Berubah dan menyesuaikan diri dengan keadaan

Saya minat sangat menonton Discovery channel (Astro 551). Banyak sungguh yang boleh dipelajari. Hari tu, ada satu rancangan ni mengenai haiwan, menyebut satu quote berbunyi…

Survival is not necessarily to the strongest and intelegent, but to the species that can adapt and adjust to changing circumstances

Lebih kurang, maksudnya, untuk sesuatu spesis tu terus hidup, tak semestinya ia paling kuat, hebat dan pandai… tetapi, pada kebolehannya berubah dan menyesuaikan diri dengan keadaan yang bertukar.

Sebenarnya, istilah ini juga boleh diaplikasikan dalam perniagaan dan motivasi. 

cam.jpg
Chameleon adalah haiwan yang boleh mengubahkan warna kulitnya mengikut keadaan 😉

Tak semestinya sesuatu perniagaan tu hebat, besar, dan kuat akan berjaya dalam apa jua keadaan. Kalau ekonomi jatuh, perniagaan sebegini pun boleh jatuh juga. Tetapi, perniagaan yang lebih fleksibel, dan boleh bertukar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan ekonomi, adalah perniagaan yang akan survive!
Tahun lepas banyak perniagaan yang mengalami kegagalan. Namun, banyak juga yang mencapai kejayaan dalam keadaan ekonomi meleset. Apa yang dilakukan oleh perniagaan yang terus berjaya adalah kebolehan mereka adaptasi pada keadaan sekeliling.

Dalam perniagaan, be flexible. Berubah dan sesuaikan perniagaan dengan keadaan. Jangan constant (sama sahaja) apabila dalam keadaan dan persekitaran yang berbeza. Berubah untuk kebaikan 😉

Perniagaan kecil-kecilan mempunyai satu advantage yang hebat, iaitu mudah untuk berubah dan mudah untuk lebih fleksible berbanding perniagaan besar-besaran.
Thanks Discovery channel!

Dua petua apabila berunding

Dalam perniagaan, kita tidak lari dari rundingan, atau negotiation. Tidak kira, dengan pembekal, pelanggan, pengedar, dan sebagainya…

Dalam buku The Art of Negotiation, dua petua untuk berunding dengan berjaya.

  1. Pihak yang ingin perundingan itu untuk berjaya, adalah pihak yang mempunyai kelemahan dalam rundingan tersebut. Ini bermakna, sekiranya anda ingin sesuatu rundingan itu berjaya, cara terbaik adalah, jangan tunjukkan bahawa anda ingin sangat perundingan tersebut berjaya. Be neutral… buat muka biasa sahaja.
  2. Lebih banyak anda beri sebab kepada pihak satu lagi berminat dengan permintaan anda, lebih baik terma rundingan yang anda akan dapat. Ini bermaksud, tunjukkan nilai dan manfaat sebanyak yang mungkin untuk pihak satu lagi menerima rundingan anda.

Lain kali bila anda berunding, ingat dua petua ini. Anda akan dapat lihat kekuatan rundingan akan berpihak kepada anda.

IK & Ustaz Zahazan di Dewan Pusat Islam Iskandar, Johor

Bagi warga Johor yang free pada hari Sabtu 24hb ini, temui saya dan Ustaz Zahazan Mohamed untuk tazkirah “Budaya Ilmu & Keberkatan Rezeki” dan “Rahsia Menjana Pendapatan di Rumah” sempena pelancaran StormReaders Zon Selatan.

Majlis ilmu ini akan diadakan di Pusat Islam Iskandar, Johor. So, datang beramai2 bersama kenalan & keluarga 😉
Sekiranya anda ingin hadiri, klik di sini untuk download & print tiket penyertaan anda secara percuma InsyaAllah kita jumpa di sana…

ik_zahazan_small2.jpg

Psikologi kewangan- belanja lebih dari pendapatan

kewanagn_problem.jpg

Kekayaan bukan maksudnya berapa banyak pendapatan kita, tetapi, berapa banyak kita boleh simpan. Ada yang berpendapatan tinggi, tapi, belanja pun turut tinggi. Malah sebahagian pula berbelanja lebih daripada pendapatan.

Prinsip ini dikenali sebagai Parkinson’s Law. Bermaksud, lagi tinggi pendapatan kita, secara pcychologynya lagi tinggi kehendak kita dan lagi tinggi perbelanjaan kita. Last-last, sama juga, masih kita tak dapat menyimpan.

Cara mengelakkan masalah kewangan adalah dengan sengaja kita melawan Parkinson’s Law ni, dengan will power yang ada dalam diri kita sendiri.

Semalam sesi saya di Hujung Minggu Malaysia, TV1 (7.30am), satu tip mudah dari pemanggil berbunyi…

Ukur baju pada badan sendiri. Kalau kita size M, takkan beli baju size XXL pula… jangan ikut seperti Biar papa asal bergaya.

