Baru-baru ni, penangan iPad2 melanda. Rasanya macam baru je iPad keluar, dah ada iPad 2 π

Anyway, beberapa hari lepas, ketika mengendalikan Fahrin Ahmad vs Irfan Khairi (www.FAvsIK.com) di KLCC, pagi-pagi lagi dah ada queue panjang di hadapan kedai “Machines” (Kedai Mac/Apple Computers). Memang panjang kerana peminat-peminat iPad2 sedang beratur untuk menjadi orang-orang terawal memiliki iPad2.
Itulah penangan iPad2 dan Steve Jobs! Melahirkan kelompok besar peminat-peminat iPad yang sanggup beratur sebelum kedai buka lagi untuk mendapatkan produknya!
Apa yang terjadi di sini?
Apple telah berjaya menghasilkan produk yang mempunyai penyokong setia. Penyokong yang bangga dengan produk dan perkhidmatan yang diberikan. Penyokong yang akan bermati-matian melindungi produk dan perkhidmatan tersebut. Penulis pemasaran terkenal Guy Kawasaki (juga x-Apple) menamakan kumpulan penyokong ini sebagai ‘evengelist’.
Bina penyokong-penyokong setia untuk produk dan perkhidmatan anda. Apabila anda mempunyai penyokong setia, merekalah yang akan membantu dalam promosikan produk dan perkhidmatan anda.
Membina penyokong setia adalah satu kemestian pada ketika ini untuk memastikan perniagaan kita akan berterusan oleh kerana pesaingan dan iklan-iklan pesaing yang TERLALU banyak ketika ini!
PS: Saya amat menghargai penyokong2 setia saya sejak 2006 lagi! TQ so much all! π