TQ Majalah Solusi- Rakan Media “Revolusi Perniagaan Internet”

Setinggi-tingginya ucapan Terima Kasih daripada saya kepada Majalah Solusi “Panduan Hidup Bersyariat” atas kepercayaan dan sokongan menjadi Rakan Media “Irfan Khairi ‘Live’: Revolusi Perniagaan Internet” yang akan diadakan pada April 2011!

Majalah Solusi adalah majalah terbitan Telaga Biru Sdn Bhd yang memuatkan artikel2, tip dan juga panduan hidup bersyariat! Majalah agama yang mempunyai pembaca lebih dari 100,000 ini highly recommended by me. Saya pun antara penulis kolumnis majalah islamik ini, so dapatkan di kedai2 majalah berhampiran…

Untuk maklumat lanjut “Irfan Khairi ‘Live’: Revolusi Perniagaan Internet”, klik di sini! Pendaftaran telah dibuka dan diskaun & pemberian percuma bagi pendaftaran awal. Klik di sini.

solusi_tq.jpg

Untuk maklumat lanjut  “Irfan Khairi ‘Live’: Revolusi Perniagaan Internet”, klik di sini! Pendaftaran telah dibuka dan diskaun & pemberian percuma bagi pendaftaran awal. Klik di sini.

Revolusi Perniagaan Internet
Acara 2-hari bersama jutawan Internet, Irfan Khairi

Iklan perniagaan di tempat pesaing

Ketika saya menulis ni, saya berada di Skypark Subang, on the way ke Penang. Semua tahu Air Asia bersaing dengan Firefly kerana keduanya bersaing di industri yang sama- low cost airlines.

Tapi di Skypark (tempat Firefly), terpampang iklan besar Air Asia…

firefly_airasia.jpg
Iklan AirAsia di airport FireFly

Satu soalan:

Sekiranya anda menjalankan perniagaan, anda beri tak peluang pesaing anda mengiklan di tempat perniagaan anda? Seperti Firefly memberi peluang iklan pada AirAsia 😉

Sama macam sekiranya anda menjual handphone, anda suruh orang beli handphone jenama lain? Atau anda jual minuman, tetapi iklankan minuman orang lain? Atau anda jual tudung, tapi suruh beli daru usahawan tudung lain?

Patut la airport Firefly lengang je… ;)) I like!

Pelajari Minda, Strategi dan Teknik Kekayaan 8 Ikon Jutawan Malaysia!
Kini, ikon usahawan Jutawan, Jurulatih Jutawan, Jutawan MLM, Jutawan Senyap, Jutawan Berani Gagal dan Jutawan Internet mendedahkan strategi SEBENAR DAN SATU-SATUNYA CARA bagaimana ANDA boleh mencapai kejayaan dalam bidang kewangan dengan cepat!

Irfan Khairi ‘Live’: “Revolusi Perniagaan Internet” poster

Lama juga saya merancang untuk menjalankan acara gemilang 2-hari perniagaan Internet ini, dan alhamdulillah, bulan April 2011 adalah masanya 😉 Here’s the poster untuk tatapan anda!

Acara 2-hari ini will be entertaining dan informative! Dengan 2 hari, lagi banyak dapat saya luangkan dan kongsikan ilmu perniagaan Internet bersama peserta-peserta. Revolusi Perniagaan Internet, saya akan kongsikan teknik & strategi terbaru dalam perniagaan Internet.

Satu acara yang mesti di sertai oleh usahawan dan bakal usahawan tak kira perniagaan Internet ataupun perniagaan bukan Internet oleh kerana zaman ini, tidak boleh dinafikan lagi bahawa perniagaan yang menggunakan pemasaran dan promosi melalui Internet mempunyai daya saingan yang tinggi berbanding dengan perniagaan yang langsung tidak menggunakan Internet.

Perniagaan yang tidak menggunakan Internet sebagai media promosi dan pemasaran akan jauh ketinggalan dalam Revolusi Perniagaan Internet kini!

Pendaftaran kini telah dibuka- walaupun lambat lagi (April), tetapi perlu daftar awal untuk mendapatkan harga pengenalan. Tempah tempat anda secepat mungkin.

Dua langkah dalam pengiklanan perniagaan Internet

Dalam menjual apa sahaja, cara yang paling efektif untuk jangka masa panjang adalah dengan mengimplementasikan 2 langkah pengiklanan. Iaitu…

  1. Soft-sell
  2. Hard-sell

Langkah pertama adalah Soft-sell yang merujuk kepada pengiklanan yang memperkenalkan bakal pelanggan kepada produk atau perkhidmatan yang diniagakan. Sebagai contoh, business card, brochure, iklan dalam surat khabar, iklan melalui Internet dan lain-lain. Soft-sell adalah lebih kepada mengingatkan atau membina jenama sesuatu perniagaan.