Konsep untuk tidak terjerumus dalam masalah kewangan sememangnya mudah. Iaitu, jangan biarkan perbelanjaan lebih daripada pendapatan. Kalau kita boleh lakukan ini, maka, kita telah melawan Parkinson’s Law.

Kongsikan pendapat anda atau petua bagaimana kita hendak mengelakkan daripada Parkinson’s Law?

Cara mudah mengelakkan perniagaan Internet kita gagal

Sebenarnya, ada 3 sebab utama mengapa sesuatu perniagaan Internet gagal. Antaranya:

  1. Produk dan perkhidmatan yang dijual tidak mempunyai permintaan
  2. Laman web yang dibina tidak meyakinkan pelawat membuat belian
  3. Tidak melakukan promosi perniagaan Internet tersebut

Sekiranya anda pernah mencuba menjalankan perniagaan Internet, tetapi, masih tidak mendapat pulangan seperti yang diinginkan, cuba lihat 3 perkara utama di atas.

Adakah produk dan perkhidmatan kita tu mempunyai permintaan? Tak guna juga menjual sesuatu yang tidak mempunyai permintaan di pasaran.

Satu CARA MUDAH untuk mengetahui permintaan, adalah dengan melihat perniagaan BUKAN internet, atau perniagaan offline. Sekiranya produk tersebut mempunyai permintaan secara offline, maka, besar kemungkinan produk tersebut jika dibawa ke Internet, ia masih mendapat sambutan yang baik. Perniagaan online dan pernigaan offline, tidak banyak berbeza. Cuma yang membezakan adalah medium yang digunakan adalah Internet.

Adakah laman web tersebut boleh meyakinkan atau mengubahkan pelawat menjadi pembeli? Sekiranya anda ada produk yang BEST IN THE WORLD pun, tetapi, laman web yang tidak meyakinkan pelawat menjadi pembeli, maka, mereka tidak akan membeli juga.

Satu CARA MUDAH untuk memastikan laman web kita boleh meyakinkan pelawat menjadi pembeli, adalah dengan menjadikan kita sendiri sebagai pelanggan. Lihat laman web kita dan tanya pada diri sendiri “Sekiranya aku pelawat, adakah aku akan beli dari laman ini?”. Jujur pada diri kita sendiri. Put ourself in the shoes of our visitors dan dapatkan jawapan sejujur-jujurnya, adakah kita akan membeli produk tersebut dari laman web ini.

Adakah kita melakukan promosi? Tidak kira perniagaan Internet atau perniagaan bukan Internet, perniagaan MLM, atau perniagaan insurance, mutual funds atau apa sahaja… lebih 90% semua perniagaan ini akan GAGAL kerana tidak melakukan promosi! Tidak kira hebat macam mana pun produk kita, atau kita mempunyai laman yang meyakinkan kita, sekiranya tidak melakukan promosi, pastinya perniagaan Internet kita akan GAGAL.

Satu CARA MUDAH untuk mengetahui sama ada promosi kita adalah cukup, tanya pada diri sendiri, adakah kita melakukan sekurang-kurangnya 3 jenis kaedah promosi serentak pada sesuatu masa? Promosi adalah sesuatu yang perlu dilakukan secara berterusan, tidak kira perniagaan kita sudah popular pun, masih memerlukan promosi. Lihat sahaja Air Asia. Semua orang mengenali Air Asia, tetapi adakah Air Asia berhenti dari melakukan promosi? Apatah lagi perniagaan kecil-kecilan melalui Internet. Pastinya promosi adalah amat penting!

Pada hari Sabtu ini (lusa) 17hb April 2010 saya akan kendalikan satu Mini Workshop bertajuk Promosi Berapi (separuh hari). Khas bagi mereka yang mempunyai laman web, tetapi mengalami kesukaran mempromosinya. Insyaallah saya akan sampaikan kaedah-kaedah yang terkini dan paling efektif bagaimana hendak promosikan perniagaan Internet kita untuk melipatkali gandakan pelawat kita. Khas bagi mereka yang mempunyai laman web sahaja (kerana workshop kali ini bukan tahap asas dan lebih advance)

Sekiranya anda mempunyai laman web, dan ingin melipatkali gandakan pelawat laman web anda, tidak kira tahap kejayaan perniagaan Internet anda, boleh sertai saya, bersama satu kumpulan kecil usahawan Internet lain untuk mempelajari kaedah Promosi Berapi ;). Workshop MINI ini dilakukan bersama group yang kecil (nama pun mini) untuk membolehkan interaksi yang lebih mendalam- mungkin dalam 15 peserta sahaja. Untuk maklumat lanjut, klik di sini.

ps: Ini kali pertama saya kendalikan Workshop Mini Promosi Berapi ini, so, I’m looking forward to it!

