Pendapatan sederhana

Minggu lepas, saya berkesempatan bersama Dato Dr Rusly Abdullah atau lebih dikenali sebagai, Chef Li– penulis buku “Jutawan Senyap”. Sudah lama saya nak berjumpa Chef Li, minggu lepas, rezeki saya dapat bersamnya dalam program “JUTAWAN! bersama Irfan Khairi”

Agak menarik dalam buku Jutawan Senyap, ia menyebut tentang ukuran “kesederhanaan” di Malaysia pada pendapatnya iaitu…

Pendapatan antara RM15,000-RM20,000

Mungkin tanggapan pertama anda adalah… RM15,000 sederhana? Kalau RM1,500 okay lah jugak! 🙂

Cuba fikirkan sejenak.

Sekiranya anda menganggap RM2,000 atau RM3,000 sebagai sederhana, tidakkah itu menghadkan kejayaan anda? Sekiranya anda meletakkan RM10,000 atau RM20,000 tidakkah ia akan memberi satu benchmark yang baru untuk anda?

Di Malaysia sudah ramai yang berpendapatan lebih dari RM15,000MEMANG RAMAI! dari golongan koprat, profesional dan juga ahli perniagaan. Lebih ramainya adalah ahli perniagaan!

Mulai hari ini, letakkan satu bench mark baru dalam minda anda- anggap bahawa pendapatan sederhana adalah RM15,000 di Malaysia!

Sekarang, tidakkan anda rasa anda perlu berusaha lagi? 😉

“Speaking” dalam perniagaan

Dalam perniagaan zaman sekarang ni, kemahiran berbahasa Inggeris memang penting. Dulu lain, sekarang lain. Dulu kita boleh get away kalau tak fasih English. Zaman sekarang tak boleh…

Khas untuk mereka yang kureng sikit dalam bahasa Inggeris, tak boleh guna lagi alasan…

Mendiang Lim Goh Tong tak pandai berbahasa Inggeris pun boleh berjaya dalam perniagaan sampai jadi billionaire!

Cuba perhatikan anak-anak Lim Goh Tong yang menerajui Genting kini… adakah mereka juga tidak pandai berbahasa Inggeris? Sudah tentunya tidak!

Zaman ini, zaman ICT, bagi mereka fasih berbahasa Inggeris, memang mempunyai banyak peluang perniagaan berbanding dengan mereka yang tidak fasih.

Sekiranya anda tak berapa pandai speaking, satu latihan yang anda boleh mula dari sekarang adalah, ambik buku yang menarik minat anda berbahasa Inggeris (tak kira, nak guna buku motivasi ke, buku perniagaan ke… komik pun boleh), bila membaca, baca kuat-kuat.

Bukan maksud saya baca kuat sampai jiran rumah sebelah boleh dengar. Baca “bersuara” lah katakan… perlahan pun tak mengapa asalkan suara keluar.

Cara ini adalah untuk menjadikan mulut & suara kita lebih fasih apabila bertutur dalam English. Kalau kita baca dalam hati sahaja, bibir & mulut kita tidak “exercise” sama. Tetapi, kalau baca bersuara, ia akan melatihkan mulut anda untuk lebih lancar berbahasa Inggeris… secara automatik grammar dan sebagaiya akan sebati dalam pertuturan anda.

Belum cuba belum tahu! 😉 tak pandai skipping takpe… jangan tak pandai speaking pula… perlahan-lahan dalam berlatih, lepas ni boleh ganti Ryan Seacrest!

Sepintas lalu 2007…

Sempena tahun baru ni, agak-agaknya matlamat 2007 anda tercapai atau tidak?

Mudahan semuanya tercapai!

Sepintas lalu 2007 bersama saya…

Januari 2007…

Produk RahsiaInternet dikeluarkan, 101 Cara Promosi, mendedahkan cara-cara promosikan perniagaan Internet anda. Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut

Februari & March 2007

Saya kira bulan sibuk saya bersama media TV… antaranya mengendalikan siri motivasi Get Set Go RTM, menjadi tetamu jemputan Gedik Santai TV3, menjadi tetamu selibriti program Aura Rasa RTM dan sudah tentunya sibuk dengan shooting rancangan Realiti TV popular, Nescafe KickStart di TV3- saya sebagai judge!

April 2007

Secara rasmi, saya telah menjadi artis Telaga Biru! Amat bermakna bagi saya oleh kerana ramai pakar motivasi yang saya sanjungi adalah artis telaga biru- termasuk Dato Dr Fadzilah Kamsah! Kempen promosi saya bersama telaga biru akan bermula awal 2008… insyaallah Januari 2008 dengan pelancaran 2 produk baru!

