Laman web yang canggih manggih does not work. Sekiranya anda mempunyai laman web perniagaan Internet, permudahkan segala-galanya.
- permudahkan pelawat mendapat info
- permudahkan pelawat membuat belian
- permudahkan pelawat menghubungi
- permudahkan pelawat mencari jawapan kepada soalan mereka
- permudahkan apa sahaja…
Keep it simple!
Ramai yang fikir, lagi canggih manggih laman web, lagi hebat pulangannya. Tetapi, di Internet, ianya tidak benar. Keep it simple. Sesuatu yang simple/straight forward itulah yang lebih berkesan di Internet.
Tahukah anda pada tahun 2001, search engine paling hebat adalah Yahoo dengan 60% pengguna Internet menggunakannya. Dan Google pula pada masa itu hanya mencapai 14% pengguna Internet? (Ketika itu Google.com di tempat yang ke-8 search engine popular di bawah Yahoo, MSN, AOL, Lycos, Infoseek, Netscape & Excite)
Fast-forward 8 tahun kemudian pada hari ini, Google telah mengambil alih sebagai enjin pencari paling popular dengan lebih 60% pengguna Internet menggunakannya manakala Yahoo pula nombor-2. kebanyakan nama-nama search engine yang lain sudah tidak lagi kelihatan.
Sebabnya? Google MEMUDAHKAN carian. Google kept it simple!
ps: Workshop Jutawan Internet akan diadakan dalam masa terdekat sahaja lagi. Klik di sini untuk maklumat lanjut.


Podcast terbaru saya di BFM adalah mengenai program affiliate. Minggu depan insyaallah saya akan uploadkan pula terbaru iaitu “Internet Presence for the Service Industry”. Yang ni saya rasa best and banyak info untuk semua! Baru live siang tadi…:)
Dengan segala kepincangan serta bencana moral yang berlaku di negara kita pada hari ini, jelaslah bahawa umat Islam bukan sahaja perlu meningkatkan ilmu dalam bidang fardu ain dan kifayah, tetapi turut berlatih untuk memajukan minda serta sentiasa termotivasi untuk mengelakkan diri dari segala gejala buruk yang berlaku di sekeliling mereka. Ini kerana, hanya dengan pengetahuan serta motivasi yang tinggi sahajalah yang dapat membantu anggota masyarakat untuk mengenalpasti baik-buruk sesuatu perkara seterusnya mengelakkan perkara tersebut dari terjadi kepada diri mereka.