Rezeki berlimpah-limpah “abundant”

Konsep “abundant” seringkali di paparkan dalam buku-buku motivasi barat. Ertinya, banyak, berlebihan, berlimpah-limpah dan sewaktu dengannya.

Ianya amat penting untuk melihat bahawa semua rezeki yang ada di dunia ini adalah banyak dan unlimited.

Ramai yang mempunyai konsep yang SALAH iaitu memikirkan rezeki adalah terhad. Di ibaratkan seperti anda mempunyai kek. Dan bila anda makan satu slice kek tu, maka, kurang satu pecahan. Kalau anda bagi kawan anda makan satu lagi slice, makin kurang pecahan. Lagi ramai yang makan kek kita tu, makin kurang sehingga kek tu habis. Maka, tiada siapa, termasuk anda boleh merasa dah kek yang habis…

Sebenarnya rezeki adalah berlimpah-limpah di dunia ni dan tak habis (unlimited). Rezeki pula bukan sahaja wang atau harta, tetapi, rezeki termasuk ilmu, pengetahuan, kenalan, kasih sayang, dan macam-macam lagi.

Ertinya, kalau ada ilmu, kongsi ilmu dengan orang lain. Kalau ada wang, sedekah dan berikan zakat. Kalau ada pelanggan, kongsikan dengan usahawan-usahawan lain. Rezeki kita tidak akan habis, malah akan bertambah-tambah berpuluh dan beratus kali ganda lagi.

Lihat rezeki dunia ini melimpah-limpah, dan rezeki juga akan melimpah-limpah datang kepada kita 😉

p1000136.jpg
IK setiap Ahad 7.30am TV1, Hujung Minggu Malaysia

Mulai semalam (Ahad) insyaallah saya akan bertemu anda setiap minggu di TV1 jam 7.30 pagi untuk segmen bersama saya topik kewangan, motivasi & perniagaan di Hujung Minggu Malaysia. Tip di atas adalah sedikit ekstrak dari segmen semalam 😉

Otak yang lesu

carbreak.gif

Apa akan jadi sekiranya enjin kereta kita dibiarkan dengan lama tanpa dimulakan?

Ia akan semput, susah nak start dan adakalanya rosak.

Begitu juga dengan otak kita. Mungkin ramai yang menyangka, otak kita kalau selalu digunakan, kalau selalu berfikir, ia akan rosak atau menjadi lesu kerana terlalu banyak berfikir.

Sebenarnya, selalunya otak kita akan menjadi lebih efisyen dan lebih sihat apabila lebih banyak kita berfikir. Disini juga sebahagian daripada cara menggerakkan momentum untuk terus berjaya.

Berbanyak-banyak berfikir mengenai idea baru, cara menjadi lebih kreatif dalam perniagaan, cara bersaing, strategy perniagaan baru, cara mendapat pelanggan, cara memulangkan pelanggan yang hilang dan sebagainya.

Apa yang saya selalu lakukan adalah, bawa buku nota kecil (yang macam buku 555 tu), dan pen ke mana sahaja. Dapat sahaja idea, cepat-cepat saya tulis. Kadang-kadang, sehari, berpuluh-puluh idea yang kita dapat!

Lebih banyak anda berfikir, lebih efisyen otak anda. Dan otak yang efisyen akan memberi idea-idea yang lebih bernas yang tidak pernah anda fikirkan!

Akaun “TIPU” Irfan Khairi di Facebook

Sejak 2005 lagi, ada pihak-pihak yang tak bertanggungjawab suka menggunakan nama saya untuk kepentingan sendiri. Dan sejak 2005 juga beberapa kali saya mengambil tindakan undang-undang untuk membersihkan nama saya.

Kini, sekali lagi terjadi, melalui Facebook pula… seperti akaun tipu Irfan Khairi di bawah dengan lebih 3500+ fans..

fbtipu.jpg

Tahun lepas saya sememangnya ada akaun facebook, tapi oleh kerana dah sampai limit 5000 friends, saya hentikan akaun facebook saya kerana ramai yang tak dapat jadi friends & tertunggu-tunggu kerana saya tak aktifkan mereka. So, sejak itu saya pun tidak ada di Facebook untuk adil kepada semua pihak.

Sedar-sedar, ada pula yang membuka akaun facebook menggunakan nama saya & gambar saya. Perkara ini sememangnya satu penyalahgunaan dan boleh diambil tindakan undang-undang. Lebih-lebih lagi sekiranya akaun tersebut mempromosikan skim-skim yang saya sendiri TIDAK endorsekan.

Seperti yang saya lakukan sebelum ini, penyalahgunaan nama dan gambar saya akan disusuli dengan tindakan undang-undang.