May 2007

Bulan May beberapa aktiviti telah berjalan serentak! Pertama, bermulanya yaysan saya sendiri, iaitu Yayasan Ilham Budi. Insyaallah tahun 2008 kami akan mengadakan pelancaran yayasan tersebut!

Dalam waktu yang sama juga, CD Audio saya pertama telah dilancarkan, Wang & Anda “Jejak Jutawan”. Jualan yang amat hebat CD tersebut, sehingga habis di pasaran di hujung 2007… belum kesempatan untuk kami ulang cetak. Cadangnya akan di lancarkan kembali pada awal 2008 bersama buku terbaru saya (dari telaga biru!)

… dan sebut tentang buku, bulan ini juga buku pertama saya, “Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar” menerima Gold Award di Pesta Buku PWTC!

June 2007

Saya dijemput untuk mengendalikan Sidang Perancangan kewangan Berita Harian, Singapura 2007. Acara yang berprestij dihadiri oleh lebih 700 peserta. Talk saya berkenaan dengan perniagaan Internet dan antara penceramah yang turut mendapat slot adalah penceramah antarabangsa, Adam Khoo.

Julai 2007

Pertama kalinya Workshop Jutawan Internet melebarkan sayap ke negara jiran, Singapore! Workshop Jutawan Internet mendapat sambutan yang amat hebat di Kuala Lumpur sejak 2005, kini, mendapat tempat di Singapura pula. Insyaallah, bulan ini, Workshop Jutawan Internet akan mula dijalankan di Brunei pula!

Bagi anda di KL, ikuti Workshop Jutawan Internet, klik di sini! 🙂

August 2007

Gerak Usahawan 2007- Program Gerak Usahawan Nasional di PWTC tahun ini memaparkan saya sebagai salah seorang penceramah untuk sesi “Mulakan perniagaan Internet dari Rumah”. Gerak Usahawan dilancarkan oleh Perdana Menteri kita, Pak Lah.

September 2007

Astro Awani, sebuah saluran baru Astro telah bermula dan mereka telah mengambil saya sebagai salah seorang personaliti untuk megendalikan sebuah segmen WW- Wanita & Wang, segmen motivasi kewangan dan perniagaan. Ikuti secara langsung pada jam 11.50am setiap hari Khamis.

October 2007

Alhamdulillah, rezeki menyebelahi saya lagi… saya menjadi peneraju program Radio24, Bernama di 93.9FM bertajuk “Jutawan bersama Irfan Khairi”. Program bual bicara saya bersama ikon-ikon jutawan tempatan!

Atas sokongan semua, kini, “Jutawan!” adalah antara top rated radio shows di Radio 24 sehingga beberapa kali terpaksa bertukar slot untuk memenuhi prime time- kini Jutawan di siarkan pada 7pm setiap Jumaat. Tetapi, ada ura-ura ia akan di bawa pada hari Rabu oleh kerana hari Rabu adalah hari paling ramai pendengar radio!

November 2007

Matlamat untuk saya menjadi duta bagi sebuah syarikat tercapai! J & C Pacific telah mengumumkan saya sebagai Duta MIBO (Malaysian Independent Business Ownership). Sebelum ini ada juga beberapa syarikat menghampiri saya untuk menjadi duta, tetapi, terpaksa ditolak oleh kerana tidak berkesesuaian dengan jenama saya.

Program perniagaan MIBO menarik minat saya & saya bersetuju untuk menjadi duta MIBO!

Disember 2007…

Disember 2007 apa yang berlaku? sudah tentu, mulakan perancangan 2008!

Berbagai-bagai matlamat 2008 telah saya buat untuk diimplementasikan. Insyaallah 2008 saya akan cuba mencapai lebih banyak matlamat saya… melihat 2007, memang macam-macam tercapai… agaknya bagaimana 2008 saya akan capai lebih?

Tunggu dan lihat! 😉

Tip hari ini, senaraikan semua pencapaian anda tahun 2007, dan bandingkan… bagaimana anda boleh mencapai lebih kejayaan dari tahun lepas? Saya mengambil masa untuk menulis semua ini untuk tatapan anda, saya pasti anda juga bleh meluangkan sedikit masa untuk mengimbas semula tahun 2007 anda kan?

