Sijil-sijil di dinding – pembakar semangat

Selalu saya ke klinik, hospital, pejabat doktor, pastinya di bilik doktor specialist tersebut berbagai-bagai sijil didalam frame. Sijil-sijil pencapaian/penddikan tersebut adalah untuk berikan keyakinan kepada pesakit/pelanggan (doktor juga buat bisnes ya) doktor tersebut.

Selain daripada itu, sijil-sijil yang dalam frame juga membantu menaikkan semangat dan motivasi doktor tersebut atas pencapaiannya sebelum ini!

Β certwall.jpg

Satu teknik motivasi adalah dengan kita mengingatkan kembali pencapaian-pencapaian kita sebelum ini. Apa yang kita boleh buat adalah, framekan sijil-sijil pencapaian kita dan letak di dinding tempat kita boleh lihat. Atau sediakan rak untuk letakkan pingat atau pemberian penghargaan kita.

Tak kira la, tak semestinya sijil pendidikan dan pencapaian yang tinggi sahaja. Kalau dulu-dulu kita menang pertandingan lumba lari… mewarna… tulisan khat, atau apa sahaja pencapaian mengikut peringkat umur kita, ia boleh dijadikan pembakar semangat bahawa satu masa dulu, kita pun boleh mencapainya. Why not now?

ps: Teknik ini jga boleh digunakan untuk gambar-gambar pencapaian kita atau apa sahaja sebagai peringatan yang kita pernah mengalaminya! πŸ˜‰

Penyokong setia dalam perniagaan

Baru-baru ni, penangan iPad2 melanda. Rasanya macam baru je iPad keluar, dah ada iPad 2 πŸ˜‰

ipad2.jpg

Anyway, beberapa hari lepas, ketika mengendalikan Fahrin Ahmad vs Irfan Khairi (www.FAvsIK.com) di KLCC, pagi-pagi lagi dah ada queue panjang di hadapan kedai “Machines” (Kedai Mac/Apple Computers). Memang panjang kerana peminat-peminat iPad2 sedang beratur untuk menjadi orang-orang terawal memiliki iPad2.

Itulah penangan iPad2 dan Steve Jobs! Melahirkan kelompok besar peminat-peminat iPad yang sanggup beratur sebelum kedai buka lagi untuk mendapatkan produknya!

Apa yang terjadi di sini?

Apple telah berjaya menghasilkan produk yang mempunyai penyokong setia. Penyokong yang bangga dengan produk dan perkhidmatan yang diberikan. Penyokong yang akan bermati-matian melindungi produk dan perkhidmatan tersebut. Penulis pemasaran terkenal Guy Kawasaki (juga x-Apple) menamakan kumpulan penyokong ini sebagai ‘evengelist’.

Bina penyokong-penyokong setia untuk produk dan perkhidmatan anda. Apabila anda mempunyai penyokong setia, merekalah yang akan membantu dalam promosikan produk dan perkhidmatan anda.

Membina penyokong setia adalah satu kemestian pada ketika ini untuk memastikan perniagaan kita akan berterusan oleh kerana pesaingan dan iklan-iklan pesaing yang TERLALU banyak ketika ini!

PS: Saya amat menghargai penyokong2 setia saya sejak 2006 lagi! TQ so much all! πŸ˜‰

Kerjasama Irfan Khairi & Mynic

Salam!

Sibuk sejak dua menjak ni dengan pelbagai aktiviti, acara dan kerjasama IKSB. Suka saya update 3 perkara yang amat-amat menarik πŸ˜‰

  • Perkara #1 – Prelude Revolusi: Formula Facebook
    Bagi anda yang ingin tahu menjalankan perniagaan melalui Facebook, kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan menjemput anda untuk ke acara 100% percuma (ditaja sepenuhnya) “Prelude Revolusi: Formula Facebook” yang akan diadakan pada hari Khamis (malam Jumaat ini).Ini adalah kali ketiga dan terakhir Formula Facebook akan di kendalikan di Kuala Lumpur. Lebih 400 peserta telah mendapat manfaat daripada Prelude Revolusi ini. Sekiranya anda menjalankan perniagaan, atau mahu memulakan perniagaan, atau menjalankan perkhidmatan dan ingin menggandakan jualan dan juga prospek anda, sertai Formula Facebook, untuk ketahui teknik dan strategi menggunakan Facebook dalam menambahkan keuntungan perniagaan anda. Bukan cara tagging-tagging! ;)Berikut adalah beberapa gambar yang sempat dirakamkan. Ohw ya… pelakon Fahrin Ahmad juga turut serta untuk memeriahkan lagi majlis sempena FA vs IK.

