea hebat ketika cuti!

Idea yang hebat seringkali datang pada individu yang bebas dari tugas harian dan mempunyai masa untuk berfikir– tiada mesyuarat, panggilan telefon, berjumpa dengan pelanggan dan aktiviti-aktiviti perniagaan yang lain.

Dari masa ke semasa, bebaskan waktu anda dari perniagaan untuk berfikir dan mencari idea-idea bagaimana anda boleh melipatkali gandakan keuntungan perniagaan anda.

Ada seorang rakan saya tukang jahit pakaian batik setiap hari sibuk dengan menjahit dan tiada masa untuk memikirkan bagaimana beliau boleh mengembangkan perniagaannya. Sehingga satu hari beliau mengambil keputusan untuk bercuti dari kerja harian untuk berfikir tentang menjana idea baru sahaja.

Keesokan harinya, beliau mendapat idea- daripada kain-kain batik yang berlebihan selepas di potong dari gulungan kain, beliau mendapat idea menggunakan kain berlebihan tersebut menjadi tali leher batik dan menjualnya!

Jikalau anda mendapati diri anda terlalu sibuk dengan kerja harian dan kurang menjanakan idea perniagaan- take a break! Berhenti cuti untuk berfikir sahaja- ia akan mengubahkan hidup anda!

Matlamat seorang jutawan

Tetapkan matlamat anda untuk menjadi jutawan bukan kerana wang ringgit dan kemewahan semata. Tetapi, tetapkan matlamat anda untuk memperolehi ilmu dan pengalaman yang ditimba dalam perjalanan mencapai matlamat tersebut.

Wang berjuta boleh habis dibelanjakan dalam sekelip mata. Tetapi ilmu dan pengalaman tidak akan hilang.

Kata seorang pakar perniagaan dan jutawan, “Perniagaan bernilai berjuta yang anda bina boleh musnah dalam sekelip mata. Tetapi, dengan ilmu dan pengalaman yang anda ada, anda boleh melintas ke seberang jalan, dan membina empayar perniagaan baru yang boleh menjana berjuta ringgit lagi.”

Betapa benar kata-kata itu. Itulah sebabnya anda mungkin pernah dengar jutawan-jutawan yang gagal dalam perniagaan oleh sebab yang tidak dapat dielakkan, kemudian, membina empayar perniagaan baru yang kemudiannya meraih berjuta-juta lagi! Ilmu dan pengalaman tidak hilang!

Jangan sombong dalam bertanya!

Tidak kira tahap mana kepakaran anda, anda masih perlu menuntut ilmu. Dan cara termudah dan terpantas adalah dengan bertanya!

Sehingga kini saya masih lagi menuntut ilmu dan menambahkan lagi ilmu dalam bidang perniagaan, Internet dan kejayaan dengan banyak bertanya. Bertanya memudahkan pembelajaran oleh kerana anda akan mendapat jawapan yang tepat dengan apa yang ingin anda cari.

Entah kenapa, seringkali, bila seseorang itu ingin bertanya, beliau merasakan dirinya amat rendah. Akhirnya, beliau tidak bertanya dan simpan sendiri segala persoalanan.

Apabila saya ingin memulakan Blog Tip-Satu-Minit ini, saya mempunyai masalah besar- saya tidak tahu banyak mengenai BLOG! (Pakar perniagaan Internet tak tahu blog?) Jadi, saya banyak bertanya. So, here”™s a credit to my friend Sunny Tan of Tips.com.my. Ketika saya hendak memulakan blog, saya banyak bertanya kepadanya oleh kerana beliau lebih pakar dalam blog dan teknologinya berbanding saya.

Apabila bertanya, kita akan mendapat ilmu. Dengan ilmu tersebut, kita boleh kembangkannya dan mengaplikasikannya dengan cara tersendiri. Daripada saya buta-blog, kini blog mendapat sambutan hebat. Semua daripada sikap bertanya.

Jangan malu dalam bertanya, sekiranya malu bertanya, maka anda sendiri yang akan rugi!

Ps: Sedikit mengenai blog ini- Blog ini ditubuhkan pada 3hb May 2006. Saya amat suka blog ini kerana ia adalah personal website saya dan berpeluang untuk menulis apa sahaja dan boleh berinteraksi dengan pembaca. Blog ini juga mempunyai “moderator” iaitu salah seorang krew Rahsia Internet. Tugasnya adalah untuk tapis comment-comment yang tidak berkenaan sebelum ianya keluar live!- TQ Man.