Orang yang berjaya adalah mereka yang menjadikan hari ini lebih baik dari semalam. Oleh itu, jika dikumpulkan, orang yang berjaya adalah mereka yang menjadikan tahun ini 2008 lebih baik dari tahun lepas 2007. Goodbye 2007… Hello 2008!

Jadikan 2008 JAUH LEBIH BAIK dari 2007 untuk diri anda sendiri- pasti anda akan mendapat kejayaan dan kekayaan yang berlipat kali ganda 🙂

Bagi yang berminat dengan perniagaan MIBO

Ramai yang tanya, berapa harganya lesen MIBO ni? Bagaimana caranya untuk mendapatkannya? Sekiranya berminat, apakah langkah seterusnya?

MIBO adalah sejenis peluang perniagaan yang yang dipakejkan produk-prduk ICT terkemuka Malaysia. Sebelum anda mengetahui harga lesen MIBO, tahukah anda berapa harganya untuk menjadi “Authorized Reseller” kepada syarikat-syarikat tersebut sekiranya dibeli secara individu?

Bagi yang tak pernah tahu, mungkin akan terkejut oleh kerana untuk memiliki hanya satu lesen “Authorized Reseller” akan memakan belanja sehingga RM100,000. Itu pun baru satu produk/perkhidmatan sahaja. Bagi yang inginkan kepastian, boleh hubungi syarikat2 tersebut…

Untuk memiliki lesen MIBO pula, ianya amat rendah sekiranya dibandingkan dengan cara memiliki lesen individu (sebab ini juga lesen terhad kepada 1,000 sahaja dan kini tinggal 750).

So, bersedia untuk mengetahui harga? 🙂

Harga sebuah lesen MIBO untuk membolehkan anda menjadi “Authorized Reseller” kepada produk dan perkhidmatan ICT tersebut adalah: RM25,000

Of course, ramai yang tersesak nafas membacanya 🙂

Di situlah kekuatan MIBO #5:

J & C Pacific dan Public Bank telah bekerjasama untuk menyediakan micro-financing tanpa risiko kepada usahawan-usahawan MIBO!

Seperti sekiranya anda ingin menjadi “Authorized Reseller” secara individu, mungkin anda perlu mengeluarkan modal RM10,000 dan RM90,000 anda mengambil pinjaman bank. Jangan lupa, punjaman bank secara konvensional, sekiranya anda tidak dapat membayar balik, anda akan diblack-listkan sehingga bankrupt…

Melalui MIBO, anda hanya perlukan modal RM2,500 sahaja untuk pendaftaran dan RM23,000 adalah pinjaman daripada Public Bank Berhad- tanpa risiko.

Berikut adalah klip berita di ASTRO PRIMA sempena MOU MIBO bersama Public Bank Berhad.

Maksudnya, sekiranya anda tidak dapat membayar balik, atau perniagaan anda sampai separuh jalan (harapnya tidak dengan bantuan training MIBO), J & C Pacific akan mengambil alih pinjaman anda dan anda tidak perlu lagi membayar pinjaman tersebut. Maka, anda juga tidak akan di black-listkan oleh bank negara Malaysia atau anda tidak perlu risau lagi kereta kena tarik… atau rumah kena tarik.

Jadi, dengan erti kata mudah, dengan hanya RM2,000 sahaja anda sudah boleh memiliki lesen MIBO dan mula menjadi Authorized Reseller kepada produk-produk ICT yang disebutkan. Kalau nak diikutkan, melalui MIBO, anda berjaya mendapat hak reseller dengan tidak perlu membayar beratus ratus ribu ringgit oleh kerana kesemuanya telah di pakejkan!

Tapi ingat, sebab itu hanya 750 lesen sahaja yang tinggal! Ramai usahawan veteren telah nampak peluang perniagaan di sini… kalau habis semuanya, memang J & C Pacific tidak dibenarkan menambahkan lesen.

*Nota tambahan: Ingin saya kongsikan, tahun lepas, antara rancangan syarikat saya (IKSB) adalah untuk menjadi reseller kepada Streamyx. Oleh kerana, saya fikir, saya buat workshop dan buat talks mengenai Internet diserata Malaysia, boleh saya dapat side income (back-end product) melalui menjual semula Streamyx.

Pada ketika itu, apabila ketahui untuk menjadi reseller streamyx sahaja memakan belanja RM100,000, terus saya kuburkan rancangan tersebut.

2 bulan sudah, apabila kali pertama MIBO menghampiri saya, saya amat terkejut apabila melihat kesemua produk ICT telah dipakejkan dibawah MIBO pada harga RM25,000 dengan pinjaman bank tanpa risiko! Satu bargain yang amat hebat untuk usahawan-usahawan ICT!