  • Perkara #2: Fahrin Ahmad vs Irfan Khairi
    Terlanjur saya sebutkan Fahrin Ahmad, pada hari Sabtu 25hb Jun ini akan diadakan satu pertemuan, pertembungan, perbalahan? Fahrin Ahmad vs Irfan Khairi. hehehe… jangan risau, kami tak bergaduh. Kalau bergaduh, gerenti saya kalah…FA vs IK adalah satu acara motivasi, kewangan dan perniagaan di mana dua idea dan konsep bertembung dalam mencapai kejayaan diri, dari segi kerier, perniagaan dan juga kewangan. Saya akan kongsikan teknik-teknik kejayaan perniagaan dan kewangan, manakala Fahrin akan akan kongsikan kaedah-kaedah menjenamakan diri dan komunikasi. Kesemua ini adalah penting dalam kejayaan apa sahaja.Apa yang menariknya, ia akan dijalankan cara penuh santai, menghiburkan di TGV Suria KLCC. Ya, kami sewa satu panggung TGV untuk mengendalikan sesi ini dan jualan tiket sungguh panas ketika ini!

    Sekiranya anda bebas pada hari Sabtu ini dan ingin memeriahkan lagi majlis FA vs IK, sertai kami.Β Jumpa di sana!

  • Perkara #3: Kerjasama Irfan Khairi dan MYNIC
    Satu lagi berita terkini yang ingin saya sampaikan adalah baru-baru ini saya telah menjalinkan kolaborasi bersama MYNIC untuk memperluaskan lagi industri Internet Malaysia. Sokongan saya sepenuhnya untuk MYNIC!

    dotmy.png

    Akan diadakan tidak lama lagi adalah .MY DAY 2011. Mulai hari ini, saya akan mula berkempen untuk penggunaan domain name .my (.com.my, .net.my, .org.my, .my dan lain-lain)- iaitu domain name khas untuk Malaysia. Banyak manfaatnya πŸ˜‰ Saya pun akan tambahkan penggunaan .my untuk perniagaan-perniagaan Internet saya.

    Saya juga ingin jemput anda memeriahkan lagi .MY DAY bermula 29hb Jun ini. Akan terdapat juga sesi perniagaan Internet bersama saya.

Tip untuk mendapat network berkualiti

Oleh kerana ekonomi down, ramai yang terlibat dalam bidang perkhidmatan (insurans, MLM, kewangan, hartanah, takaful, mutual funds dan sebagainya) semakin sukar mencari pelanggan. Oleh itu, minggu ini, saya ingin kongsikan sedikit mengenai cara mendapat Pelanggan Tanpa Had- ketika ekonomi down.

Hari ini sedikit tip untuk mendapat network yang ramai.

Kita sedia ketahui, dalam perniagaan perkhidmatan terutamanya, networking memang penting. Istilah yang selalu sangat digunakan adalah “If you are not networking, you are not working!”

Menurut buku Love is the Killer App: How to win Business oleh Tim Sanders, beliau menyebut untuk “mencintai” network kita. Maksudnya untuk benar-benar ingin membantu dan melihat orang lain berkembang. Dan bukannya semata-mata menggunakan network untuk kepentingan sendiri sahaja.
Dalam mendapat network yang berkualiti, 3 perkara penting perlu anda miliki:

  • Perlu berlimu
    Untuk mendapatkan network yang baik, anda perlu emnunjukkan anda seorang yang berilmu. Anda perlu banyak membaca buku dalam bidang anda sendiri. Sekurang-kurangnya 1 jam setiap hari berkenaan dengan industri anda. Ilmu ini dapat dikongsikan dengan network anda.
  • Perlu menambahkan jaringan
    Cari peluang untuk ke majlis atau network gathering. Lebih ramai orang anda jumpa, lebih banyak peluang network anda boleh dapat. Satu peringatan di sini adalah, di sesuatu majlis, jangan terlalu sibuk berpindah-pindah tempat dan mengedarkan kad bisnes anda. Fikirkan KUALITI hubungan yang anda boleh jalinkan, dan bukan sekadar KUANTITI.
  • Perlu punyai perasaan tolong menolong
    Utamakan network anda dan bukan agenda anda terlebih dahulu. Lebih banyak bertanya dan mendengar daripada anda sahaja yang bercerita. Sebolehnya, bantu network anda tidak kira bidang apa pun, sebagai contoh, sekiranya network yang anda kenali seorang pemilik perniagaan cetakan, selepas berjumpa dan kenal, cuba dapatkan pelanggan cetakan untuknya. Anda tidak akan rugi apa-apa. Malahan, dengan mengutamakan agenda network anda, pastinya memberi kesan hubungan jangka panjang untuk anda!