Mengiklan melalui brochure dan pamplet

Mengiklan melalui brochure dan pamplet sering di lihat sebagai tidak efektif- mungkin kerana sekiranya kita sendiri menerima brochure atau pample, kita akan terus buangnya ke tong sampah!

Brochure dan pamplet boleh menjadi teknik promosi yang efektif sekiranya digunakan secara betul. Brochure dan pamplet amat efektif sekiranya di beri pada pasaran yang tertumpu.

Sebagai contoh, untuk mempromosi Workshop Jutawan Internet, brochure diberikan kepada mereka yang pernah menghadiri kursus atau seminar sebelum ini. Sekiranya menjual buku, maka, brochure diberi kepada pelawat kedai buku sahaja. Sekiranya menjual peralatan komputer, berikan brochure pada mereka yang mempunyai komputer.

Di sini anda perlu bekerjasama dengan peniaga lain yang menjual produk dan perkhidmatan yang seiring degan industri anda. Lakukan sistem barter- anda memberi brochure rakan niaga kepada pelanggan anda, dan rakan niaga anda pula memberikan brochure anda kepada pelanggan mereka- promosi efektif yang berkos rendah!

Mencapai kejayaan pada usia muda

Semua comment semalam amat tepat sekali! Faktor ilmu, pengalaman, contacts, memang memainkan peranan penting dalam kejayaan perniagaan. Tetapi, jangan lupa, dalam masa 2-3 tahun pun anda boleh melipatkali gandakan ilmu, pengalaman dan contacts. Tidak perlu tunggu 20-30 tahun.

Sebenarnya cepat atau lambat mencapai kejayaan itu memang tiada kena mengena dengan umur. Tetapi, bergantung kepada bila anda mulakan matlamat anda untuk mencapai kejayaan dan berusaha kearahnya. Mengapa yang berjaya kebanyakan 40-an, 50-an dan 60-an?

Ia adalah kerana golongan ini lambat dalam menetapkan matlamat mereka. Sekiranya lewat menetapkan matlamat, maka, lewatlah jadinya mencapai matlamat.

Bagi saya, mungkin anda pernah terbaca, saya menetapkan matlamat untuk berjaya (capai jutawan) pada umur 18 tahun, dan berusaha keras untuk mencapai matlamat itu. Capai matlamat – 25 tahun.

Arnold Susahnakeja (Terminator), menjadi Mr Olympia pada umur 22 tahun. Cita-citanya tercapai. Agaknya bila beliau menetapkan matlamat? pada umur 16 tahun!

Colenel Saunders (KFC) mencapai cita-citanya pada umur 72 tahun! Agaknya bila beliau menetapkan matlamat? pada umur 65 tahun!

Kesimpulannya, sekiranya awal anda menetapkan matlamat anda dan berusaha, maka awal anda akan mencapai matlamat tersebut. Sekiranya lewat anda menetapkan matlamat, dan lewat berusaha, maka, lewat lah kejayaan akan berpihak kepada anda.

Secara purata, ia mengambil masa 7 tahun untuk mencapai sesuatu matlamat yang dikatakan berbaloi. Rujuk kepada comment2 semalam untuk banyak point-point yang menarik serta pesanan2 motivasi. Dala mmasa 7 tahun itu, gandakan ilmu anda, gandakan pengalaman anda dan gandakan contacts anda.

Paksa diri anda untuk tetapkan matlamat hari ini dan mula mengejar matlamat tersebut. Sekiranya anda tunggu lagi, maka, makin lewatlah anda akan mencapai kejayaan.

Matlamat + Usaha yang keras + Doa = Kecemerlangan

ps: Saya dalam perancangan menjalankan program motivasi 2 hari untuk remaja-remaja (program cuti sekolah) untuk membuka mata remaja bahawa kejayaan boleh dicapai tidak kira peringkat umur dan strategi untuk mencapai apa sahaja matlamat yang ditetapkan. Abang-abang dan kakak-kakak yang ada anak remaja, cuti sekolah bulan hadapan, boleh sertai program tersebut! (program untuk anak-anak… bukan ibubapa!) 🙂