Bottom line, ada banyak lagi yang boleh diceritakan mengenai MIBO. Ada usahawan MIBO yang baru bermula, kini telah mendapat dalam lingkungan RM30,000 sebulan! MIBO juga mempunyai killer produk dan killer strategi untuk memastikan usahwan mereka berjaya. Semua maklumat tambahan, sekiranya anda berminat dan berkemampuan, boleh datang ke pejabat kami untuk pelajari lebih lanjut.

So, sekiranya anda benar-benar berminat dan dapat lihat peluang perniagaan ICT melalui MIBO:

  1. Langkah pertama, perlu mampu bermodalkan RM2,000
  2. Langkah kedua, untuk mendapatkan Public Bank loan, J & C Pacific yang akan uruskan, anda hanya perlu membawa salinan IC anda sahaja – tak perlu bank statement atau pendapatan anda kini dan sebelum ini- antara kekuatan MOU MIBO & Public Bank!

Sekiranya anda berkemampuan 2 langkah di atas, maka lebih mudah untuk kami ceritakan lebih mendalam kekuatan-kekuatan MIBO. Takut saya tulis di blog ni, tak sesuai pula sebab bukan semua orang minat menjadi usahawan ICT kan?

Tip satu minit hari ini:

Seperti apa jua perniagaan, ingin saya tekankan, mereka yang dapat melihat peluang perniagaan awal, sering kali adalah mereka yang mendapat pulangan paling tinggi. Bayangkan sekiranya di kawasan perumahan anda, anda seorang sahaja memiliki lesen MIBO- betapa banyaknya peluang untuk mendapat keuntungan seperti contoh-contoh sebelum ini!

Sekiranya ada soalan, boleh tanya di sini dan saya akan jawab apa yang termampu 🙂

MIBO dan J & C Pacific

Sebelum ceritakan mengenai bayaran lesen MIBO, perlu saya ceritakan sedikit mengenai MIBO dan syarikat yang mengendalikannya, iaitu J & C Pacific.

J & C Pacific adalah syarikat multi-million dan anak syarikat dibawah Green Packet Berhad. Green Packet adalah syarikat listed di papan utama Bursa Malaysia. Project keusahawanan MIBO juga mendapat sokongan Public Bank dari segi skim pembiayaan (esok lusa saya ceritakan)

J & C Pacific juga adalah syarikat yang dilesenkan oleh Kementerian Telekomunikasi dan Mutimedia (License No. ASP(C) 67/2007).

Kekuatan MIBO #4:

J & C Pacific juga akan memberi latihan/training dari segi jualan, leadership, pengurusan serta motivasi kepada pemegang lesen MIBO oleh kerana, konsep MIBO adalah, sekiranya pemegang lesen tidak berjaya, maka J & C Pacific pun tidak mendapat banyak keuntungan. Bukan setakat itu sahaja, J & C Pacific akan menyediakan infrastructure dari segi kesemua komisyen kepada pemegang reseller dari kesemua principal dapat dijejaki secara online.

*Ini juga menjawab soalan bahawa MIBO boleh dilakukan secara part-time oleh kerana segala tracking komisyen dilakukan online.

Satu perkara yang amat penting adalah, oleh kerana untuk memberi daya saingan kepada project dan konsep perniagaan MIBO ini, seperti yang anda ketahui dari videoclip temuramah saya di bernama, hanya 1,000 lesen MIBO sahaja di jual kepada individu. Kini, hanya 750 sahaja lesen yang tinggal!

Habis kesemua lesen ini, tiada lagi lesen akan di jual 🙂

*Sedikit pesanan peribadi saya, konsep MIBO mendapat kepercayaan dan endorsement oleh 2 individu yang anda kenali. Satu, saya lah… siapa lagi 🙂 seorang lagi adalah pakar motivasi & jutawan MLM Dato Dr Azman Chin. Kami bedua dapat melihat potensi keusahawanan MIBO ini, oleh sebab itu kami memberi sokongan sepenuhnya. Dato Azman Chin juga merupakan speaker & penasihat untuk project perniagaan MIBO. Jutawan Internet & Jutawan MLM nampak potensi MIBO… anda apa lagi 🙂 Memang peluang keemasan…

Promosi berterusan dalam perniagaan MIBO

Kita sedia tahu bahawa promosi adalah kunci utama dalam perniagaan. Begitu juga dengan “membina jenama”. Salah satu kekuatan MIBO yang saya kira memang menarik adalah…

Kekuatan MIBO #3

Promosi yang berterusan daripada principal. Produk dan perkhidmatan MIBO adalah sedia mempunyai permintaan yang tinggi seperti Streamyx, Maxis, Celcom & Astro dan perkhidmatan kewangan Citibank, Ambank dan RHB. Kesemuanya adalah jenama ICT & kewangan paling hebat di Malaysia.