Jadi, untuk memudahkan anda melakukan network, ingat 3 perkara itu: Ilmu + Tambah jaringan + Tolong menolong = Network yang berkualiti!

Preview Revolusi Media Sosial@ Cititel Hotel, Midvalley

Tadi di KLfm, siri mingguan saya (jangan lupa dengar KLfm setiap selasa 7.30 pagi!) bersama DJ Zilfit3, saya menjemput Ingin menjemput pendengar KLfm dan juga pembaca blog/fb saya untuk sertai preview “2 dalam 1 Revolusi Media Sosial” yang akan diadakan pada…

Rabu 1hb Jun 2011
8.00 mlm – 10.30 mlm
Tingkat 5, Cititel Hotel, Midvalley
Masuk: PERCUMA ditaja oleh DIGI

Di mini seminar ini, saya akan kongsikan:

  • Kaedah memilih produk terbaik untuk dijual di Internet
  • 2 Cara Memulakan perniagaan melalui Internet (menggunakan modal dan tanpa modal)
  • Strategi promosikan perniagaan Internet menggunakan media sosial (seperti FB!)

Juga akan ada offer/diskaun bagi mereka yang ingin menyertai acara REVOLUSI yang akan diadakan pada bulan Oktober 2011.

50 pendaftaran terawal akan menerima DVD percuma saya bernilai RM89.90 cara menjalankan perniagaan melalui Internet. Oleh itu, anda tidak akan pulang dengan tangan kosong πŸ˜‰

Untuk menempah tempat anda, sila hantarkan SMS kepada 017-3935364 dengan maklumlat berikut:

2DALAM1, (NAMA) ,(JUMLAH PESERTA), (ALAMAT EMAIL)

Kami akan hubungi anda sejurus mendapat SMS tempahan anda!

ps: Preview 2 dalam 1 juga akan memuatkan preview Konvensyen usahawan “Dari Kosong Sampai Jutawan” yang disampaikan oleh En Jefri daripada Peoplelogy Business Community.

Rekacipta logo untuk perniagaan kecil anda

Rekacipta logo memainkan peranan yang penting dalam perniagaan. Simbol yang kecil yang diberi nama ‘logo’ boleh memberi impak yang besar pada perniagaan. Lihat sahaja jenama-jenama terkenal di dunia, semuanya mempunyai logo. Tanpa logo, tiada lah jenama.

logos.jpg

Berikut adalah 3 tip rekacipta logo untuk perniagaan anda

  • Pastikan rekacipta logo anda adalah profesional. Logo yang tidak profesional akan memberi tanggapan tidak profesional kepada perniagaan anda. Logo merupakan hubungan pertama antara pelanggan dan jenama anda.
  • Rekacipta logo perlu mudah dan tidak terlalu kompleks. Sekali lagi, fikirkan logo-logo yang terkenal, kesemuanya mempunyai ciri rekacipta dan bentuk yang mudah (simple)
  • Hadkan warna untuk logo ciptaan anda. Logo-logo popular kebanyakannya hanya menggunakan 2-3 warna sahaja. Ini memudahkan orang mengingati logo tersebut.

Simbol yang kecil, tetapi memberi impak yan gbesar kepada apa sahaja perniagaan. Pastikan anda mempunyai LOGO untuk perniagaan atau perkhidmatan anda, tak kira walaupun anda one-man-show πŸ˜‰

Ingat, syarikat gergasi HP yang mempunyai logo mudah, hanya bermula sebagai one-man-show πŸ˜‰

Cara menjadi popular dalam perniagaan

Menjadi popular tidak semestinya untuk industri hiburan sahaja. Perniagaan juga perlu menjadi popular untuk menarik pelanggan yang ramai. Pendek kata, lagi popular sesuatu perniagaan, lagi mudah menarik pelanggan- seperti industri hiburan!

everybody likes this

Untuk menetahui cara menjadi popular, “MASA” memainkan peranan yang penting- terutamanya untuk jadi popular di Internet. Sememangnya sering kita dengar kisah-kisah “over-night sensation” (popular dalam masa singkat), namun, kisah-kisah sebegini tidak banyak dan hanya terjadi sekali sekala sahaja.

Dengan menggunakan elemen “Masa”, kita dapat membina populariti perniagaan dan juga jenama kita. Jangan fikirkan menjadi popular dengan cepat oleh kerana cara yang lebih ideal dan terjamin untuk jangka panjang adalah membina populariti secara perlahan.