Langkah kedua pula adalah Hard-sell yang merujuk kepada pengiklanan yang lebih agresif dalam meminta bakal pelanggan membuat pesanan. Sebagai contoh, leaflet yang mengandungi borang untuk dihantar balik, iklan akhbar yang mempunyai borang pesanan, sales-letter laman web, dan lain lain.

Soft-sell dan Hard-sell diperlukan oleh kerana cara untuk menembusi fikiran bakal pelanggan perlu dilakukan secara berperingkat oleh kerana kesedaran dan psikologi manusia dalam membuat keputusan membeli juga adalah secara berperingkat.

Contoh mudah soft-sell dan hard-sell diimplementasikan dalam perniagaan Internet adalah, Tip Satu Minit (Soft Sell) dan RahsiaInternet.com (Hard-sell). Contoh konsep ini digunakan untuk perniagaan bukan Internet pula adalah menghantar brochure/information pack kepada bakal pelanggan (soft-sell), kemudian follow up dengan temu janji untuk menunjukkan demonstrasi (hard-sell).

Tiga tip blog perniagaan Internet

Sekiranya anda mempunyai perniagaan Internet, bina sebuah blog untuk menarik lebih ramai pelawat berulang. Tip Satu Minit ini menarik lebih 1,000 pelawat sehari, dan saya mendapati, lebih ramai pelawat blog ini setiap hari, lebih tinggi jualan produk Rahsia Internet.com dari buku, CD dan juga Workshop.

3 tip blog…

  1. Tentukan tema blog perniagaan Internet anda. Pastikan isu yang dibincangkan adalah berkaitan. Jangan lari daripada tajuk tema oleh kerana ia akan melemahkan jenama perniagaan anda.
  2. Pada mulanya, sememangnya blog tidak menerima ramai pelawat. Anda perlu promosi blog secara berterusan. Jangan hampa sekiranya melihat tiada orang memberi komen oleh kerana majoriti yang besar tidak memberi komen, mereka hanya membaca maklumat sahaja… seperti pelawat Tip Satu Minit ini 🙂
  3. Jangan terlalu informal di dalam blog perniagaan oleh kerana ianya akan mencerminkan perniagaan Internet anda. Sekiranya anda ingin sering menyuarakan pendapat peribadi, bina 2 blog- blog peribadi dan blog perniagaan dan asingkan posting berbentuk peribadi. Blog yang tidak formal akan menjejaskan jualan perniagaan Internet anda oleh kerana akan dilihat sebagai kurang profesional.

*Tip bonus* Ciptakan kelainan pada blog anda untuk membezakan blog anda dan berpuluh ribu blog lain. Seperti blog ini, cara persembahan berkonsep “Tip Satu Minit!” dicipta tidak seperti blog-blog yang biasa anda lihat. Perbezaan pada persembahan akan menjadi satu tarikan walaupun isi kandungan mungkin tidak jauh berbeza!

Jom bantu mereka: ‘Tabung Bencana Alam – Kami Prihatin’ majalah Jutawan

Saya amat mengalu-alukan pembaca blog & rakan-rakan FB saya untuk sama-sama bantu mana yang termampu.

Pesanan dari rakan-rakan dari majalah Jutawan

Prihatin dengan bencana alam yang menimpa saudara kita di Kangar & Kedah, Majalah Jutawan melancarkan ‘Tabung Bencana Alam – Kami Prihatin’ utk membantu golongan terbabit.

Bantuan: makanan, keperluan sekolah, pakaian juga apa shj mengikut keikhlasan hati. Bagi yg ingin menyumbang dlm bentuk wang tunai boleh bank in ke akaun maybank no: 562795503492 atas nama: KAMI PRIHATIN ““ BANTUAN MANGSA BANJIR.

Jangan lupa emailkan resit sumbangan anda ke majalahjutawan@gmail.com. Yg ikhlas membantu – hubungi Iera Yusoff 012-2671342 /03-4142 5831: Hafizah/Azahari

Sedikit pengorbanan dari kita, memberi makna yang besar bagi mereka yang memerlukan.