Melalui MIBO, anda sudah tidak perlu mempromosikan produk-produk anda oleh kerana produk2 tersebut sudah sedia dipromosikan secara berterusan. Syarikat-syarikat tersebut membelanjakan beratus juta RM setiap tahun untuk membina jenama mereka.

Dengan membeli lesen MIBO, anda hanya mendapatkan subscribtion sahaja… tak perlu promosi besar-besaran di seluruh Malaysia. Anda hanya perlu promosikan perkhidmatan pendaftaran anda sahaja- modal yang diperlukan adalah minima.

Oleh kerana produk-produk di bawah MIBO adalah berpermintaan tinggi dan mempunyai permintaan yang sedia ada, maka, untuk mendapatkan pelanggan adalah jauh lebih mudah daripada produk lain yang tidak dikenali.

Contoh 1:

Sekiranya seseorang ingin mendapatkan Streamyx, anda hanya perlu memberi borang aplikasi sahaja. Ini kerana anda tidak perlu lagi mempromosikan Streamyx.

Oleh kerana Kekuatan MIBO #2 adalah aliran pendapatan berganda, SEKIRANYA pelanggan tidak mahu Streamyx, anda boleh berikan borang Celcom Broadband! Celcom juga adalah nama yang sedia di kenali… begitu juga dengan Maxis 3G dan juga Izzi4G yang baru meningkat naik…

Contoh 2:

Begitu juga dengan aplikasi kad kredit… di mana anda tidak perlu lagi memperkenalkan Citibank, Ambank dan RHB oleh kerana ketiga-tiga adalah badan kewangan yang dikenali dan sering dipromosikan.

Tip tambahan…

Ada juga yang tanya… produk2 di atas, sudah mempunyai persaingan yang tinggi. Bagaimana nak hidup?

Jawapannya adalah… memang produk-produk diatas mempunyai persaingan yang tinggi. Tetapi, tahukah anda mengenai permintaannya? Demand & supply…

Kalau kita lihat Straamyx sahaja, tahukah anda penetration broadband di Malaysia kini hanya 3% sahaja!

Ya… masih ada terlalu banyak lagi ruang untuk mendapatkan pelanggan. Sedangkan di Korea, Hongkong & Singapura, penetration broadband adalah dalam lingkungan 80%– dalam keadaan ini juga permintaan masih lagi tinggi dan dapat melahirkan ramai jutawan ICT.

Produk dan perkhidmatan di bawah MIBO adalah yang sedia mempunyai permintaan tinggi dan permintaan akan terus bertambah dalam tahun-tahun yang akan datang…

so, ulang kembali #3 kekuatan MIBO:

Kekuatan MIBO #1:

Melalui MIBO adalah satu-satunya cara untuk mendapat 100% komisyen secara terus daripada PRINCIPAL!

Kekuatan MIBO #2:

Dengan memiliki hanya 1 lesen MIBO, anda mendapat hak “Authorized Reseller” untuk kesemua produk ICT dan kewangan yang disebut! Ini memberi aliran pendapatan berganda!

Kekuatan MIBO #3:

Promosi yang berterusan daripada principal. Produk dan perkhidmatan MIBO adalah sedia mempunyai permintaan yang tinggi seperti Streamyx, Maxis, Celcom & Astro dan perkhidmatan kewangan Citibank, Ambank dan RHB. Kesemuanya adalah jenama ICT & kewangan paling hebat di Malaysia.

Esok saya akan ceritakan mengenai kos membeli lesen MIBO pula, dan bagaimana sekiranya anda ingin mendapat maklumat lanjut dan ingin membeli lesen dan mulakan perniagaan keusahawanan MIBO…

Jutawan! bersama jutawan muda ICT

Hari ini saya bersama seorang jutawan muda- Nadhir Abdul Rahman! memang muda… lagi muda dari saya tu! 🙂 Pemilik sebuah syarikat MSC status di Cyberjaya: StarFusion Sdn Bhd.