Akibat kes ni, saya pun ambil keputusan untuk buka Fan page di Facebook supaya perkara ini tidak berlaku. Klik di sini untuk Facebook Page saya.

 

Bicara perniagaan bersama Irfan Khairi, Billi Lim & Abang Abu

Minggu ini terdapat 2 sesi bicara perniagaan bersama saya, dan 2 lagi mentor jutawan, Abang Abu & Billi Lim. Sekiranya pada tarikh tersebut anda free, di jemput sertai bersama. Keduanya sponsored event, so, tiada bayaran dikenakan.

Biz Talk bersama Billi Lim

“GAGAL Menjual, Berani Menjual” khas bagi mereka yang gagal dalam perniagaan, gagal dalam jualan, malu dalam jualan, takut hendak menjual dan sewaktu dengannya, sesi yang lepas Pakar Pemasaran Billi Lim berkongsi Rahsia berani menjual kepada peserta. Atas permintaan yang ramai, pada minggu ini Peoplepreneur Business School sekali lagi menaja Bicara Niaga dengan membawa Pakar pemasaran Billi Lim sekali lagi khusus kepada mereka yang ingin menjadi pakar dalam perniagaan.

“GAGAL Menjual, Berani Menjual” oleh Billi Lim

Rabu 31hb Mac 2010
8.00 malam – 10.30 malam
Cititel Hotel, Midvalley, KL
Masuk: PERCUMA
Ditaja oleh PBS

Pendaftaran: SMS name, email, contact number kepada 017-6072100

*********

Bicara WANG & PERNIAGAAN
Bersama Irfan Khairi
Speaker jemputan; Abang Abu

“Cara Menjalankan perniagaan Internet dari rumah secara AUTOMATIK” oleh IK
&
“Kompas Wang – Kaedah SAMPAH, BOCOR, TERPAKSA & UNTUNG wang anda” oleh Abang Abu

Ahad 4hb April 2010
2.30 petang – 5.30 petang
Hotel Singgahsana Petaling Jaya (belakang PJ Hiltion)
Masuk: PERCUMA
Ditaja oleh StormReaders2U

Saya akan sampaikan topik yang sedang hangat diperkatakan, iaitu “Cara Menjalankan perniagaan Internet dari rumah secara AUTOMATIK”. Tak kira apa sahaja perniagaan yang anda jalankan, anda boleh menggunakan kaedah yang saya sampaikan ini untuk perniagaan anda. Kaedah yang guarantee akan melipatkali gandakan pelanggan anda dengan cara automatik- tak kira perniagaan apa yang anda jalankan.

Mentor Jutawan Abang Abu juga sebagai speaker jemputan akan menyampaikan talknya yang cukup santai & mencuit hati “Kompas Wang – Kaedah SAMPAH, BOCOR, TERPAKSA & UNTUNG wang anda”. Ramai yang bekerja & berniaga untuk wang, tetapi, ramai juga tidak dapat menyimpan wang yang diperolehi. Sebabnya? Kerana tidak mengikut petunjuk Kompas WANG!.

Sekiranya anda ingin menyertai sesi bersama Irfan Khairi dan Abang Abu secara percuma, sila email kepada sales@rahsiainternet.com

TAJUK EMAIL: “PERNIAGAAN AUTOMATIK KL 4/4”

Serta kan di dalam isi kandungan email:

* NAMA
* Nombor HP
* EMAIL
* JUMLAH PESERTA

Satu idea sahaja

Saya pernah berbual dengan kawan saya (berbangsa Cina) yang merupakan seorang agent insurans yang sangat berjaya. Namun begitu, dirinya tidak pandai membaca / bercakap bahasa Inggeris.

Dalam berbual dengannya, saya amat tertarik dengan satu idea yang digunakannya dalam mendapat pelanggan kerana ianya amat unik sekali. Saya tanya dari mana dia mendapat idea tersebut?

Katanya dari buku “Blue Ocean Strategy”. Saya sendiri pernah membaca buku tersebut dan memang saya akui, idea tersebut datang dari buku yang dinyatakan. Tetapi, yang saya peliknya, bagaimana dia dapat membaca buku tersebut sedangkan buku itu agak advance dan dia tak reti berbahasa Inggeris. Jadi, saya pun tanya.

Jawapannya: Saya hanya baca sikit sahaja buku tu, dan ambil satu idea sahaja untuk saya implementasikan.

Pengajaran: Dengan hanya satu idea sahaja, diimplementasikan dengan betul, ia dapat mengubah haluan perniagaan anda! Idea boleh dapat dari mana-mana, tetapi, terpulang kepada individu untuk mengimplementasikannya dengan berkesan!

Ada pula yang membaca beberapa buah buku, tetapi langsung tidak mengimplementasikan walaupun satu idea. Mereka ini adalah dikalangan orang2 yang rugi…