Please join me sama-sama sokong usaha Maljalah Jutawan. Share this bersama kawan2 anda di FB dengan klik link di bawah. Sokongan anda amat saya hargai! 😉

Barangsiapa ingin doanya terkabul dan dibebaskan dari kesulitannya hendaklah dia mengatasi (menyelesaikan) kesulitan orang lain.  ~Hadis Riwayat: Imam Ahmad 

Kesitemewaan diri sendiri

  • Einstein was 4 years old before he could speak.
  • Iassc Newton did poorly in grade school and was considered “unpromising. “
  • When Thomas Edison was a youngster, his teacher told him he was too stupid to learn anything. He was counseled to go into a field where he might succeed by virtue of his pleasant personality. Thomas Edison adalah pencipta lampu mentol.
  • F.W. Woolworth got a job in a dry goods store when he was 21, but his boss would not permit him to wait on customers because he “didn’t have enough sense to close a sale.” Kini, Woolworth adalah pasaraya ternama di UK
  • Michael Jordan was cut from his high school basketball team.
  • A newspaper editor fired Walt Disney because he “lacked imagination and had no original ideas.”
  • Winston Churchill failed the 6th grade and had to repeat it because he did not complete the tests that were required for promotion.
  • Babe Ruth struck out 1,300 times, a major league record. (Babe Ruth ketika itu adalah pemain baseball yang paling banyak melakukan home-run)

A person may make mistakes, but is not a failure until he or she starts blaming someone else. We must believe in ourselves, and somewhere along the road of life we will meet someone who sees greatness in us and lets us know it.

Kadangkala amat sukar untuk kita melihat keistemewaan yang ada pada diri sendiri. Selalunya, orang lain yang akan dapat melihat keistemewaan kita. Sama seperti anda sering melihat keistemewaan yang ada pada orang lain dan tidak pada anda.

Jangan segan bertanya dengan orang lain, rakan-rakan atau keluarga. Atau, anda juga boleh mendapatkan “hint” dari cara orang lain mendampingi anda. Dimanakah keistemewaan yang ada pada anda?

Pengiklanan perniagaan Internet makin kurang efektif

Awal-awal dulu masa baru Internet bermula sekitar 1994, sebelum adanya Google. Sebelum perniagaan Internet popular. Saya ingat lagi masa tu, Yahoo sahaja yang paling popular, dan laman web saya sering buat rujukan adalah HotWired.

Zaman itu juga, tiada banyak perniagaan Internet. persaingan adalah amat rendah. Saya bermula perniagaan Interet sekitar 1998- dah 12 tahun!

online_advertising2.jpgInternet dulu dan Internet kini sudah jauh berbeza. Perniagaan Internet kini sudah semakin banyak. Oleh sebab itu juga, iklan di Internet bertambah banyak. Sekitar tahun 1994, ratio orang klik pada iklan adalah 10%. Ertinya, bagi setiap 100 kali orang terlihat iklan kita, 10 kali iklan akan di-klik.

Zaman kini, dengan persaingan yang tinggi, ratio menjadi semakin rendah sehingga 0.01%. bererti, untuk mendapat 10 orang klik iklan kita, kita perlu memaparkan iklan tu sehingga 1000 kali!

Saya pasti, anda pun sering tak endahkan iklan-iklan yang terdapat di Internet dan kurang klik pada iklan-iklan tersebut (tambahan zaman ni banyak juga iklan-iklan buat-duit-cepat-kaya)

So, bagi usahawan Internet, apa yang perlu di lakukan?

Zaman ini, kita tidak boleh bergantung pada pengiklanan sahaja. Usahawan Internet perlu lebih aktif menggunakan interaksi di Internet seperti menggunakan blog, forum, facebook, youtube, ebook, twitter, dan lain-lain. Iklan di Internet sering dilihat sebagai “satu hala” dan menjadi semakin tidak efektif. Manakala interaksi pula adalah “dua hala” dan memudahkan usahawan perniagaan Internet menarik perhatian prospek.

Strategi mencipta permintaan perniagaan

Petang tadi saya & isteri bawa anak2 bawa main layang2 di ________ ;). dekat area tu ada satu kedai ni, jual layang-layang sahaja. apa yang menariknya adalah strategi yang dilakukan oleh kedai ni…

Kedai ni mengupah pekerjanya untuk bermain layang-layang di kawasan tersebut! Dan pekerjanya pula pandai main layang-layang yang berbagai jenis.

kite-2kites.jpg

So, apa yang terjadi adalah, mereka yang beriadah di kawasan tu akan tertarik pada layang-layang yang dimainkan oleh pekerja kedai tersebut, dan secara automatik, ramai yang nak cuba (termasuk budak-budak kecil) dan beli layang-layang di kedai tersebut.

Satu strategi yang amat menarik oleh kerana kedai tersebut berjaya MENCIPTA permintaan!

Sekiranya anda menjalankan perniagaan, cari jalan bagaimana anda boleh menciptakan permintaan daripada keadaan yang tiada permintaan. Tahukah anda contoh perniagaan-perniagaan lain yang berjaya menciptakan permintaan?