Lihat contoh-contoh di bawah:

  • Justin Beiber popular sedunia hari ini meletakkan klipnya di YouTube sejak 2007!
  • Ana Rafali pemenang Juara lagu kini telah menggunakan Youtube sejak 2006!
  • Saya juga mendapat populariti bukan secara mendadak, tetapi telah menulis blog sejak 2006!

Untuk membina jenama perniagaan kita, fikirkan elemen masa. Mulakan awal. Jangan bertangguh-tangguh oleh kerana lagi anda bertangguh, lagi lambat elemen masa akan membantu populariti perniagaan dan jenama anda. Mulakan sekarang dan biarkan masa membantu populariti perniagaan anda!

Iklan di laman web menjadi tidak efektif

Ramai yang masih baru membina laman web perniagaan pada mulanya akan ghairah dalam meletakkan iklan-iklan (kebanyakannya iklan dari affiliate) dengan harapan, lagi banyak iklan, lagi mudah ianya akan di klik dan dapat komisyen.

Masalahnya, apabila terlalu banyak iklan di laman anda, laman menjadi tidak profesional. Iklan juga menjadi tidak fokus dan ia mengakibatkan tiada siapa yang klik!

Sebaiknya, hadkan bilangan iklan di laman anda mengikut jumlah (mungkin 2-3 iklan sahaja) ataupun industri (fokus kepada 1 industri sahaja). Untuk memaksimakan pulangan daripada iklan-iklan affiliate, kuncinya adalah untuk meletakkan iklan yang berkaitan dengan laman anda sahaja, dan berikan fokus kepada iklan tersebut, seperti testimonial peribadi ataupun artikel khas mengenai sesuatu perniagaan itu.

Terlalu banyak iklan di sesebuah laman web akan mengurangkan keberkesanan iklan tersebut.

Sebagai pengiklan pula, a good tip adalah untuk iklan di tempat yang tidak banyak iklan disiarkan untuk memaksimakan klik! πŸ™‚

Kadang kala di atas, kadang kala di bawah

Lumrah hidup, adakalanya di atas, ada kalanya di bawah. Terlalu banyak kisah kegagalan dan kejayaan bersilih ganti, itu lah lumrah hidup. Bila di atas, adakalanya jatuh ke bawah. Bila di bawah, hanya ke atas sahaja kita perlu tuju.

roda.jpg

Adakalanya kita pernah mengalami kejayaan tidak kira dalam hidup, karier atau keluarga. Adakalanya juga kita pernah jatuhΒ  tersungkir dalam apa sahaja. Memang benar apa yang dikatakan sebagai hidup umpama roda, kadang di atas, kadang di bawah.

Tidak kira di mana kita berada, atas atau bawah, syukur dan redha dengan keadaan kita. Bila di atas, banyak2 bersyukur dan terus pertahankan tempat kita di atas. Kalau di bawah, redha dan terus berusaha untuk putarkan roda ke atas semula. Sebab yang atas boleh jatuh, yang bawah boleh naik πŸ˜‰

IKSB Damansara up and running!

Bulan April adalah bulan yang amat sibuk bagi saya. Bermula dengan Revolusi Perniagaan Internet pada 2 & 3hb April- it was GREAT! dan juga proses membuka cawangan IKSB baru di Damansara… sehinggakan jarang sangat sempat update blog ini bulan ni.

Dalam masa 3 minggu, alhamdulillah pejabat IKSB dah fully functioning. Many interesting things will be done here, perkara2 yang sebelum ni saya nak lakukan tapi belum berkesempatan, dan alhamdulillah dah ada team untuk melaksanakannya. IKSB Damansara adalah one stop place untuk perkhidmatan e-commerce, multimedia dan juga social media, di mana senarai perkhidmatan penuh akan diumumkan dari masa ke semasa.

Apa yang pastinya, there will be more and more exciting activities untuk industri perniagaan Internet Malaysia, insyaallah dengan sokongan anda.

Berikut adalah antara gambar-gambar IKSB cawangan Damansara…

p1010229_594x445.jpg
Ruang santai & berjumpa tetamu

p1010230_594x445.jpg
Ruang mentoring & coaching eksklusif

p1010232_445x594.jpg
Ruangan ke pejabat

p1010237_594x445.jpg
Pejabat urusan IKSB Damansara

p1010236_445x594.jpg
Decor antara buku2 dan dvd saya…

So there you go… alasan mengapa saya dah lama tak update blog πŸ˜‰ So, insyaallah lepas ni dah takde alasan lagi tak update blog…

So, check out nanti untuk some interesting things dari IKSB… satu yang akan datang, Revolusi TV! Tunggu…. πŸ˜‰