Hari ni, saya terlupa bawak camera pula ke studio Radio24… tak dapat lah bergambar dengan Nadhir 🙁 jadi, ni gambar daripada newspaper cutting Nadhir ketika memenangi anugerah berprestij “Young Entreprenur Award DPPMS 2006 di Singapore…

nadhir.jpg

Banyak tips yang diberikan oleh Nadhir tadi, terutama dalam bidang ICT. Nadhir seorang yang amat dynamic dan excellent dalam softskills. Satu tip dari Nadhir tadi adalah, dengan SKILL dan EXPERTISE sahaja tidak mencukupi untuk berjaya dalam perniagaan.

Apa yang lebih penting adalah SOFT SKILLS! Terutama dalam bidang ICT.

Cerita yang menarik yang dikongsikan oleh Nadhir tadi adalah, pada awal penglibatannya dalam perniagaan, beliau hanya ada $2,000 sahaja dalam pocket. Dan cara memulakan perniagaan adalan membeli printer second-hand dan cetak sendiri brochure-brochure perniagaan. Kemudian, beliau sendiri menghantar dari rumah ke rumah brochure tersebut!

Tip saya & Nadhir hari ini adalah, untuk menjadi usahawan yang berjaya, pada peringkat awal, tak perlu lah glamer-glamer 🙂 Roll up your sleeves and get your hands dirty! Anda perlu lakukan leg-work ketika awal penglibatan… habuan anda akan terima di masa hadapan 🙂

Dulu Nadhir hantar sendiri brochure-brochure yang dicetak sendiri guna printer second hand… kini mempunyai aset berjuta! 🙂 Respect!

Selamat Hari Raya Aidiladha – pengorbanan

Ingin mengucapkan pelawat setia Tip Satu Minit:

Selamat menyambut hari raya Aidiladha! Dengan ingatan tulus ikhlas! Juga jangan lupa membayar zakat & bersihkan harta perniagaan anda… dah nak masuk hujung tahun ni 😉

Dalam mencapai apa sahaja kejayaan, sudah pasti terdapatnya pengorbanan– tak kira, korbankan masa, korbankan tenaga dan juga korbankan wang ringgit 🙂 Dalam mencapai apa sahaja yang berbaloi, sudah pasti terdapatnya sejenis pengorbanan.

Tip sempena hari raya korban!

Salam muhibah!

Perniagaan & tanggungjawab sosial

Adakah perniagaan anda mempunyai tanggungjawab sosial? Perniagaan tidak semestinya 100% melihat keuntungan semata, tetapi juga perlu mempunyai tanggungan sosial. Dengan mempunyai tanggungjawab sosial pada perniagaan anda, ia juga memberi jenama unik pada perniagaan anda.

Contoh yang baik adalah The Bodyshop yang diasas kan oleh Anita Roddick yang mempunyai tanggunjawab sosial “kehijauan bumi” dan recycle! Dengan mempunyai tanggung jawabsosial tersebut, ia membina jenama perniagaan The Bodyshop dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi dan menggalakan recycle (seperti penggunaan botol plastik dan juga penggunaan bag kertas).

Yayasan Al-Bukhari adalah satu contoh terbaik di Malaysia!

Bolehkah anda namakan lagi perniagaan lain yang mempunyai tanggungan sosial yang telah menjadi trademark atau jenama perniagaan tersebut?

Anda baca lagi tak?

read.jpgTip mudah pagi Isnin ini…

Saya pasti anda rajin membaca buku-buku motivasi, perniagaan & kewangan. Tetapi, anda ulang baca tak?

Sering kali saya akan baca sebuah buku itu 2-3 kali dan dapati, selepas membaca kali kedua, ada banyak tip-tip dan points yang saya terlepas pandang. Lagi banyak idea-idea baru akan datang apabila mengulangi bacaan buku.

Contohnya, anda perasan tak sekiranya anda menonton wayang/movie kali ke-dua, anda akan lebih memahami cerita dan lebih memahami dialog-dialog dan plot cerita tersebut. Ini kerana, kali ke-dua akan menenangkan anda dan anda bersedia dengan apa yang bakal akan terjadi. Oleh itu, anda boleh fokus pada dialog-dialog dengan lebih terperinci.

Begitu juga apabila membaca. Kali pertama, anda tidak tahu isi kandungan buku tersebut. Tetapi apabila kali kedua, anda sedia maklum isikandungan buku tersbeut, minda anda akan lebih terbuka dengan idea-idea baru dan strategi-strategi baru yang didedahkan!

So, apa kata anda ulang baca buku-buku yang sedia dalam koleksi anda hari ini!